new year?? xberjiwa

balloons, colorful, colors, fashio, girl

after keja kt spital, hadap sample patient. so release tension puas pusing jalan tar, sogo bagai, pastu banyak mkcik pakcik akak abang niaga tanya, " ni lepak sampai malam la yer? tgk bunga api g konsert best kan sambut new year, xg ke?"  

aku jawab, "tak payah nak new year sangat lah baik duduk umah, orang depan konsert orang blakang dok buat pesta seks , minum arak bagai, " fact : aku xsuka crowded n benda2 y useless, bia lah org nak kata aku xde sosial life pun. ade aku kesah?? huuu~ ok bai

may 2012 be another wonderful year




assalamualaikum

entry terakhir di tahun 2011.
suka duka pahit  manis di tahun 2011 akan di simpan sebagai kenangan dan pengajaran.

banyak impian yang tak tercapai lagi untuk tahun 2011 .impian yang pending 2011 akan transfer ke 2012.

may the best things happen to us.Insya-Allah :)




Celebrating New Year tak salah kalau bukan dalam cara yg melalaikan. 
besyukur lah masih di beri peluang bernyawa di muka bumi Allah ni.

Selamat Tinggal 2011
Selamat Tahun Baru 2012 dan have a nice day

Maharaja Lawak Mega 2011




assalamualaikum

tahniah untuk Osbon. juara Maharaja Lawak Mega 2011. nik tak mengikuti sangat Maharaja Lawak Mega 2011 ni tapi sekali sekala tengok jugak dekat Youtube. sebab kalau persembahan yang best ramai kawan share dekat facebook.

jom tengok aksi OSBON masa final

1st  performance

2nd performance

JOZAN yang tak join Maharaja Lawak Mega pun lawak kot

part kelakar
salah masuk. salah masuk. tapi x apa tapi x apa.
kau nyanyi saja. bukan dapat payment pon


bagi nik persembahan terbaik OSBON adalah yang ni
Maharaja Lawak Mega Minggu 4



aku orang KEI-L ...haha

isu hangat Adam Adli





assalamualaikum

macam2 reaksi dan pandangan yang kita dapat tengok bila isu hangat ni timbul.
apa pun moga  kita jaga bahasa dan percakapan kita
jangan kita kutuk orang tu biadap tapi kita lebih teruk dari tu

kalau orang muda buat salah, mungkin sebab dia belum matang. jadi yang lebih berumur nie tolong lah tegur dan bimbing. dengan cara yang betul.
sebab politik kita sanggup bergaduh kan.kalau berkaitan soal agama, jarang pulak .sedih tengok sesetengah sikap manusia sekarang.
harap saya bukan di kalangan orang sebegitu.moga Allah ikat hati saya kepada perkara kebaikan :)

bukan niat nak berpolitik pun. tapi sangat2 tertarik dengan artikel kat bawah ni


Semenjak isu Adam Adli hangat, saya sentiasa terfikir untuk memberikan buah fikiran. Tetapi saya banyak diam, melihat apa yang berlaku dan meneliti.

Kadang-kadang rasa kelakar. Seorang pemuda berumur 22 tahun, turunkan bendera, 5 minit, kemudian naikkan semula dengan baik, dikecam hebat, diugut bunuh, dan pemimpin-pemimpin saya membiarkan sahaja semua itu. Seakan-akan merestui.

Beginilah.
Adam Adli, dari satu sisi, benar boleh dikatakan 'tidak menunjukkan adab kesopanan melayu'. Datang tempat orang, kemudian pergi turunkan harta kebanggaan milik tuan rumah. Jawapannya di dalam video pun, pada saya tidak kuat. "Untuk memanaskan keadaan." Baik, Adam Adli 'kurang sopan'. Namun sekurang-kurangnya, dia tidak memijak, mengoyak, menconteng, dan 5 minit kemudian, menaikkan semula bendera itu dengan baik.

Kalaulah saya menjadi pemimpin saya, Dato' Seri Najib, saya akan buat begini:
Saya akan buat sidang media. Dan berkata - "Saya maafkan sahaja Adam Adli. Dia bukannya buat apa-apa. Turunkan bendera wajah saya, tetapi kemudiannya dia naikkan semula. No big deal. Tak payahlah nak pukul-pukul, sampai nak bunuh. Buat apa? Tindakan mahasiswa, maka kita kena matang menanganinya. Apatah lagi, tiada pun undang-undang yang menyatakan salah turunkan bendera. Ini hanya melibatkan adab dan sopan sahaja."

Sah-sah rakyat akan lebih sayang Dato' Seri Najib kalau dia cool buat begitu. Tetapi nampaknya tidak. Membiarkan saudara-saudari saya di bawahnya berkeliaran melakukan kezaliman terhadap Adam Adli. Jauh lebih biadab, menganggu keluarganya, mengugut bunuh dan sebagainya. Buat gambar yang tidak senonoh, menuduhnya gay, dan sebagainya.

Jika begitu, oleh kerana ini isu 'adab dan sopan', saya suka juga mahu claim tindakan yang kencing pada banner bergambarkan Tuan Guru Hadi dan Tuk Guru Nik Aziz. Kencing sudah satu hal. Cuci balik tak? Mengapa isu itu tidak digembar-gemburkan?

Saya boleh terima 'ketidak matangan' Adam Adli. Nak hukum dia? Boleh. Hukum yang setimpal(setimpal dengan turun bendera la Semestinya pukul, bunuh, bukan dari kalangan 'setimpal'). Tetapi saya tidak boleh terima ketidakmatangan ayah-ayah dan ibu-ibu saya dalam 'menangani masalah Adam Adli'. Dan kalau nak hukum sangat, bagi adil. Adam Adli boleh kena, mengapa tidak kenakan kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan saya hari ini, yang turut tidak beradab dalam banyak hal juga(tanpa menafikan, ada juga yang beradab.)?

------------------------------------------------
Patutnya, inilah peluang tarik undi.
Secara general, orang boleh terima 'budak yang tidak matang'. Tetapi susah orang nak terima 'ayah-ayah dan ibu-ibu yang tidak matang'.
Maka dengan adab yang hilang,
undi pun terbang.
^^

sumber artikel


rindu penang



assalamualaikum readers

tetiba rajin pulak nak update blog.muahaha
arini dah Rabu pun. takda Wordless Wednesday untuk hari ni. di tukar pada entry santai.

sebab kenapa saya perlu bercuti ke Penang lagi




kekangan masa membuatkan ada beberapa tempat yang kami tak sempat nak singgah
antaranya

Rumah Kelahiran P. Ramlee | Tokong Ular
mall popular di Penang (Queensbay Mall, , Perangin Mall, Komtar )
Kek Lok Si Temple | Night Market, Batu Feringghi | Botanical Garden
Tropical Spice Garden | Tropical Fruit Farm | War Museum

makanan yang tak sempat di rasa
Mee Udang | Cendol | Pasembor | Nasi kandar

walaupun makanan ni ade jea  kat KL tapi takkan sama bila makan kat Penang sendiri.
sebab makanan ni memang popular kat sana. yea tak?

penang banyak tempat tinggalan sejarah.sebab tu Georgetown, ibu kota Pulau Pinang telah diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO . nik memang suka dan excited kalau dapat jalan2 ke tempat macam tu.







bila nak pergi Penang lagi ni?

fuyoooo..Khairul Fahmi tu




assalamualaikum
how are we doing today? harapnya semua sihat walafiat.

hari ni update satu lagi entry
jumpa gambar ni dekat facebook
Khairul Fahmi Hiasi Muka Depan Majalah GLAM 2012


bila tengok gambar ni apa yang terlintas dekat fikiran korang

saya??

Khairul Fahmi dan wanita tak dapat di pisahkan..opsss
apex oh apex.. jadi cover magazine pulak ye
hot.. aircond pleaseee !!!

tips bagi yang ingin melancong atau bercuti




Assalamualaikum semua

teringin sangat nak pi bercuti dekat pulau. kali pertama dan terakhir pi pulau,  6 - 7 tahun lepas kot.
nik  pi Pulau Redang. tu pun sebab ikut rombongan universiti.

aishhh...bila la dapat pi lagi kan. nak buat ni impian untuk tahun 2012 la
agak2nya boleh tercapai tak impian nik ni? boleh kot.

so kumpul duit dari skarang yea.
kita tak kaya.kena la kumpul duit dulu .




sumber pic awesome dari KameraDansa
Subhanallah...pulau ni sangat cantik
hope satu hari nanti dapat ke sini



Tips bagi yang ingin melancong atau bercuti

Menabung
Yang ni sangat penting, kena ada duit yang secukupnya kalau nak pergi bercuti atau melancong. Kena asingkan duit untuk tujuan simpanan dan fokus pada perancangan

Perancangan Percutian
Perancangan rapi perlu dibuat sama ada dari segi diri dan minda. Perancangan juga termasuk tempat mana nak dilawati, jenis pengangkutan dan macam-macam lagi

Bajet Semasa Bercuti
Anggaran perbelanjaan sangat penting. Ianya meliputi kos penginapan, makanan, pengangkutan dan cenderamata. Untuk ke overseas, kena tahu kadar pertukaran mata wang asing

Tempahan Awal
Tempahan awal perlu terutamanya jika menggunakan penerbangan ataupun bas. Ianya bagi membolehkan kita mendapat harga tiket yang murah dan availability of tickets

Buah Tangan
Buat rujukan di Internet atau bertanyakan kawan-kawan yang pernah pergi ke tempat tersebut bagi mengetahui tempat-tempat yang menawarkan harga yang berpatutan. Senaraikan saudara-mara, kawan-kawan or sesiapa saja yang kita mahu beri ole-ole tersebut



nama-nama anak jin yang boleh mendatangkan penyakit



Assalammualaikum semua 

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus..nama2 ini boleh mendatangkan penyakit misteri

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI


 Mohon sahabat2 share kan maklumat ni kpd sahabat2 lain..respon drp Ustaz Zaharuddin.net mengenai isu nama2 anak jin yg boleh mendatangkan penyakit 

Respon 1



Respon 2



sihat, sakit semuanya datang dari Allah.
yang penting niat dan kepercayaan terhadap kuasa Allah.
 mohon kita dilindungi dari kejahatan makhluk2Nya yg zahir mahupun yang ghaib
Wallahua'lam.



 

.kelasss kau lisa.



Assalammualaikum semua  

Yusry dan Lisa akhirnya telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada 23 Februari 2012 nanti manakala majlis resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012


“Saya melihat Lisa sebagai seorang wanita yang very natural, caring, dan baik hati dan dia juga menyayangi saya sepenuh jiwa sepertimana saya juga menyayanginya sepenuh jiwa. Bila saya stress atau menghadapi saat-saat sukar, dia selalu ada di sisi, jauh mahupun dekat.”
 – Yusry Abd Halim
“Abang bukan seperti kebanyakan lelaki yang akan ‘mengayat-ayat’ pada awal perkenalan, dia seorang yang gentleman,”
– Lisa Surihani

posing mcm org dah kawen dah yea..hehe

 kita doakan agar jodoh Yusry dan Lisa berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

sumber pic : OHBULAN

 

Bercuti ke Penang | Masjid Terapung & Feri Pulau Pinang



Assalammualaikum semua 

last entry untuk percutian kami ke Penang :)
kami ke Masjid Terapung Pulau Pinang kat Tanjung Bungah 







sangat cantik view dekat area Masjid Terapung Pulau Pinang

.one of of the most famous landmark in Penang.







pemandangan sekitar Masjid Terapung





view  dalam Masjid Terapung 



interior of the mosque













masa untuk ucap selamat tinggal kat penang
kami decided nak naik feri.
dah alang2 kat Penang, rasa rugi pulak kalau tak naik.
masa mula2 sampai penang kami lalu jambatan Pulau Pinang  so time balik nak la try naik feri pulak.
dah la sepanjang hayat  tak pernah  naik feri . 

untuk keluar dari Pulau Pinang, tiada bayaran dikenakan. so jimat minyak kereta..haha
pastu nasib baik tak perlu queue lama.
perjalanan ambik masa dalam 15-20 minit.

bangga seh dapat naik feri..haha
first time okeyyyy



jakun sebab tak pernah naik feri 


nampak tak River Cruise.besar giler ship tu
kan best kalau dapat naik yang tu :)))








pemandangan dari atas feri







jambatan Pulau Pinang

Selamat Tinggal Penang
ade jodoh kita jumpa lagi yea :)

pssttt
My Next Vacation : Cherating, Pahang
harap2 plan kami menjadi

 

Popular Posts