sweet kan?


Assalamualaikum

untuk suamiku



miss you so much B

Small Birthday Celebration



Assalamualaikum
thanks buat readers yg sudi baca blog yang tak seberapa ni.kadang2 merapu, kadang2 skema.ikut mood nak menulis.

pertama skali nak wish happy bday to my dear sista, ANIS
bday yang ke 22 semalam .
haishhh..terbagitahu lak umo...ekeke
wishing her all the best :)
May u achieve a lots of happiness and success in your life


ini la bday girl nya :)

ahad aritu kami sempat sambut bday simple2 jea.mula2 makan kat pizza hut Alamanda, Putrajaya pastu beli kek kat Secret Recipes.

so antara gambar yang sempat di capture semalam.


sgt tembam nye pipi saya
ouhhhh..tidaaaakk~

adik-adik saya.adik bongsu jea tak de coz ade kat kampung.


yunnie


ja

makanan yang kami pesan

pizza kami :)




feveret :)


makan skit dah kenyang..mcm mana nak gemuk ni

lepas kenyang tu kami jalan2 round alamanda.cuci mata jea la.gaji blum masuk lagi.huhu


adik saya sempat rembat kasut sukan baru.


me and bday girl


sempat lagi pose.tunggu promoter lama sgt cari kasut.huhu


berkenan kat baju ni.lawa tak..hehe


yummy kan
4 jenis kek kami beli kat secret recipes.beli 1 slice jea.
yougurt cheese.chocolate indulgence.walnut chocolate.oreo cheese

ok la
thanks for reading this entry!

biar la tak cantik ponn..asal ade yang sayang !!!


Assalamualaikum

pernah tak korang rasa rendah diri? rendah diri dengan penampilan diri sendiri.
saya selalu rasa mcm tu
selalu banding diri sendiri dengan org lain
kagum melihat kecantikan orang lain


bila tengok wanita-wanita yang anggun dan bergaya,

selalu la cakap dalam hati
"aku ni tak cantik,penampilan memang langsung tak menarik, kurus keding, muka berminyak dan berjerawat" urmmmm

kadang2 terfikir , mengapa lah saya mengeluh dgn anugerah Allah yg telah dkurniakan kepada saya
always feel that life is unfair

tapi
selagi kita bergelar manusia mesti mahukan yg lebih baik.
tapi
bila fikir balik
walaupun hanya memiliki rupa biasa sekurangnya saya sihat kan
there're a lot more people who're unlucky than us

so

Don't compare your life with others'.
You have no idea what their journey is all about.

Kerana Bertudung



Assalamualaikum

isu bertudung memang takkan penah abis kan.saya juga masih mencuba berubah untuk kebaikan.sama2 la kita berubah untuk menjadi yang lebih baik.

ade artikel menarik yang saya jumpa.just nak share kat sini

KENAPA PEREMPUAN CANTIK PAKAI KAIN TUDUNG

*gambar hiasan semata2
sumber en google

1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia cantik.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..

14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..

19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…

20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??

21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…

22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…

23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik…

24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…

pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?

cantik itu subjektif
semua org dilahirkan cantik
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?
sumber : http://www.ukhwah.com

Yeah !!! S.E.P.A.H best



Assalamualaikum

Yeay !!! Sepah Juara Maharaja Lawak 2011.tak sangka 3 kumpulan yang nik sokong ketiga2 dapat masuk final.cayalah..best sgt persembahan diorang

tp yang tak best baru tadi dapat tengok.tengok kat You tube jea la.
sempoi giler lar lawak mereka.


tak kisah brapa duit yang mereka dapat setiap sorang .walaupun sikit dari Nabil sebab kena bagi 3 kan.tapi yang penting nama dah terpahat sebagai juara Maharaja Lawak.
banyak lagi duit yang bakal menanti.sah2 ade yang nak ambik berlakon filem nnt ni,

layan persembahan mereka

persembahan pertama


persembahan kedua
persembahan muzikal kedua paling best malam tu


SEPAH juara sebab mereka

Sempoi. Konsisten. Kelakar

tapi bagi nik persembahan paling best Sepah time malam komedi muzikal minggu ke 3.


cuba teka batu ape tu.. cuba teka?
ini?
kalau tengok ini bukan batu biasa ni.. ini batu cave ni
aper bangang nye awk ni
kenapa abang?
kenapa abang??
kau diam peah
Sabarlah abang
Kau diam Peah
dengan suara JEP yang macam ramli sarip, dengan SHUIB jadi perempuan pakai jubah dan MAMAT yang sempoi itu.sampai skarang kalau tengok video tu nak gelak jea.

psstt ..!!!
comel gila Syuib pakai jubah. ni mesti pinjam dress Siti Sarah kan..hehe

Jika suami sayangkan isteri


Assalamualaikum


*gambar hiasan semata-mata
Jika suami sayangkan isteri, kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri, diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri, isteri gemuk dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri, sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri, cintanya suci hingga ke ukhrawi
-http://syahirul.com-

sweet kan !!
InsyaAllah, harap2 semua suami sayangkan isteri mereka macam ni kan.
isteri ini pasti isteri yang paling bahagia

so touched


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

tersentuh baca artikel ni, so nik post kat sini untuk dikongsi dgn kawan2 .
artikel yg menarik, cuba baca ye khususnya untuk suami isteri
selamat membaca :)



Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.


waaa... mana isteri ku


Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.


fuuu.. lega


“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..


lelaki tu pun berfikir


Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…


hahaha... takde yg nak marah ku


Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.


Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???


ingat balik


And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!


SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

sumber pic : google

No one could ever replace you.Happy Father's Day!


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

i want to dedicate this post to my father
opsss...terlambat 1 hari daa!!!

sempena Hari Bapa just nak wish
Happy Father's Day kepada ayah tersayang

Nik Mahmud Nik Hassan

thanks for all that you have done.
mesti susah nak jaga 6 orang anak perempuankan.

I am proud to be your daughter
no one can ever take your place

terima kasih
sampai sakarang menjaga saya dgn penuh kasih sayang
beliau antara anugerah Allah yang terhebat



bentuk muka kami sama kan.anak ayah..mesti la sama.hehe

KL GANGSTER meme best !!!



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

happy weekend u olllss...rasa mcm cepat jea masa kan.tup tup dah weekend balik.mood happy :)
semalam sempat tgk wayang.dah lama kot tak dating ngan en hubby sambil tgk wayang.
kami tgk filem yg tgh meletop skarang, KL GANGSTER.

mesti ramai yang dah tengok kan kalau tak, tak de sampai kutip berjuta2 dah.
1.5 juta pada hari pertama tayangan dan 6.2 juta dalam masa 4 hari.
tersenyum lebar la Syamsul Yusof.
kalau nik jadi Diana Danielle mesti menyesal putus cinta dulu..opsss.tetiba kan..haha



apa yang best tentang filem ni pada pandangan nik

* cerita yang straight-forward dan tak de babak meleret-leret pun.

* Watak Zizan (Fadil aka Abang Long Dil) & Sofi Jikan (Ajib) memang best kelakar. so tak de la serius dan ganas sgt citer ni.

* ayat dalam cite ni cow2 nye

Abang Besar Sudah Keluar, Wa Ingat Lu Sudah Mampus
Lu Kasi Gua Mati Dulu Lah Bru Gua Diam
Tak kira macam mana sial pun kau, aku tetap sayang kau

*
KL Gangster langsung takde babak cintan cintun ni.yang ade cuma nilai kekeluargaan.rasa sayang antara anak dan ibu.

sinopsis filem :
KL GANGSTER mengisahkan Shark (Shamsul Yusof) merupakan seorang gangster yang kejam, tamak. Dalam pada yang sama sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) supaya dapat memiliki kuasa serta menjadi 'raja' gangster di Kuala Lumpur (KL).

Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Shark sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan kuasa. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek.

Bagi Shark, Malek lah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai( Adi Putra) iaitu adek Malek yang juga gangster serta anak buah Shark untuk menghapuskan abangnya.
yang tak best tu korang nilaikan la sendiri yea.tak nak komen lebih2.cuma nak bgtau
KL Gangster kali ni memang berbaloi tengok kat panggung

jalan-jalan di I-City Shah Alam



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved follower

minggu ni minggu paling penat bagi nik.tp paling happy.rasa mcm cepat jea weekend kan.tak puas cuti.
hari ini kita layan gambar kat I-city semalam.
tak banyak gambar pun.sebab ni kali ke 3 nik pegi I-city so tak de rasa excited pun nak bergambar.
kami bawak anak-anak saudara pi sana sebab diorang tak penah sampai.

ramai gila org kat sana.kami datang tu pun parking dah penuh.
so kalau boleh datang awal sikit, jangan datang lewat2 sebab sure ramai gila orang.nnt nak ambik gambar pun tak de space sebab semua port ade orang bergambar.kadang2 terpaksa la tunggu turn nak bergambar

jom layan gambar .gambar pun tak de la banyak.takde mood nak buat entri berjela-jela. kalau selalu sangat entri berjela-jela nanti orang kata syok sendiri pulak kan.haha


of course gambar tuan punya blog dulu yea.muka berminyak2.huhu


ini budak kuat nangis :)


tak sah kalau pi I-city tak ambik pic


me and my sister, YUNNIE















teringin nak masuk snow walk ni tapi omakk aihhh...harga tuk dewasa rm 25 dan kanak2 rm 20.terus tak jadi..haha
dah la kasut pun kena sewa rm 10.so kalau nak masuk baik pakai kasut siap2 tau.

surat untuk imam ku



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers



Untuk imamku,

Makmum mu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang


Aku berharap
Allah telah mempertemukan kita
Ku harap kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Kau telah ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.


Insya Allah.Hanya ini mintaku.

sumber : google

ceritera cinta


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

warghhhhh..lama giler tak update blog ni
tentu korang rindu kan...hehehe..perasan sikit tak pe kan
terima kasih pada sahabat2 yg masih ingat dan singgah blog ni walaupun dah beberapa hari tak update blog kesayangan ni
lappy adik yang ni selalu pinjam rosak la.sebab tu dalam beberapa hari ni tak sempat nak update.so pinjam la lappy adik yang sorang lagi ni.huhu

sweet tak tajuk entry...hahaha..puas pikir nak letak tajuk apa. belasah jea la kan.walaupun tak de kena mengena dengan isi kandungan entry pun.haha
minggu ni minggu paling happy bg nik. happy bukan sebab dapat keje baru.bukan juga sebab pregnant tapi sebab family nik dtg sini.
nak jemput adik bongsu balik dr UK.

entry kali ni kita layan gambar jea la yea. gambar time ambik adik kat KLIA ari selasa lepas ( ari ahad baru sempat update..opsss)


my mama, my sis dan me :)


my happy family :)




antara yg datang.tak semua yang datang :)

candid pic..muka bosan menunggu


akhirnya yg di tunggu tiba gak.
uissshhhh...budak ini sudah berisi...amboi mentang2 la UK makan mayonis jea yea.haha





nik dapat ni dari UK.adik nik mcm tahu2 jea perfume akak dia dah abis.ptt la gerak hati rasa mls jea nak beli perfume baru.rupanya org nak bagi.untung kan..hahaha
sila jeles dekat saya..hahaha...saya juga dapat purse.ni pun adik saya mcm tahu2 jea purse akak dia dah koyak teruk.




my maxi dress...thanks adik :)

psttt!!!!
naper saya dapat byk gift.sebab adik janji nak beli handbag tapi tak sempat nak beli.so sebagai ganti la ni yea.haha

ok la.nnt nik update lagi.next entry gambar time kami pergi I-city beramai2 lak.

Popular Posts