Showing posts with label randomness. Show all posts
Showing posts with label randomness. Show all posts

Oh cutenya (^_^)


Assalamualaikum semua ..... (",)

haa..tetiba buat entry pasal anak Erra Fazira.
gambar Engku Aleesya, anak dara Erra Fazira . dah besar pun

Oh cutenya (^_^)

 tengok lah kan sapa mak dengan ayah nya kan

 makin besar makin cute anak Erra Fazira ni
tengoklah kulit dia, gebu dan cantik

pic ni cilok kat ErraFazira Fanpage


12 Rahsia Dato' Siti Nurhaliza


Assalamualaikum semua ..... (",)


oleh sebab takde idea sangat nak membebel di blog ntah apa-apa ni, kita tempek gambar Dato' Siti Nurhaliza la


comel ♥


gambar Siti yang super natural


cantik

gambar cantik ni dari sini
MiG Online


12 perkara menarik mengenai Dato' Siti

1. Siti mengakui seorang yang geli kepada lipas. Pernah ketika zaman kanak-kanak sewaktu di berek polis, Siti memberitahu serangga itu berjalan di atas mukanya. Sehingga sekarang, penyanyi itu akan pastikan lipas telah mati ataupun tidak berada dalam biliknya. Apabila sudah pasti, baru beliau boleh tidur dengan aman.

2. Umum mengetahui Siti pernah menjual kuih seperti donut dan karipap sardin pada zaman kanak-kanaknya. Menurut pelantun lagu 'Nirmala' ini, beliau turut mengajar pembantu rumahnya itu cara membuat kuih tersebut bagi memudahkan beliau apabila teringin memakannya.

3. Jangan tidak tahu, penyanyi cantik ini gila mengumpul cadar sejak dari dulu. Difahamkan, penyanyi lagu 'Percayalah' ini gemar mengumpul cadar berwarna putih dan cerah. Walaubagaimanapun, Siti mengakui sudah mengurangkan tabiatnya itu.

4. Siti turut berkongsi dimana sebelum berkahwin, pernah ada lelaki psiko mengikutnya. Lelaki tersebut akan sentiasa tenung dan tengok Siti dan pernah sekali, Siti menerima hadiah tuala wanita dari peminat 'psiko'nya itu.

5. Adik kepada Saida ini memberitahu mempunyai persamaan dengan ibu mertuanya iaitu tidak suka memakan kuning telur.

6. Penyanyi ini mempunyai satu tabiat iaitu suka menghidu makanan yang pelik untuk tahu apa bahannya. Siti juga tidak cerewet dalam pemakanan dan memberitahu berani mencuba apa saja makanan yang pelik.

7. Impian Siti adalah untuk menjadi pereka fesyen. Siti memberitahu mempunyai mesin jahit di rumahnya dan suka menjahit bila ada kelapangan. Mempelajari teknik mejahit ketika di sekolah, Siti mengakui pandai menjahit selendang dan pernah berjaya mengecilkan bajunya.

8. Kakak kepada Saerah ini teringin melakukan 'bungy-jumping' namun sehingga kini, beliau mengakui tidak berani lagi untuk mencubanya.

9. Siti mengakui 'dating' dengan Datuk K melalui 'Yahoo Messenger'.

10. Penyanyi lagu 'Nian Di Hati' ini suka membeli baju dan terus memakainya waktu itu juga. Ada juga di mana beliau suka membeli baju baru, tetapi tidak memakainya dan memberikan kepada orang lain.

11. Siti mengakui tidak pandai menghias rumah di mana kelebihan itu ada pada suaminya, Datuk K. Menurut Siti, Datuk K sangat kreatif dan pandai dalam menghias sudut rumah mereka.

12. Siti pernah mencuri betik muda di kawasan berek polis sewaktu zaman kanak-kanaknya. Kesan dari perbuatannya itu, bibir Siti gatal apabila memakannya.

* Mengaku cair dengan anak saudaranya seramai 13 orang itu di mana beliau akan selalu membeli baju untuk mereka.
* Gemar mengumpul set 'manicure' kerana mengakui merasakan dirinya seperti pakar bedah apabila menyimpan alat-alat seperti itu.

sumber
http://www.gua.com.my/

enjoy video You Came To Me 
kolaborasi antara Sami Yusuf dan Dato' Siti Nurhaliza




till then
bye



Alhamdulillah..lagi artis bertudung


Assalamualaikum semua ..... (",)

semakin ramai artis dan selebriti wanita yang telah berhijrah untuk bertudung atau berhijab
alhamdulillah. seronok sangat tengok :)
moga bertambah lagi yang mengikut jejak langah positif ni


1) Haryati Hamzah aka YAT
Alhamdulilah ..makin cantik sebab tuan memang dah cantik



2) Natasha Hudson
dah bertudung selepas pulang dari umrah..Alhamdulillah
nampak makin cantik bila dah  bertudung.untungnya orang comel-comel ni


3. Abby Abadi
sama macam Natasha. Abby bertudung lepas balik dari umrah.



Al-Humaira' Contemporary


4. Fazurina
Fazurina ambil keputusan untuk bertudung selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30
apapun tahniah sbb dh berhijab! suwit!


gambar ehsan google

5. Farah Asyikin
Sejuk hati memandang.ecece

gambar ehsan google

Alhamdulillah.
semoga penghijrahan ini akan lebih memberi rezeki dan kebahagiaan pada mereka



quick update


Assalamualaikum semua ..... (",)

just a quick update
tak ada la story mory hot pun. sebab terperap jea kat rumah

esok ma dan ayah dah nak balik kelantan.datang balik sini 30 hb nanti sebab ayah akan di operate july nanti
balik kampung dulu .biar ayah tenangkan fikiran.balik bercerita kat org kampung dulu biar dia lega.hehe * ma yang cakap macam tu

pastu orang UK dah balik semalam.
rumah riuh rendah dengan gelak adik bongsu. kalau dia ketawa duk kat atas pun dengar
bertahan la sapa jadi suami dia nanti yea..hahaha


rindu kt hubby yang masih ada di laut..hampir 3 minggu tak jumpa
masa die kat darat rasa macam sekejap je, bila kat laut, omak aiiihh lama tol nak tunggu dia naik ke darat balik
keje offshore memang susah kan.ingat senang ke duduk jejauh ni
counting days nak jumpa Hubby next next week! excited.
2 minggu lagi..berlalu la dengan cepat wahai en masa 



ok tu jea kot nak cakap
k bye

hak bersuara


Assalamualaikum



orang kata ni  'statement' berani mati dari Neelofa

apa pun kita terima la pandangan Neelofa.kata negara demokrasi.
so sapa2 pun berhak bersuara kan

sama macam Hairie Othman jugak


tapi tak faham dengan manusia  yang duk bgtau kisah lampau Hairie Othman dulu-dulu .tu citer dulu kan
.manusia boleh berubah kot.
 masing2 ada kesilapan jadi ubah la diri dahulu..sesungguhnya kita perlu bersangka baik kepada org
kalau tak suka dengan kenyataan dia. diam sudah la.
 artis pun ada hak nak pilih pemimpin

setuju dengan pendapat Mustapha Kamal
setiap kita ada hak untuk memilih kan.


kecoh skarang bila Abby Abadi di katakan nak join PAS
Abby menjelaskan,dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang lebih baik



bagi nik mungkin dia ada pandangan tersendiri tentang politik, tapi taknak dedahkan kepada umum.
so hak dia la nak join parti mana pun kan :)


Aishah jugak
apa pun pegangan politik itu adalah hak individu tersebut


penyanyi Nash pernah keluarkan kenyataan yang dia tak pernah undi pembangkang
so hak dia la kan, kadang2  orang lain yang terlebih sentap..hehe

Hentikan perbalahan kerana politik
Matanglah dan sambutlah perbezaan pendapat & ideologi dgn adab
via Wardina Safiyyah OfficialPage


setiap orang ada pilihan dan pandangan masing-masing, dan saya pun sekadar memberikan pandangan saya.
salah silap harap maaf yea

bersuara boleh tapi jangan sampai kepada FITNAH sudah la yea  ^____^

comel ^____^


Assalamualaikum


ni entry tak de keje namanya.
 maka dengan tidak sengajanya saya telah menjadi stalker .

saya bukan kipas susah mati mana2 artis. tapi saya suka sangat dengan Siti Nurhaliza ni. dah la orangnya cantik, suara pun merdu. saya membesar dengan lagu2 dia.
siap kumpul duit belanja sekolah , semata-mata nak beli kaset siti.


Siti Nurhaliza sangat comel dari dahulu hingga sekarang
bertuah  Datuk K  ^_____^

follow twitter Dato' Siti
@CTNurhaliza11

wanita cantik di mataku part II


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)


rasa macam dah lama tak membebel kat sini..ada yang rindu tak?
sebelum ni nik penah buat entry  wanita cantik di mataku .
entry ni dapat sambutan bagus dari reader blog

so nak tambah senarai wanita cantik pada pandangan mata nik :)

Nurul Izzah Anwar
sapa tak kenal dia kan. .suka sangat tengok dia. cantik sangat.
ni baru betul di panggil natural beauty. muka tanpa secalit make up pun and still dengan tudung bawal.
di antara wanita yang saya nak jumpa. teringin sangat nak jumpa. hope dapat jumpa dia suatu hari nanti. 





Irma Hasmie 
lagi manis dan cantik sejak dia dah bertudung.
suka sangat-sangat dengan penampilan dia skarang.
moga Irma jumpa jodoh yang sesuai.








Siti Nordiana
nampak lagi sopan dan manis penampilan baru Siti Nordiana
sejuk jer mata memandangkan. Alhamdulillah





Diana Amir
cantik kan? Diana Amir semakin cantik pulak  bila memakai tudung
perempuan kalau dah bertudung memang cantik kan :))
gaya tudung diana amir memang menarik kan. teringin nak pakai gaya macam ni.





Akma AF3
saya minat akma sejak af3. 
sejak bertudung ni tengok dia makin manis kan


 


Farah AF2
farah memang lawa.dari dulu masa kat AF ... sejak bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu..suka tengok dia...kulit licin jer..berseri-seri lak tuh 




Tak kisah la apa pandangan org lain, setiap dari  kita semua ada kecantikan masing2 dan jugak kekurangannya





diana amir




Assalamualaikum ^_____^

alhamdulillah...bertambah cantik manis bila dah bertudung ,
sejuk mata memandang




cantikkan diana amir





petujuk dan hidayah itu datang dari pelbagai cara.manusia nak berubah ke arah kebaikan jangan di pertikaikan..macam mana dia tergerak nak berubah..macam mana dia boleh berubah..itu urusan dia dengan Allah S.W.T
kita doakan yang terbaik dan moga2 amalan kita juga diterima olehNya
dan sentiasa di bawah lindunganNYA

psssttt
paling kagum dengan Wardina sebab dia memang betul-betul berubah.

sumber gambar
MiG Online

 

♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥


Assalamualaikum ^__^



Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more... (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)

sumber : facebook :)



LADIES: We don’t need to have an attractive body or pretty face, to have that attractive man. We just need to be confident in our OWN skin. :)

Life is too short to worry about what others say or think about you. Have fun and give them something to talk about.

 

seakan sama



Assalamualaikum semua

baju sanding Lisa ni lebih kurang sama dengan baju wedding Kate Middleton kan?

busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry


tak kisahlah sama ke tak, yang penting dua-dua cantik

Selamat Pengantin Baru buat Lisa dan Yusry. 
Moga perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat

Trilogi Aku Terima Nikahnya




 Assalamualaikum

nik penah baca buku "Aku Terima Nikahnya"  edisi yang pertama tu.
tak penah lagi baca buku kedua  "Bercinta Sampai ke Syurga."  dan buku ketiga - "Murabbi Cinta"


adik nik beli gabungan ketiga-tiga buku ni. mula2 malas nak baca tapi tetiba rasa nak baca :)
tapi tak abis lagi.baca skit2 jea. tebal kot..orang malas macam nik ni, ambik masa skit nak abis baca.


tapi yang pasti.buku ni memang bagus. banyak info dan pengajaran yang kita dapat dari buku ni.banyak ajar macam mana  mengenal erti kehidupan selepas berkahwin

"Aku Terima Nikahnya" ..buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Pemilik blog Saifulislam.Com
buku ni berdasarkan pengalaman beliau sendiri serta realiti sebenar dalam kehidupan berumah tangga

TRILOGI AKU TERIMA NIKAHNYA merupakan gabungan buku best seller Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Ia diterbitkan dengan hard cover bersama tajuk depan dengan  Gold Hot Stamping bersama dan teks dalam yang dicetak dwi warna. Turut dihiasi dengan petikan-petikan daripada setiap artikel untuk kemudahan pembaca. Dihasilkan dengan sasaran menjadikannya sebagai cenderamata dan hadiah perkahwinan, juga sesuai sebagai koleksi peribadi.



ayat dalam buku ni boleh buat kita sebak
sebenarnya menitis air mata pun boleh (pengakuan jujur..opsss)

Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 


Rumah besar belum tentu bahagia.
Rumah sempit belum tentu derita.
Segalanya ditentukan oleh hati.

untuk yang tak terima nikahnyer lagi pun boleh baca buku ni

till then
nite

Popular Posts