From Pangkor Island with Love | Pangkor Sandy Beach Resort


Assalamualaikum

entry ni nak citer tempat penginapan kami
kami stay dekat Pangkor Sandy Beach Resort selama 3 hari 2 malam
hotel ni dekat Pantai Pasir Bogak.
highly recommend this place for those yg plan nak datang berholiday di Pangkor



kalau tak silap ade 2 pantai yang utama kat Pangkor. Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah
kalau tak suka ramai orang, korang boleh menginap dekat dengan Pantai Pasir Bogak.
tapi kalau nak tempat yang happening boleh menginap di Pantai Teluk Nipah.
kat sana katanya banyak chalet yang murah  dan berpatutan. Pantai Teluk Nipah ni beach yang paling famous and paling banyak kemudahan

nik prefer menginap kat tempat skarang kot
sebab tak ramai sangat orang
lagipun Pantai Pasir Bogak  lebih privacy



nak suggest kat korang,korang boleh ambil pakej dengan ISLAND HOPPING (EMC) Event.
kami ambik Pangkor Couple Package. kira macam pakej honeymoon la,
masuk tahun ke tiga perkahwinan, so harus la berhoneymoon balik..hehe
sweet kan?

wekkkkkk * sila jangan muntah.

pakej kami

Island Trans from jetty (Pangkor) to Accommodation
2 x Nights Accommodation
2 x Breakfast for Two Person
1 x Packed Lunch During Snorkeling
1 x Private Beach Candle Lite Dinner / Beach BBQ Dinner
Use unit of motobike for 03 Days 02 Nights (Helmet Provided)
1 x Island hopping And Snorkeling (Jacket and Mask Provided)

nak terjah pakej lain sila ke SINI
macam-macam pakej menarik yang mereka tawarkan.pilih saje.

pakej yang ditawarkan memang berpatutan... sangat sesuai dengan bajet kami!
lagipun kami ambik pakej sebab ade perkara yang pihak sana dah uruskan.
 macam pengangkutan dari jetty ker tempat penginapan, tempat penginapan, dan makanan. sebab tak nak pening kepala or kelam kabut nak cari sendiri.
kata pi honeymoon, so kena la relax2 kan ^__________^

tempat penginapan bulan madu kami :)

Sandy Beach Resort
resort 3 bintang


our room











facilities yg ada dalam bilik


tuala


aircond


peti sejuk


astro dan tv
wifi free kat bilik. tak macam sesetengah hotel wifi hanya kat lobby.








bilik air yang selesa.


hair dryer, pun ade okey


siap dengan peti besi  lagi. so selamat nak tinggalkan barang beharga dalam ni :)


bilik akan sentiasa wangi sebab ade semburan dari ambi pur..hehe




bilik kami  kat tingkat 2, mengadap swimming pool
depan lak korang akan nampak laut


korang nak lagi cantik boleh pilih bilik mengadap pantai
betul2 mengadap pantai




sempat jea kan :)


pantang jumpa cermin :)

honeymoon ni kalau boleh biarla percutian yang tak memenatkan sebab kita betul-betul nak spend time together.kalau penat macam mana nak romantik2 kan.
yang best sebab ade Private Beach Candle Lite Dinner. special dinner
 untuk kami berdua saja. .lagi ler romantika de amor.wink wink..

untuk booking korang kena buat bayaran 50 persen...huhu
time sampai sana baru bayar 50 persen lagi.

till then
nanti saya update lagi entry pasal Pulau Pangkor
banyak lagi nak membebel..haha


 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts