Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

handphone baru


Assalamualaikum semua ..... (",)

seronok sangat
dapat handphone baru pemberian myHubby
thanks a lot B . susah2 jer belikan sayang handphone canggih nih.
terharu  * kelip2 mata tanda suka

haa ni lah my new handphone touchscreen. samsung brand



ngeee .. senyum lebar bila dapat handphone baru ni.
of course saya akan jaga baik2 sebab ni pemberian insan tersayang kan.






thank you so much again hubby 
moga bertambah2 la rezeki awak nanti
sayang awak lebih la :)))


jakun sekejap bila godek2 handphone baru ni  ^____^
nak tulis mesej pun terkial2 lagi

yang mana satu..??


Assalamualaikum

poning kepala den. nak beli laptop or  handphone Samsung Galaxy S II
nak beli  Samsung Galaxy S III or Samsung Galaxy Note masih tak mampu.
tak cukup bajet *nangis. sobs


laptop

or

Samsung Galaxy S II



tak boleh demand lebih2. bukan beli guna duit sendiri pun
boleh jea nak beli tapi kena tambah duit sendiri.
sebab nak beli benda alah ni semua bajet dari hubby
isteri harus la pau duit hubby, hubby keje penat2 cari duit bukan untuk sapa
untuk isteri jugak kan * kelip2 mata

nak beli gajet ni biar la berbaloi
bukan beli semata-mata nak ikut trend dan untuk nampak cool jea.


tips bagi yang ingin melancong atau bercuti




Assalamualaikum semua

teringin sangat nak pi bercuti dekat pulau. kali pertama dan terakhir pi pulau,  6 - 7 tahun lepas kot.
nik  pi Pulau Redang. tu pun sebab ikut rombongan universiti.

aishhh...bila la dapat pi lagi kan. nak buat ni impian untuk tahun 2012 la
agak2nya boleh tercapai tak impian nik ni? boleh kot.

so kumpul duit dari skarang yea.
kita tak kaya.kena la kumpul duit dulu .




sumber pic awesome dari KameraDansa
Subhanallah...pulau ni sangat cantik
hope satu hari nanti dapat ke sini



Tips bagi yang ingin melancong atau bercuti

Menabung
Yang ni sangat penting, kena ada duit yang secukupnya kalau nak pergi bercuti atau melancong. Kena asingkan duit untuk tujuan simpanan dan fokus pada perancangan

Perancangan Percutian
Perancangan rapi perlu dibuat sama ada dari segi diri dan minda. Perancangan juga termasuk tempat mana nak dilawati, jenis pengangkutan dan macam-macam lagi

Bajet Semasa Bercuti
Anggaran perbelanjaan sangat penting. Ianya meliputi kos penginapan, makanan, pengangkutan dan cenderamata. Untuk ke overseas, kena tahu kadar pertukaran mata wang asing

Tempahan Awal
Tempahan awal perlu terutamanya jika menggunakan penerbangan ataupun bas. Ianya bagi membolehkan kita mendapat harga tiket yang murah dan availability of tickets

Buah Tangan
Buat rujukan di Internet atau bertanyakan kawan-kawan yang pernah pergi ke tempat tersebut bagi mengetahui tempat-tempat yang menawarkan harga yang berpatutan. Senaraikan saudara-mara, kawan-kawan or sesiapa saja yang kita mahu beri ole-ole tersebut



nak cuti-cuti malaysia



Assalamualaikum semua

this year planning nak pergi macam2 tempat tuk melancong tapi banyak lak problem saat2 akhir so plan tu selalu tak jadi.STRESS tau takk..huhu
so sebelum nak masuk tahun baru 2012, kena gak pegi bercuti2 malaysia.tapi kena la tunggu en hubby turun dari kapal.



kami rancang macam nak ke Pulau Pinang.banyak sikit tempat2 menarik nak singgah kan.nak pusing satu penang boleh?
sapa2 orang Penang boleh tak suggest tempat menarik yang patut kami pegi?
or makanan yang patut kami makan?

yang dalam kepala ni skarang memang teringin nak ke Pantai Batu Feringgi, Padang Kota Lama, Bukit Bendera,Taman Rama-Rama dan Toy Museum.

nak pergi bercuti ni memang seronok kan.lagi2 sebab dah lama tak bercuti pastu dapat spent masa dengan yang tersayang.kan seronok tu?.
asyik keje, keje, keje.tapi tak jugak naik gaji.huhu
harap2 bila bercuti ni akan lebih bermotivasi la bila masuk kerja.ataupun terus resign jea. boleh tak en hubby ???..haha


Pulau Tioman :)


Pulau Langkawi

hati teringin nak ke Pulau Tioman dan Pulau Langkawi jugak.tapi kena tengok masa yang sesuai la kan.kena rancang btol2.kang tak jadi lagi, saya jugak yang stress..haha

lama jugak tak bergambar dan update gambar banyak2 kat blog.so time bercuti harus la bergambar puas2 kan.

pssst !!!
en hubby
please balik cepat..sayang tak sabar nak pi bercuti ni.

wishlist || outdoor photoshoot



Assalamualaikum semua



sebenarnya dah lama teringin nak buat outdoor photoshoot dengan en hubby.

tengok orang lain buat mcm best kan.

tapi masa dan bajet yg menjadi kekangan waktu ni.

masa kawen dulu tak buat outdoor photoshoot pun.sebab guna duit untuk keperluan yang lebih penting.lagipun ma dah pesan awal2 tak mo bazir2 dengan benda yang tak brapa nak penting.huhu



anniversary kami yg ke 2 dlm beberapa bulan lagi so elok sgt la nak buat photoshoot time tu kan.maybe buat kat johor sebab make up dan baju blh la tempah dengan biras sy kan.



teringin jugak nak buat photoshoot dengan adik beradik perempuan saya.bargaya ala-ala model.mesti seronok kan.nak buat photoshoot yg simple dan santai jea.sebagai kenangan untuk kami bila dah tua2 nanti.



kena tunggu adik bongsu balik malaysia tahun depan la.tahun ni tak sempat kot.adik dah nak fly UK bln 9 ni.mana sempat nak tempah photographer kan.







my sista :)



dalam ramai2 adik saya, adik saya yg sorang ni jea yang tak suka bergambar.hehe..tapi kalau ajak mesti dia ok punya :)







adik bongsu saya jangan cakap la.mmg suka bergambar,tgk la

.kat pokok pun jadi :)















kawan2 tolong doakan nik murah rezeki dan tercapai la impian nak buat

outdoor photoshoot ni.



my wishlist || Nikon D3100



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

satu wishlist saya telah berjaya ditunaikan untuk tahun ni.
hasil perkongsian saya dan suami lahirlah

nikon D3100

:)))))


Alhamdulillah, kami berjaya merembat Nikon D3100 dengan jayanya.ni jea kamera DSLR yg kami mampu beli.lgpun DSLR ni ketegori kamera untuk entry level macam saya ni.baru belajar nak guna DSLR.so beli dulu yang ni.

kalau beli yang mahal tapi tak pandai nak guna memang tak guna jugak kan.lagipun saya guna tuk ambil gambar sendiri saje bukan nak jadi photographer.


harga dia murah la dari DSLR yang lain.sesuai sangat ngan bajet kami.lagipun banyak jugak kelebihan.sebelum beli nik ade la buat survey sikit hal DSLR ni.takut gak tersalah beli.

jumpa blog best yang banyak bercerital hal DSLR.korang berminat tentang DSLR boleh jenguk blog ni .banyak dia review tentang macam2 jenis DSLR kat sini dan di sini
yang buat lagi tertarik nak beli nikon D3100 ni coz nik baca komen ni :
D3100 adalah kamera yang latest dan banyak kelebihan. even pengguna D90, D5000 pun rasa tergugat bila D3100 keluar sebab kualiti gambar dah mengatasi kamera2 tu :) dan megapiksel adalah lebih tinggi. dan video lebih power dari kedua model tu dan support full time AF masa shoot video :) so saya sangat2 rekemen beli D3100 :) kamu takkan menyesal :)

Murah tak semestinya berpatutan, mahal tak semestinya yang terbaik :) .. so bg saya utk harga antara RM1600 hingga RM2800, D3100 adalah yang terbaik :)

my wishlist || my Baby Bronze



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

and finally it's weekend. weekend ni apa cer??..cer cite cer cite..
mesti korang banyak aktiviti best kan. nik ingat jab lagi nak kuar ngan adik2.dah lama tak hangout ngan diaorang .2 orang adik nik yang duk dekat ngan nik.sorang kat UPM, Serdang dan sorang lagi kat Shah Alam.

ok.kembali ke tajuk entry.sedar tak sedar dah hampir 5 bulan dah kami ngan my Baby Bronze ni. dulu pinjam kereta abah en hubby jea.skarang dah ade kereta sendiri. Alhamdulillah.syukur sangat.


banyak memudahkan kami.lagi2 kalau nak balik kelantan.kereta dah auto kan. kereta ni jea mampu kami beli .
lagipun nik bukan jenis yang teringin nak pakai kereta mahal2 pun.cukup ade kereta.hehe...i tak demand la.

ikut pesanan ma saya :))) ...beli ikut kemampuan

dan belilah barangan buatan malaysia

me and my Baby Bronze

teringin nak ambik lesen kereta tapi bila fikir sikap manusia kat jalan raya ni, buat malas nak ambik lesen..huhu

antara ragam pemandu yang benar-benar menguji kesabaran

1. kereta/motor yang nak masuk simpang, tapi tak bagi signal..alahai..susah sangat ke nak tekan signal tu. bila korang signal, minyak kereta/motor korang kurang kah?atau banyak sangat guna tenaga time signal tu?

2. bagi signal kanan tapi sebenarnya nak masuk kiri.
ni lagi satu ragam pemandu.dah tak tahu kiri or kanan kah ?

3. guna handphone sambil drive
projek berjuta yea bang sampai tak boleh nak tunggu time berhenti.nak gak cakap telefon sambil drive.

4. potong q. bila tak bagi masuk, mulalah dia menghimpit .belajar la bersabar.orang lain pun nak cepat gak.

4.guna laluan kecemasan.lagi2 time jem .
aritu nik pegi rantau panjang.mmg jem giler la nak ke sana.ramai la yang guna laluan kecemasan kan.
tp kan yang syiokkk bila kat depan ade polis trafik tahan.hambek kau.padan muka.dah kena saman.ni kes tak reti nak sabar la.

5. guna laluan kiri tp kereta nya bawak macam siput sedut.dah tahu tak nak bawah laju tukar laluan.ni menyusahkan org.bila bagi lampu suh tukar lalaun pun still buat bodoh
kalau nak bermanja-manja ngan pakwe/makwe/isteri/suami sekali pun, sila lah ketepi. lorong kanan tu khas tuk anda.

pstttt
en hubby sayang sangat kat kete ni.kete dah dapat sport rims.beli second hand jea.pasni apa lagi la yang dia nak tukar.huhuhu


Have a nice day readers
Thank you for reading this lovely people

I want this..Ohh plss !



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

one of my wishlist.
I'm super loving it :))

can I get this? ;)


Opsss! Ini sekadar gambar hiasan ;p

sy nak ni..blh tak?

cantik...cantik...sgt cantik

sy suka dress mcm ni.dlm koleksi ade 2 jea dress.nak tambah lg koleksi dress labuh ni.sgt cantikkan

ok nik..kumpul duit dr skarang.
tp
mari mencuci mata dulu :)


merah yg hot :)


pink yg sweet :)


kuning yg cantik :)


hitam yg menawan :)







mahu cari dress cantik. cari kat SINI


owhh my Gucci...!!! 776 followers. Ya Allah.
bilangan ni terlampau ramai bg nik.rasa mcm malu jea.tak layak dapat followers byk.

terharu sgt2.tak penah sangka akan ade yg follow.blog pun cter hal diri sendiri jea yg banyak.tak de byk info pun.

thanks tuk si cantik dan si kacak yg sudi follow blog nik. singgah2 la selalu blog nik yea.hehe

may Allah bless you all.

pssttt...!!!
tak sabar nak pi tgk teater Natrah malam ni.

Love,

Popular Posts