ini entry menyampah


hai...!!!

tetiba rasa nak meluahkan perasaan lak.dah lama simpan ni.kalau simpan lama2 kan bengkak hati lak.


nik ade kawan, A bukan nama sebenar.nama dan tempat di ubah suai mengikut keadaan.kalau dia terbaca harap2 dia faham sendiri la yea.

mula2 kenal perangai dia ok tp lama2 naik menyampah lak.

tak suka la org yg berlagak ni.hebat sgt ker setakat makan kat Nando's or Oldtown White Coffee tu.kalau sekali cter tu tak pe la ni tiap2 kali pi perlu ke cter.naik bosan lak mendengar nya.walaupun dia tak cter kat nik..hahaha

pastu bercerita shopping kat pavilion lak.hakhakhak ...ingat i heran setakat beli pavilion jea.buat apa beli mahal2 kalau last2 hujung bulan tak makan coz tak cukup duit.

kalau bercerita nak tunjuk hebat jea.tapi keje asyik menyusahkan org jea buat apa.cakap perkara btol kan senang.kalau dah gaji setakat tu jea, tak yah la nak menipu cakap lebih .kan dah kantoi.semua dah tahu gaji dia brapa.

adoyai..asyik jumpa org berlagak jea ni.

korang penah jumpa org berlagak tak.mcm mana korong buat.
nik buat bodoh jea.

plz la wei...tak yah nak berlagak la.bukan org suka pun.buat org lg menyampah ade la.


lg satu tak suka ngan pak cik bas.sibuk la duk phewit2.ingat i ni anak kucing kot.

nak jea cakap kuat-kuat

pak cik sy ni dah kwen.tak tgk punggung dah lebar ni.huhhh...!!!! tak malu ker nak phewit2 bini org

kalau nik ni cantik tak pe gak nak phewit2.malu kot org lain nengoknya. walaupun nik tak de respon pun.mana nak letak muka.

*bengang dan menyampah*

bye

No comments:

Post a Comment

Popular Posts