Showing posts with label hubby n wifey. Show all posts
Showing posts with label hubby n wifey. Show all posts

kaki kikis



Assalamualaikum semua ..... (",)

hari ini nak bercerita tentang dia. apa yang saya suka tentang suami saya

suami saya tak suka marah - marah. dia seorang yang sangat cool. lagi satu dia tak suka bercerita hal orang lain.satu sikap suami yang saya suka.
kalau kami borak pun pasal diri kami , perancangan masa depan kami bersama.
kalau ade dia tak puas hati dengan orang pun dia kan citer kat saya. lepas tu dah tak ungkit balik dah


semalam hubby sakit hati dengan bekas opismate dia. opismate dia kata saya kaki kikis sebab tu suami kurus.
Hubby cakap dia bengang bila ade orang cakap mcm tu kat isteri dia.
alahai sweet nya suami saya kan kan..haha
maybe sebab dia tahu isteri dia macam mana
suami terasa sebab cakap pasal wife dia .tetiba lak tu.kalau nak cakap pun cakap jea la pasal hubby
sebab pompuan tu tak kenal sy pun.



lagipun saya tak kisah pun dengan kata - kata pompuan tu. maybe dia bergurau jea kot
kalau dia maksudkan apa yang dia cakap, tu terserah la pada dia kan. saya senyum saje  ^______^
* haa senyum lebar lagi
lagipun kikis duit pun bukan kikis duit sesiapa.suami sendiri bukan suami orang , jauh skali suami dia..ahaksss

rasanya dia tak amalkan duit suami, duit isteri gak kot
sebab tu la dia cakap mcm tu
atau dia tak faham maksud belanja dengan kikis duit,
atau dia tak sengaja cakap macam tu.biasa la.main cakap lepas jea kan.tak fikir la perasaan orang lain.
awak tak nak cakap ker sy kaki kikis duit mak bapak saya lak..hehe
apa2 jea la.moga mereka -meraka bahagia

saya ni suka jugak shopping, tapi tengok duit jugak
kalau ada duit lebih baru beli benda yg bukan2.. hehehe
tapi kene berjimat cermat jugalah..nak cari duit bukan senang wooo.

to Hubby
di sebab kan saya ni kaki kikis so balik nanti kena belikan saya macam - macam, kena bawak saya jalan2 round dunia tau

muka macam ni dia kata kaki kikis..juling kot mata dia..ahakkkkssss
* muntoh hijau org lain baca

handphone baru


Assalamualaikum semua ..... (",)

seronok sangat
dapat handphone baru pemberian myHubby
thanks a lot B . susah2 jer belikan sayang handphone canggih nih.
terharu  * kelip2 mata tanda suka

haa ni lah my new handphone touchscreen. samsung brand



ngeee .. senyum lebar bila dapat handphone baru ni.
of course saya akan jaga baik2 sebab ni pemberian insan tersayang kan.






thank you so much again hubby 
moga bertambah2 la rezeki awak nanti
sayang awak lebih la :)))


jakun sekejap bila godek2 handphone baru ni  ^____^
nak tulis mesej pun terkial2 lagi

saya rindu dia


Assalamualaikum

cepatlah berlalu wahai masa
menukar hari menjadi minggu. minggu menjadi bulan

saya rindu dia.
saya rindu bau dia.. saya rindu pelukan dia.. saya rindu gurauan dia..
saya rindu nak gaduh dengan dia
saya rindu suami saya   ^_____^

wahai hati.bertabah lah.
kerana tidak semuanya perkara dalam hidup ini dapat dilalui dengan mudah

Just remember, when your feeling down, it could have always been worse.
Be grateful in your life for what you have, instead of what you don't.


“Janganlah kamu mencari pasangan yang terlalu sempurna dimata kamu, tapi carilah pasangan yang telah menyempurnakan hidupmu dengan caranya.”

entry suka hati setelah dua hari tak ber update.harap tak ade yang rindu *mata ke atas, tangan di bahu
maaf sebab tak sempat blogwalking dan nak balas komen semua
laptop tak baiki lagi. nanti laptop dah ok senang sikit nak update dan bw
 apa pun. thanks for reading this blog.

cinta jarak jauh


Assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah dekat seminggu hubby outstation.
sejak hubby kembali outstation di tengah lautan, masa saya hanya di rumah.
dah tak de istilah dating berdua-duaan lagi
sekarang dating melalui phone dan FB jea la.
nak buat macam mana kan, dah rezeki kami macam ni.

alah bisa tegal biasa
remember, absence makes heart grow fonder.ahaks!
kalau dekat ni asyik nak berperang aje pun...ehehehehe

kami penah merasa erti susah, gaji laki bini paras lubang idung jer
cukup2 makan . dulu nak simpan memang tak la.
now, Alhamdulillah, bila hubby dapat keje macam ni memang rahmat besar buat kami.
duit bukan segalanya, tapi kalau tak berduit lagi payah kan

yang penting pasang niat nak cari rezeki untuk family. InsyaAllah lebih berkat
bila hubby balik boleh plan nak gi holiday
dapat la  pegi holiday jauh sikit walaupun dalam malaysia jea yang mampu :)





to my Lovely Hubby

♥ Walaupun jauh, saya tetap SETIA dengan awak.
♥ Walaupun jauh, HATI saya tetap pada awak.
♥ Walaupun jauh, saya akan tetap TUNGGU awak.
♥ Walaupun jauh, saya tak pernah berhenti CINTA kan awak.
♥ Walaupun jauh, saya sentiasa RINDU kan awak.
♥ Walaupun jauh, awak sentiasa ADA di HATI saya




adeeiiii mood tersedih lah pulakkkk
semoga my Hubby sentiasa di lindungi dan diberkati selalu
harapnye perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat dan insya Allah hingga ke syurga

en Hubby
ramadhan pertengahan bulan July, so sempat lagi kita buat 1 trip percutian
kali ni nak pi mana erk

sms from hubby


Assalamualaikum

masuk 2nd day dah mula rindu Hubby...sob...sob :"(
terkenang  Hubby ku yang jauh di mata
tak pe, jauh dimata tapi dekat dihati

tetiba plak sayu hati baca sms ni
ape la dia tengah buat sekarang

mcm ni la penangan PJJ, kena banyak bersabar dan berkorban
kami berhubung guna internat saja lah.
tak kisah la, janji dapat melepaskan rindu
bila jauh ni rase macam zaman bercinta plak

so pada sapa2 yang senasib dengan saya
semoga semua tabah menghadapi
so , no more entry sedih2
be strong okey

 lama tak letak gambar posing syok sendiri dalam bilik..opsss

hampir tiba!


Assalamualaikum

hubby outstation lagi :(
kali ni ke Kemaman , Terengganu. maybe lebih kurang sebulan .
so jangan hairan  kalau kebanyakan entry sebulan ni, entry jiwang berkarat :)

memang tak seronok kalau hubby takde
perasaan? hanya Allah yang tahu
 nangis juga time rasa sunyi..hihihi

cuba +ve kan diri
husband cari rezeki untuk kami
balik nanti nak kongsi kesenangan dengan isteri jugakkan  ^_____^
sapa yang untung? isteri jugak

kali ni hubby tak perlu risau sangat
family nik dari kelantan ade kat rumah kami
sebulan mereka kat sini, teman anak dia..hehe

tetap redha walaupun terpaksa

I'm gonna miss you so much hubby *sob, sob*




peminat setia bagi bunga



Asslammualaikum

ade sesetengah kata, apa barang bagi bunga, tak sampai seminggu dah layu
tapi bagi sesetengah orang ,suka kalau dapat bunga, walaupun tau bunga tuh akan layu jugak. 

tetiba jadi hati kembang kecut dan berbunga-bunga bila dapat bunga dari peminat setia :)

bagi nik, bunga salah satu tanda sayang
kalau suami yang bagi.. isteri kena sendiri ingat le...ada makna tu .. hehe








psssstttt
harap dapat kekalkan prestasi romantis ini sehingga ke akhir hayat yea en hubby
tapi romantik ngan wife saje tau




Happy Birthday to My Hubby!


Asslammualaikum

Hari Rabu lepas genap umur encik suamiku 29 tahun. hohoho... dah tua
takde la nak sambut meriah bagai..
cuma keluar makan saja..takde suprise party apa pun.nik memang tak pandai bab suprise ni

kami makan dekat Secret Recipe
masa pi tu time lunch so kami ambik pakej Secret Recipe Lunch @ RM15+ (12pm-3pm)



spaghetti bolognese
makan tiap2 hari pun tak pe :)


sedap sangat ..hehe

pastu borong  5 slice kek kat sini :)


Love U My Dear Hubby.
happy belated birthday.
 semoga panjang umur dan di murahkan rezeki

I'm a very blessed woman! I am married to a man that accepts me flaws and all

isnin lepas makan best jugak. kami makan dekat Kenny Rogers ROASTERS.
tetiba teringin nak makan kat situ
minggu ni terasa macam minggu makan-makan sedap la pulak
my feveret makanan









Thanks for reading

weekend activity ! :)




Assalamualaikum 


syukur alhamdulillah..suami saya dah selamat sampai sabtu lepas
so hari-hari saya kembali ceria  ^_______^
boleh bermanja-manja dengan suami tanpa segan silu, kan best tu.hehe

ahad lepas dera dia bawak saya jalan-jalan kat luar. sebulan kot weekend saya sunyi tanpa dia
tak de suami disisi memang rasa janggal. 
si suami yang baik ni terpaksa  layan jea la perangai isteri dia ni
sapa suh tingalkan saya sebulan kan, 
so kena ganti balik masa weekend saya yang bosan tu

pagi2 ahad dah kuar  pegi shopping dengan suami kesayangan


gambar ni poyo kan
kekonon chumel la tewww ;p


si suami memandu, si isteri sibuk bergambar
iloveyou en suami :)


beli barang ni dengan harapan jerawat takkan bertempek kat muka dengan banyak..huhu
dah tua pun still gak jerawat ni tak segan silu nak tumbuh..sedih mak

:

:

:


petang ahad lak kami ke PICC Putrajaya, ade pameran pengantin.
bukan nak tengok pameran tapi nak jumpa orang yang buat pameran.




sebelum masuk kena daftar dulu, dapat la paper bag ni


mrs hafidz


suami kesayangan..i LOVE him
rambut dah macam tempurung kelapa dah..huahuahua
ni baru sebulan kat kapal

actually, abang ipar saya ade bukak booth kat situ.
promote kedai baru dia dekat Klang. MEGA BRIDAL CREATIONS  dah ade cawangan kat selangor okey..dah maju dah skarang.nanti boleh bukak kat puchong pulak.nik boleh berhenti keje jaga kedai pengantin..harharhar



sekitar booth abang ipar dan biras saya :)




antara pelamin tercantik kat pameran ni :)




berkenan kat baju ni. cantik bila tengok live tau :)





pic yang tak brapa nak cantik...tangkap pakai muat jea la.







kusyuk tengok gambar..nak kwen ker dik ooiiii...huhu


tak ramai sangat orang.bagus sgt la.
nik mmg rimas kalau bersesak2 dengan orang ni..opsss





baju dekat booth lain



ini model jea, bukan pengantin yea :)

dapat jumpa siti nordiana..cantik orangnya.lagi cantik bila bertudung.
tapi dapat nengok dia nyanyi dari jauh jea la









weekend akan datang lebih happy dan ceria. sebab semua family akan berkumpul :)
tak sabar nak kumpul ramai2.

Thank you for reading!



Popular Posts