Showing posts with label info/tips. Show all posts
Showing posts with label info/tips. Show all posts

saya guna U Mobile


Assalamualaikum semua ..... (",)

beli handphone dah seminggu .semalam baru boleh guna internet kat phone.
sekarang saya guna U Mobile 018 untuk data plan.
entry ni bukan nak buat iklan tentang UMobile tapi nak share benda yang baik.
sharing is caring right?



plan data U Mobile bagi nik menjimatkan, khas nya untuk pengguna prepaid.  
nik pilih plan data Unlimited Mobile Internet,
 yang ni RM28 sebulan. *kira murah jugaklahh..just nice untuk browsing thru phone
lagipun SII ni nik guna untuk internet semata2. just untuk email, whats app, facebook, twitter, dan blog 
yang kaki download tu rasanya tak sesuai sangat kot.sebab tu aktiviti yg paling cepat mengabiskan quota

kalau nak beli unlimited mobile tu,  beli starter pack dalam rm 8 pastu kena reload (dalam rm30)  then, kita subscribe mobile internet tu. chargenya rm28 utk subscription selama sebulan. sekali dalam pakej tu nanti, ada 500mb dengan 100minit call percuma dan 30 free sms. maknanya kita boleh guna internet, call & sms sekaligus


nik tak kisah sangat pasal call dan sms free tu sebab call or sms nik still guna phone lama dan no maxis lama. 
lagipun skrang dah tak main dah sms bagai ni.kita guna WhatsApp
sebab free jugak..haha

so far line coverage kat umah nik ok saje.
tapi kalau kat tingkat atas lagi ok.
nak tahu kawasan korang ade coverage ker tak boleh klik kat SINI

adik nik dah lama guna Umobile ni .setakat ni rasanya dia tak ade masalah dengan line ni.sebab tu nik yakin nak guna jugak
so skarang ku angkut la 2 hp tu kemana-mana.makin berat la handbag.
hp lama tu pun pemberian hubby sebelum nikah.

tak abis lagi nak explore apa yang ade dalam  SII ni
part ni paling nik suka. SII ada kamera 8 megapixel.. so more than enough untuk snap pictures untuk upload kat blog and facebook ^_____^

part paling tak suka, bateri cepat habis.setiap hari kena cas



cantik tak pouch bag  handphone ni..pink gitu. cilok adik punya sebab dia tak guna.besar katanya
nik guna protect handphone.sayang wooo.pemberian hubby ni :)


8 Tips Untuk Bateri Smartphone Tahan Lama



Assalamualaikum semua ..... (",)

selalunya bateri smartphone tak tahan lama.
so ni ade tips untuk buat bateri smartphone tahan lebih lama.




1. Padamkan telefon anda jika berada di kawasan yang sukar mendapatkan penerimaan (signal) contohnya di dalam kapal terbang atau berada di kawasan terpencil.

2. Jangan buka fungsi WiFi jika anda tidak menggunakannya. Ia akan menggunakan banyak tenaga bateri untuk menyirau (scan) keboleh dapatkan Wifi berhampiran walaupun anda tidak memerlukan.

3. Jangan buka terlalu banyak aplikasi. Walaupun telefon anda berkeupayaan untuk multi-tasking tetapi adalah lebih baik untuk fokus kepada hanya satu atau dua aplikasi yang benar-benar digunakan pada satu-satu masa.

4. Gunakan fungsi GPS atau bluetooth pada ketika anda perlukan sahaja.

5. Skrin terlalu cerah (bright) akan membuatkan lebih tenaga bateri diperlukan.

6. Cuba elakkan menggunakan screen saver atau latar belakang yang beranimasi. Lebih baik menggunakan fungsi gelap (blank) atau latar belakang yang pegun dengan resolusi rendah.

7. Fungsi getar (vibrate) akan memakan ketahanan bateri anda. Guna bila perlu sahaja.

8. Tutup telefon bimbit pintar anda di waktu ia tidak digunakan, berikan masa untuk smartphone anda untuk 'berehat' atau 'tidur' dalam beberapa jam.


credit to HERE


internet office kena block?


Assalamualaikum semua ..... (",)

kat ofis nik ni, sebarang website hiburan semua kena block, termasuklah facebook, twitter, blog dan yang seangkatan dengannya
boringnya bila internet kena block kan
tapi alah bisa tegal biasa. lagipun kat umah still boleh berinternet

tapi saya ade satu cara untuk halang perkara ni berlaku..haha
kalau boss baca ni memang matik la.
tapi ade saya kisah..ecece
 *bajet sopan guna perkataan saya tu

yang tak puas hati. pekerja kesayangan boss tak pulak kena block internet dia.
bukan dengki tapi tak adil la bagi kami kan
sekali sekala pekerja pun perlukan hiburan. baru lah happy buat keje.. :)
mana ade orang duk tercongok jea depan pc 8 jam tuk buat keje..ehehe

so nak share cara-cara untuk korang bukak website yang kena block
this in one of the easiest

mula- mula korang download file ni kat sini : http://ultrasurf.us/
* nik download kat umah, letak dalam pendrive.bawak ke opis :)



software ni bentuk zip file. so korang kena extract file > save



dah save korang cuba klik kat icon tu. dia akan keluar macam gambar kat atas dan gambar mangga besi
selepas tu korang dah boleh buka la laman sesawang yang korang nak



mangga besi itu kena sentiasa buka untuk korang nak buka website yang kena block.

selamat mencuba
credit to HERE

nik bukak blog or segala website yang ade pun masa boss kuar.
tak boleh bukak masa dia ade sebab dia kat selang 2 meja dengan nik.kalau dia jeling skit pun dah nampak nik buat apa.tak fun kan. 
tapi at least dapat jugak blogwalking dan komen kat blog korang walaupun sekejab jea 
selalu guna untuk upload gambar..lagi2 gambar yang saiz besar.syiokkk woooo ^___^


Saat Inai Merah Di Jari


Assalamualaikum

selamat petang people! how's ur weekend?? 
nik tengah rajin bebenor nak tulis entry . tapi tak ada  idea nak update . tengah fikir ni , nak update pasal apa ntah lagi kan . 

memang terfikir untuk update sal diri sendiri but most of the entries berakhir kat draft jer
 haha . harap tak ade yang bosan la  kalau update sal diri sendiri kan

jom layan koleksi gambar inai yang dipakai oleh artis-artis Malaysia semasa perkahwinan mereka
mana tahu korang yang nak berkahwin boleh copy and paste corak inai mereka

corak inai di tangan Scha Al-yahya




sumber gambar
Hafiz Atan
Ryaniez Moments Photography

corak inai di tangan dan kaki Fasha Sandha







sumber gambar
Ryaniez Moments Photography

corak inai di tangan Eira Syazira







sumber gambar
 Kameradansa
G.i Photoshoot

corai inai di jari manis Ayu Raudhah



falling in love dgn corak inai Ayu Raudhah. tengok la...lawa kan?
tapi kalau inai di jari semerah corak inai lagi lawa kot




sumber gambar
Hafiz Atan
Asmady Ahmad Photography

corak Inai di tangan Yasmin Hani






sumber gambar
G.i Photoshoot

corak Inai di tangan  dan kaki Nurul Shuhada Nurul Ain





corak Inai di tangan Elyana




corak Inai di tangan  isteri Tomok


corak Inai di tangan Ana Raffali


sumber gambar
Eszhan Studio

ni paling sempoi.
tak ada corak pun kat tangan.hanya inai di jari jea


Zira isteri Nabil


Farah AF2


Lisa Surihani

nak baca Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai
sila baca DI SINI

Tips pemakaian Inai

1. Warna Inai Mengikut Kulit
Tahukah anda bahawa warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Kalau pemakainya berkulit putih melepak, warna inai akan menjadi jingga bercampur kemerahan. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, maka warna inai akan cenderung menjadi lebih gelap. Jika pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si tampuk manggis, warna inai akan menjadi merah seperti darah beku atau merah hati.

2. Memiliki Warna Inai yang Kekal
Bayangkan anda telah memakai inai dan berharap hasilnya membanggakan tetapi yang anda dapat hanya warnanya yang pudar.Tentu kecewa. Aturkan cara pemakaian inai yang betul. Sebelum memakai inai, pastikan jari jemari anada bersih dari cela dan kekotoran. Selepas inai sudah kering, elakkan daripada mencuci dengan air sebaliknya pilih sapuan minyak bayi. Jangan pula merendam tangan di dalam sabun atau peluntur. Itu juga memudarkan warna inai.

3. Waktu yang sesuai.
Biasanya inai dipakai beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sebab itu adat melayu mengkhususkan malam berinai. Pastikan memakai inai 2-3 hari sebelum hari bahagia anda. Jangan pakai inai terlalu singkat kerana ianai mengambil masa untuk kering dan tampak emerahan. Sekurang-kurang 2 jam, masa yang minimum untuk pemakaian inai.

4. Teknik Menanggalkan Inai
Jangan membuka inai dengan kasar, sebaliknya kopek secara perlahan-lahan. Jika masih melekat, gunakan tisu kering. Lapkan dengan tisu atau tuala dengan hanya menekan di tempat pemakaian inai. Jangan pula kosong terlalu kuat kerana takut inai itu pudar. Teknik ini digunakan untuk bakal pengantin yang merias corak inai di tangannya.

5. Memilih teknik tradisional
Ini pengantin lebih senang memakai inai tiub. Namun kembali kepada teknik tradisional juga boleh mendapatkan hasil inai yang cantik. Ambil daun inai dan jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga hancur dan lumat bersama gambir, arang dan nasi (untuk membuat inai melakat di jari). Gumalkan campuran tersebut mengikut bentuk jari anda. Pemakaian inai ini memerlukan masa semalaman. Tetapi hasilnya memang mengagumkan!

credit to HERE

jab..jab..nak letak jugak la gambar pengantin lama yang pakai inai


majlis yang tak mampu di ulang tapi mampu di kenang

apa pun
Thanks for reading my blog


Didik Hati Jangan Bersedih



Assalamualaikum

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…


ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.

Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.

new look...hehe

credit to HERE



dekorasi menarik untuk ruang tamu


Assalammualaikum

minggu depan kalau ade rezeki akan pindah rumah.so duk umah teres la kami nanti.

rumah tu tengah renovate skarang. siap cat warna kuning okey.atas bawah warna kuning.hubby yang pilihkan kaler.so selamat tinggal apartment ku.
tetiba excited nak deco rumah walaupun bukan rumah sendiri.
tapi mana tahu kalau rezeki boleh beli rumah ni terus.haha

saya ni tak de specifik tema untuk decorasi bagi ruang tamu.
asal nampak cantik dan menarik kira okey saje.


perabut macam ni sesuai intuk ruang tamu kami yang sempit 
muat untuk letak sofa dan meja makan
simple tapi menarik :)





5 cara idea segera dekorasi bagi ruang tamu.
tips yang simple tapi dapat beri impak yang besar kepada ruang. 

#1-Ubah kedudukan perabot
Bagaimana kedudukan perabot di ruang tamu anda? Adakah anda mempunyai sofa 3+2+1 atau sofa 2+1+1? Jika anda mempunyai armchair, sudutkan kerusi tersebut 30 atau 45 darjah. Jika kedudukan asal sofa/kerusi di kiri anda, tukarkan ke kanan anda atau alihkan meja sisi ke sudut lain.

#2-Tambahkan kushion
Jika sofa anda ada dua kushion sahaja, tambahkan menjadi empat atau lima kushion.Kushion boleh bentuk berbeza atau sama. Ini bagi mewujudkan cozyness and a bit of luxurious.

#3-Letakkan sofa throw
Adakah anda mempunyai throw, skaf atau helaian kain yang cantik? Letakkannya di sofa. Anda boleh ratakannya di sofa atau sekadar gantungkannya dilengan sofa.

#4-Berikan bunga-bungaan segar
Tiada apa yang lebih indah secara semulajadi dengan memberikan ruang tamu anda dengan bunga-bungaan yang segar.

#5-Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi
Di rumah penuh dengan buku dan koleksi majalah? Hanya dijadikan sebagai hiasan kabinet buku sahaja. Adakah anda ingin tahu bagaimana mengunakan buku/majalah sebagai barang hiasan?

Caranya, susun rapi buku/majalah di atas meja kopi anda. Tujuannya, supaya ia boleh  dijadikan topik perbualan kita dengan tetamu dan mereka boleh membacanya dahulu sementara menunggu kita berhias diri atau menyiapkan makanan.

Sebahagian buku/majalah tersebut boleh dijadikan alas pasu bunga atau aksesori dekorasi lain. Buku yang dijadikan alas perlulah yang jarang kita baca. Kalau tidak sikit-sikit mahu alih buku dan aksesori tersebut.


credit  HERE

pssttt
banyak barang nak kena beli bila pindah rumah baru ni
yang penting langsir harus ku borong dulu..rumah teres so banyak la tingkapnya..


Kamu Berkahwin Kerana Apa?



Assalamualaikum

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh


moga mereka sentiasa jadi pasangan yang bahagia hingga ke syurga
I love both of you

Wanita (isteri) penyeri kehidupan bagi setiap insan yang bergelar lelaki (Suami)'
SELAMAT HARI WANITA

 ❤ miss this moment 

jangan sentuh hati seorang  wanita , jika tidak punya niat menjadikannya isteri.
hargai lah wanita yang akan selamanya menjadi peneman setiamu hingga ke syurga.

tips bagi yang ingin melancong atau bercuti




Assalamualaikum semua

teringin sangat nak pi bercuti dekat pulau. kali pertama dan terakhir pi pulau,  6 - 7 tahun lepas kot.
nik  pi Pulau Redang. tu pun sebab ikut rombongan universiti.

aishhh...bila la dapat pi lagi kan. nak buat ni impian untuk tahun 2012 la
agak2nya boleh tercapai tak impian nik ni? boleh kot.

so kumpul duit dari skarang yea.
kita tak kaya.kena la kumpul duit dulu .




sumber pic awesome dari KameraDansa
Subhanallah...pulau ni sangat cantik
hope satu hari nanti dapat ke sini



Tips bagi yang ingin melancong atau bercuti

Menabung
Yang ni sangat penting, kena ada duit yang secukupnya kalau nak pergi bercuti atau melancong. Kena asingkan duit untuk tujuan simpanan dan fokus pada perancangan

Perancangan Percutian
Perancangan rapi perlu dibuat sama ada dari segi diri dan minda. Perancangan juga termasuk tempat mana nak dilawati, jenis pengangkutan dan macam-macam lagi

Bajet Semasa Bercuti
Anggaran perbelanjaan sangat penting. Ianya meliputi kos penginapan, makanan, pengangkutan dan cenderamata. Untuk ke overseas, kena tahu kadar pertukaran mata wang asing

Tempahan Awal
Tempahan awal perlu terutamanya jika menggunakan penerbangan ataupun bas. Ianya bagi membolehkan kita mendapat harga tiket yang murah dan availability of tickets

Buah Tangan
Buat rujukan di Internet atau bertanyakan kawan-kawan yang pernah pergi ke tempat tersebut bagi mengetahui tempat-tempat yang menawarkan harga yang berpatutan. Senaraikan saudara-mara, kawan-kawan or sesiapa saja yang kita mahu beri ole-ole tersebut



nama-nama anak jin yang boleh mendatangkan penyakit



Assalammualaikum semua 

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus..nama2 ini boleh mendatangkan penyakit misteri

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI


 Mohon sahabat2 share kan maklumat ni kpd sahabat2 lain..respon drp Ustaz Zaharuddin.net mengenai isu nama2 anak jin yg boleh mendatangkan penyakit 

Respon 1



Respon 2



sihat, sakit semuanya datang dari Allah.
yang penting niat dan kepercayaan terhadap kuasa Allah.
 mohon kita dilindungi dari kejahatan makhluk2Nya yg zahir mahupun yang ghaib
Wallahua'lam.



 

Popular Posts