Showing posts with label uncategorized. Show all posts
Showing posts with label uncategorized. Show all posts

macam pernah ku lihat, tapi dimana yea ?



Assalamualaikum semua

entry santai



bila saya tengok baju Nora Danish time Anugerah  Juara Lagu, saya rasa macam penah tengok jea baju ni

akhirnya dapat jumpa jugak sapa yang penah pakai..
gigih kan saya mencari..haha


*



*


*

tadaaa

Irma Hasmie rupanya
ni time Anugerah Skrin 2010


till then
nite dear

.sambung cuti..hoyeahh


Assalamualaikum

minggu ni nik kerja 3 hari jek. khamis ni nik cuti sampai la hari ahad,bahagia nya..hehe
buat apa? pegi mana? tu nnt nik story yea (bajet ade yang nak tahu jea..huhu)
apa pun yang penting tak sabar nak cuti..hikhik



dah la 2 hari ni keje macam kelam kabut jea.sorang kwn opis tak dtg.kena la cover keje dia.penat tau buat keje yang kita tak biasa .menyampah pun ade..tapi terpaksa la.saya kan kuli jea..huhu

tak pe.sabar nik.esok jea last keje tuk minggu ni.pastu kita enjoyyyy
family nik dari kelantan selamat sampai umah kami.happy sgt.so dapat la beraya ngan family nik walaupun raya dan masuk hari ke 13 syawal pun.
ma nik siap bawak biskut raya kot :)


sayang ma :)
sempat snap gambar time ni kami nak ker rumah saudara dekat TTDI tuk beraya.

ok lah..
nanti kita sambung citer lagi
gudnite dear, semoga tidur kamoo ditemani mimpi indah :)


maxi dress yang sepatutnya di pakai hari raya ke 4 tapi sempat pakai time raya ke 11 :)
ok la.at least pakai jugak

.sweet pink ♥ :)



Assalamualaikum



salah ke lelaki pakai kaler pink ?

bagi nik ok saje tapi

maybe sebab warna pink ni sinonim dengan pompuan kan.

maybe kaler pink tu nampak lembut so tak sesuai la tuk lelaki yang gentlemen.nnt di kata gay atau lelaki lembut lak yea.



ala zaman dah berubah.fesyen skarang dah mcm2.dah tak pelik pun lelaki pakai pink.

macho tak hilang la setakat pakai kaler pink .ade yg nampak lagi muda kot bila pakai pink ni.



so sapa2 yang anti lelaki pakai pink tu tak pe la.tp tak perlu nak kutuk2 kan.kita berhak pakai warna apa saja asalkan sesuai dengan keadaan.





sweet kan



sumber pic : Blog Realiti Konspirasi ZackZukhairi







thanks B ♥



.kenapa masih sayang ??


Assalamualaikum



This is me
I love being me

and

i love to sharing this

kenapa u still sayang dia, walau dia dah tinggal u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia dah buang u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia dah hancurkan hati u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia dah pijak cinta u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia runtuhkan mahligai u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia pergi tanpa belas ??

kenapa u still sayang dia , walau u menangis dia pandang u penuh benci ??

kenapa u still sayang dia , walau dia tak pernah pikir susah u ??

WHY? WHY? Why u still sayang dia ??? !!~

SEBAB

bila dia tinggal saya … saya sedar kelemahan diri saya
punca dia pergi …

bila dia buang saya ..
saya makin dekat dengan Tuhan ,
dan saya tahu ujian ini untuk saya baiki diri ..
bukan merosakkan diri saya dgn kebencian

bila dia hancurkan hati saya..
saya teringat betapa banyak hati dia saya hancurkan ,
tanpa saya sedari ..

Bila dia pijak cinta saya ..
saya tahu cinta tuh dah lama tak berkembang tak dibaja ..
atas kelalaian dan kealpaan saya ..
bila dipijak baru saya tercungap untuk bernafas ,
dan cuba bangun dan kembang semula

Bila dia runtuhkan mahligai saya ..
saat tuh , ia hanya mahligai kaca .. yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yg mmbuat ia terus berdiri ..

Bila dia pergi tanpa belas …
saya kenal dia , saya tahu dia berperang dengan diri ..
.mencari kekuatan untuk berlalu

Bila dia pandang saya penuh benci …
itu kerana dia sayang saya , walau dia cuba nafikan

Bila dia tak pernah pikir susah saya ..
sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan saya ..

dan kerana itu ,saya still sayang dia ..
dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya .. !!~
dan saya berjanji ,walau sesaat saya takkan sia kan ..

psttt !!!!
cinta itu sendiri tak semestinya indah sahaja. adakala nya pahit. adakalanya sedih,
jaga la cinta yang ada sebaik nya.. biarlah cinta itu kekal untuk selamanya.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
sumber : http://janganbersedih.blog.com

learn something this week


Assalamualaikum

saya belajar sesuatu minggu ini

* baik berdiam diri jika kita tak tahu apa-apa
* jangan nak menuduh tanpa bukti yang kukuh
* fakta yang anda dapat jangan sebarkan jika ia belum terbukti benar sebab itu akan mendatangkan fitnah.fitnah lebih buruk dari membunuh
* walaupun anda dan saya berbeza ideologi dan fahaman politik, anda tetap kawan saya.kita masing2 ade hak menyatakan pendapat sendiri.
tak semua apa yang anda suka, sy harus menyukainya.begitulah sebaliknya.
Kita lihat apa yang kita PILIH untuk lihat, dan tak akan semua manusia melihat sesuatu perkara dengan cara yang sama, tetapi hormatilah perbezaan pandangan itu"
-Wardina Safiyyah OfficialPage-

jangan la di sebabkan isu itu kita bergaduh sesama sendiri

berdoa moga kita di lindungiNYA



thanks for reading this entry

sweet kan?


Assalamualaikum

untuk suamiku



miss you so much B

biar la tak cantik ponn..asal ade yang sayang !!!


Assalamualaikum

pernah tak korang rasa rendah diri? rendah diri dengan penampilan diri sendiri.
saya selalu rasa mcm tu
selalu banding diri sendiri dengan org lain
kagum melihat kecantikan orang lain


bila tengok wanita-wanita yang anggun dan bergaya,

selalu la cakap dalam hati
"aku ni tak cantik,penampilan memang langsung tak menarik, kurus keding, muka berminyak dan berjerawat" urmmmm

kadang2 terfikir , mengapa lah saya mengeluh dgn anugerah Allah yg telah dkurniakan kepada saya
always feel that life is unfair

tapi
selagi kita bergelar manusia mesti mahukan yg lebih baik.
tapi
bila fikir balik
walaupun hanya memiliki rupa biasa sekurangnya saya sihat kan
there're a lot more people who're unlucky than us

so

Don't compare your life with others'.
You have no idea what their journey is all about.

Kerana Bertudung



Assalamualaikum

isu bertudung memang takkan penah abis kan.saya juga masih mencuba berubah untuk kebaikan.sama2 la kita berubah untuk menjadi yang lebih baik.

ade artikel menarik yang saya jumpa.just nak share kat sini

KENAPA PEREMPUAN CANTIK PAKAI KAIN TUDUNG

*gambar hiasan semata2
sumber en google

1. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia cantik.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..

14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..

19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…

20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??

21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…

22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…

23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik…

24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…

pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?

cantik itu subjektif
semua org dilahirkan cantik
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?
sumber : http://www.ukhwah.com

surat untuk imam ku



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers



Untuk imamku,

Makmum mu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang


Aku berharap
Allah telah mempertemukan kita
Ku harap kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Kau telah ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.


Insya Allah.Hanya ini mintaku.

sumber : google

update di hari rabu



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

rasanya lama betul tak update blog.kecoh kan.baru 2 ari tak update jea pun.ade orang rindu tak? (bajet blog femes mcm blog hanis zalikha jea ).
ermmm... lately ni mood nak update blog ke laut ..huhu

uishhh..baru hari rabu kan? lambat nya nak hari jumaat.hari yang di tunggu-tunggu.pastu weekend dah.ari ahad lak family datang.selasa lak adik bongsu saya balik dari UK.tak sabar nak tunggu beg baru sampai..hahaha

gambar terbaru.. saja ngada nak letak kat blog.mana tahu ade org rindu.huahuahua *ayat nak up diri jea kan





pejam celik pejam celik, dah lebih 3 tahun kita berkenalan, setahun lebih menjadi kekasih halal
moga hubungan ini berkekalan dan berada dalam keredhaanNya
A successful marriage requires falling in love many times,
always with the same person.
‎"When a husband and wife look at each other with Love, Allah looks at both with Mercy"
[Bukhari 6:19 & Tirmidhi 14:79]

salam malam jumaat


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

oh yes esok dah jumaat
minggu ni mood keje nik ke laut..rasa tak de semangat nak buat keje
finally esok friday uolsss

saje nak letak pic terkini
tembam kan pipi saya
macam mana nak kuruskan pipi ni
nk try makan chewing gum la pasni..mana tau boleh kuruskan pipi nik

sebenarnya entry ni nak share kata2 yg menyentuh hati saya
husband to his wife:
I want you to say :" I love you", In front of the whole world.
wife : approached her beloved husband, and whispered in his ear
" I love you ..."
husband, turned to her and said sadly :" Why you did not say it to the whole world?"
wife said:
"Because you are the whole world to me" ...:P :smile its sunnah
Everyone asks for a miracle. Some a house, some a car,and some for love. Be happy with what you have and remember: your miracle is that your alive today.
TRUST is the base of any relationship, always be careful before doing any little act because just a missing "T" can RUST the relationship
I cried because i had no shoes,until i saw a man with no feet.. Life is full of blessings but sometimes we are just too blind to see them..Alhamdullillah for everything Allah has given us
Find happiness in a way that you don't have to take away another's happiness
thanks for reading this entry

Wardina Safiyyah



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

saya cukup kagum dengan Wardina Safiyyah.
Subhanallah cantiknya ciptaanMu Ya Allah :)
Nak cantik macam dia. Dalaman dan luaran cantik
INSYAALLAH kan:)

Wardina seorang yang berkerjaya, wanita moden dan masih mengekalkan ciri-ciri seorang muslimah.
wanita lain patut contohi dia
semakin murah rezeki setelah bertudung & kini lebih di hormati dan popular.



nasib dah kawen..kalo tak, berebut orang nak ni.

kata-kata dia dalam FB bukan kata-kata kosong.

Dekat University ada diajar 'ethical' reporting tak? Untuk yg ambil journalism lah... jadi kenapa macam langsung tidak dipraktikkan???? what happened to ethics and values?? Is it about 'selling' merely? how low can we humans get?
pleaseeeeeeeeeeeeeeee sudahla tuuuuuu dgn berita-berita VIDEO LUCAH niii...I DONT CARE!!!! I care about orang kena rogol, bayi luar nikah dibuang, my daughter's school being shot.....!!!!!!!! URGH, I care about Coruption, penyeledupan orang asing, prostitues...drug abuse, women abuse...statistik penceraian meningkat.... ADUH...... lemasnyaaaaaaaaaaaa!!!!!!
love meeting inspirational women who doesn't work for monetary gains but for society... I want. to be and do that.. -Give more, Get more-

Wardina Safiyyah pernah cakap, "artis tak boleh dijadikan idola", nik memang setuju 100% dengan pendapat Wardina
kagum dengan keberanian dia
ada gak beberapa artis yang marah, tapi kan 'siapa yang tergigit cili, dialah yang terasa pedas'
Saya tahu pelbagai andaian dan persepsi orang ramai berikan tentang diri saya sebelum ini tetapi lebih elok mereka mengenali diri saya terlebih dulu. Anda perlu mengenali seseorang itu sebelum menghakiminya. Saya juga berharap semua pihak memberikan ruang kepada artis untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan. Ini kerana saya perhatikan artis yang berimej bersih sukar untuk mendapat perhatian di media

pssttt
bila ditegur dituduh mcm2..yg terang salah tu dipuja2..tak faham betul
tak salah kita saling ingat-mengingatkan..manusia mana tak pernah buat silap kan

wanita ibarat emas dan permata



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya

"kenapa saya perlu pakai tudung?"...ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum..."

anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"

"entah",balas anaknya

"Tuhan sembunyikan emas dan permata di dalam perut bumi kerana ia adalah sesuatu yang cantik,menarik dan menarik ramai pemerhati"

sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya..sama seperti wanita..Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnya kerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..jika wanita itu sendiri tidak melindungi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi.

Popular Posts