Showing posts with label bola dan sukan. Show all posts
Showing posts with label bola dan sukan. Show all posts

when girls talk about Euro 2012 !



Assalamualaikum ♥


sabtu dah eh ??? yeahaaa.... rest mode : ON :)
yeahaa jugak sebab 2 minggu lagi en Hubby balik
cepat la wahai masa..

games Euro 2012 seminggu dah start...arini baru nak update
oh nak tanya. korang tengok bola tak?
skarang ramai perempuan minat bola kan.
 selalu orang cakap pompuan tengok bola mesti minat pemain bukan perlawanan bola tu sendiri. 
tak semestinya okay.

dari zaman-zaman sekolah dulu saya suka tengok bola
tercongok jea depan tv kalau ade games bola.
sampai ayah cakap, ade gak dia dapat menatu pemain bola nanti ni..hahaha
* over kan ayah nik. kalau orang nak kawen ngan doktor so kena tengok doktor selalu la kot

mula-mula dulu minat tengok bola sebab pemain bola handsome handsome belaka
lagi2 masa pasukan selangor dan perak tengah femes dulu-dulu
* kelantan time tu tak hebat femes macam skarang.
alahai ... nazzab hidzan  nampak begitu hensem sekali masa tu..haha
* bagi yang tak tahu nazzab hidzan ni pemain bola selangor dulu , skarang jadi pengulas kat astro.
still tak berubah muka dia.badan dia maintain jea mcm tu.how come
*** hai nazzab saya peminat awak dulu..ahakksss

jadual perlawanan Euro 2012 waktu Malaysia

skarang dah start Euro 2012, demam bola sepak kembali! 
teruja tengok games Belanda vs Denmark aritu. terus langgan  Euro 2012  kat astro saluran 825.
haaa...boleh tengok bola puas-puas..rugi la bayar rm 50 kalau tak tengok kan

tapi waktu games dia kebanyakannnya tak sesuai untuk nik yang bekerja ni
so kalau sempat tengok 30 minit pertama jea.pastu mata dah layu
pagi -pagi jea la bukak facebook nak tahu result..haha
tak sanggup woo pi keje ngantuk-ngantuk ni * sebab saya bukan terlalu fanatik tentang bola oversea ni
pemain bola diorang pun tak banyak yang saya kenal..
kalau tengok pun sebab games diorang menarik jea

dah lama mengidam nak jersi The Red Worrior ni tapi tak kesampaian lagi
* tetiba TRW lak kan

(gambar) aksi final Piala FA


Assalamualaikum

entry bergambar.
nak share gambar-gambar semasa aksi final Piala FA 2012 antara KELANTAN VS SIME DARBY
 so, enjoy the pictures okay


born to be CHAMPION...!!













Aksi Ghaddar setelah berjaya menyempurnakan sepakan penalti smlm

Taktik terjah rakan sepasukan bg mengelak dikesan pengadil xmenjadi


We are Happy.. No pressure at all !!

gelagat penyokong the red warriors

Golden Boys


Support Palestine

Subra as Construction Worker :)



Fakta Menarik Piala FA 2012

Kelantan menunggu hampir 22 tahun untuk muncul Juara & Pemain No 22 yang yg memastikan kelantan muncul Juara dengan menjaringkan gol kemenangan.... Jadi No 22 akan menjadi number bertuah untuk kelantan pada tahun ini


Awan Nano


Piya the kapten 


Pemain kelantan dijangka akan mendapat habuan sebanyak RM 500 Ribu di atas kejayaan Memenangi Piala FA.. Sebanyak RM 300 Ribu akan diberi dalam bentuk cash manakala selebihnya dalam bentuk perlancongan... Habuan tersebut belum termasuk dari Kerajaan Negeri kelantan yg akan mengumunkan pada waktu terdekat... semoga dengan durian runtuh ini pemain2 kita akan lebih bersemangat untu merebut 3 piala lagi ( LIGA SUPER, PIALA AFC & PIALA MALAYSIA)

♥ Gomo Kelate Gomo ♥

gambar awesome dari 


Piala FA 2012 milik kita


 Assalamualaikum 

Tahniah.Alhamdulillah.  Piala FA 2012 milik The Red Warriors
3 kali ke final, akhirnya piala milik kita 
kita datang dengan semangat kesukanan, kita pulang dengan semangat kemenangan.


ada orang kata tak best sebab menang penalti. 
tapi lagi baik MENANG di sebab penalti dari KALAH  di sebab penalti kan
penalti pun di kira GOL jugak kan

tahniah perlu diucapkan pada Kelantan dan Sime Darby kerana sekurang-kurangnya mereka masuk final, ko ado?
menang pun di pertikai. kalau kalah memang teruk kot kena booo :)



dan pada penyokong2 , semoga Allah swt selamatkan perjalanan balik kalian semua.
terutamanya buat abang kandung saya yang sanggup datang  dari terengganu semata-mata nak sokong pasukan TRW.semangat tol.caya lah

nanti mana tahu kita boleh tengok Kelantan lagi dalam Final Piala Malaysia pulak
*tangan di dada, mata ke atas


Final Piala FA 2012 - Gaya Apex Dalam Final





KELANTAN tetap JUARA dihati kami



Assalamualaikum ^____^

Mereka telah berjaya menumbangkan juara bertahan. Inikan pula kita sebagai naib juara.
Apapun keputusan malam esok
KELANTAN tetap JUARA dihati kami
* via Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan

semoga dapat menyaksikan persembahan yg menarik dari TRW

Final Piala FA 2012
Kelantan vs Sime Darby FC
Stadium Nasional Bukit Jalil
19.5.2012 | 8.45 MLM


Dikir Warriors - Bo Lawe Staro Demo ( MHI - TV3 )
**Versi Video Comel**



kepada semua penyokong kelate..terutama sekali hok dalam perjalanan ke KL
berhati-hati dijalan raya,biar lambat asal selamat sampai
banggo tengok bendera kelate berkibar kat Bukit Jalil tadi
uwaaaaa tok leh gi lagi taon ni

GOMO KELATE GOMO

REZEKI milik TRW




Assalamualaikum semua

Pemain gantian Nor Farhan Mohammad muncul wira Kelantan apabila jaringanya pada masa tambahan membolehkan naib juara Piala FA musim lalu layak ke pusingan ke2 menerusi kemenangan 2-1

Piala FA 2012
Kelantan [2] vs [1] Sarawak

tengok la. brapa ramai pemain import yang kelantan ambik pun.pemain tempatan jugak yang hebat
dah2 la abiskan duit bayar gaji mereka tapi apa pun tak boleh.
baik Ghaddar dan Antwi lagi.
apa pun
 local players done better compare to foreigner player


hero malam ni
terbaikkkk la farhan
nak sangat Farhan masuk ke sebelasan utama kelantan

Kelantan vs Sarawak 2-1 [Piala FA 2012] Gol Indra Putra



Kelantan vs Sarawak 2-1 [Piala FA 2012] Gol Norfarhan


gol kemenangan

win or lose i will alwayz support my team




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)


saya kalau bab bola over skit. lagi2 kalau pasukan The Red Warriors saya ade games.

hebat betul penangan sukan bolasepak  kepada rakyat Kelantan. selalunya stadium akan penuh kalau ade perlawanan libatkan The Red Warriors  .
 lagi2 kalau ade games dekat Stadium Sultan Muhammad V Kota Bharu.  confirm penuh :))

kalau bab penonton kat stadium memang tak penah kalah kan.buruk baik semua ade kat penyokong kelantan.


yang suka bergaduh pun penyokong kelantan. pasti akan kuar berita and paper. negeri lain gaduh masa lawan bola tak heboh pulak.
yang ramai kat  stadium pun penyokong kelantan. kalau pemain kelantan buat salah, kecoh kat tv or paper tapi kalau pemain lain main pijak2 pemain kelantan, tak ade apa2 tindakan pun walaupun ade bukti.


ada yang tak puas hati bila selalu games kelantan di siar secara live.
minggu depan live lagi. kali ni dekat TV1 pulak.huhu

tapi saya rasa sebab penyokong jugak.kan best kalau buat live pastu penonton kat stadium pulak riuh.baru la di panggil games bola.yea tak?..tv pun nak cari keuntungan. tunjuk games yang tak ade penonton, tak naik la rating program dia. hehe


opsss...sekadar luahan perasaan dari peminat. yang tak sokong pendapat saya, ade saya kisah..huhu

apapun yang berlaku

yeayyyy untuk TRW..tahniah..kelate ambo mene time lawan terengganu sakni
baru ku puas hati..haha.. I love The Red Warrior
game kelate paling terbaik setakat ni.main dgn penuh semangat.
Gomo Kelate Gomo

supermok kelantan
memburu kasut emas untuk tahun ni, sebab tahun lepas di rampas di saat2 akhir

Kelantan vs Terengganu [2-1] Liga Super 2012 | Gol Norshahrul



Kelantan vs Terengganu [2-1] Liga Super 2012 | Gol Piya
cantik gol ni..dari kepala ker kepala jea..hehe


to anak2 saudara  saya yang sokong Terengganu
hehe..pasukan Teh menang malam ni. cuba lagi untuk pertemuan di lain hari.

till then, good nite

kita bersatu untuk Kelantan



Assalamualaikum  :)


kepada yang sedang merancang untuk pulang ke kampung, semoga perjalanan korang di lindungi
pada yang cuti lama tu, untunglahhhhh la korang kan. bagi yang cuti sekejab jea, sabor je lah yea..huhu


nik dah sampai kelantan semalam.arini baru sempat nak update blog.
nak update pasal bola :)

puas hati tengok games kelantan jumaat lepas.
Liga Super
KELANTAN [3]-[0] Kedah

penjaring gol :
36' Mohamad Ghaddar (P)
77' Norshahrul Idlan Talaha
90+3' Danny Antwi

dah nampak keserasian antara pemain
macam2 aksi comel diorang ni bila atas padang, lagi2 bila dapat gol



Daudsu meraikan gol pasukan Kelantan hasil jaringan Mohammed Ghaddar menerusi sepakan penalti







terhibur tengok antwi main malam tadi
bukan sehari utk lahirkan seorang hero - antwi



sumber gambar yang awesome
Kelate.Net Photography
Dunia Warriors


tapi apa yang nik tak puas hati , ade pemain kedah main pijak2 pulak dah kat atas padang tu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sila ambik tindakan terhadap V Thirumurugan,
perbuatan seperti ini sungguh tidak profesional.
harap2 tak ade aksi macam tu lagi dalam mana2 perlawanan bola.



Video V Thirumurugan Pijak Mohammed Ghaddar [Kedah vs Kelantan] Liga Super 2012

lepas ni jangan kita bermusuh ngan org kedah plak yer. sebab thiru sorang jer..biasa la tu..ada yang ok ada yang merosakkan team.

Kita bersatu untuk Kelantan, biarkan apa orang luar berkata. Gomo Kelate Gomo!
-Tan Sri Annuar Musa

Rizalhashim dalam blognya mengkritik  tentang kelewatan sepakmula kelantan vs pkns kerana menunggu keberangkatan tiba DYMM AL SULTAN
Kalau ada yg salah atas kelewatan sepakmula ADALAH SALAH SAYA kerana TUANKU tidak titahkan supaya dilambatkan..namun saya diberitau TUANKU mau solat dulu..MAKA ANTARA ALSULTAN,SOLAT DAN PROTOKOL BOLA,yg mana nak didulukan?SAYA MEMILIH UTK MENGHORMATI SULTAN SAYA DAN SOLATNYA..lagi pun kalau ALSULTAN boleh memberi penghormatan pd bola dgn mencemar duli tanpa PROTOKOL(yg jarang di buat mana2 sultan)TAK BOLEHKAH PENGANJUR BOLA BERI PENGHORMATAN PD SULTAN???
-Tan Sri Annuar Musa


psttt
Happy Chinese New Year and  hapyy holiday u olls

Dato' Lee Chong Wei ♥ (=





Assalamualaikum and hi to all of my readers :)


ini rupa atlet sukan yang tak pernah penat untuk membanggakan rakyat malaysia
tahniah Dato' Lee Chong Wei
menang MAYBANK MALAYSIA OPEN SUPER SERIES 2012
ke atas Kenichi Tago
untuk kali kelapan berturut-turut


SET 1 : Lee Chong Wei 21 - 6 Kenichi Tago
SET 2 : Lee Chong Wei 21 - 13 Kenichi Tago

keep up the good work
all the best for this year

harap sangat bila dia kalah jangan la korang nak kutuk dia
ingat la brapa kali dah dia pernah membanggakan kita semua

to Dato' Lee Chong Wei
bring the gold medal olympic 2012 please!!!


The Red Warrior





Assalamualaikum

Happy Weekend u olss
lamanya tak update blog ni. hehe. terasa macam tak ada idea lak nak menaip
apa aktiviti korang hari ni. nik kat umah jea kot.
excited nak tengok bola malam ni..hehe
Piala Sumbangsih 2012 ( Piala Sultan Ahmad Shah )
Match : Kelantan FA vs Negeri Sembilan FA
Date : 7 Januari 2012
Time : 08:45pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Ticket : RM15 ( Terbuka )
Live : ASTRO Arena ( 801 ) , RTM1




Kepada peminat setia The Red Warrior yang pegi bukit jalil hari ni,
good luck.jaga tata susila kita sebagai orang yang berbudi bahasa

pemain pojaann hati saya, PIYA kekal Kapten THE RED WARRIORS...*winks

 "Selamat Hari Lahir Yang Ke 23 (7 Jan 1989)" kepada Khairul Fahmi Che Mat.
buat yg terbaik untuk mlm ni!



apa pun GOOD LUCK untuk The Red Warrior
alwayz support my team

betapa bangga nya saya lihat pasukan The Red Warrior skarang
bola sepak berjaya menyatukan hati2 kita rakyat kelate

gomo kelate gomo

kaloh mene tetap sokong TRW


kaloh takpo mene koho takpo
buat biar penyokong kelik tidur jenero
mimpi hok sedak belako-lako



dVilla - dVilla - Gomo The Red Warriors
Song by: Akram
Lyric: Ali Sabki/Akram
photos courtesy of Chak Tones, Oren Kecik, Userun


menang di puja kalah di maki


Assalamualaikum semua

update pasal bola lagi.
sikap tipikal rakyat Malaysia tidak berubah, kalau menang di puja dan kalau kalah di maki.


SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”
Ahmad Fakri Saarani
Kosmo! Online - Sukan
dia dah buat yang terbaik.sapa main tak nak menang oooi.orang main nak kalah tu hanya orang gila jea kot..huhu
saya rasa geram jugak tengok games lawan INDONESIA tu sebab banyak peluang yang Fakri lepaskan.tapi geram time tengok jea la.tak de la sampai nak kutuk over2.sampai siap post mcm2 dekat wall facebook.siap kutuk nama dia lagi. nampak sangat orang macam ni kurang ajar.


maksud nama yang indah dalam islam, kau hina2 pulak dia.

harap dia tabah terima kutukan tu.belajar dari kesilapan yea fakri.jangan di layan orang yang tak tahu menghargai.
bila Fakri jaringkan gol kemenangan untuk Malaysia ke final korang tak nampak,bila Fakri buat silap nampak pulak


gol yang membawa malaysia ke FINAL sukan SEA :)

to rakyat MALAYSIA yang suka dok kutuk2 tu

berilah si fakri nie ruang untk memperbaiki kelemahan dia...bagi la dia kata2 semangat supaya dia dan yang lain2 bole improvekan permainan mereka.bukan tak boleh nak mengkritik tapi kritik la dengan cara berhemah.kalau dah sampai mengaibkan orang tu bukan mengkritik namanya.
player ni semua manusia jugak , ade mase mereka bertenaga , ada mase mungkin die letih.
jangan asyik duk cari kesalahan orang.korang kutuk pun korang dapat apa.dapat dosa jea tau.
Fakri dapat rm 30 ribu la..kau ade?..hehe

Jika tidak mampu untuk menyokong ketika kalah,
Anda masih tidak layak untuk bersorak menang!!
fikir2 kan lah yea.

Popular Posts