cinta internet vs cinta murahan



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

bukak facebook pagi td. i sentap tgk satu wall post ni nyah.
amboi2 mulut dia boleh tahan gak yea.
tersentap mak baca nyah.

Rupanya mudah mencari cinta di internet!! Cinta alam maya?? Apa kejadah cinta mcm tu??? Bg mesej pada perempuan nak berkenalan, saling berbalas mesej... Minta no fon... Borak2... Jumpa.. Then bercinta.... Mudahnya cinta murahan!!!!

kata-kata berani mati ni

nak gak bertanya pada dia

brapa pastikah dia cinta yg susah tuk dapat tu cinta yg akan kekal??
cinta yg susah tuk dapat tu tandanya cinta sejati kah??

bg nik tak salah cinta internet ni.semua niat dari hati.
cuma seramai mana yang mampu bertahan dengan perhubungan yang jauh ni. yg penting kena saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

cinta friendster kami di restui family

saya juga berkenalan melalui internet.kerana internet saya jumpa suami saya dan kami berkahwin.tu di katakan cinta murahan kah bagi pandangan saudari.

kalau dah jodoh tak kemana.cuma cara kita berkenalan dan berjumpa saje berbeza.tak perlu nak keluarkan statement murahan mcm tu.
kata-kata kita mencerminkan diri kita.


Wardina jugak bertemu jodoh melalui internet.tengok dia skarang.bahagia bersama suami dan anak-anak.
blogger femes cik Nadia Bayu dan Irene Nadia juga berjumpa cinta nya melalui internet.

cinta internet ada menimbulkan pandangan negatif tapi kalau betul caranya dan gayanya, akan hebat jadinya.
yg penting dapat restu dari family.

moga berbahagia pada yang bertemu jodoh di alam cyber. pada yang tak ada jodoh di alam cyber ..jodoh anda di alam lain la tu:))) ..takdir dan jodoh kita Allah yg tentukan.percaya padaNya.itu yang terbaik.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

sumber artikel oleh Pahrol Mohamad Juoi

so bukankah berkenalan di internet itu satu usaha.usaha yg baik jika di sulami niat yg ihklas pasti mahal harganya.

peace no war

No comments:

Post a Comment

Popular Posts