Assalamualaikum semua ..... (",)
selalunya bateri smartphone tak tahan lama.
so ni ade tips untuk buat bateri smartphone tahan lebih lama.
1. Padamkan telefon anda jika berada di kawasan yang sukar mendapatkan penerimaan (signal) contohnya di dalam kapal terbang atau berada di kawasan terpencil.
2. Jangan buka fungsi WiFi jika anda tidak menggunakannya. Ia akan menggunakan banyak tenaga bateri untuk menyirau (scan) keboleh dapatkan Wifi berhampiran walaupun anda tidak memerlukan.
3. Jangan buka terlalu banyak aplikasi. Walaupun telefon anda berkeupayaan untuk multi-tasking tetapi adalah lebih baik untuk fokus kepada hanya satu atau dua aplikasi yang benar-benar digunakan pada satu-satu masa.
4. Gunakan fungsi GPS atau bluetooth pada ketika anda perlukan sahaja.
5. Skrin terlalu cerah (bright) akan membuatkan lebih tenaga bateri diperlukan.
6. Cuba elakkan menggunakan screen saver atau latar belakang yang beranimasi. Lebih baik menggunakan fungsi gelap (blank) atau latar belakang yang pegun dengan resolusi rendah.
7. Fungsi getar (vibrate) akan memakan ketahanan bateri anda. Guna bila perlu sahaja.
8. Tutup telefon bimbit pintar anda di waktu ia tidak digunakan, berikan masa untuk smartphone anda untuk 'berehat' atau 'tidur' dalam beberapa jam.
credit to HERE
No comments:
Post a Comment