Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Puisi Zahiril buat Shera


Assalamualaikum semua

puisi Zahiril Adzim untuk isteri tersayang, Shera Aiyob
sweet sangat..tersentuh hati bile membacanya.
bait2 kata yg amat indah :)

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


sumber pic : SSgraphy

Selamat Pengantin Baru
Moga bahagia hingga ke Syurga

Sayang Oh Sayang


Assalamualaikum

entry ni saje je nak share kata - kata yang menyentuh hati saya.rasa sebak bila baca :)))
emo lak time2 macam gini..huhu

Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah jika hari ini engkau dibenci kerana fizikalmu,
Dibenci dan dinilai oleh manusia sebagai seorang yang hina,
Seolah-olah mereka yang menentukan mulia dan hinanya kamu.
Sedangkan Allah sengaja membiarmu tampak begitu,
Kerana Allah lebih menyayangi kamu,
Maka diletakkan kamu ditempat yang lebih mulia daripada manusia yang telah menghina kamu,
Sedangkan mereka mereka terlupa mereka sendiri telah diciptakan oleh Allah,
Siapa mereka untuk menentukan mulia atau hinanya kamu?


'yea.saya tahu .saya tak secantik mereka tapi saya terima diri saya seadaanya.itu lebih baik kan.dari mengubah ciptaNya'


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah sekiranya jodoh kamu belum ditemukan,
Meskipun setelah bertahun-tahun mencari dan masih belum berjumpa,
Mungkin Allah sengaja menguji tahap kesabaranmu,
Menguji betapa kuatnya imanmu,
Sedangkan telah tertulis bagimu siapa jodohmu,
Yang mampu menjagamu sebaik mungkin ketika susah dan senang,
Yang mampu memberikan kebahagiaan dan tidak pula kesusahan,
Maka,teruskan mencari dan jangan sesekali berputus asa.



sumber photo :
Realiti.Konspirasi.ZackZukhairi


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah sekiranya hidupmu hari ini tidak seperti yang difikirkan dahulu,
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
Tidak seperti orang-orang lain yang hidup dirumah-rumah yang kaya dengan isi duniawinya,
Tetapi kurang dengan amalan akhiratnya,
Dengan manusia-manusia yang jahil itu mengukur darjat manusia itu dari harta yang engkau miliki,
Sedangkan Allah itu sendiri tidak membezakan sesama kamu,
Janganlah engkau mengeluh dengan apa yang engkau miliki,
Bersyukurlah dan rapatkanlah hatimu dengan Allah,
Hidupkanlah dan dampingi ayat-ayat suciNya dalam hidupmu,
Nescaya diakhirat kelak hidupmu akan diangkat lebih tinggi berbanding manusia jahil itu,
Dibinakan sebuah rumah disyurganya dan diberikan hidup lebih baik diakhirat.


Sayang Oh Sayang,
Bersabar sajalah jika si dia yang kamu amat sayangi pergi meninggalkan kamu,
Memang adakalanya dirasakan amat kejam malaikat Israil itu mencabut nyawanya,
Ketika kita masih memerlukannya,
Ketika kita masih sayang padanya,
Ketika kita masih dahagakan kasih sayangnya,
Tetapi percayalah sayang, Allah lebih menyayanginya,
Kerana Allah tidak mahu si dia terus menerus sengsara didunia yang penuh dengan dosa,
Maka Allah ambil nyawanya untuk dibebaskannya daripada dosa,
Sekiranya engkau sayang padanya,
Sedekahkanlah doa dan yasin kepadanya,
Semoga dia termasuk dalam golongan orang yang beriman dan bertemu kalian di syurga nanti..
Insyaallah..


saya tak sanggup kehilangan mereka.

Sayang Oh Sayang,
Janganlah engkau sesekali mengadu kepada kawanmu,
Apatah lagi kepada mereka yang asing buatmu,
Tentang masalah diri, masalah hidupmu,
Kerana nescaya mereka akan menceritakan hal tersebut kepada orang lain,
Itulah lumrah manusia,
Mengadulah kepada Allah,
Sama ada ketika kamu susah,
Mahupun senang,
Sentiasalah mengadu padanya,
Dan bersyukurlah kerana kamu diberi peluang hidup didunia ini,



Sayang Oh Sayang,
Sekiranya masa depanmu dirasakan begitu gelap,
Dan dirasakan semua orang membenci dirimu,
Ingin saja ditamatkan nyawa yang dipinjamkan tuhan kepadamu,
Percayalah masih ramai lagi insan diluar sana yang masih menyayangi dirimu,
Kerana aku sendiri masih sayang padamu, nyawamu...
Hargailah ia....
Sayang...


sumber
http://www.akalemosi.com

Buat insan yang bernama awak



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

actually, entry kali ni just wanna share this poem.


Awak tahu tak
saya tak pernah lupakan awk
Dan
Bohong lah kalau saya kata saya tak pernah rindukan awk
Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah sayangkan awk
Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah cintakan awk

Tapi saya harus sedar antara kita sudah tiada apa2 lagi
Awak bukan lagi milik saya
Sejauh mana sekalipun saya mengharap
Semuanya tak akan pernah kembali seperti dulu

Mahu tak mahu kehidupan ini harus di teruskan
Kerana saya masih punya keluarga..rakan2
Dan mereka yg masih lagi menyayangi diri ini

Pesan saya cintailah dirinya
Seperti mana saya pernah mencintai awak
Sayangilah dirinya seperti mana
Saya pernah menyayangi awak
Jagalah dirinya seperti mana
Saya pernah menjaga diri awak
Suatu ketika dulu

Jangan pernah sakiti hatinya
Jangan pernah khianati cintanya
Dan jangan sesekali tinggalkan orang yang awak cinta
Untuk orang yang awak sayang

Jika ada kekurangan pada diri si dia
Jadikan lah kekurangan itu sebagai kelebihan
Yang tidak pernah ada pada orang lain
Angggap lah bercinta dan berkongsi kasih sayang denganya
Ialah peluang kedua untuk menjadi kekasih yang lebih baik

Malah jika benar cinta awak itu kepadanya
Maka berdoa lah semoga ia menjadi kekasih halal awak
Agar cinta awak dan dia
Terus di redhai allah di dunia dan di akhirat

Mungkin si dia bukan yang pertama bagi awak
Tapi biarlah si dia yang terakhir buat awak
Ingat jangan di cari lagi cinta yang telah tersedia ada
Tapi jaga lah ia
Kerana sedalam mana pun cinta itu
Akan hilang kalau tak di jaga

Seperti mana ianya terjadi
Di antara saya dan awak...

Sesungguhnya cinta semalam lah
Yang menjadikan siapa diri kita pada hari ini
Doa saya sentiasa mengiringi kebahagiaan awak dan dia..
Semoga saya juga akan dapat kebahagiaan yang sama suatu hari
nanti... amin...."

pssttt
di ciplak dari notes kat facebook.so tak tahu sapa penulisnya sebenarnya.

Popular Posts