Sayang Oh Sayang


Assalamualaikum

entry ni saje je nak share kata - kata yang menyentuh hati saya.rasa sebak bila baca :)))
emo lak time2 macam gini..huhu

Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah jika hari ini engkau dibenci kerana fizikalmu,
Dibenci dan dinilai oleh manusia sebagai seorang yang hina,
Seolah-olah mereka yang menentukan mulia dan hinanya kamu.
Sedangkan Allah sengaja membiarmu tampak begitu,
Kerana Allah lebih menyayangi kamu,
Maka diletakkan kamu ditempat yang lebih mulia daripada manusia yang telah menghina kamu,
Sedangkan mereka mereka terlupa mereka sendiri telah diciptakan oleh Allah,
Siapa mereka untuk menentukan mulia atau hinanya kamu?


'yea.saya tahu .saya tak secantik mereka tapi saya terima diri saya seadaanya.itu lebih baik kan.dari mengubah ciptaNya'


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah sekiranya jodoh kamu belum ditemukan,
Meskipun setelah bertahun-tahun mencari dan masih belum berjumpa,
Mungkin Allah sengaja menguji tahap kesabaranmu,
Menguji betapa kuatnya imanmu,
Sedangkan telah tertulis bagimu siapa jodohmu,
Yang mampu menjagamu sebaik mungkin ketika susah dan senang,
Yang mampu memberikan kebahagiaan dan tidak pula kesusahan,
Maka,teruskan mencari dan jangan sesekali berputus asa.



sumber photo :
Realiti.Konspirasi.ZackZukhairi


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah sekiranya hidupmu hari ini tidak seperti yang difikirkan dahulu,
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
Tidak seperti orang-orang lain yang hidup dirumah-rumah yang kaya dengan isi duniawinya,
Tetapi kurang dengan amalan akhiratnya,
Dengan manusia-manusia yang jahil itu mengukur darjat manusia itu dari harta yang engkau miliki,
Sedangkan Allah itu sendiri tidak membezakan sesama kamu,
Janganlah engkau mengeluh dengan apa yang engkau miliki,
Bersyukurlah dan rapatkanlah hatimu dengan Allah,
Hidupkanlah dan dampingi ayat-ayat suciNya dalam hidupmu,
Nescaya diakhirat kelak hidupmu akan diangkat lebih tinggi berbanding manusia jahil itu,
Dibinakan sebuah rumah disyurganya dan diberikan hidup lebih baik diakhirat.


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah jika si dia yang kamu amat sayangi pergi meninggalkan kamu,
Memang adakalanya dirasakan amat kejam malaikat Israil itu mencabut nyawanya,
Ketika kita masih memerlukannya,
Ketika kita masih sayang padanya,
Ketika kita masih dahagakan kasih sayangnya,
Tetapi percayalah sayang, Allah lebih menyayanginya,
Kerana Allah tidak mahu si dia terus menerus sengsara didunia yang penuh dengan dosa,
Maka Allah ambil nyawanya untuk dibebaskannya daripada dosa,
Sekiranya engkau sayang padanya,
Sedekahkanlah doa dan yasin kepadanya,
Semoga dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan bertemu kalian di syurga nanti..
Insyaallah..


saya tak sanggup kehilangan mereka.

Sayang Oh Sayang,
Janganlah engkau sesekali mengadu kepada kawanmu,
Apatah lagi kepada mereka yang asing buatmu,
Tentang masalah diri, masalah hidupmu,
Kerana nescaya mereka akan menceritakan hal tersebut kepada orang lain,
Itulah lumrah manusia,
Mengadulah kepada Allah,
Sama ada ketika kamu susah,
Mahupun senang,
Sentiasalah mengadu padanya,
Dan bersyukurlah kerana kamu diberi peluang hidup didunia ini,



Sayang Oh Sayang,
Sekiranya masa depanmu dirasakan begitu gelap,
Dan dirasakan semua orang membenci dirimu,
Ingin saja ditamatkan nyawa yang dipinjamkan tuhan kepadamu,
Percayalah masih ramai lagi insan diluar sana yang masih menyayangi dirimu,
Kerana aku sendiri masih sayang padamu, nyawamu...
Hargailah ia....
Sayang...


sumber
http://www.akalemosi.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts