katakan tak nak pada MLM



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


nik SANGAT tak suka Multi-Level Marketing.apa lagi nak join.
tak berniat jahat nak kondem MLM ni. tapi tengok kawan2 join banyak ajar nik supaya berhati-hati dengan mereka yang promote MLM ni.

taktik yg selalu di lakukan tuk ajak join MLM.nik penah alaminya

* lama tak jumpe, tak rapat sangat pun masa kat matrik tetiba boleh call dan nak ajak kuar,siap offer nak datang ambik kat umah lagi.

* kalau tanya nak pegi mana dia cuma suh ikut dia pegi 1 tempat jea.nnt akan tahu la apa yg dia buat.kalau bisnes yang betul kenapa nak berahsia sangat, kan.dia tak nak bgtau awal2 la takut nik tak nak ikut.
mula2, nik ingat dia nak tolong nik cari keje la coz time tu nik tak keje.nik yang lurus bendul ni ikut la.

* pastu pegi tempat MLM tuk bgtau la tentang MLM.kononnya nak pujuk la.nak bgtau MLM ni bagus.kononnya kalau join MLM ni segala apa yg di impikan akan dapat.kalau makan gaji mana boleh dapat semua tu.

* tunjukkan gambar org2 yang dah berjaya buat MLM.bulan ni dapat kete, bulan depan lak dapat beli umah.
bulan depan satu lagi nikah baru.yea la.dah kaya kan.buat apa simpan duit banyak2.huhu..tak de lak cakap pergi haji ker , umrah ker. oh yea, maybe yg tu mana boleh heboh2 kan.

* bercerita kononnya ni sistem baru yg boleh dapat untung lebih dan ia tak sama dr MLM yg lain.kalau kita lambat join nt kita akan ketinggalan la.

annoying bila dia mula cakap mcm ni
" saya takkan lupa member, kalau kita kaya, kita kaya sama2..sebab tu la kita ajak kamu join ni"
yang lagi annoying bila diorang akan contact kita selagi kita tak join benda alah ni.


satu cara lain tuk promote MLM ialah menggunakan facebook.antara ciri org yang join MLM bila

* suke letak gambar duit dan tag name orang dgn caption:
"nak tahu bagaimana utk jadi kaya? PM saya cepat!!"
" jangan lepaskan peluang, saya sudah mencuba, anda bila lagi "
* pastu suke letak gambar kete besar, rumah besar, bini besar.yeala, dah kaya la..kena la tunjuk semua besar.yea tak?? setakat kete persona ni tak pandang la kan.


* suka post kat wall bercakap besar.nak suh join, tak perlu modal tapi untung berlipat kali ganda.
semua penipu.

* ade yang siap print screen lagi brapa duit masuk dalam bank dia tiap2 ari.

yang tak boleh terima dek akal, siap ade yg join ni sanggup berhenti kerja semata2 nak buat MLM ni secara full time.katanya kena la buat full time kalau nak kaya cepat.susah manusia yg fikir nak kaya jea.sempit btol fikiran. tolong la, sebelum anda betol2 kaya baik anda kerja dulu.jangan mengada nak berhenti.

diorng tak fikir ker duit yg diorg dapat tu dari org bawah diorg.yang kaya nya org yang lagi atas la.dia lak sibuk duk cari org bawah.anda harapkan duit downline anda tuk anda kaya.adilkan?

jarang kita dengar arkitek, jurutera, doktor atau juruterbang join MLM.
selalunya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
kalau tak cukup duit salah satu cara lain adalah berbisnes.

MLM ni akan sentiasa wujud coz ade orang yang nak cepat kaya dengan cara yang mudah.
mana ada benda senang kat dunia ni cik kak oii

kalau senang kaya, baik dia suh mak ayah dia, adik, abg , kakak dia dulu try .. biar ahli keluarga semua kaya dulu..ni naper nak cari kawan dulu..
banyak dah kita dgr berita penipuan yg libatkan MLM ni..tp masyarakat still jugak nak join MLM.lepas dah kena tipu baru nak ambil tindakan. dari dulu tak nak jauhkan diri.

psttt..!!!
ini pendapat peribadi saya saje.anda tak nak terima ia terpulang pada anda.anda nak join anda tanggung la risikonya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts