Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

cuba untuk menjadi positif !



Assalamualaikum semua ..... (",)

cuba sedaya upaya memberi motivasi kapada diri sendiri untuk menjadi lebih positif.
nak elak dari berfikiran  negatif. think positif yea nik
jadi diri sendiri and bersyukur dengan apa yang ada.
kalau tak, boleh jadi penghuni hospital sakit jiwa nanti..eheheheh



Bila kita buat baik kita seronok bila kita buat jahat kita susah hati- ini tanda kita orang yang baik. Kita berdoa kita masuk golongan ini. Audit diri kita suka dengar kebaikan atau keburukan orang. Awasi berita yang kita baca dan dengar
-Prof Dr Muhaya


The happiest people do not have the best of everything but they simply make the best of everything. Live simply, speak kindly, care deeply and love generously





bila nak berhenti kerja ni



Assalamualaikum semua ..... (",)



saya sekarang ni dalam dilema. stress sangat kat ofis
bila suami tak de bertambah la stress. sekarang ni, kuat sangat rasa nak berhenti kerja tu

biasa la keje ngan manusia.macam-macam kerenah.ada yang baik sangat, ade yang cepat sangat nak marah.fikir keje dia jea la yang banyak kan,mengadu situ sini.aishhhhh...macam-macam la.rasa keje dah tak fun macam dulu.asyik memendam rasa jea.


macam harem jea pengurusan company skarang. makin lama makin melalut.tak suka keje dengan orang yang pentingkan diri.
haiyooo..ko yang pilih nak ambik job tu,  so ko buat la sendiri kan.time bz pandai lak mengadu.konon ko banyak keje.tak mampu nak buat banyak keje.time orang lain busy ade ko ambik peduli.
* sabar jea la dengan orang macam ni kan
tapi sampai bila. manusia pasti ada tahap kesabarannya kan :)

k la.tu saje nak ngadu.
nak tido.harap-harap bangun pagi esok jiwa lebih tenang  ^______^
bye


pssssttt
thanks B.walaupun awak jauh , awak tetap membahagiakan saya.
luv u so much ❤ ❤ ❤ 

kaki kikis



Assalamualaikum semua ..... (",)

hari ini nak bercerita tentang dia. apa yang saya suka tentang suami saya

suami saya tak suka marah - marah. dia seorang yang sangat cool. lagi satu dia tak suka bercerita hal orang lain.satu sikap suami yang saya suka.
kalau kami borak pun pasal diri kami , perancangan masa depan kami bersama.
kalau ade dia tak puas hati dengan orang pun dia kan citer kat saya. lepas tu dah tak ungkit balik dah


semalam hubby sakit hati dengan bekas opismate dia. opismate dia kata saya kaki kikis sebab tu suami kurus.
Hubby cakap dia bengang bila ade orang cakap mcm tu kat isteri dia.
alahai sweet nya suami saya kan kan..haha
maybe sebab dia tahu isteri dia macam mana
suami terasa sebab cakap pasal wife dia .tetiba lak tu.kalau nak cakap pun cakap jea la pasal hubby
sebab pompuan tu tak kenal sy pun.



lagipun saya tak kisah pun dengan kata - kata pompuan tu. maybe dia bergurau jea kot
kalau dia maksudkan apa yang dia cakap, tu terserah la pada dia kan. saya senyum saje  ^______^
* haa senyum lebar lagi
lagipun kikis duit pun bukan kikis duit sesiapa.suami sendiri bukan suami orang , jauh skali suami dia..ahaksss

rasanya dia tak amalkan duit suami, duit isteri gak kot
sebab tu la dia cakap mcm tu
atau dia tak faham maksud belanja dengan kikis duit,
atau dia tak sengaja cakap macam tu.biasa la.main cakap lepas jea kan.tak fikir la perasaan orang lain.
awak tak nak cakap ker sy kaki kikis duit mak bapak saya lak..hehe
apa2 jea la.moga mereka -meraka bahagia

saya ni suka jugak shopping, tapi tengok duit jugak
kalau ada duit lebih baru beli benda yg bukan2.. hehehe
tapi kene berjimat cermat jugalah..nak cari duit bukan senang wooo.

to Hubby
di sebab kan saya ni kaki kikis so balik nanti kena belikan saya macam - macam, kena bawak saya jalan2 round dunia tau

muka macam ni dia kata kaki kikis..juling kot mata dia..ahakkkkssss
* muntoh hijau org lain baca

Happy Sunday Darlings


Assalamualaikum :)

mula-mula ingat nak buat entri happy, alih-alih jadi entri stress pulak
stress..suami tak dapat nak call sebab line phone kat kapal problem.
stress sebab laptop problem, hard disk rosak. melayang la duit nak baiki ni
nak online pun payah apatah lagi nak update blog
pinjam laptop adik ni haa
stress ni mula la nak ingat suami.mula la feeling2 sedih..ehehehe
* ayat sedih mintak penampo kan

tetiba berkobar-kobar nak beli laptop baru
nak yang sendiri punya, tak nak share-share ngan orang lain
en hubby please please
sayang nak laptop baru a.s.a.p..ehehe


nak share kata-kata sweet ni. copy paste dari facebook

Perempuan memang suka tengok lelaki handsome, body tough, pakai kemeja.
tapi,
 dia memang tak kisah suami dia macamana rupanya. 
asalkan hati baik dan menyayangi dia sepenuh hati ♥

SWEET tak?
ehehehe

edisi sentap



Assalamualaikum

kadang2 tak de niat pun nak buat status post dekat facebook untuk sakitkan hati orang lain
tapi tak sangka ade yang terasa kot

saya post ni kat wall.


pastu post 1 lagi dekat wall mukabuku


en hubby komen la weeekk kat situ
kwn sy ingat hubby saya lak yg sentap. katanya saya ni pesan suh jgn sentap tapi hubby sendiri yg sentap.bila baca status dia rasa nak gelak kot.ade jugak yg ambik kisah hal status sy yea..huahuahua

hubby saya biasa la....wekkkkk...zzzz
tu komen biasa dari hubby .bukan tanda sentap okey.

kalau dia baca ni mesti dia perli saya lagi.sebab benda mcm ni pun  nak tulis dalam blog kan.tapi ade saya kisah.saya rasa nak tulis sebab rasa benda ni remeh tapi kelakar..hikhik

apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita

apa pun saya mintak maaf kalau saya buat awak sakit hati yea.tak de niat pun.
peace no war



suami isteri yang tak sentap
kami cool jea :)))

terimalah pandangan berbeza tanpa emosi
saya tak mintak anda sokong saya tapi
Allah bagi kita akal fikiran. so fikir la dulu. jangan main redah je
berfikir guna fakta, baru pendapat kita org respect

.kebahagiaan dan dugaan


Assalamualaikum 


hujung minggu yang membosankan tanpa suami. dari pagi sampai petang dok online sambil-sambil basuh baju dan kemas bilik . online pun duk  bukak facebook dan blog jea.sampai ke facebook suami saya kot, saya bukak. buat spot check sekali sekala, apa salahnya kan..opsss

sedih baca satu wall post dari kawan hubby saya
saya tak tahu apa masalah dia tapi dari tulisan tu saya agak dia ade masalah family maybe dengan isteri kot
berat mata memandang,pasti berat lagi bahu yang memikul kan .




ALLAH ingin menguji  kita.bersangka baiklah dengan setiap ujian dari Allah.
setiap manusia di beri ujian yang berbeza oleh Allah SWT

jangan la asyik nak comparekan diri sendiri dengan orang lain
kebahagian takkan hadir kalau kita asyik melihat kebahagian orang lain dan selalu membandingkan hidup kita dengan orang lain
setiap orang ade cara masing2 untuk bahagia.

apabila kita mencari kesempurnaan dari pasangan kita, kita akan kecewa kerana sudah tentu kesempurnaan tiada pada dirinya.

hanya dengan redha, bersyukur dan mengingati-Nya-lah hati akan menjadi lapang dan tenang. 
hidup di dunia adalah untuk ‘memberi’ yang terbaik, bukan untuk ‘menerima’ kesempurnaan.
-http://diarihati.com-


semoga kita diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dan dugaan





hingga saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. kadang2 rasa sedih sangat dalam hati.
saya dan suami, memang teringin sangat nak zuriat.


tapi kami percaya, Allah itu maha adil.. kami anggap ini semua dugaan untuk kami, agar moga suatu hari nanti, bila di kurniakan anak, kami akan menghargai anugerah  Allah itu dan menjaga nya sebaik mungkin.hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita kan,
 Allah wants me to be a better mom, a better wife when the right time comes


syahdu dan sebak bila teringat ujianNya
doakan saya di murahkan rezeki yea kawan-kawan :)


till then
salam sayang dari

ini entry emosi..stress dengan keje


Assalamualaikum

hari ni mood ke laut. bila mood ke laut datang, semua tak kena.aishhh..
stress dengan keje.lama-lama kalau macam ni boleh cepat tua saya.walaupun keje tak banyak tapi sesak nafas tau tak.

bos pulak macam hape je. sebelum bercakap pasal org lain cermin dulu diri sendiri tu.cepat sangat ker dia buat keje.opsss! terlebih sudah

kami juga manusia.punya perasan.memang kami di bayar gaji tapi berpada-pada la.kalau boss nak mintak saya resign pun saya dah tak kisah.selama ni saya rasa dah cukup bersabar.

mula-mula macam best jea keje kat sini.time interview korang akan rasa nak start keje terus jea.manis btol mulut boss.semua nampak prefect la.tapi lama-lama jadi tak best .saya tak suka boss yang menabur janji manis tapi satu habuk pun tak de.lebih baik tak yah berjanji, itu lagi bagus kan.hati pekerja pun tak sakit :)

or maybe saya perlu bercuti untuk hilangkan stress ni.
kali ni rasa nak bercuti lama skit.maybe seminggu.boss tak bagi pun ade saya kisah :))


Smile. It might not make your problems disappear, but it will stop people from asking what's wrong with you

till then
nite darlings


sabar je la



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


minggu ni sangat memenatkan
berlambak lambak kerja kat opis
tp sy perlu sabar.
perlu belajar bersabar.
dan byk berdoa semoga perjalanan hidup di berkati

ya Allah.. do give me courage to face all this

entry luahan hati..bila stress di tempat kerja



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


entry arini merupakan entry luahan hati yer.dah lama rasanya tak luahkan perasaan kat blog nie.
saya dan bbrp rakan sekerja tengah bengang ngan sorang minah kat opis.
semakin lama perangai ko semakin melampau
mcm2 dia bg alasan semata2 tak nak buat keje
sepatutnya mmg tu tugas dia

naper la jumpa rakan sekerja yg annoying mcm ni
tak kesian kat org lain yg byk keje pastu kena buat keje dia
dia duk buat invoice pastu duk relax goyang bontot jea
invoice pun banyak buat salah
menyusahkan org btol la minah ni

kalau boss ade buat2 bz
kalau tak de manyak rilex ma..hipokrit btol minah ni
sibuk duk tanya bila bos nak comfim dan naik gaji
owh please la
kalau keje mcm tu jgn harap la ko nak dapat gaji
ntah2 boss paksa resign nnt

dah la mulut mcm longkang
suka hati jea nak kutuk, org kau kutuk tu ciptaan Allah
dah la cakap depan2
biar la tangan dia kecik badan dia besar pun
tu badan dia.tak de hak kita nak tegur mcm tu
pakwe dia boleh jea dia terima seadaanya
ko pulak yg heran kenapa

tak perlu ko nak cerita kisah bawah kain ko kat semua org
kami tak minat nak tahu la
tak perlu nak berbangga setakat duk ngan lelaki tanpa nikah
kami tak heran la
setakat mamat filipina jea kot.tu lagi kami tak heran.

yg kami hairan dan pelik , dah ade anak still tak nak kwen lagi
bangga ker ade anak luar nikah
tak sian ker kat anak tu, malu dia bila dah besar nanti
ade hati nak buat majlis kenduri besar-besaran
dah tak cukup duit nikah jea la
tak perlu nak bg alasan tak de duit sebab tu tak nikah
anak pandai lak buat,nikah tak nak..hampeh
tolong la hentikan sifat yg sgt annoying tu..please la
sebelum kami muntah ramai2 kat opis, baik ko berhenti

ingat dah pegi sorang penipu , opis dah ok la
datang lak sorang yg suka bodek boss
susah la keje mcm ni

tak pe2 kami boleh bersabar lagi
tapi hati2 yea cik minah
takkan senang hidup ko kalau ko asyik menyusahkan org
bukan niat saya nak berdoa mcm tu
tp dia sepatutnya di bagi pengajaran supaya hidupnya jangan asyik menyusahkan orang saje

opsss terlebih emo lak
huahuahua
okey.going to sleep now. hope tomorrow will be a HAPPY DAY for all of us

kerja dan tekanan



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

happy weekend semua.how was your day? nik arini biasa-biasa saja.tapi semalam tak berapa nak baik,
macam-macam hal berlaku dekat ofis yang menambah tekanan.

aishhh...mood tak brapa nak bagus tp saya tetap cuba jadi cool.lagi2 kalau dekat tempat kerja.
tekanan kat tempat keje kadang2 boleh buat kita bergaduh ngan rakan sekerja kan.

tapi

kita perlu belajar bertolak ansur
kita perlu belajar untuk tidak cepat melatah
kita perlu belajar bekerjasama
kita perlu belajar untuk berSABAR

macam mana orang nak hormat kalau banyak keje jea mula la nak garang.marah2 orang.nak kata tak matang umo dah tak muda.

kata boss garang .suka marah2 tak tentu pasal tapi diri sendiri pun sama.2 kali 5 jea dengan boss.apa kes? asyik nak marah2 jea.tiap kali banyak keje asyik nak meroyan jea.

di tempat kerje kalau tak reti bertolak ansur, tak reti bersabar baik berhenti la.
fikirla..!!! orang lain pun tension jugak.tak perlu nak marah2 kalau ada yang tak kena.cuba lah belajar bersabar.
garang dan tegas adalah 2 perkara yang berbeza yea kawan-kawan.so nak tegas dalam bekerja memang perlu.tak perlu la nak tunjuk anda garang.anda akan buat orang lain menyampah.

kalau ade yang bertanya susah kah mahu jawab elok2 tanpa meninggikan suara dan buat muka garang.
kamoo akan buat orang sakit hati jea.sungguh annoying orang mcm ni.nik tak penah kena lagi dengan minah ni tapi tengok kawan2 yang dah terkena .nik lak yang sakit hati.
bila tengok minat yang suka marah2 ni rasa nak lempang jea laju2.nasib baik anak orang.

nak tegur kang takut tersentap lak.tak pasal2 bergaduh pulak.ni la kalau berkerja ikut emosi.ermmm....

moga saya sentiasa tabah dan cool.hehe..cara marah2 takkan dapat hilangkan tension kita.bila marah korang akan lagi tension.btul ta?

so lebih baik kita cool saje
peace no war

have a nice weekend

pssst..!!!!
maaf, sedikit teremosi.

Mencintai TidaK Bererti Memiliki


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

psttt..!!!
nice kan.jumpa ni kat facebook.

sekadar luahan perasaan



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


oh yeayhhh...dah weekend pun.penat sgt minggu ni.keje, keje dan terus keje.mmg mcm ni la nasib org makan gaji kan.

keje tak de la byk mcm selalu tp penat melayan kerenah org. dgn boss yg fikir keje dia jea nak siap cepat.mcm keje dia jea yg urgent.pastu bila kena marah kat cliet sebab delay keje dia mula la boss nak cari salah org lain.susah gak keje ngan lady boss ni kan.

tp nak buat mcm mana.dah namanya kuli terpaksa la ikut arahan.

tu la. dulu degil.ayah suh jadi cikgu mcm MA dulu tak nak.keje setengah ari pastu gaji lak mahal.

yea ker?

maybe tu jadi cikgu zaman2 ibu sy dulu la.tp bukan cikgu zaman moden skarang ni.kwn2 sy yg jadi cikgu pun ade yg complain byk keje jea, kena buat itu ini yg bukan tugas diorang .balik lewat coz ade mcm 2 aktvt kat sekolah.

tu la.setiap org ade masalah masing2 ngan keje kan.nampak jea senang tp diri sendiri jea tahu susahnya keje.

jgn nak berkeluh kesah wahai nik.ini pilihan yg dah dibuat.
tp apa2 pun sy bersyukur sy bekerja.sekurang2 nya sy tak perlu bwk balik keje kat umah.so kalau cuti tu mmg btol2 cuti la.hehe

cukup2 tuk luahan kali ni.hehe

pssttttt!!!!!

Piala Sumbangsih 2011
Selangor vs Kelantan

Stadium Shah Alam
Sabtu
29 Januari 2011
8.45 mlm



eh arini ade bola la.comfirm malam karang melekat kat tv tgk bola.lg2 la bila pasukan kelantan yg main.tak menang den tak kisah.asl dapat sokong pasukan pilihan den.hehe

“Pesanan saya kepada rakan-rakan walau apa dugaan sekali pun yang datang, kita akan tetap bermain sebagai sebuah pasukan. Walau pun kita ditimpa musibah ekoran penggantungan jurulatih dan latihan kita sedikit terjejas beberapa hari lalu namun semua itu tidak mematahkan semangat kita.
- Piya

buat Muhd Badhri Radzi aka Piya..sy suka semangat kamoo.main elok2 yea.hehe

ini entry menyampah


hai...!!!

tetiba rasa nak meluahkan perasaan lak.dah lama simpan ni.kalau simpan lama2 kan bengkak hati lak.


nik ade kawan, A bukan nama sebenar.nama dan tempat di ubah suai mengikut keadaan.kalau dia terbaca harap2 dia faham sendiri la yea.

mula2 kenal perangai dia ok tp lama2 naik menyampah lak.

tak suka la org yg berlagak ni.hebat sgt ker setakat makan kat Nando's or Oldtown White Coffee tu.kalau sekali cter tu tak pe la ni tiap2 kali pi perlu ke cter.naik bosan lak mendengar nya.walaupun dia tak cter kat nik..hahaha

pastu bercerita shopping kat pavilion lak.hakhakhak ...ingat i heran setakat beli pavilion jea.buat apa beli mahal2 kalau last2 hujung bulan tak makan coz tak cukup duit.

kalau bercerita nak tunjuk hebat jea.tapi keje asyik menyusahkan org jea buat apa.cakap perkara btol kan senang.kalau dah gaji setakat tu jea, tak yah la nak menipu cakap lebih .kan dah kantoi.semua dah tahu gaji dia brapa.

adoyai..asyik jumpa org berlagak jea ni.

korang penah jumpa org berlagak tak.mcm mana korong buat.
nik buat bodoh jea.

plz la wei...tak yah nak berlagak la.bukan org suka pun.buat org lg menyampah ade la.


lg satu tak suka ngan pak cik bas.sibuk la duk phewit2.ingat i ni anak kucing kot.

nak jea cakap kuat-kuat

pak cik sy ni dah kwen.tak tgk punggung dah lebar ni.huhhh...!!!! tak malu ker nak phewit2 bini org

kalau nik ni cantik tak pe gak nak phewit2.malu kot org lain nengoknya. walaupun nik tak de respon pun.mana nak letak muka.

*bengang dan menyampah*

bye

almost a year


assalamualaikum readers


minggu dpn, genap la setahun perkahwinan nik dan hubby.

happy tak??? mestilah!! mau tanya lg..hehe


awk, terima kasih sbb awk terima sy seadanya, awk bersabar dgn perangai sy, awk selalu disisi sy berkongsi rasa suka dan duka, memberi sy dorongan dan semangat, tak jemu mendengar dan membantu

awk cintakan sy lebih dr yg apa yg sy harapkan. awk sayangkan sy lbh dari apa yg pernah sy dpt dulu.


tempoh perkahwinan kita masih terlalu mentah, namun banyak yang telah diharungi bersama.

biarpun ada ujian dan duka merintangi perjalanan, namun kasih sayang-Nya tak pernah putus terhadap kami.

moga cinta kami selamanya diberkati dalam restu dan redha Ilahi.

congrat jugak buat en hubby yg dapat keje kat SAPURA
Alhamdulillah..rezeki kami sekeluarga
harap impian kami nak dapatkan ini tahun depan akan tercapai


pstt..!!!
ermmm. tp nik still tak de plan ape nk buat 29hb ni..hehe

errrrmmmmm


gambar hiasan semata-mata

terasa la tgk kwn2 yg dah pregnant.cepat tol rezeki diorang kan.baru jer nikah dah pregnant.nak pregnant gak.uhu..nak ade baby yg comel.suka bau baby baru lahir.


nak rasa mcm mana mengandung ni..best kan..kalau gemuk pun org tahu la sebab apa..hehe

kena bersedia dr segi mental dan fizikal..bukan senang nak ade anak ni..Biar pun tahu mcm mana keadaan org pregnant.tak blh berdiri lama2, kaki akan bengkak, tak blh tido pelbagai aksi, berat badan akan bertambah dan kena bwk perut boyot tu kemana-mana jer selama 9 bln..tp still nik suka..nak merasa smua tu

nak tgk mcm mana la rupa nik bila pregnant..pipi mesti tembam, dagu sah2 la ade dua lapisan..huhu

rezeki anak tu mesti ada kan.nik serah smua pada Allah..Dia yg menentukan mana yg terbaik tuk nik n hubby..kalau ade rezeki dpt anak kami terima

comelkan ibu mengandung

ermmm
God knows what i'm feeling now.

Allah tahu yg terbaik tuk hambanya kan.apa yg kita impikan tak semestinya yg baik tuk kita.

pic ehsan dr google

sy sanggup lepaskan awk



kerana sy hanya ingin awak bahagia
biar siapa pun insan pilihan awak
doa sy moga awk bahagia selamanya.

awk tahu betapa sy dalam dilema untuk lepaskan awk..? Awk tahu betapa berat untuk sy melepaskan diri awk..??

tp sy percaya, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

psssttt..!!!
moga pilihan mu tepat sahabatku

I am missing someone...I know he misses me too



bila cinta adalah luka
aku takkan pernah peduli betapa sakitnya




aku ingin terus mencintaimu
tak pernah peduli seberapapun pahitnya




bila cinta adalah air mata
aku akan tetap tersenyum
agar kamu tahu
aku begitu tulus menyayangimu




Janganlah kau mencari orang yang sempurna untuk kau cintai
Namun carilah orang yang pantas untuk kau cintai
Lalu cintailah dia dengan cinta yang sempurna

pssttt...!!!
buat renungan bersama


Popular Posts