Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Menu Petang - Puding Koktail Berkuah


Assalamualaikum

 ni feveret dessert kegemaran kami sekeluarga
makan sejuk lagilah sedap. senang jer nak buat

cara membuat dan sukatan cilok dari sini
bab sukatan nik tak brapa nak teror sebab buat ni main campur-campur jea. 
sebab dah biasa tengok ma buat.

Resipi

Bahan-bahan Puding Kastad :
900 ml air
20 gm serbuk agar-agar
5 Tbsp gula pasir
3 Tbsp tepung kastad
1/2 tsp garam halus
250 ml susu cair

Cara-cara :
1.Masak serbuk agar-agar dan gula pasir bersama air hingga larut. Kecilkan api.
2.Bancuh tepung kastad bersama susu cair hingga larut.
3.Masukkan bancuhan tepung kastad dan garam ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga sebati. Tutup api dan tuang ke dalam loyang. Biarkan beku di dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Puding :
1 tin susu cair(400 ml) + baki susu cair dari atas tadi
1 tin besar fruit cocktail, tapis dan ambil airnya sahaja
200 ml air masak
4 - 5 TBSP gula pasir
Secubit garam

Cara :
1. Campurkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecuali buah koktail.
2. Masak hingga gula larut. Tutup api.
3. Sejukkan kuah ke dalam peti ais.

Kuah puding


 Puding 


dan fruit cocktail.


Cara menghidang :
1. Potong puding kastad 
2. Masukkan puding kastad tadi ke dalam mangkuk bersama buah-buahan campuran yang telah ditapis tadi.
3. Tuangkan kuah puding dan sedia untuk dihidangkan.


sedia di makan



Thanks for reading my blog.
appreciate everyone who takes the time to read my blog
especially those who have left comments .
thanks a lot



hari minggu kami yang santai :)

Assalamualaikum readers yg disayangi
selamat berhari minggu

weekend ni korang buat apa?
nik dan family duk kat umah jea.semua bantai tido sampai tgh ari
tak senonoh btol anak dara dan bini org ni kan..haha
ala sekali sekala jea kot.en hubby pun ikut join sekali bangun lambat

pas bangun semua lapar la.so ni masakan kami untuk makan tengah hari.
ni jea yang sempat di masak


Pucuk Ubi Masak Lemak


Ayam Masak Kicap


pemanis mulut : Masak Lemak Labu

masak untuk stok dinner sekali..jimat kan..hehe
dah semua makanan menambahkan lemak jea.
tak pe.sekali sekala gak..haha
nik makan ni pun bukan badan naik pun.

kami masak yang simple2 je..lagipun kami bukan makan nasi sangat pun.kami adik beradik ni makan nasi sekali je sehari. kalu banyak pun..setakat 2 kali sehari
sebab tu kot badan susah nak naik


tentang saya dan dapur


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

how's your weekends dear ?? okey tak?? nik melepak je kat rumah. bangun pagi- pagi kemas rumah yang dah berhabuk ni, pastu lipat baju yang dah seminggu tak angkat dari jemuran.opsss..kantoi !!! buruk tol kan perangai isteri en hafidz ni.

aishh..naper yea..bila lipat dan basuh baju rasa mcm banyak jea baju tapi bila cari baju nak pakai rasa mcm tak de baju nak pakai.hahaha.pompuan memang selalu macma ni kan.

masakan tuk arini. ini adik nik yang masak.
Ketam Masak Lemak Cili Api

nik lak goreng udang dan telur jea tadi. cukup la tuk kami bertiga makan..
saya dalam proses nak belajar masak ni. so hujung minggu kena rajin la masak. tu pun kalau tak keluar pegi mana2 kan.hikhik
kalau weekday sy masak yg simple jea.tak sempat la nak buat gulai or tom yam ni. so weekend jea la blaja buat masakan terbaru.

nasib baik la en hubby bukan jenis yang cerewet pasal makan.apa yang saya masak semua dia telan.
tiap kali masak mesti dia tak lupa ucap terima kasih
terima kasih yea sayang, sudi masakkan untuk B hari ini
terima kasih juga utk awak yg sudi makan masakan simple yang saya masak ni.sayang awak ketat-ketat.

Popular Posts