Showing posts with label borak santai. Show all posts
Showing posts with label borak santai. Show all posts

cinta & dendam



Assalamualaikum semua

kita yang membuat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.Lumrah orang bercinta dan berpisah.ade yang boleh terima perpisahan dan ade juga yang susah untuk terima.
kadang2 boleh membawa kepada dendam.
ade manusia yang sanggup mengaibkan ex bf or gf sendiri hanya kerana dendam kan.
lagi2 kalau bekas kekasih tu dah ade gf or bf baru kan.mesti lagi kecewa yea tak?
Ya Allah, moga antara kita tak tergolong dalam golongan itu.

kalau dah putus biar la dengan cara baik .sebab kalau marah2 dan ungkit hal buruk2 bekas pasangan..nampak sangat diri tak matang dan tak boleh terima hakikat kan.

maybe perpisahan adalah yang terbaik.takkan sebab nak jaga hati dia, anda masih bersama dengan si dia.kalau dah tak suka, tak perlu kita nak paksa2.
hubungan yang dibina oleh 2 insan haruslah di atas kerjasama keduanya..bukan hanya diserahkan kepada sebelah pihak.itu selfish namanya.
“Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu.
Inikan pula orang yang bertahun-tahun kita cintai, sayangi dan amat kasihi, mestilah lagi susah!”
tapi itu tak bermakna kita harus berdendam bila kita berpisah.



ini tips untuk mereka yang tak dapat lagi untuk melupakan ex tapi ingin sangat lupakan dia.
cuba cara drastik ni

1. First sekali, delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed and block his FB/frindster account now!

3. Stop visiting his blog, his wall, his pages, his sites, he’s depan rumah, he’s jalan, he’s lepaks place, STOP IT!

4. Stop asking about him, ni asal jumpa kawan dia je, “Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop smsing, stop contacting dia …no last call, stop everything for good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja yang boleh mengingatkan dia.

8. Delete lagu-lagu dan movie cd’s yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh you mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tetapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga tiada cara nak trace balik lagi.

10. Okay, yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. From your heart dengan tulus dan ihklas, maafkan dia… biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, it’s okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

sumber :
www.informasi.my

psttt !!!!!
percayalah, saya dah penah buat dan Alhamdullliah ia berjaya.walaupun susah pada mulanya.
redha dengan jalan yg sudah ditentukan Tuhan
pasti ianya terbaik buat anda..
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

perempuan yang pemaaf



Assalamualaikum

happy weekend semua.apa aktiviti weekend korang? my weekend without en Hubby, a boring weekend !
tapi nak buat mana. en Hubby jauh di Miri.hope dia sihat saje di sana.

walaupun suami nik keje offshore, sekurangnya tidaklah jauh sangatkan.boleh lagi calling2 kan.pastu tak de la berpisah lama sangat kan.

masing2 setiap kita ade cabaran dan dugaan sendiri .
tapi time berjauhan camnila ade jugak yang best..rindu tu lebih sikit.bile tahu hubby nak balik, rase saat2 first time jumpa dulu2.excited ..hihi



kembali pada tajuk entry kita hari ni

perempuan yang pemaaf

perempuan ni senang jea nak memaafkan lagi2 memaafkan lelaki yang dia sayang.

opismate nik dia dapat tahu pakwe dia ade scandal dengan pompuan lain.bila dia tanya, lelaki tu marah2 sebab katanya mcm tak caya kat dia.just tanya kot.kecoh btol mamat mcm ni kan.

bagi nik la lelaki tu mmg sengaja nak menutup kesalahan dia.sebab tu marah2 jea bila tanya.kalau tak bersalah tak yah nak marah dan mengelabah mcm tu.

bagi nik la lelaki tu mmg sengaja nak menutup kesalahan dia.sebab tu marah2 jea bila tanya.kalau tak bersalah tak yah nak marah dan mengelabah mcm tu


:


:


:

beberapa minggu kemudian


opismate nik ni terima balik lelaki tu.kata nya lelaki tu pujuk dia balik

tengok tu..perempuan ni lembut hati kan.kena tipu pun still lagi terima.punya la sayang.dah la lelaki tu katanya panas baran. nik mmg pantang lelaki panas baran.

bagi nik la, opismate nik tu boleh dapat lagi yang better.umo muda lagi la.
takkan nak korbankan masa muda nak kapel dengan org mcm tu.

tak fun la perhubungan mcm tu.nik pulak yang rasa geram.rasanya baik single la dari kapel dengan lelaki mcm tu.


please la ladies kat luar sana

jgn la sibuk duk ikut orang, orang nak kapel korang pun sibuk nak kapel.
lelaki cakap loving2 sikit, pompuan dah mula lemah gemalai.
memaafkan memang sifat yang bagus, tapi terima lelaki tu balik dengan perangai yang tak matang , selalu buat korang sedih dan banyak menyakitkan hati memang tak berbaloi.
Focus on what you have. Focus on the people who make you smile, not the “things” that make you cry.
tapi kalau lelaki macam tu jugak pilihan korang, teruskan lah.tak de sapa nak halang.akibatnya tanggung sendiri tapi harap2 semuanya baik2 saja la.
Don't believe guy that tells you, he loves you
believe guy that shows you, he loves you



drama drama drama



Assalamualaikum semua

korang suka tengok drama tak? drama apa yang best pada pandangan korang. ce citer..
nik jarang sangat tengok drama ni.tapi kalau yang best tu melekat gak la kat tv

akan tengok drama tu bila

* jalan citer best dan dekat dengan hati nik..maksudnya boleh masuk la dengan jiwa nik.

macam drama intan sayang manja lakonan mantap shaheizy sam, rusdi ramli dan jue aziz. dialog dalam drama ni slamber jea.tergelak tengok cerita ni. bila sedih memang nampak macam real.kita boleh menangis bila tengok part sedih.
drama bersiri geng surau pun best sebab drama komedi ringan yang menghiburkan.jalan cerita yang simple tapi menarik,sejak tu jugak la nik suka pelakon beto kushairy ..hehe

*cerita yang ade pengajaran



yang ade pengajaran macam drama mantera anjasmoro.cantik sgt Eja dalam drama seram ni.kisah suami yang berpoligami pastu isteri2 dia guna ilmu hitam untuk pikat suami.last2 sekali kuasa Allah mengatasi segalanya

* cerita yang buat kita berteka- teki



kalau drama melayu selalunya kita dah tahu la sapa yang jahat.tapi ade drama bersiri ni last2 baru kita tahu sapa punca sebenarnya. mcm drama bersiri ghost yang tayang kat 8tv lakonan cheryl samad .tak miss la nik tengok.tiap2 minggu ade jea kejutan.


saya takkan tengok drama tu bila

*jalan cerita yang sama jea

balik2 citer berebut lelaki atau pompuan.rimas jea tgk citer mcm ni.
ataupun org kaya nak kat org miskin pastu cinta tak di restui..haha
buat la citer yang lain skit tapi jangan la over.
mcm cerita Nur Kasih tu.jalan cerita lain dari yang lain, shoot pun cantik,pemilihan pelakon yang bagus, pelakon nye betul2 menghayati watak, ada watak buat kite geram,watak yang boleh buat kita rasa simpati.


* baik sangat

tak suka citer yang orang baik yang terlalu la baik. tak pandai nak bela diri.melampau2 baik dia.agak2 la beb.sampai org tipu banyak kali pun still lagi baik.over tau.kita yang tengok lak rasa geram.terus tukar channel lain la kalau nik :)


*ulang tayang scene yang seakan sama jea setiap episod

drama macam ni tak tengok dua episod pun tak de masalah sebab duk ulang benda sama.
orang jahat duk fikir cara nak kenakan org baik jea.tak boleh cara tu cuba cara lain.mcm tak de keje lain jea la.hehe
kadang2 boleh jadi kelakar sebab cara dia buat jahat kadang2 tak logik.
pakai tangkap muat jea nak buat cerita.cuba la kreatif skit.

* jalan cerita slow

mcm sinetron indon, suka sgt zoom dekat muka lama2.effect dalam drama byk sgt.patut la diorang boleh buat drama sampai beratus episod.meleret2 ceritanya. satu lagi suka bercakap sorang2.

pssttt
bagi pandangan nik, drama skarang not bad la.at least ade
drama yang memberi impact pada nik mcm drama Nur Kasih.
tapi kan cerita p ramlee la cerita tak penah bosan nik tengok.

TRW tetap di hati



Assalamualaikum semua

redha dah dengan result games kelantan vs terengganu malam ni.tak pe.yang penting kita dah berusaha kan.tak ade rezeki kita nak ke separuh akhir.

kita jumpa tahun depan la kalau ade rezeki lagi.hehe
apa pun TRW tetap di hati


psttt !!!
geram tengok sesetengah sikap penontan kat stadium.jaga adab la.tak malu ker orang duk asyik kutuk negeri kita jea.tak boleh nak marah la sebab kita sendiri yang tunjuk sikap macam tu.



letak gambar Sultan Kelantan. sejuk sikit hati :))))



berkuatkuasa pada 13 Disember , Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang di-Petuan Agong -Bernama
Alhamdulillah :)..pilihan yg tepat pd masanya .

till then
bye

.wajar atau tidak ?


Assalamualaikum

komen-komen artis berkenaan hukum hudud dalam akhbar Sinar Harian.



hukum Allah sesuai sepanjang zaman. tak ada beza dulu dan sekarang.
jangan sekali-kali mempersoalkan hukum Allah yang jelas-jelas terkandung di dalam al-quran. sila berhati-hati jika membuat kenyataan.

sekadar renungan dan ingatan buat diri sendiri jugak

nasihat terbaik dari Wardina. you alwayz be my idol la kak wardina.



Apa yang dikomen oleh para artis itu bukanlah untuk kita jadikan cacian dan hinaan,sebaliknya kita muhasabah diri kita,betapa jauhnya umat Islam hari ini dari Al Quran dan Sunnah,wallahu'alam. Semoga Allah swt memberi taufiq kepada kita semua,amin ya Rabb.
-Sham Kamikaze


saya juga masih belajar.bukan sempurna.banyak lagi tentang ilmu agama yang masih cetek. sebab tu saya takkan komen lebih2 tentang hukum Allah ini


Ya Allah lindungilah kami dari bala bencana akibat kemurkaanMu
tetiba rasa sebak :(

Hudud adalah hukum ciptaan Allah, full stop! Tak ada 'a', tak ada 'z'. Siapakah kita nak pertikaikan hukum Allah, sedangkan akal fikiran kita pun dikurniakanNya. Dan tanpa akal fikiran ini, kita akan jadi x ubah sperti binatang, nak pakai baju pun x reti. Berpada2lah, jgn kita cuba nak pertikaikan hukum Allah, krn ianya boleh menyebabkan tergelincirnya akidah. Alasan utk katakan bahawa dgn mengamalkah hudud kita akan tertinggal & tak maju, adalah amat dangkal sama sekali. Adakah kita sedar, Andalus pd satu ketika dahulu dizaman pemerintahan Islam laksanakan hukum hudud, & dlm masa yg sama, dia telah menjadi perintis kpd berbagai ilmu pengetahuan & menjadi bahan rujukan pd masyarakat barat ketika itu, sehinggalah kezaman skrg? Adakah kita peka ttg itu? Ini menunjukkan Andalus adalah negeri termaju & tercanggih sekali dizaman itu, walaupun dlm masa yg sama dia mengamalkan hudud
Ustaz Azhar Idrus
Hudud bagi bukan Islam



Ust Azhar Idrus- Tolak Hudud & Persenda Hal Agama



.berita gembira yang membuat sedih


Assalamualaikum

hai korang.how are we doing today? harapnya semua sihat walafiat.
syiok betul rasa dapat rest this weekend.


nik nak share dengan korang satu berita gembira.
berita gembira sebab hubby di naikkan pangkat jadi executive dekat Sapura.alhamdulillah.syukur sangat.impian en hubby dah jadi kenyataan.


yang tak brapa nak gembira bila en hubby kena keje di offshore..jaga sistem IT atas kapal.
minggu depan kena tinggal 3 ari sebab en hubby kena ambil kursus Basic Offshore Safety Emergency ( BOSET ) sebelum kerja kat tengah laut @ offshore. ( tu pun kalau lulus.hehe)


hubby outstation sehari dua pun,rasa cam tak lengkap hidup.mcm mana la keadaan sy kalau kena berjauhan dari suami selama 2 bulan.


org kata kalau keje offshore ni tak de life.kena tinggalkan isteri berbulan2.cuma harapkan allowance offshore yang boleh tahan la.
tapi saya anggap ni rezeki kami..time muda ni la nak cari duit .bukan tuk sapa-sapa.untuk kami jugak.kena ikat kontrak keje offshore 3 tahun dengan company skarang.so sekejab jea 3 taun tu kan(ayat nak sedapkan hati).pastu cari la company lain yang tak perlu keje offshore kan.


maknanya saya kena belajar hidup berdikari.kena kuat sebab apa2 masalah kena selesaikan sendiri.


muka org nak kena tinggal...huhu


mampukah saya berdikari..kita tengok la nanti kan.susah2 balik kelantan jea tinggal ngan family.hehe..semua benda nak senang jea saya ni.belajar berdikari la nik oii..takkan nak duk bawah ketiak mak jugak..huhu

No matter what I'm going through; there's always someone doing worst than me. I should be grateful for what I have and who I have :)

ok la.till then..have a good night all.
bye dear :)

thinking about resigning ??!!



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

i really think about that, seriously. i wanna resign.

actually, sejak akhir-akhir ni, nik agak kurang bersemangat nak kerja.asyik fikir nak resign jea.tak suka betol perasaan mcm ni.
masuk keje jea duk fikir bila lak nak balik.


i cannot stand anymore, i have to do something.
i have to move on.

* arini rasa mcm dah ari sabtu
malas nya nak keje

Drama NORA ELENA best ker?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

sekarang ni mesti ramai yang tengok drama Nora Elena tiap-tiap petang kan. nik dah terjatuh hati lak dengan drama tu. jarang drama tayang kat slot Akasia ni menarik minat nik tuk tgk. tp bila drama Nora Elana ni di tayangkan, nik mmg melekat la kat depan tv duk nengoknya.huhu

drama yg diadaptasi daripada novel "Kasih Yang Suci" oleh Meen Zulaikha.
ramai yang kata novel ni best.so harap2 drama ni pun sama best dengan novelnya.

drama ni lakonan Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, dan Wan Sharmila.
pelakon dia cantik dan hensem2 tau.huhu


site saleha aka NORA ELENA..heroin drama

bagi yang tak tengok lagi, ni sinopsis drama tu (cilok dr en google)

sinopsis
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
skarang tgh geram dan menyampah sangat kat Eid tuh .boleh pulak dia putuskan tunang.amboi tak nak wanita di tebuk tupai yea.mcm la dia baik sgt.emo btol tgk drama ni.

tak sabar nak tengok sambungan drama ni isnin nanti.

putus cinta



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly.
~ Sam Keen ~

putus cinta, sesuatu yang menyakitkan bagi pasangan yang bercinta.
kebanyakan dari kita mesti pernah mengalaminya kan. tak kisah la putus sebab apa pun tapi yang pastinya ia mesti menyakitkan bagi yang btol2 bercinta.
entry kali ni nak share reason putus cinta.setiap org berbeza penyebab putus cinta nya.

kenapa mintak putuskan hubungan cinta. kenapa?

❤ kekasih hati terlalu obses dengan penampilan ❤

nik rimas la dengan lelaki mcm ni.tak salah nak jaga penampilan diri tp jgn la terlalu obses.nak ajak dating pun sibuk nak pegi facial, buat manicure.owh plss la sayang.rimas tau

sanggup berhabis duit untuk kecantikan
kadang2 nik terfikir gak, nik ni bercinta dgn lelaki straight or lelaki bengkok ???..opsss

❤ kekasih hati terlalu mengongkong ❤

buat lelaki, makwe korang tu pun manusia biasa, kami perlukan privacy dan ruang untuk bersama dengan kawan-kawan dan family.takkan asyik nak berkepit dengan korang jea.

rimas kalau setiap jam nak sms dan call.kalau call tanya baik2 ok la.ni kalau sms atau call mcm nak cari gaduh jea, sapa tak rimas.
lambat balas sms mula nak nak kata kuar ngan lelaki lain la.tak jawab call di kata tgh dating la.ntah apa2.nak cemburu pun jgn la mcm tu sekali.

sibuk nak soal siasat aktiviti makwe tiap2 hari.tapi akan melenting bila kita soal siasat aktvt diorang .so adil ker mcm tu? baik putus jea kalau mcm ni kan
bertemu dgn kau adalah satu kebetulan
bercinta dgn kau adalah satu suratan
berpisah dgn kau sudah menjadi satu takdir
tidak mencintai kau lagi , adalah satu perkara yg sangat membahagiakan

❤ kekasih hati ade pilihan lain ❤

ni mmg tak boleh nak buat apa la kan.anggap saje tak de jodoh.tak kisah la sidia curang pun tp sebab utama nya mmg tak de jodoh.org ketiga tu hanya di jadikan alasan untuk putus.kalau salah sorang dah tak ade rasa cinta maka putus la jawapan terbaik.

bila nik dapat tahu bf ni ade kekasih hati lain , mmg kecewa tp tak perlu nak serang balik kot.maknanya dia mmg bukan jodoh sesuai untuk kita.


dah dapat awek cantik dan hot mcm neeloofa ni..dia takkan kembali balik kalau merayu pun, huhu

mcm mana sakit hati sekalipun hidup harus di teruskan.percayalah masa yang akan merawat segala kesedihan.
bercinta, putus, bercinta lagi adalah satu pengalaman yang akan mematangkan hidup kita.jangan menyesal dan anggap putus cinta itu satu kegagalan hidup.anggap ia sebagai permulaan baru.
"Putus cinta bukan bererti pengakhiran hidup kita. Kenapa perlu menyiksa diri kita memikirkan si dia yang tidak tahu erti setia? Kenapa menyakitkan hati dengan mengingati segala kenangan bersamanya sebelum ini? Kenapa perlu tanamkan dalam diri, tidak boleh hidup tanpa cintanya? Fikirkan, sebelum hadir dirinya di dalam hidup kita, tidakkah kita dapat hidup dengan selesa dan bahagia?
-Dr Suzana Ghazali
❤ kekasih hati buat bodoh bila dah dapat ❤

ni paling nik benci.bila nak ngorat 24 jam duk sms dan call jea.sanggup tak kuar ngan kwn2 semata nak kuar ngan tersayang tp bila dah dapat dia buat hampeh lak.

call dan sms jarang dah la.selalu bawak hp kemana2 tp sejak kapel hp pun boleh tertinggal.mcm2 alasan la yea.bukan kami nak kamoo call 24 jam tp at least dlm 1 hari tu nak gak tahu kamoo buat apa, apa yg jadi pada kamoo.sihat kah kamoo.
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.
buat lelaki .jangan permainkan hati wanita.kerana hatinya cuma satu.dan ia hanyalah untuk kamoo.
The most precious possession that ever comes to a man in this world is a woman’s heart.
~ Josiah G. Holland ~
❤ silap pilih kekasih ❤

kekasih tiba-tiba dirasakan tidak serasi?.
huhu..ni mmg kes naya.tp nasib baik la silap pilih kekasih jea.kalau silap pilih suami lagi naya.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa ia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan

macam2 sifat manusia yang buat kita tak serasi kan.tp jangan la kita mencari yang terlalu sempurna.
tp kalaulah awak, saya dan semua orang kat dunia ini ada perangai yang sama, mesti dunia ini tak berwarna warni kan

so ingat ini

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita

thanks for reading this entry
bye dear !!!

movie at GSC ALAMANDA



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

ini budak manyak hepi sebab dapat cuti 4 hari.

isnin semalam nik dah en hubby keluar jln2 kat alamanda.ingat nak pegi tgk wayang fast and furious 5 tp sold out lak. so en hubby beli tiket filem Kongsi. first time tengok movie kat GSC Alamanda.selalu tgk kat IOI MALL jea.


based dari my point of view, cerita ni biasa-biasa jer .bukannya nak kutuk filem melayu, tapi filem Kongsi ni memang tah la.tak brapa nak menarik la.

kalau korang minat Shaheizy Sam boleh la tgk citer ni.lakonan dia mmg tak mengecewakan cuma jln citer filem ni skit membosankan. lawak pun tak brapa nak menjadi.tu pendapat ikhlas nik jea
so kalau sapa2 yg tak pegi tengok lagi pegi la tengok.pendapat kita tak semestinya sama kan.

alahai farid kamil.. perlu belajar mengarah lagi yek

okey lah. good nite and sweet dreams readers
kena tido awal.esok dah nak keje.

tak de monday blues tapi muncul tuesday blues lak.huhu



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


Ape khabar semua? alahai rasa penat dan mengantuk lak
plus malas nya nak pegi kerja arini.tuesday blues katakan.hehe..tapi rasanya setiap hari pon ada blues?semuanya sebab nak kena kerja.

kalau kita tak suka keje tu, mcm2 la kita cari alasan untuk tak pergi kan.bila dah suka, demam pun sanggup pegi.itulah nik.
hari ni sangat tak bersemangant nak pegi keje. sangat2 liat nak bangun tido tadi.
lepas abis cuti selalu mood ala-ala tak puas lagi bercuti tu datang la. dah cuti 3 hari free pun tak puas lagi kan.

okay la.nak bersiap nak pegi keje
bye

sudut pandangan seorang isteri tentang kes video seks anwar ibrahim



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


Tak ade niat nak berblog tentang kisah politik . tapi nik terpanggil nak buat entry ni.cuma nik memberi pandangan dr sudut seorang isteri

sekarang ini heboh tentang video seks seseorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim

persoalannya adakah video tersebut tulen atau semata mata untuk menjatuhkan maruah seseorang? adakah benar Anwar Ibrahim terlibat sama didalam kes video tersebut.

jika betul Anwar Ibrahim dalam klip tu?
tak dapat bayangkan betapa sedih dan hancur luluh perasaan seorang isteri
hanya insan terpilih dan benar2 kuat dapat melalui semua ini
ini ujian Allh untuk hambaNya

tapi jika bukan Anwar Ibrahim dalam klip tu?
betapa berdosa orang yang membuat fitnah demi pangkat dan harta
hingga sanggup melukakan perasaan seorang isteri dan anak2 yg sudah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 lagi.
mintak2 la kita sume terlindung dari sebarang fitnah
saya tak dapat bayangkan jika saya yang berada di tempat isteri dan anak2 Anwar

beliau sentiasa mejadi peneman dan isteri yg setia disisi suami tercinta. nik tak rasa yg dia berpura2 kuat. dia mmg kuat dan tabah.bayangkan la suami beliau terbabit dengan kontroversi sejak lebih 10 tahun.org yg kuat sahaja dapat melalui nya.hebatkan hati wanita ini.

tak kisah jika kontroversi itu benar atau salah.org luar jangan sibuk nak bercakap jika tak tahu kisah sebenarnya.wahai wanita, khususnya isteri .bayangkan jika perkara ini berlaku pada anda.adakah anda sekuat Wan Azizah?
saya mencemburuinya.riak wajah nya tenang walaupun di landa pelbagai musibah
dari wanita biasa hingga menjadi seorang presiden
itu semua dari kekuatan dan ketabahan hatinya

apakah layak Anwar menjadi suami kepada wanita seperti Wan Azizah? jangan di bahaskan perkara yg bodoh itu.jodoh semua di tangan Allah.mcm mana ukuran anda mengatakan Wan Azizah tidak bahagia bersama Anwar.dengan hanya melihat kontroversi yg menimpa Anwar anda sudah membuat anggapan yang Wan Azizah hidup terseksa bersama Anwar.ceteknya pemikiran anda.

beliau ade hak untuk mempertahankan maruah suami nya jika dia merasakan suaminya teraniaya
berapa ramai lelaki yang mempunyai wanita hebat seperti Wan Azizah di sisinya
nyata DSAI amat bertuah

sebagai Muslim, Islam melarang kita menuduh seseorang itu bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah.

jadi

adakah Anwar bersalah sebab tidak berani bersumpah laknat?

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan. Bukannya mengangkat sumpah laknat" - Dato Md Hashim Yahya (Bekas mufti Wilayah Perseketuan)

jika Anwar sumpah laknat, adakah itu akan menghentikan semua tuduhan ke atas beliau ? adakah semua orang akan percaya beliau tidak bersalah ?

Antara tanda2 kiamat

* Zina bermaharajalela
* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
* Orang hina mendapat kedudukan terhormat
* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
* Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

rasa macam semakin dekat dengan Kiamat bila baca tanda2 ni kan.
Jika seseorang melakukan zina bertaubat kepada Allah SWT , Allah SWT Maha Pengampun kepada kesalahan hamba-hamba-Nya. Kerana dosa zina adalah dosa di antara hamba dengan Tuhannya.
Tetapi dosa mengaibkan orang lain, membuat fitnah, mengadu domba, memutuskan silaturahim adalah dosa di antara manusia sesama manusia.
Jika manusia yang membuat kesalahan sesama manusia tidak minta maaf secara terbuka semasa di dunia, maka dia akan membawa dosa tersebut dan di hari akhirat akan diambil pahalanya jika tidak cukup dosa orang yang diaibkan akan diberikan pula kepada orang yang mengaibkannya. Maka amat mudah orang tersebut akan menjadi muflis dan dihumbankan ke dalam neraka Jahannam.

sumber
-http://www.abubasyer.blogspot.com/-

psttt..!!!
Buat pemimpin Malaysia, buat la keje anda dengan penuh rasa tanggujawab.bukan sebab harta.Ingatlah sikit, satu hari nanti kita semua akan kembali kepada-Nya. keje kita akan di tanya bila di akhirat .


mertua



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

Apa khabar korang?? Hope sihat Alhamdulillah lah ye.sekarang ni musim orang demam dan selsema kan. so jaga kesihatan ok. make sure korang semua kekal sihat selalu.

jarang kot saya bercerita hal mertua saya dlm blog kesayangan saya ni.so arini nak buat entry khas untuk mereka.

ini mak dan abah mertua saya



perasan tak muka mak mertua saya.mcm tak happy jea kan.
sebelum tu dia baru jea lepas nangis.nangis sebab jumpa saudara lama,kalau u olls nak tahu mak mertua saya ni sensitif skit orgnya.

saya panggil dia mak.mak ni byk mulut dan peramah.anak2 dia mmg suka la usik dia coz mak ni sporting orgnya.

mak pandai masak. so kalau balik kat umah dia mmg saya asyik kena di paksa makan jea.ayat biasa kalau pagi2. ' nik mai sarap'.penat gak kadang2.asyik kena makan jea.kalau duk lama kat umah mak, sy mesti berisi ni.hehe

abah mertua saya lak cool dan tenang orgnya.tak banyak cakap.sebab tu saya jarang nak berinteraksi ngan dia.cuma tegur2 manja jea.hehe
ayah mertua saya pun tahu perangai saya yang tak byk cakap ni.hehe

saya beruntung dan bersyukur kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat memahami .Moga mak dan abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan kesejahteraan.terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu.


psttt..!!! tadi terjumpa tips menarik

tips bila bertemu bakal mertua

1.kenali siapa bakal mertua anda itu
Bertanyalah dengan ‘buah hati’ anda,mengenai bakal mertua anda itu. Apa yang mereka suka dan tidak suka. Ketahui jenis perangai mereka..apakah mereka jenis yang tegas,berlembut atau yang jenis santai. Sekiranya mereka dari jenis yang tegas, maka anda haruslah berlembut. Sekiranya mereka jenis yang santai,anda jangan pula “jadi loyar buruk!!!”

2. Masa
Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.

3.Tepati masa
Ini penting kerana ini akan menentukan sikap anda yang sebenarnya.Jangan suka bertangguh dan melambat-lambatkan kedatangan anda.Tepati masa yang dijanjikan.Jangan biarkan bakal mertua anda tertunggu-tunggu kerana mereka sebenarnya lebih gementar dari anda.!!!

4.Jaga pemakaian
Ini sepatutnya anda harus peka,sebab pakaian menentukan peribadi anda.Jangan berlebih-lebih dan “berkurang-kurang” dalam berpakaian dan bersolek.Jadilah diri anda sendiri,asal anda selesa sudah mencukupi.

5.Jaga adab sopan
Bersalam,tersenyum dan menggunakan nada suara yang rendah (janganlah sampai tak dengar pulak). Jangan asyik berkepit dengan “buah hati” anda,sebaliknya duduk berdekatan dengan bakal mertua anda itu.
Awasi cara anda makan dan minum, jangan lebih-lebih memuji masakan tersebut kerana anda nanti akan nampak seperti tidak ikhlas.
Selesai makan,anda perlulah mengemas apa yang patut. Jangan sekadar basuh tangan dan terus ke ruang tamu.
Sebenarnya tidak ada apa yang hendak dirisaukan kerana mereka juga manusia biasa.Tentulah mereka mencari yang terbaik untuk anak-anak mereka.Jadi anda perlu menjadi yang terbaik.

6. Topik perbincangan
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam.
Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?

satu tips jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut, maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).

Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama

sumber dari :
http://gadisdanwanita.com/

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih hati kita?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

mula2 nak wish congrat buat ex bf saya.dengar katanya dah nikah
sorang lagi dah bertunang
moga kamoo bahagia wahai ex ex ex bf ku..hehe
(aishh..bajet macam ramai ex jea kan )

nik sayang semua ex nik, tapi sayang sebagai kawan jea sebab mereka adalah orang yang pernah jadi sebahagian dari hidup nik dulu.

bak kata Aliyah " tak mungkin kerana sayang. Hanya kadang2 aku terkenang"

sekarang hati saya hanya untuk lelaki ini.


okey..back to d topic

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?

bagi nik
ada yang perlu dan tak perlu dibgtau

perlu kerana
sometimes ade benda yg kita perlu tahu tentang kisah cinta dulu
so bila saya tahu kisah cinta dia dulu saya dapat mengenalinya
saya tahu suami saya tu setia orangnya.

cuma sejak kawen kami jarang bukak cerita pasal kisah percintaaan dulu2
but as long as we ready to hear that..its not a big deal la
tak perlu la sampai nak touching bila ingat kisah dulu2

me and my hubby, kami share kisah cinta kami
what past is past.kita belajar dari each other luv story

tak perlu
jika ia akan buat kan buah hati kamoo sakit hati.lagi2 kalau dapat buah hati yang jenis cemburu .
tak pasal2 bergaduh nnt.

nanti akan ada ungkit mengungkit.lepas tu akan cuba bandingkan diri kita dengan yang lama.
tapi nak buat macam mana,memang manusia ni bersifat ingin tahu.nak je korek sampai puas ati kan

so
apa pun semuanya depends pada setiap pasangan.yang penting ade sifat saling percaya.

Anwar Hadi..kamoo buat sy hilang stress



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

ada sape-sape yang masih tak tido lagi ke?
pagi2 ni nik masih tak tido lagi.tgh layan video yg cool dr Anwar Hadi kat you tube ni
mata ni rasa sangat segar plak

dah tengok 2-3 kali still nak gelak kuat2 ..hehe
bukan setakat kelakar je, tapi lawak dia ni berunsur nasihat.

yea saya tau..mmg saya ketinggalan skit.org lain dah lama bercerita pasal dia kan.
saya baru nak berkisah hal dia.
maklumla.dulu tak layan sgt you tube ni.asyik duk layan facebook jea.
skarang dah bosan dengan facebook so try layan you tube lak.hehe

mamat ni english dia mmg power la. tp nik paling suka dengar dia cakap loghat kedah.
nampak comel kan.hehe
so bagi sapa yang ketinggalan macam nik ni, mai chek habaq skit sapa dia ni
yg nik tahu tentang dia jea la.tu pun menerusi google.ntah btol ntah tidak..hehe

nama penuh dia Noor Anwar Hadi bin Noor Azman Zainol
pelajar TESL dekat Sydney, Australia
Lahir tahun 1990

jom layan video


best part dalam video ni bila dia sebut TGI Jumaat and Resipi Rahsia
kelakar der..can't stop smiling everytime watch this video
nasihat dalam bentuk kelakar.sgt kreatif la
siap ade subtitles dalam BI lagi



paling suka this video
double thumbs up for this cool video
layankan jewwwww


katakan tidak kepada Bahasa Eww.hehe

dulu dan sekarang



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

time tengok gambar lama2 ..terjumpa la gambar kat bawah ni
sama tak rupa saya skarang dengan rupa saya beberapa tahun dulu
kalau tak silap ni gambar 6 tahun dulu kot ( lama dah gambar ni kan)


saya start berisi time sekolah menengah sehingga la time kat U pun.
time ni tak de yg jeling2 pun.nak pandang apa lagi kan.huhu.. ( bajet skarang ade yg jeling dan pandang jea kan)
kawan U dulu perasan la perbezaan nik dulu dan sekarang.

dulu nik pernah dalam golongan berisi
so nik paham perasaan diorang ( skarang pipi still berisi)

nak tau berat nik skarang berapa?cubalah teka.HeHehe.
tapi takdelah kurus mana pun. sikit je turun.pipi still lagi tembam.
tapi skarang berat badan susah nak naik walaupun kadang2 makan byk gak

susah gak jadi kurus ni. nak cari baju pun susah.lagi2 baju kebaya or baju kurung moden.
susah nak cari saiz kecik

kadang2 stress gak orang duk kata kurus jea.kalau berisi pun kena tegur gak.aishhh...
kurus salah, gemuk salah.


gemuk atau kurus tak penting.yang penting anda sihat.
biar tak cantik luaran tapi cantik dalaman
jangan susah kan diri semata2 untuk kurus.
terima diri seadanya
itu yang penting kan.

I missed my shopping time



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

Ada a few barang idaman hati yang masih belum mampu ku miliki..kena tunggu gaji la.hehe

I need new
Maxi Dress . Maxi Skirt. Handbags . Shoes .
all is NEW


suka tgk satu page kat fb ni.lawa nya Maxi Dress dan Maxi Skirt dia.
tak sabar nak rembat ni.
kumpul duit banyak2 dulu
dah lama tak shopping ni.hehe



cantikkan ???

pic sumber

wajah kami sama ker???



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


ini ibu saya
ramai yang kata muka kami sama,korang rasa muka kami ni sama ke??
mana yang sama? tang mata? tang pipi? tang mulut..hehe
saje nak tahu dari pandangan mata anda lak
kalau nak tahu bakal isteri kita camne bila tua nanti,tengoklah pada maknya
owh en hubby, harap awak senang hati la yea
saya still manis lagi bila dah berusia pun.hehe

Ma i love u
i love u with all my heart and soul

psttt..!!!
saya rindu family saya

hargai apa yang kita miliki



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

cepat tul masa berlalu..dah msk bln april..OMG selama 3 bln lebih ni rasa mcm ntah apa2 jea..tak de pencapaian yg blh di bangga kan pun..huhu

harap sgt 8 bln akan dtg menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan tuk diri sendiri, hubby, family dan org di sekeliling..byk yg perlu di capai tuk tahun ni..terutama tuk cari keje yg baik dan gaji yg lebih tinggi..InsyaAllah..mahu kumpul harta bkn menghabiskan harta..huhu


apa korang dah capai tuk tahun ni ? yang dah berjaya capai impian tu tahniah la yea.doa2kan la nik pun berjaya mcm korang.

yang penting bersyukur dan hargai apa yang kita miliki.
Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambanya.
sentiasala berfikiran positif
kita selalu memandang ringan "setiap yg berlaku ada hikmahnya"

kadang2 kita lupa,apa yg kita ada skrg ni semuanya pinjaman dr Allah,dan sbg Pemilik, Allah berhak tarik pinjaman yg diberi bila2 masa
"Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui."
(QS. Al-Baqarah 216)

soalan favourite: dah pregnant blum?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


soalan favourite bila balik kg, lg2 kalau jumpa saudara mara dan kwn2.
kalau family yg tanya, nik tak de la emo sgt :)
bukan apa, tak suka nak dengar soalan: dah pregnant blum?

soalan pregnant merupakan soalan cepumas tuk org yg dah berkahwin kan.ayah nik 2 ari lepas pun call tanya pasal ni. panas..panas..

pada yg nak tahu.just bertanya saje ok lg tp kalau orang lain selain family duk sibuk bg nasihat mintak kami jgn merancang hal anak .tu buat sy lg emo.aishhhh...bila lak kami merancang nak ade anak lak ni.mcm dia jea yg tahu kisah rumah tangga kami lak.
dah Allah tak nak bg lagi.nak buat mcm mana. ingat anak ni senang2 ke dapat? kalau boleh order , dah lama sy order anak tu.

FYI, kami tak de rancang2 nak dapat anak.kalau blh arini nikah, arini terus nak dapat anak.boleh?

ade sorang mamat ni selalu tegur ni kat Fb.setiap kali tegur mesti tanya pasal anak.pastu sibuk duk nasihat jangan merancang.sapa lak merancang nak ade anak ni.rasanya tak de penah bgtau dia hal kisah rumah tangga nik.dia lak sibuk2 nak tahu.bukan kenal baik pun.just kwn Fb jea.

just nak bertanya boleh tapi jangan nak buat kesimpulan dan menuduh yg bukan2. i rimas u.

walau apapun,senyuman kena ikhlas dan lebar, hidung kena buat2 kempis..baru jawapannya pun nampak natural walaupun kita menyampah nak jawab :-)

kalau dah pregnant nnt saya bgtau yea.dan doa2 kan la sy pregnant .
terima kasih kerana selalu bertanya tentang saya.maknanya ade yang ambil berat la yea.hehe

Popular Posts