aku bukan nak update pasal aku jatuh cinta kat kawan aku. jatuh cinta jauh sekali. pernah tak korang berada kat satu situasi yang mana korang diberi pilihan macam ni :
"awak pilih, DIA atau SAYA"
kawan? aku sayang. BF lagi la aku sayang. sayang kedua dua nya. tak jadi masalah kalau kawan kita sama jantina, tapi kalau berlawanan cas? maksud aku lelaki dan perempuan.
cemburu pasti ada. susahlah bagi sesiapa yang punya pasangan yang suka berkawan dengan berlainan jantina. macam aku, aku lebh prefer berkawan dengan lelaki. why n why? i have my own reason. tapi berkawan baik maksud aku disini bukan teman tapi mesra. tak perlu gedik2 . cukup, dengan berkongsi masalah, berkongsi pendapat, berkongsi kegembiraan.
tak dinafikan kadang kadang kita lebih senang bersama kawan kita. bercerita, menangis, tak semua orang boleh berkongsi dengan gf/ bf mereka. aku antara nya, sebab? ntah aku pun xtau, mungkin bila bersama kawan kita lebih menjadi diri sendiri. tak bermaksud hipokrit dpn bf ok.
kadang-kadang jadi macam terbalik,
"kau kapel dengan sape nih, kau kapel ngan dia ke, dengan dia?"
susah kan nak memilih, disana sayang disini sayang, bukan bermaksud tamak, tapi dia sayang sebagi seorang sahabat, dan dia sayang sebagai seorang yang istimewa. penah menangis sebab ni.
tapi bila aku dah masuk 22 tahun ni, banyak perkara yang aku sedar. semua nya ada ending sendiri. kawan tetap akan ada ending nya. suatu hari nanti dia akan bertemu dengan kekasih hati dia, dia akan tinggalkan kita. xpercaya? try la~
tersedar jugak, yang kita sebaik mana pun dengan kawan kita, semua nya ADA BATAS. mungkin akan ada yang terluka bila tengok kemesraan kita dengan lelaki lain. memang hati kita xlebih dari seorang kawan, tapi orang xtau hati kita kan?
bila dah ramai yang menegur, mungkin ada sesuatu yang aku betolkan. aku terlalu pentingkan kawan, kadang kadang ada hati yang tak terjaga.
cinta pertama :
"awak terlalu pentingkan kawan, saya kt sebelah ni ape?"
cinta kedua :
"kawan ape tu kalau bg kek, bg perfume? kawan ada batas nya"
aku hilang cinta aku dan ini salah satu punca nya. sedih? tipu la kalau kata aku xmerana. but , i take it as pengajaran. mengaku y aku tak adil langsung dgn pasangan aku masa tu, aku terlalu nk jaga hati kawan. n disebabkan ini aku dah tak berani nak berkawan rapat dengan sesiapa.ye... aku bersalah. dan aku takkan ulangi kesilapan itu lagi untuk hubungan yang akan datang insya Allah. dan xmahu jadi penyebab keretakan cinta orang jugak.
aku just berkongsi cerita. mungkin ada yang punyai masalah yang sama. kita tak perlu memilih sebenarnya, cukuplah sederhana dalam sesuatu. mungkin kerana kita terlalu sayangkan persahabatan, nanti kita akan kehilangan orang yang kita cinta. begitu jugak sebalik nya.
p/s : ape pendapat korang? penyelesaian bagi masalah ni? klo segan, anonymous pun bole ;p