saya guna U Mobile


Assalamualaikum semua ..... (",)

beli handphone dah seminggu .semalam baru boleh guna internet kat phone.
sekarang saya guna U Mobile 018 untuk data plan.
entry ni bukan nak buat iklan tentang UMobile tapi nak share benda yang baik.
sharing is caring right?



plan data U Mobile bagi nik menjimatkan, khas nya untuk pengguna prepaid.  
nik pilih plan data Unlimited Mobile Internet,
 yang ni RM28 sebulan. *kira murah jugaklahh..just nice untuk browsing thru phone
lagipun SII ni nik guna untuk internet semata2. just untuk email, whats app, facebook, twitter, dan blog 
yang kaki download tu rasanya tak sesuai sangat kot.sebab tu aktiviti yg paling cepat mengabiskan quota

kalau nak beli unlimited mobile tu,  beli starter pack dalam rm 8 pastu kena reload (dalam rm30)  then, kita subscribe mobile internet tu. chargenya rm28 utk subscription selama sebulan. sekali dalam pakej tu nanti, ada 500mb dengan 100minit call percuma dan 30 free sms. maknanya kita boleh guna internet, call & sms sekaligus


nik tak kisah sangat pasal call dan sms free tu sebab call or sms nik still guna phone lama dan no maxis lama. 
lagipun skrang dah tak main dah sms bagai ni.kita guna WhatsApp
sebab free jugak..haha

so far line coverage kat umah nik ok saje.
tapi kalau kat tingkat atas lagi ok.
nak tahu kawasan korang ade coverage ker tak boleh klik kat SINI

adik nik dah lama guna Umobile ni .setakat ni rasanya dia tak ade masalah dengan line ni.sebab tu nik yakin nak guna jugak
so skarang ku angkut la 2 hp tu kemana-mana.makin berat la handbag.
hp lama tu pun pemberian hubby sebelum nikah.

tak abis lagi nak explore apa yang ade dalam  SII ni
part ni paling nik suka. SII ada kamera 8 megapixel.. so more than enough untuk snap pictures untuk upload kat blog and facebook ^_____^

part paling tak suka, bateri cepat habis.setiap hari kena cas



cantik tak pouch bag  handphone ni..pink gitu. cilok adik punya sebab dia tak guna.besar katanya
nik guna protect handphone.sayang wooo.pemberian hubby ni :)


sampah


baru aku tahu.. rupa nya manusia pun boleh dikitar semula


bila tak mahu boleh dibuang sesuka hati tak ubah persis sampah, tetapi boleh dikutip kembali bila diperlukan.  kejam bukan?

8 Tips Untuk Bateri Smartphone Tahan Lama



Assalamualaikum semua ..... (",)

selalunya bateri smartphone tak tahan lama.
so ni ade tips untuk buat bateri smartphone tahan lebih lama.




1. Padamkan telefon anda jika berada di kawasan yang sukar mendapatkan penerimaan (signal) contohnya di dalam kapal terbang atau berada di kawasan terpencil.

2. Jangan buka fungsi WiFi jika anda tidak menggunakannya. Ia akan menggunakan banyak tenaga bateri untuk menyirau (scan) keboleh dapatkan Wifi berhampiran walaupun anda tidak memerlukan.

3. Jangan buka terlalu banyak aplikasi. Walaupun telefon anda berkeupayaan untuk multi-tasking tetapi adalah lebih baik untuk fokus kepada hanya satu atau dua aplikasi yang benar-benar digunakan pada satu-satu masa.

4. Gunakan fungsi GPS atau bluetooth pada ketika anda perlukan sahaja.

5. Skrin terlalu cerah (bright) akan membuatkan lebih tenaga bateri diperlukan.

6. Cuba elakkan menggunakan screen saver atau latar belakang yang beranimasi. Lebih baik menggunakan fungsi gelap (blank) atau latar belakang yang pegun dengan resolusi rendah.

7. Fungsi getar (vibrate) akan memakan ketahanan bateri anda. Guna bila perlu sahaja.

8. Tutup telefon bimbit pintar anda di waktu ia tidak digunakan, berikan masa untuk smartphone anda untuk 'berehat' atau 'tidur' dalam beberapa jam.


credit to HERE


Oh cutenya (^_^)


Assalamualaikum semua ..... (",)

haa..tetiba buat entry pasal anak Erra Fazira.
gambar Engku Aleesya, anak dara Erra Fazira . dah besar pun

Oh cutenya (^_^)

 tengok lah kan sapa mak dengan ayah nya kan

 makin besar makin cute anak Erra Fazira ni
tengoklah kulit dia, gebu dan cantik

pic ni cilok kat ErraFazira Fanpage


12 Rahsia Dato' Siti Nurhaliza


Assalamualaikum semua ..... (",)


oleh sebab takde idea sangat nak membebel di blog ntah apa-apa ni, kita tempek gambar Dato' Siti Nurhaliza la


comel ♥


gambar Siti yang super natural


cantik

gambar cantik ni dari sini
MiG Online


12 perkara menarik mengenai Dato' Siti

1. Siti mengakui seorang yang geli kepada lipas. Pernah ketika zaman kanak-kanak sewaktu di berek polis, Siti memberitahu serangga itu berjalan di atas mukanya. Sehingga sekarang, penyanyi itu akan pastikan lipas telah mati ataupun tidak berada dalam biliknya. Apabila sudah pasti, baru beliau boleh tidur dengan aman.

2. Umum mengetahui Siti pernah menjual kuih seperti donut dan karipap sardin pada zaman kanak-kanaknya. Menurut pelantun lagu 'Nirmala' ini, beliau turut mengajar pembantu rumahnya itu cara membuat kuih tersebut bagi memudahkan beliau apabila teringin memakannya.

3. Jangan tidak tahu, penyanyi cantik ini gila mengumpul cadar sejak dari dulu. Difahamkan, penyanyi lagu 'Percayalah' ini gemar mengumpul cadar berwarna putih dan cerah. Walaubagaimanapun, Siti mengakui sudah mengurangkan tabiatnya itu.

4. Siti turut berkongsi dimana sebelum berkahwin, pernah ada lelaki psiko mengikutnya. Lelaki tersebut akan sentiasa tenung dan tengok Siti dan pernah sekali, Siti menerima hadiah tuala wanita dari peminat 'psiko'nya itu.

5. Adik kepada Saida ini memberitahu mempunyai persamaan dengan ibu mertuanya iaitu tidak suka memakan kuning telur.

6. Penyanyi ini mempunyai satu tabiat iaitu suka menghidu makanan yang pelik untuk tahu apa bahannya. Siti juga tidak cerewet dalam pemakanan dan memberitahu berani mencuba apa saja makanan yang pelik.

7. Impian Siti adalah untuk menjadi pereka fesyen. Siti memberitahu mempunyai mesin jahit di rumahnya dan suka menjahit bila ada kelapangan. Mempelajari teknik mejahit ketika di sekolah, Siti mengakui pandai menjahit selendang dan pernah berjaya mengecilkan bajunya.

8. Kakak kepada Saerah ini teringin melakukan 'bungy-jumping' namun sehingga kini, beliau mengakui tidak berani lagi untuk mencubanya.

9. Siti mengakui 'dating' dengan Datuk K melalui 'Yahoo Messenger'.

10. Penyanyi lagu 'Nian Di Hati' ini suka membeli baju dan terus memakainya waktu itu juga. Ada juga di mana beliau suka membeli baju baru, tetapi tidak memakainya dan memberikan kepada orang lain.

11. Siti mengakui tidak pandai menghias rumah di mana kelebihan itu ada pada suaminya, Datuk K. Menurut Siti, Datuk K sangat kreatif dan pandai dalam menghias sudut rumah mereka.

12. Siti pernah mencuri betik muda di kawasan berek polis sewaktu zaman kanak-kanaknya. Kesan dari perbuatannya itu, bibir Siti gatal apabila memakannya.

* Mengaku cair dengan anak saudaranya seramai 13 orang itu di mana beliau akan selalu membeli baju untuk mereka.
* Gemar mengumpul set 'manicure' kerana mengakui merasakan dirinya seperti pakar bedah apabila menyimpan alat-alat seperti itu.

sumber
http://www.gua.com.my/

enjoy video You Came To Me 
kolaborasi antara Sami Yusuf dan Dato' Siti Nurhaliza




till then
bye



plan nak bercuti laa


Assalamualaikum semua ..... (",)

plan nak bercuti sebelum puasa nanti.. tu pun lepas ayah ni operate kat IJN.
 nak pi bercuti pun kena ada plan dulu,yang paling penting duit kena cukup. 
* bab-bab ni kena jeling kat hubby la..ehehe


rasa macam dah lama tak bercuti. last pi bercuti awal bulan 5 aritu kat Pulau Pangkor.
kaki dah gatal balik nak bercuti ni
misi pusing-pusing Malaysia harus diteruskan :)

kami bercuti dekat-dekat sini jea. this time kami decide untuk ke Melaka .
dekat jauh tak pentingkan, yang penting kami enjoyyyy  ^_____^


plan nak cari baju raya. berkenan nak beli kebaya la dekat Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
cantik-cantik kebaya kat sana :). aritu pi Melaka dengan keluarga mertua tak sempat nak shopping.
omak aihhhh bukan main kan.puasa pun belum.
takpe, kita ikut konsep sediakan payung sebelum hujan. ecece
lagipun kena cari awal, tahun ni tema raya warna biru.

harap-harap plan menjadi. tak jadi pun kita tangguh la percutian ni lepas raya :)

internet office kena block?


Assalamualaikum semua ..... (",)

kat ofis nik ni, sebarang website hiburan semua kena block, termasuklah facebook, twitter, blog dan yang seangkatan dengannya
boringnya bila internet kena block kan
tapi alah bisa tegal biasa. lagipun kat umah still boleh berinternet

tapi saya ade satu cara untuk halang perkara ni berlaku..haha
kalau boss baca ni memang matik la.
tapi ade saya kisah..ecece
 *bajet sopan guna perkataan saya tu

yang tak puas hati. pekerja kesayangan boss tak pulak kena block internet dia.
bukan dengki tapi tak adil la bagi kami kan
sekali sekala pekerja pun perlukan hiburan. baru lah happy buat keje.. :)
mana ade orang duk tercongok jea depan pc 8 jam tuk buat keje..ehehe

so nak share cara-cara untuk korang bukak website yang kena block
this in one of the easiest

mula- mula korang download file ni kat sini : http://ultrasurf.us/
* nik download kat umah, letak dalam pendrive.bawak ke opis :)



software ni bentuk zip file. so korang kena extract file > save



dah save korang cuba klik kat icon tu. dia akan keluar macam gambar kat atas dan gambar mangga besi
selepas tu korang dah boleh buka la laman sesawang yang korang nak



mangga besi itu kena sentiasa buka untuk korang nak buka website yang kena block.

selamat mencuba
credit to HERE

nik bukak blog or segala website yang ade pun masa boss kuar.
tak boleh bukak masa dia ade sebab dia kat selang 2 meja dengan nik.kalau dia jeling skit pun dah nampak nik buat apa.tak fun kan. 
tapi at least dapat jugak blogwalking dan komen kat blog korang walaupun sekejab jea 
selalu guna untuk upload gambar..lagi2 gambar yang saiz besar.syiokkk woooo ^___^


Alhamdulillah..lagi artis bertudung


Assalamualaikum semua ..... (",)

semakin ramai artis dan selebriti wanita yang telah berhijrah untuk bertudung atau berhijab
alhamdulillah. seronok sangat tengok :)
moga bertambah lagi yang mengikut jejak langah positif ni


1) Haryati Hamzah aka YAT
Alhamdulilah ..makin cantik sebab tuan memang dah cantik



2) Natasha Hudson
dah bertudung selepas pulang dari umrah..Alhamdulillah
nampak makin cantik bila dah  bertudung.untungnya orang comel-comel ni


3. Abby Abadi
sama macam Natasha. Abby bertudung lepas balik dari umrah.



Al-Humaira' Contemporary


4. Fazurina
Fazurina ambil keputusan untuk bertudung selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30
apapun tahniah sbb dh berhijab! suwit!


gambar ehsan google

5. Farah Asyikin
Sejuk hati memandang.ecece

gambar ehsan google

Alhamdulillah.
semoga penghijrahan ini akan lebih memberi rezeki dan kebahagiaan pada mereka



cuba untuk menjadi positif !



Assalamualaikum semua ..... (",)

cuba sedaya upaya memberi motivasi kapada diri sendiri untuk menjadi lebih positif.
nak elak dari berfikiran  negatif. think positif yea nik
jadi diri sendiri and bersyukur dengan apa yang ada.
kalau tak, boleh jadi penghuni hospital sakit jiwa nanti..eheheheh



Bila kita buat baik kita seronok bila kita buat jahat kita susah hati- ini tanda kita orang yang baik. Kita berdoa kita masuk golongan ini. Audit diri kita suka dengar kebaikan atau keburukan orang. Awasi berita yang kita baca dan dengar
-Prof Dr Muhaya


The happiest people do not have the best of everything but they simply make the best of everything. Live simply, speak kindly, care deeply and love generously





bila nak berhenti kerja ni



Assalamualaikum semua ..... (",)



saya sekarang ni dalam dilema. stress sangat kat ofis
bila suami tak de bertambah la stress. sekarang ni, kuat sangat rasa nak berhenti kerja tu

biasa la keje ngan manusia.macam-macam kerenah.ada yang baik sangat, ade yang cepat sangat nak marah.fikir keje dia jea la yang banyak kan,mengadu situ sini.aishhhhh...macam-macam la.rasa keje dah tak fun macam dulu.asyik memendam rasa jea.


macam harem jea pengurusan company skarang. makin lama makin melalut.tak suka keje dengan orang yang pentingkan diri.
haiyooo..ko yang pilih nak ambik job tu,  so ko buat la sendiri kan.time bz pandai lak mengadu.konon ko banyak keje.tak mampu nak buat banyak keje.time orang lain busy ade ko ambik peduli.
* sabar jea la dengan orang macam ni kan
tapi sampai bila. manusia pasti ada tahap kesabarannya kan :)

k la.tu saje nak ngadu.
nak tido.harap-harap bangun pagi esok jiwa lebih tenang  ^______^
bye


pssssttt
thanks B.walaupun awak jauh , awak tetap membahagiakan saya.
luv u so much ❤ ❤ ❤ 

quick update


Assalamualaikum semua ..... (",)

just a quick update
tak ada la story mory hot pun. sebab terperap jea kat rumah

esok ma dan ayah dah nak balik kelantan.datang balik sini 30 hb nanti sebab ayah akan di operate july nanti
balik kampung dulu .biar ayah tenangkan fikiran.balik bercerita kat org kampung dulu biar dia lega.hehe * ma yang cakap macam tu

pastu orang UK dah balik semalam.
rumah riuh rendah dengan gelak adik bongsu. kalau dia ketawa duk kat atas pun dengar
bertahan la sapa jadi suami dia nanti yea..hahaha


rindu kt hubby yang masih ada di laut..hampir 3 minggu tak jumpa
masa die kat darat rasa macam sekejap je, bila kat laut, omak aiiihh lama tol nak tunggu dia naik ke darat balik
keje offshore memang susah kan.ingat senang ke duduk jejauh ni
counting days nak jumpa Hubby next next week! excited.
2 minggu lagi..berlalu la dengan cepat wahai en masa 



ok tu jea kot nak cakap
k bye

kaki kikis



Assalamualaikum semua ..... (",)

hari ini nak bercerita tentang dia. apa yang saya suka tentang suami saya

suami saya tak suka marah - marah. dia seorang yang sangat cool. lagi satu dia tak suka bercerita hal orang lain.satu sikap suami yang saya suka.
kalau kami borak pun pasal diri kami , perancangan masa depan kami bersama.
kalau ade dia tak puas hati dengan orang pun dia kan citer kat saya. lepas tu dah tak ungkit balik dah


semalam hubby sakit hati dengan bekas opismate dia. opismate dia kata saya kaki kikis sebab tu suami kurus.
Hubby cakap dia bengang bila ade orang cakap mcm tu kat isteri dia.
alahai sweet nya suami saya kan kan..haha
maybe sebab dia tahu isteri dia macam mana
suami terasa sebab cakap pasal wife dia .tetiba lak tu.kalau nak cakap pun cakap jea la pasal hubby
sebab pompuan tu tak kenal sy pun.



lagipun saya tak kisah pun dengan kata - kata pompuan tu. maybe dia bergurau jea kot
kalau dia maksudkan apa yang dia cakap, tu terserah la pada dia kan. saya senyum saje  ^______^
* haa senyum lebar lagi
lagipun kikis duit pun bukan kikis duit sesiapa.suami sendiri bukan suami orang , jauh skali suami dia..ahaksss

rasanya dia tak amalkan duit suami, duit isteri gak kot
sebab tu la dia cakap mcm tu
atau dia tak faham maksud belanja dengan kikis duit,
atau dia tak sengaja cakap macam tu.biasa la.main cakap lepas jea kan.tak fikir la perasaan orang lain.
awak tak nak cakap ker sy kaki kikis duit mak bapak saya lak..hehe
apa2 jea la.moga mereka -meraka bahagia

saya ni suka jugak shopping, tapi tengok duit jugak
kalau ada duit lebih baru beli benda yg bukan2.. hehehe
tapi kene berjimat cermat jugalah..nak cari duit bukan senang wooo.

to Hubby
di sebab kan saya ni kaki kikis so balik nanti kena belikan saya macam - macam, kena bawak saya jalan2 round dunia tau

muka macam ni dia kata kaki kikis..juling kot mata dia..ahakkkkssss
* muntoh hijau org lain baca

when girls talk about Euro 2012 !



Assalamualaikum ♥


sabtu dah eh ??? yeahaaa.... rest mode : ON :)
yeahaa jugak sebab 2 minggu lagi en Hubby balik
cepat la wahai masa..

games Euro 2012 seminggu dah start...arini baru nak update
oh nak tanya. korang tengok bola tak?
skarang ramai perempuan minat bola kan.
 selalu orang cakap pompuan tengok bola mesti minat pemain bukan perlawanan bola tu sendiri. 
tak semestinya okay.

dari zaman-zaman sekolah dulu saya suka tengok bola
tercongok jea depan tv kalau ade games bola.
sampai ayah cakap, ade gak dia dapat menatu pemain bola nanti ni..hahaha
* over kan ayah nik. kalau orang nak kawen ngan doktor so kena tengok doktor selalu la kot

mula-mula dulu minat tengok bola sebab pemain bola handsome handsome belaka
lagi2 masa pasukan selangor dan perak tengah femes dulu-dulu
* kelantan time tu tak hebat femes macam skarang.
alahai ... nazzab hidzan  nampak begitu hensem sekali masa tu..haha
* bagi yang tak tahu nazzab hidzan ni pemain bola selangor dulu , skarang jadi pengulas kat astro.
still tak berubah muka dia.badan dia maintain jea mcm tu.how come
*** hai nazzab saya peminat awak dulu..ahakksss

jadual perlawanan Euro 2012 waktu Malaysia

skarang dah start Euro 2012, demam bola sepak kembali! 
teruja tengok games Belanda vs Denmark aritu. terus langgan  Euro 2012  kat astro saluran 825.
haaa...boleh tengok bola puas-puas..rugi la bayar rm 50 kalau tak tengok kan

tapi waktu games dia kebanyakannnya tak sesuai untuk nik yang bekerja ni
so kalau sempat tengok 30 minit pertama jea.pastu mata dah layu
pagi -pagi jea la bukak facebook nak tahu result..haha
tak sanggup woo pi keje ngantuk-ngantuk ni * sebab saya bukan terlalu fanatik tentang bola oversea ni
pemain bola diorang pun tak banyak yang saya kenal..
kalau tengok pun sebab games diorang menarik jea

dah lama mengidam nak jersi The Red Worrior ni tapi tak kesampaian lagi
* tetiba TRW lak kan

Majlis Perkahwinan Nurul Wahab & Eric Depp


Assalamualaikum semua ..... (",)

quick update dari saya
gambar-gambar menarik lagi eksklusif sempena Majlis Perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Depp
meraka diijabkabulkan dalam satu majlis nikah bertemakan taman Inggeris di Duchess Place, jalan ampang































detik bahagia
















Selamat Pengantin Baru Nurul & Eric.
Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat..


gambar awesome dari sini :)


Popular Posts