Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

plan nak bercuti laa


Assalamualaikum semua ..... (",)

plan nak bercuti sebelum puasa nanti.. tu pun lepas ayah ni operate kat IJN.
 nak pi bercuti pun kena ada plan dulu,yang paling penting duit kena cukup. 
* bab-bab ni kena jeling kat hubby la..ehehe


rasa macam dah lama tak bercuti. last pi bercuti awal bulan 5 aritu kat Pulau Pangkor.
kaki dah gatal balik nak bercuti ni
misi pusing-pusing Malaysia harus diteruskan :)

kami bercuti dekat-dekat sini jea. this time kami decide untuk ke Melaka .
dekat jauh tak pentingkan, yang penting kami enjoyyyy  ^_____^


plan nak cari baju raya. berkenan nak beli kebaya la dekat Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
cantik-cantik kebaya kat sana :). aritu pi Melaka dengan keluarga mertua tak sempat nak shopping.
omak aihhhh bukan main kan.puasa pun belum.
takpe, kita ikut konsep sediakan payung sebelum hujan. ecece
lagipun kena cari awal, tahun ni tema raya warna biru.

harap-harap plan menjadi. tak jadi pun kita tangguh la percutian ni lepas raya :)

hampir tiba!


Assalamualaikum

hubby outstation lagi :(
kali ni ke Kemaman , Terengganu. maybe lebih kurang sebulan .
so jangan hairan  kalau kebanyakan entry sebulan ni, entry jiwang berkarat :)

memang tak seronok kalau hubby takde
perasaan? hanya Allah yang tahu
 nangis juga time rasa sunyi..hihihi

cuba +ve kan diri
husband cari rezeki untuk kami
balik nanti nak kongsi kesenangan dengan isteri jugakkan  ^_____^
sapa yang untung? isteri jugak

kali ni hubby tak perlu risau sangat
family nik dari kelantan ade kat rumah kami
sebulan mereka kat sini, teman anak dia..hehe

tetap redha walaupun terpaksa

I'm gonna miss you so much hubby *sob, sob*




good morning sweethearts



Assalamualaikum

good morning sweetheartsss..bangun awal today sebab nak ker melaka.
ada jemputan wedding dekat sana
weekend cenggini boleh la spend time lebih skit dengan hubby
minggu depan hubby dah naik kapal balik. jadi isteri tinggal lagi untuk sebulan

tak nak sedih2. weekend ni kita enjoy dulu



apa pun
thanks baca blog kita
nanti kita update kisah kat melaka

with LOVE


Assalamualaikum

dah lama tak update blog
bukan tak mau update tapi tak sempat
tapi sekarang i'm back.. kami berdua baru balik dari Pulau Pangkor semalam
siap bersnorkeling  lagi
later2 la saya citer yea.





so far trip to pangkor memang best.
lagi2 bercuti dengan yang tersayang :)

can't wait .. time for holiday



Assalamualaikum ^_______^

tak sabar nak cuti. rasa macam nak pergi malam ini jugak. :)))
dah applied leave semalam, and now I'm counting days to it.
nak enjoy puas-puas.. tak nak langsung fikir pasal kerja

tak sabar jugak nak berenang-renang dengan ikan yang comel
 (macam la tahu sgt berenang..ermmm)
tak sabar nak melihat keindahan ciptaan Allah  di Pulau Pangkor ^____^
dah yang penting, dapat berhoneymoon dengan suami tersayang sebelum dia naik kapal lagi


 doakan perjalanan kami selamat


rumah sewa


Assalamualaikum ^_____^

excited nak tengok rumah yang di jangkakan akan kami sewa . tengok depan rumah not bad la.
cer korang tengok.not bad kan.

tapi bila sampai depan pintu, mak kecewa tengok noksss
 pintu ada yang dah tercabut, lantai atas banyak yang rosak.
kata tuan rumah,akan ada kontraktor yang datang baiki.
 tapi rasa2 nik makan masa jugak nak siap.

hati ni macam dah rasa tak minat nak sewa tengok keadaan rumah macam tu
kalau di baiki pun mesti tak elok jugak

tak faham la dengan tuan rumah yang boleh buat iklan sewa rumah tapi rumah rosak,
haishhh..misi cari rumah sewa lagi la kalau macam ni

acara mencari rumah sewa ni betol - betol menguji mental dan fizikal
tengah pening mencari rumah sewa.
dah klik kat mudah.my tapi semua dah ade orang booking.
kalau ada pun mesti mahal atau jauh.

Insya'allah kalau ada rezeki tak ke mana kan.


esok interview


Assalamualaikum ^_____^

terpaksa  amik half day esok
sebab esok nik ade interview. phewww, cuak okey
dah lama kot tak pi interview. 


gambar yang takde kaitan dengan entry

psttttt
doakan interview esok berjalan lancar.
WISH ME LUCK

destinasi percutian kami :)



 Assalamualaikum...(^___^)

tak sabar nak cuti . i'm counting days to it. nak rehatkan badan dan otak
asyik kerja je.. sesekali nak jugak pergi jalan2 kan?
bosan jugak boss asyik tengok muka saya jea kat opis

yang best keje swasta ni,boleh je nak cuti bila-bila masa. tak payah nak tunggu cuti sekolah.
time cuti sekolah semua tempat percutian sesak.
tak fun la cuti kalau terpaksa bersesak sesak dengan orang ramai. 
well ! cuti kan ? so , kena lah relax


 destinasi percutian kami next month

PULAU PANGKOR

 so cuti ni kira honeymoon gak la.
semoga dipermudahkan segala urusan

 

cerita semalam



Assalamualaikum semua

nak story mory sikit pasal peristiwa semalam
semalam kami ke kenduri kawen dekat Rawang. kenduri kawen abang kepada boyfriend adik saya ^____^ . dari bosan duduk terperap kat umah weekend ni,baik keluar  kan. tetiba rasa macam lama jea tak pegi makan kenduri.
tak kenal pun ngan pengantin lelaki or  pengantin perempuan . just teman adik jea.


perjalanan ok cuma sesat sikit je
kul 11.30 pagi dah turun dari rumah. awal kan :)))

gambar tuan blog pembuka entry bergambar..hehe
tuan blog yang bermata panda


kami terjah Jusco AEON Rawang dulu..  jalan2 dan sarapan kat sana
besar jugak la kawasan ni..



adik-adik saya



Secret Recipe




kami sarapan kek .adik nik teringin lak nak makan kek katanya. 
so singgah sini menjamu selera


tiramisu


choc cheese berries




sempat beli ni time pusing2 AEON
tabung duit yang comel :)


lepas makan, kami ke kenduri kawin untuk makan lagi
menuju ke rumah pengantin :)
makan free harus  pergi kan




simple sahaja majlisnya.maybe sebab majlis sambut menantu jea kan.yang penting family semua ade. tu dah cukup kan.

time kami sampai pengantin perempuan belum sampai lagi.
biasala  kalau pergi makan kenduri  mesti nak tengok pengantin. lagi pengantin tak sampai lagi tu lah tak boleh balik..haha


so kami tunggu sampai pengantin sampai. tema majlis color biru. sama dengan color baju saya :)


gula-gula dan potpuri berbau harum



benda wajib untuk tetamu.. goodie bag ^___^


ini pun dapat...comelkan
macam kanak2 la pulak kan




apa pun Selamat Pengantin Baru buat pengantin
opppsss..tak de gambar pengantin kat sini.tak snap gambar pun dengan pengantin..huhu


till then
nite dear


mood :
rindu en hubby..wish you were here B



reward untuk diri sendiri




Assalamualaikum semua

rasa macam dah lama tak update blog.selalunya tiap hari wajib update 1 entry kan.
perlu spent lebih masa dengan en hubby sebab minggu depan dia dah start keje kat laut.
kena tinggal lagi :(

tak nak la citer sedih2..kang ade yang menangis nanti..haha

just nak share,  nik beli something untuk diri sendiri.
yea la.setelah lebih setahun bertungkus lumus.baru skarang merasa dapat bonus.so apa salah bg hadiah untuk diri sendiri. sebagai motivasi untuk cari keje lagi bagus..opsss
sian dekat en hubby.hari2 dok dengar saya berleter tentang keje.  saya pun bosan dengan diri sendiri..asyik2 bebel pasal keje.


apa yang saya beli untuk diri sendiri


perfume Ralph Lauren
kena tunggu bulan 3 baru dapat bau .hehe
nik pesan dekat adik yang blaja kat UK.




time dah keje ni la dapat merasa guna perfume ni..hehe
opsss...perfume hugo boss kat belakang tu hadiah dari adik bongsu saya.

okey..sebelum melalut ntah kemana baik stop dulu
till then, nite dear




ada ketika di minda kau menjelma kembali





Assalamualaikum semua

korang tengah buat apa?
tetiba kan semalam tengah mengemas bilik, terjumpa pulak benda alah ni,
kalau en hubby baca ni sah2 kena perli ..opsss
dia selalu nak buat saya jeles kan. tapi jarang berjaya
 so skarang saya pulak nak buat dia jeles.hahaha

kad raya dari someone.
nak kata ex tak boleh jugak sebab tak penah declare pun.
kira orang tersayang zaman dolu2 la




Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali






Never take a person for granted. Hold every person close to your heart, 'cause you might wake up one day and realise that you've lost a diamond while you were too busy collecting stones.



apapun en hubby tetap di hati saya ^____^



Dearest hubby
saya tak sempurna bagi awak . tapi saya akan bagi yang terbaik untuk awak
awak bukan yang PERTAMA, tapi INSYAALLAH awak lelaki TERAKHIR dalam hidup saya

today our anniversary for 2 years 2 month 2 week

terima kasih ikhlas dari hati

rezeki di bulan februari



Assalamualaikum :)

sekejap saja dah masuk bulan februari kan? 
terasa cepat sangat masa berlalu. rasa cam baru jer masuk  january

dah nak masuk 4 feb pun, tak dapat merasa lagi duit gaji untuk bulan lepas.sedihhhh
gaji float lagi. so lepas cuti  baru dapat merasa gaji. waaaa



tapi  Alhamdulillah, murah rezeki nik bulan ni. bersyukur dgn apa yg nik dapat bulan ni :)

❤ dapat bonus dari company
sesuatu yang miracle telah berlaku kat opis.
setelah bertungkus lumus selama 1 tahun lebih2, akhirnya nik dapat merasa bagaimana happy nya dapat bonus.ahakkk
dapat bonus setengah bulan  gaji.  Syukur  Alhamdulilah   (^___^). yuhuuuuu

tau la.korang berbulan2 bonus, saya ni 
separuh gaji pun dah kecoh kan..tapi ade saya  kisah.
saje jea nak share berita gembira ni ngan korang. 

❤ bonus dari Tabung Haji
Tabung Haji memberikan bonus sebanyak 6 %  bagi tahun 2011 yang akan dibayar pada Rabu ( 8.02.2012)
ni tak sabar nak pi update buku bank ni..hehe thanks buat ma sebab sejak kecil lagi dah  menabung untuk kami adik beradik.
jom menabung sejak kecik, nanti boleh beli cincin harga 24 juta   (^___^)

so bonus yang dapat bulan ni,  simpan kat tabung masa depan aka Tabung Haji .


moga ALLAH memurahkan rezeki kita semua

opss

lupa nak bgtau..tahun ni sempena CNY nik dapat ang pau.seperti tahun lepas jugak jumlah nya.huhu
ok la tu.dari tak dapat langsung kan.boleh jugak guna tuk beli top up.




psssttt
nak kena packing baju balik simpang renggam, JOHOR

Welcome 2012




Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers. 
Hope korang semua sihat2

entry pertama di tahun baru 2012.

nak imbas balik apa yang jadi tahun lepas
banyak  kenangan jadi blogger sepanjang  tahun 2011


dulu nik private blog sebab rasa tak yakin nak bagi orang lain baca.kang kena gelak jea .
dan yang paling tak sangka, bila blog dah tak private ,  ade yang sudi follow blog ni.
terima kasih banyak2 kepada follower yang sudi follow blog.



first time blog ni dapat komen dari cik anon. terkejut mak nyah..malas nak layan sebab tu saya tutup komen untuk anonymous.apa pun  I love blogging. lagi2 kalau dapat bagi info yang berguna untuk readers.

wishlist saya nak dapatkan DSLR akhirnya tertunai jugak di tahun 2011.
tahun 2012, target beli gadget lain pulak. laptop or handphone.



first time raya tanpa family . thanks buat family kat johor. makanan kat johor memang best.
 tahun depan kami raya sana lagi.sebab tahun 2012 giliran kat kelantan pulak...huahuahua (gelak jahat kat suami )

sila percaya.. nik tak nangis pun time raya pertama tu okey

sebab dah nangis sebelum raya tu...haha



dari segi pencapaian career,  saya masih keje dekat tempat lama
tapi alhamdulillah...suami dah dapat keje yang di idam-idamkan selama ni
walaupun terpaksa berjauhan , tapi kami kena redha.
nak ubah kehidupan kepada yang lebih baik , kami harus berkorban


tahun ni, rumah saya meriah dengan kehadiran family.
sejak nikah ni, ayah dan ma nik memang akan datang ke sini
bahagia bila mereka ade sini, balik keje makanan dah tersedia..hehe
ayah nik pulak jenis yang tak duk diam, satu umah dia bersihkan kalau dah bosan sangat
winkkk..best kan..haha


bawak ayah dan ma naik river cruise putrajaya




i-city bersama family kak long

aktvt ambil dan hantar  adik bongsu dekat KLIA adalah aktvt wajib setiap tahun.
haha
angkut satu family pi ambik bakal Dr ni kat KLIA
excited, ni first time ahli keluarga kami blaja nun jauh  di UK..over kan






suprise dari en hubby
dia hantar kan bunga ni dekat opis. of course la saya terkejut
tak sangka okey.



sebelum ni saya berjaya suprise en hubby masa bday dia
sanggup ambik cuti semata2 nak suprisekan dia
hubby tak sangka kot..wife dia bukan jenis yang romantik :)
tetiba bagi suprise lak kan



tahun 2011, genap 2 tahun usia perkahwinan kami. syukur atas nikmat kasih sayangMu Ya Allah
semoga mahligai yang kami bina akan berkekalan sampai ke Syurga
dan di kurniakan cahaya mata pengikat kasih



yang best, akhirnya dapat bercuti ke Penang. plan dah lama nak bercuti. asyik tertangguh jea.
mampu ke penang jea dik non oii





meraikan tahun baru di secret recipe
order feveret makanan saya





Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog ni.

pesanan untuk pembaca blog
Jika kamu terus mengeluh atas apa yg tak kamu miliki, kamu tak akan pernah merasa cukup dalam hidup ini. Syukuri apa yg kamu miliki!

Popular Posts