Assalamualaikum
terkejut baca stetement Adda tentang bekas kekasih dia si Mamat Sepat tu.
Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.
Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya. Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu. Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai. Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia.
nik tak de nak sebelahkan mana2 pihak pun.sebab tak tahu sapa salah dan btol.nik pun tak kenal sgt diorang.
pada pendapat nik la.kalau dah putus tak perlu la nak bercerita keburukan pasangan kita.seteruk mana dia pun .lepaskan la dengan redha.doa kan sahaja kebahagiaan masing-masing.
benda mcm tu tak perlu nak kecoh2 pun.adat dunia skarang..keaiban akan dihebahkan utk selamatkn diri masing2 kan.
jika dulu kita boleh terima baik buruk org tu kerana cinta, kenapa perlu buka aib dan lupakan kebaikan org tu hanya kerana dah berpisah.
kalau adda dah tahu mamat tu playboy sepatutnya dia bersyukur la yg dia tak de jodoh dengan mamat.baik putus time tak de apa2 ikatan lagi.kalau dah kawen, baru tahu playboy lagi susah.
suka baca komen Fida, kekasih baru Mamat Sepah
“Itu hak Adda untuk bersuara. Mungkin Adda lebih kenal Mamat sebab mereka dah lama kenal. Fida ini baru saja kenal Mamat,”
“Ada beberapa kisah Mamat yang Fida tak tahu tapi Mamat yang telefon beritahu Fida. Jadi Fida rasa benda lama biarlah Mamat dengan Adda sendiri, Fida tak nak burukkan keadaan dengan komen dan sebagainya.”
“Terpulang kepada Mamat, kalau dia nak berubah daripada apa yang ramai sedang perkatakan sekarang, insyaAllah perhubungan kami akan bertahan lama. Selagi tak berlaku kepada Fida, kami akan kekal sebegini.”psttt
bagus la Fida.itu la sebaiknya kan.
No comments:
Post a Comment