mertua



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

Apa khabar korang?? Hope sihat Alhamdulillah lah ye.sekarang ni musim orang demam dan selsema kan. so jaga kesihatan ok. make sure korang semua kekal sihat selalu.

jarang kot saya bercerita hal mertua saya dlm blog kesayangan saya ni.so arini nak buat entry khas untuk mereka.

ini mak dan abah mertua saya



perasan tak muka mak mertua saya.mcm tak happy jea kan.
sebelum tu dia baru jea lepas nangis.nangis sebab jumpa saudara lama,kalau u olls nak tahu mak mertua saya ni sensitif skit orgnya.

saya panggil dia mak.mak ni byk mulut dan peramah.anak2 dia mmg suka la usik dia coz mak ni sporting orgnya.

mak pandai masak. so kalau balik kat umah dia mmg saya asyik kena di paksa makan jea.ayat biasa kalau pagi2. ' nik mai sarap'.penat gak kadang2.asyik kena makan jea.kalau duk lama kat umah mak, sy mesti berisi ni.hehe

abah mertua saya lak cool dan tenang orgnya.tak banyak cakap.sebab tu saya jarang nak berinteraksi ngan dia.cuma tegur2 manja jea.hehe
ayah mertua saya pun tahu perangai saya yang tak byk cakap ni.hehe

saya beruntung dan bersyukur kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat memahami .Moga mak dan abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan kesejahteraan.terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu.


psttt..!!! tadi terjumpa tips menarik

tips bila bertemu bakal mertua

1.kenali siapa bakal mertua anda itu
Bertanyalah dengan ‘buah hati’ anda,mengenai bakal mertua anda itu. Apa yang mereka suka dan tidak suka. Ketahui jenis perangai mereka..apakah mereka jenis yang tegas,berlembut atau yang jenis santai. Sekiranya mereka dari jenis yang tegas, maka anda haruslah berlembut. Sekiranya mereka jenis yang santai,anda jangan pula “jadi loyar buruk!!!”

2. Masa
Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.

3.Tepati masa
Ini penting kerana ini akan menentukan sikap anda yang sebenarnya.Jangan suka bertangguh dan melambat-lambatkan kedatangan anda.Tepati masa yang dijanjikan.Jangan biarkan bakal mertua anda tertunggu-tunggu kerana mereka sebenarnya lebih gementar dari anda.!!!

4.Jaga pemakaian
Ini sepatutnya anda harus peka,sebab pakaian menentukan peribadi anda.Jangan berlebih-lebih dan “berkurang-kurang” dalam berpakaian dan bersolek.Jadilah diri anda sendiri,asal anda selesa sudah mencukupi.

5.Jaga adab sopan
Bersalam,tersenyum dan menggunakan nada suara yang rendah (janganlah sampai tak dengar pulak). Jangan asyik berkepit dengan “buah hati” anda,sebaliknya duduk berdekatan dengan bakal mertua anda itu.
Awasi cara anda makan dan minum, jangan lebih-lebih memuji masakan tersebut kerana anda nanti akan nampak seperti tidak ikhlas.
Selesai makan,anda perlulah mengemas apa yang patut. Jangan sekadar basuh tangan dan terus ke ruang tamu.
Sebenarnya tidak ada apa yang hendak dirisaukan kerana mereka juga manusia biasa.Tentulah mereka mencari yang terbaik untuk anak-anak mereka.Jadi anda perlu menjadi yang terbaik.

6. Topik perbincangan
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam.
Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?

satu tips jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut, maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).

Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama

sumber dari :
http://gadisdanwanita.com/

No comments:

Post a Comment

Popular Posts