cinta jarak jauh


Assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah dekat seminggu hubby outstation.
sejak hubby kembali outstation di tengah lautan, masa saya hanya di rumah.
dah tak de istilah dating berdua-duaan lagi
sekarang dating melalui phone dan FB jea la.
nak buat macam mana kan, dah rezeki kami macam ni.

alah bisa tegal biasa
remember, absence makes heart grow fonder.ahaks!
kalau dekat ni asyik nak berperang aje pun...ehehehehe

kami penah merasa erti susah, gaji laki bini paras lubang idung jer
cukup2 makan . dulu nak simpan memang tak la.
now, Alhamdulillah, bila hubby dapat keje macam ni memang rahmat besar buat kami.
duit bukan segalanya, tapi kalau tak berduit lagi payah kan

yang penting pasang niat nak cari rezeki untuk family. InsyaAllah lebih berkat
bila hubby balik boleh plan nak gi holiday
dapat la  pegi holiday jauh sikit walaupun dalam malaysia jea yang mampu :)





to my Lovely Hubby

♥ Walaupun jauh, saya tetap SETIA dengan awak.
♥ Walaupun jauh, HATI saya tetap pada awak.
♥ Walaupun jauh, saya akan tetap TUNGGU awak.
♥ Walaupun jauh, saya tak pernah berhenti CINTA kan awak.
♥ Walaupun jauh, saya sentiasa RINDU kan awak.
♥ Walaupun jauh, awak sentiasa ADA di HATI saya




adeeiiii mood tersedih lah pulakkkk
semoga my Hubby sentiasa di lindungi dan diberkati selalu
harapnye perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat dan insya Allah hingga ke syurga

en Hubby
ramadhan pertengahan bulan July, so sempat lagi kita buat 1 trip percutian
kali ni nak pi mana erk

Little Waroeng Jakarta


Assalamualaikum semua ^_^

Alhamdulillah rezeki, bos belanja makan
entah apa mimpi boss tetiba nak belanja ( alamak...terpuji bos sendiri lak)
apa pun  Thank u bos! nanti belanja tempat lain pulak naa

 this is my first time being here dengan kawan-kawan even though this kedai sebelah jea dengan opis. nampak sgt kami ni jarang explore kawasan sekitar opis ni

boss beli coupun dekat Milk a Deal. so dapat la harga murah.pandai boss.hehe

Enjoy the pics


Little Waroeng Jakarta
kecik jer kiosk ni tapi macam-macam jenis menu ada


WiFi free

kami kena pilih antara 2 menu ni

Ikan Goreng Joget: Indonesian style crispy dancing fish served with steamed rice, sweet black sauces, sambal terasi, keropok bawang, soup soto & lalapan

Ayam Bakar: Indonesian style BBQ 1/4 of chicken with indonesian style kampung fried rice, acar, ikan bilis tempe orek, keropok bawang & lalapan

so kami pilih menu ni


Ayam Bakar
semua opismate pilih menu ni sebab tak minat makan menu satu lagi
sebab macam scary jea tengok gambar ikan tu :)


Mira dan Ju
mereka teman rapat saya di opis


Lin dan saya

tak cukup dengan nasi Ayam Bakar , kami order Ais Kacang




sempat snap pic opismate
gambar kenang-kenangan





boleh kata ok la makanan kat sini.not bad la.sedap

boss beli kat sini
rasanya dah abis kot promosi nya



harap2 nanti bos jangan la segan2 nak belanja kami lagi yea
setakat belanja mcm ni, celah gigi boss jea kan
hehehehe


Little Waroeng Jakarta
GF, Lot 1-0-23,
Pearl Point Shopping Mall, Batu 5, Jalan Klang Lama,
Kuala Lumpur 58200




Saat Inai Merah Di Jari


Assalamualaikum

selamat petang people! how's ur weekend?? 
nik tengah rajin bebenor nak tulis entry . tapi tak ada  idea nak update . tengah fikir ni , nak update pasal apa ntah lagi kan . 

memang terfikir untuk update sal diri sendiri but most of the entries berakhir kat draft jer
 haha . harap tak ade yang bosan la  kalau update sal diri sendiri kan

jom layan koleksi gambar inai yang dipakai oleh artis-artis Malaysia semasa perkahwinan mereka
mana tahu korang yang nak berkahwin boleh copy and paste corak inai mereka

corak inai di tangan Scha Al-yahya




sumber gambar
Hafiz Atan
Ryaniez Moments Photography

corak inai di tangan dan kaki Fasha Sandha







sumber gambar
Ryaniez Moments Photography

corak inai di tangan Eira Syazira







sumber gambar
 Kameradansa
G.i Photoshoot

corai inai di jari manis Ayu Raudhah



falling in love dgn corak inai Ayu Raudhah. tengok la...lawa kan?
tapi kalau inai di jari semerah corak inai lagi lawa kot




sumber gambar
Hafiz Atan
Asmady Ahmad Photography

corak Inai di tangan Yasmin Hani






sumber gambar
G.i Photoshoot

corak Inai di tangan  dan kaki Nurul Shuhada Nurul Ain





corak Inai di tangan Elyana




corak Inai di tangan  isteri Tomok


corak Inai di tangan Ana Raffali


sumber gambar
Eszhan Studio

ni paling sempoi.
tak ada corak pun kat tangan.hanya inai di jari jea


Zira isteri Nabil


Farah AF2


Lisa Surihani

nak baca Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai
sila baca DI SINI

Tips pemakaian Inai

1. Warna Inai Mengikut Kulit
Tahukah anda bahawa warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Kalau pemakainya berkulit putih melepak, warna inai akan menjadi jingga bercampur kemerahan. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, maka warna inai akan cenderung menjadi lebih gelap. Jika pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si tampuk manggis, warna inai akan menjadi merah seperti darah beku atau merah hati.

2. Memiliki Warna Inai yang Kekal
Bayangkan anda telah memakai inai dan berharap hasilnya membanggakan tetapi yang anda dapat hanya warnanya yang pudar.Tentu kecewa. Aturkan cara pemakaian inai yang betul. Sebelum memakai inai, pastikan jari jemari anada bersih dari cela dan kekotoran. Selepas inai sudah kering, elakkan daripada mencuci dengan air sebaliknya pilih sapuan minyak bayi. Jangan pula merendam tangan di dalam sabun atau peluntur. Itu juga memudarkan warna inai.

3. Waktu yang sesuai.
Biasanya inai dipakai beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sebab itu adat melayu mengkhususkan malam berinai. Pastikan memakai inai 2-3 hari sebelum hari bahagia anda. Jangan pakai inai terlalu singkat kerana ianai mengambil masa untuk kering dan tampak emerahan. Sekurang-kurang 2 jam, masa yang minimum untuk pemakaian inai.

4. Teknik Menanggalkan Inai
Jangan membuka inai dengan kasar, sebaliknya kopek secara perlahan-lahan. Jika masih melekat, gunakan tisu kering. Lapkan dengan tisu atau tuala dengan hanya menekan di tempat pemakaian inai. Jangan pula kosong terlalu kuat kerana takut inai itu pudar. Teknik ini digunakan untuk bakal pengantin yang merias corak inai di tangannya.

5. Memilih teknik tradisional
Ini pengantin lebih senang memakai inai tiub. Namun kembali kepada teknik tradisional juga boleh mendapatkan hasil inai yang cantik. Ambil daun inai dan jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga hancur dan lumat bersama gambir, arang dan nasi (untuk membuat inai melakat di jari). Gumalkan campuran tersebut mengikut bentuk jari anda. Pemakaian inai ini memerlukan masa semalaman. Tetapi hasilnya memang mengagumkan!

credit to HERE

jab..jab..nak letak jugak la gambar pengantin lama yang pakai inai


majlis yang tak mampu di ulang tapi mampu di kenang

apa pun
Thanks for reading my blog


hak bersuara


Assalamualaikum



orang kata ni  'statement' berani mati dari Neelofa

apa pun kita terima la pandangan Neelofa.kata negara demokrasi.
so sapa2 pun berhak bersuara kan

sama macam Hairie Othman jugak


tapi tak faham dengan manusia  yang duk bgtau kisah lampau Hairie Othman dulu-dulu .tu citer dulu kan
.manusia boleh berubah kot.
 masing2 ada kesilapan jadi ubah la diri dahulu..sesungguhnya kita perlu bersangka baik kepada org
kalau tak suka dengan kenyataan dia. diam sudah la.
 artis pun ada hak nak pilih pemimpin

setuju dengan pendapat Mustapha Kamal
setiap kita ada hak untuk memilih kan.


kecoh skarang bila Abby Abadi di katakan nak join PAS
Abby menjelaskan,dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang lebih baik



bagi nik mungkin dia ada pandangan tersendiri tentang politik, tapi taknak dedahkan kepada umum.
so hak dia la nak join parti mana pun kan :)


Aishah jugak
apa pun pegangan politik itu adalah hak individu tersebut


penyanyi Nash pernah keluarkan kenyataan yang dia tak pernah undi pembangkang
so hak dia la kan, kadang2  orang lain yang terlebih sentap..hehe

Hentikan perbalahan kerana politik
Matanglah dan sambutlah perbezaan pendapat & ideologi dgn adab
via Wardina Safiyyah OfficialPage


setiap orang ada pilihan dan pandangan masing-masing, dan saya pun sekadar memberikan pandangan saya.
salah silap harap maaf yea

bersuara boleh tapi jangan sampai kepada FITNAH sudah la yea  ^____^

sms from hubby


Assalamualaikum

masuk 2nd day dah mula rindu Hubby...sob...sob :"(
terkenang  Hubby ku yang jauh di mata
tak pe, jauh dimata tapi dekat dihati

tetiba plak sayu hati baca sms ni
ape la dia tengah buat sekarang

mcm ni la penangan PJJ, kena banyak bersabar dan berkorban
kami berhubung guna internat saja lah.
tak kisah la, janji dapat melepaskan rindu
bila jauh ni rase macam zaman bercinta plak

so pada sapa2 yang senasib dengan saya
semoga semua tabah menghadapi
so , no more entry sedih2
be strong okey

 lama tak letak gambar posing syok sendiri dalam bilik..opsss

Popular Posts