Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H


السّلام عليكم و رحمة الله

salam ramadhan buat semua
bulan kesabaran,bulan menguji keimanan,bulan penuh dugaan,bulan mempertingkatkan keimanan
semoga ibadah kita diberkati dan diredhai Allah



sy mohon sejuta maaf andai selama saya ber blog ini,ada perkataan2 sy yg mengguris perasaan saudara saudari semua.

semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.InsyaAllah

psttt !!!
alam sahur jangan lupa set yea

.this pics puts a smile on my face


السّلام عليكم و رحمة الله

Happy weekend buat semua
semoga weekend ini penuh dengan aktiviti2 yang menarik bersama yang tersayang

sekadar nak bercerita, tak ade niat nak menunjuk-nunjuk.

dah lama sebenarnya tak dapat bunga dari en hubby tetiba bukak pintu kete jea ternampak bunga kat seat depan..hehe



kecoh kan..orang lain dapat hadiah lagi gempak..lagi mahal.
saya dapat bunga pun dah nak kecoh
tapi takpe la kan, bersyukur la sekurang-kurangnya suami ingat kat saya.
susah2 jea beli bunga untuk suprisekan saya

thanks to en hubby.kamoo mmg sentiasa sweet walaupun kita dah kawen.
sayang kamoo sangat2.


mood : hati yang berbunga2 seperti di taman bunga.
haha..over :)


kembang kuncup bila dapat bunga..ahaks


teringat lak time first time dapat bunga.excited .sebab tak penah dapat bunga sebelum ni.
tapi sejak kapel dan kawen ngan en hubby banyak kali dah dapat bunga tp still excited setiap kali dapat.hikhik



.moga cinta yang kita bina.
.akan kekal selamanya.
.thanks so much B.
.mmuahh.

.kenapa masih sayang ??


Assalamualaikum



This is me
I love being me

and

i love to sharing this

kenapa u still sayang dia, walau dia dah tinggal u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia dah buang u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia dah hancurkan hati u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia dah pijak cinta u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia runtuhkan mahligai u ??

kenapa u still sayang dia , walau dia pergi tanpa belas ??

kenapa u still sayang dia , walau u menangis dia pandang u penuh benci ??

kenapa u still sayang dia , walau dia tak pernah pikir susah u ??

WHY? WHY? Why u still sayang dia ??? !!~

SEBAB

bila dia tinggal saya … saya sedar kelemahan diri saya
punca dia pergi …

bila dia buang saya ..
saya makin dekat dengan Tuhan ,
dan saya tahu ujian ini untuk saya baiki diri ..
bukan merosakkan diri saya dgn kebencian

bila dia hancurkan hati saya..
saya teringat betapa banyak hati dia saya hancurkan ,
tanpa saya sedari ..

Bila dia pijak cinta saya ..
saya tahu cinta tuh dah lama tak berkembang tak dibaja ..
atas kelalaian dan kealpaan saya ..
bila dipijak baru saya tercungap untuk bernafas ,
dan cuba bangun dan kembang semula

Bila dia runtuhkan mahligai saya ..
saat tuh , ia hanya mahligai kaca .. yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yg mmbuat ia terus berdiri ..

Bila dia pergi tanpa belas …
saya kenal dia , saya tahu dia berperang dengan diri ..
.mencari kekuatan untuk berlalu

Bila dia pandang saya penuh benci …
itu kerana dia sayang saya , walau dia cuba nafikan

Bila dia tak pernah pikir susah saya ..
sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan saya ..

dan kerana itu ,saya still sayang dia ..
dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya .. !!~
dan saya berjanji ,walau sesaat saya takkan sia kan ..

psttt !!!!
cinta itu sendiri tak semestinya indah sahaja. adakala nya pahit. adakalanya sedih,
jaga la cinta yang ada sebaik nya.. biarlah cinta itu kekal untuk selamanya.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
sumber : http://janganbersedih.blog.com

Top 10 Kesilapan Besar Perkahwinan


Assalamualaikum



Hampir setiap minggu, ada saja kita menerima undangan perkahwinan dari orang yang kita kenali. Sama ada mereka adalah sahabat kita, kaum keluarga kita, atau sekadar kenalan jauh, kita tetap boleh merasa kegembiraan yang ada pada sesebuah perkahwinan.

Bila kali terkahir anda mengalami perasaan ini?

Jika anda sudah berkahwin, cuba ingat kembali saat anda berjalan diiringi paluan kompang ke jenjang pelamin. Perasaan itu hanya anda dan pasangan anda sahaja mengerti. Indah :)

Bagi yang belum berkahwin, anda mungkin berasa santai untuk berfantasi tentang perkahwinan anda. Hati anda berdegup kencang, rasa ‘nervous’ memajang tetapi gembira yang teramat sangat.

Perkahwinan bukan sekadar untuk mengecapi ‘nafsu kebahgiaan’ semata-mata. Cinta itu indah. Anda suka pasangan anda. Dia pun suka kepada anda. Namun, ada elemen lain yang patut anda titik beratkan di dalam hidup anda sekarang di alam perkahwinan.

Saya kongsikan 10 kesilapan terbesar mengikut urutan yang selalu terjadi di dalam hubungan rumahtangga. Anggap sahaja ini adalah tips dan petua perkahwinan daripada saya :)

1. Kurang sikap menghormati
Jangan mengumpat atau mengata di belakang pasangan anda di hadapan rakan atau kaum keluarga anda yang lain. Si dia mahukan penghormatan dan penghargaan ikhlas dari anda.

2. Tidak mendengar pasangan anda dengan baik
Ini termasuk sikap anda yang suka ubah topik dan fikiran cepat melayang ke arah lain ketika si dia sedang bercerita atau meluahkan sesuatu kepada anda. Mulai harini, cuba dengar dengan ikhlas dan penuh kasih sayang ketika si dia bercakap.

3. Kurang keintiman
Ini adalah ‘Swine Flu’ di dalam sesebuah hubungan selepas perkahwinan. Cepat-cepat jumpa pakar hubungan keintiman untuk nasihat di dalam isu ini.

4. Sentiasa nak betul
Selalu memberi ‘khutbah’ kepada pasangan anda. Ada kalanya kita harus mengaku kesalahan kita dan cuba menerima kritikan dengan sikap yang rasional. Bila kali terkahir anda rasa anda betul ketika berdebat dengan pasangan anda? Fikirkan semula.

5. Tidak membuat seperti yang dikata
Bila anda berkata atau berjanji sesuatu. Laksanakan. Si dia pasti makan hati jika anda tidak ‘walk the talk’. Jangan main cakap sahaja. Tunjukkan dan buktikan anda melaksanakan apa yang anda kata.

6. Kritikan pedas
Kadangkala gurau atau ‘teasing’ boleh menyebabkan si dia makan hati. Anda tidak sedar. Dalam hatinya sapa yang tau. Jika anda rasa dia tidak memberi respons yang baik terhadap ‘gurauan’ keras anda, hentikan segeral.

7. Tidak jujur
Pendek kata. Buat jahat dibalas jahat.

8. Sikap ‘annoying’
Jika anda ada habit yang tidak baik seperti pengotor, suka membebel atau apa sahaja yang menyakitkan fizikal dan mental si dia, sila hentikan. Mula-mula memang boleh terima tetapi lama-lama rasa nak yang lain pulak. Jangan marah.

9. Sikap mementingkan diri sendiri
Jangan mementingkan diri sendiri seperti tidak suka rakan si dia datang rumah tetapi bila rakan sendiri buat macam party pulak kat rumah. Hormati kesukaan dan kemahuan pasangan anda.

10. Sikap panas baran
Kemarahan memang musuh di dalam sesebuah persahabatan dan hubungan rumahtangga. Bila marah, semua tak jadi. Sebelum anda melakukan tindakan tidak rasional ketika marah (lepas talak tiba2 ke ops ) tolong belajar macam mana nak kawal kemarahan tu SEKARANG.

psstttt !!!
kita mmg tak lepas dari kesilapan. moga kita sentiasa ber muhasabah untuk terus memperbaiki diri menjadi lebih positif

sumber : http://senicinta.com/blog/

#3 Spontaneous Thursday

Assalamualaikum
Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kami kerana kami percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.hikmahnya yang tidak kami ketahui.
ALLAH always know when is the right time..
dah2 la tanya soalan bila nak ada?itu semuakan rezeki ALLAH.kami hanya mampu berusaha dan bertawakal
doakan kami yea :)



he one of the best things that has happened in my life.
I love him so much

#3 : Wordless Wednesday - kurus sangat ke kita nie?



Assalamualaikum



Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

exercise @ Taman Botani Negara Shah Alam


Assalamualaikum

Sunday is a fun day
akhirnya dapat gak jejak kaki kat Taman Botani Negara Shah Alam aka Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam aka Bukit Cerakah
saje jln2 ambik angin time weekend aritu.dari lepak kat umah jea baik exercise kan
dah lama peluh tak keluar



Entrance ke Taman Pertanian Malaysia di kaunter tiket
tiket untuk kanak-kanak RM1.00 dan dewasa RM3.00




kami naik tram ni dulu








mula2 naik tram pastu baru start jalan kaki

so

it's time to exercise




time jln2 sempat la snap pic :)


im happy !!!














8 Fakta Unik Tentang Cinta


Assalamualaikum



Sejauh mana anda tahu tentang cinta?

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.

Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan inspirasi kepada hubungan anda.

1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4. 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5. Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)

6. Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

8. Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.

Saya harap anda berasa fakta dia atas berguna untuk menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda.

sumber : http://senicinta.com

sharing is caring || Mega Bridal Creations


Assalamualaikum

akhirnya weekend datang lagi.mesti banyak aktiviti korang weekend ni kan.ke korang mcm nik gak.duk kat umah jea :)

time nak dekat raya ni mesti ramai yg buat majlis nikah kan.owhh..indah nya
tetiba teringat majlis setahun dulu.haha...over!
pada sapa yang nak buat majlis tu paling penting kena ikut bajet.jgn lak terlebih bajet.kang lepas kawen makan meggi jea tiap2 ari

so sapa2 dari johor yang tengah surver pelamin or apa2 jea untuk majlis perkahwinan boleh ke
SINI.
macam2 contoh pelamin dan baju ade kat sini.kalau nak lagi puas hati baik korang pi jea ke butik ni.byk lagi pilihan tau.rambang mata nnt nak pilih.

psttt !!!
tak dapat apa2 pun saya promote benda ni.
tapi apa salah nya kan.bisnes biras saya jugak

layan gambar cantik di bawah

simple tapi kaler dia cantik :)




love this color






cantikkan bilik pengantin ni.tema merah dan hitam










yang ni warna kuning lak






sofa ni unikkan


sweet pink









To anyone who wants our packages please leave your name, phone number and where you live. We will contact you as soon as possible. We are ready to provide service to all customers who need it and you also can contact us on this number :

Jeslina (Wedding Planner)
+6013-774 0377
+6019-791 0878
+6017-777 2275

Fairuz (Make Up Artis, Photographer, Designer)
+6012-777 9598

Jess/Along (Interior Designer)
+6010-704 1964
+6013-776 6544

Juliana (Make Up Artist)
+6019-798 7761

Email : mega_bridalcreations@yahoo.com

Popular Posts