Showing posts with label Tentang 10. Show all posts
Showing posts with label Tentang 10. Show all posts

Tentang 10 || Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir



Assalamualaikum



cabaran terakhir untuk tentang 10.



Tentang 10 || Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir



1.yeahhh finally it's friday.ari last keje sebelum 10 hari bercuti.hehe



2.tahun ni first time saya rasa sebelah en hubby.sila doakan saya tabah yea.risau gak ade yg nangis rindu kan.haha



3. sebenarnya rasa mcm tak bersedia jea nak raya.rasa mcm cepat sangat jea masa berlalu.



4. saya raya kat simpang renggam , kluang johor.sapa2 raya kat sana kalau nampak muka ni tegur la yea.hikhik







5. nak dapatkan mood raya, arini saya nak pegi keje ngan kebaya.haha..mana tau mood raya datang ker.



6. miss my family kat kelantan



7.maaf jika selama saya berblog saya ade menyakiti hati sesiapa.

maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kpd kwn2 semua.



8.saya nak wish untuk semua yg berpuasa :)



╔══════════════ ೋღ☃ღೋ ══════════════╗

☼=[ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ]=☼

╚══════════════ ೋღ☃ღೋ ══════════════╝



semoga syawal yg bakal menjelang lebih bermakna buat KITA semua.



9. salam merdeka jugak untuk semua rakyat malaysia :)



10.akhirnya siap sudah tentang 10 ni.berjaya jugak abiskan walaupun bukan tiap2 ari kan.kira ok la kan.



till then

salam sayang semua..mmmuahh





Tentang 10 || Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya





Assalamualaikum



kembali dengan entry Tentang 10

masuk hari ke sembilan



Tentang 10 || Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya



1. Penampilan yang sederhana dan simple.tak perlu nak berfesyen sgt.jd lelaki biasa2 sudah.



2. Tunjukkan sikap prihatin.apa salahnya , sms or call ucp selamat pagi.walaupun benda tu kecil, tapi bila anda lakukan ia memberi impak besar kepada saya..hehe



3. Pendengar yang baik.so bila nik ade masalah, dia org pertama yang nik cari.bila nik happy dia juga org pertama yg nik akan bgtau.



4. pandai buat lawak - suka sifat ni.tak de la hambar jea perhubungan kan.ade time blh serius ade time blh bergurau.



5. lelaki penyayang- lelaki penyayang mesti la ramai pompuan suka kan.rasa la diri di hargai.



6. boleh menerima pendapat org lain.tak de la kata dia jea btol kan.



7. yang merendah diri dan mesra dengan sesiapa saja.



8. pembersih .



9. suka kanak-kanak



10. berkeyakinan

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

Alhamdullilah..saya dah temui insan intimewa tu.







Tentang 10 || Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya



Assalamualaikum



Alhamdulillah dah 22 hari umat Islam berpuasa.korang berbuka apa tadi?

nik mcm biasa la beli kat bazar ramadhan.mana la sempat nak msk.blk keje dah kul 5.30 petang.



hari ni kerja macam biasa.selalu hari Isnin mood macam 'down' sikit tapi harini mood lain.maybe sebab fikir minggu ni jea keje pastu ct panjang kan.hehe



so harini mulakan cabaran tentang 10.hari kelapan yea adik2.



Tentang 10 || Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya



lagu kegemaran saya saat ni.ulang dengar byk kali pun tak bosan



1. hatimu milikku - Nera

first time dengar lagu ni terus jatuh hati.







2. aku redha - Tom



3. kisah dongeng - Stacy



4. beribu sesalan ku - Ning, Shila dan Jac



5. percaya padaku - Ungu







6. berdua bersatu - Forteen



7.here without you - 3 Doors Down

someone tujukan lagu ni utk nik.bila dengar terus jatuh cinta,nice song.







8. kasih (ku pinjam wajah mu)-Teachers Pet

lagu ni sgt sweet.sesuai la korang nak tujukan utk kekasih hati,



9. kalau berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet.

lagu ni simple tapi byk nasihat.



10. menyesal -Sixth Sense



psssttt !!!

perasan tak.kebanyakan lagi jiwang







saya jiwang tapi tak romantik..hikhik



Tentang 10 || Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya



Assalamualaikum



meneruskan cabaran untuk hari ke tujuh.semalam tak sempat nak update.penat balik dari iftar dengan kawan-kawan opis.



Tentang 10 || Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya



mana cukup 10.family sy pun dah lebih dari sepuluh..hehe

so kita ikut ketegori jea yea



1. hubby

Mohd Hafidz Abd Salam

lelaki yang byk sabar dengan perangai saya ni.

en suami..saya sangat mencintai kamoo



2.ma

wanita istimewa dalam hidup saya.



3.ayah

lelaki hebat dalam hidup saya.



4.adik beradik

ABG HA.KAK G.JA.YUNNIE.ANIS.ADIK

rindu zaman kecik2 dulu.kalau kumpul ramai2 lagi2 time raya mesti borak time kami kecik2 dulu.budak kampung kan.mcm2 la kami buat.hehe



5.anak2 saudara

kalau sebelah saya ade 6 orang.sebelah en hubby lak 8 orang

teh /mak su sayang korang semua



6.family mertua

mak dan abah.terima kasih terima saya sebagai menantu

layan saya dengan baik sangat.walaupun mak suka membebel tp hati mak baik.abah lak cool orgnya.sentiasa support kami.



7. ipar duai



8.kawan-kawan

tak kira la bila dan bagaimana kita kenal, anda terpenting dalam hidup saya.

tak de anda tak ceria lah hidup saya



9. saudara mara

mak cik , pak cik dan sepupu sepapat saya.

sayang korang jugak.



10. dia yang pernah hadir dalam hidup saya

terima kasih.kerana anda dan anda saya belajar erti ketabahan.pengalaman mematangkan saya.



let's enjoy few photos

photo lama.dah penah tempek kat blog pun tapi saje nak tempek lagi :)))



hubby













ma yang sweet





lelaki penyayang





adik-beradik









anak-anak saudara

















mertua





kawan-kawan



























I'm grateful for having you and you in my life



Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya



Assalamualaikum



Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya



jenuh gak nik perah otak nak senaraikan 10 perkara yang mesti ade dengan nik.cabaran ni luas sgt maksudnya so nik senaraikan benda yang mesti ada dengan nik bila nik keluar rumah.



1. handbag

nik kalau keluar mesti bawak handbag.sebab byk brg nak kena bawak.

kalau nak bwk guna tgn mmg tak dapat la.



2. purse

sebab dalam purse ade IC, lesen , ATM card dan kad nikah.



3. duit

ni mmg wajib bawak walaupun tak rasa nak beli apa2 pun .

kena jugak bawak :)



4. kunci rumah



5. perfume



6.handphone

yang ni mesti ade.wajib ada walau ke mana pun.walaupun hp ni mmg jarang la nak berbunyi..hehe

nik mmg tak pakai jam so jam kat hp mmg berguna la.



7.kamera

memandangkan hp tak canggih.so kena usung la camera compact kemana2.hehe..senang kot2 tetiba mai tebiat nak bergambar kan



tebiat ni akan datang bila dalam kereta..haha





8.payung

kena bawak lagi2 kalau nak pegi keje.selain guna time ujan or panas,

boleh juga dijadikan sebagai senjata untuk melindungi diri kan.



9. beg make up

ni kalau perjalanan jauh.setakat nak pegi keje mmg tak bawak pun.



10. cincin

nik tak selesa kalau keluar rumah tanpa pakai cincin.

kalau kat umah lak tak biasa pakai cincin.rasa rimas.







ok la.till then

bye dear :)

Tentang 10 || Hari kelima : 10 hajat





Assalamualaikum



Alhamdulillah..Dah masuk 17 ramadan dan hari ni ialah hari Nuzul Al-Quran.

tapi sayangnya nik kena keja.

sedar tak sedar dah masuk pertengahan ramadhan.sekejap jer rasa masa berlalu.



cabaran dah masuk hari kelima.dah 5 hari berturut2 berjaya siapkan cabaran ni :)



Tentang 10 || Hari kelima : 10 hajat



hajat ni lebih untuk diri sendiri saja.hehe



1.my own laptop

seumur hidup tak penah ade laptop sendiri.yang ade cuma pc saiz 16 inci jea.

yang ni mana la blh bawak ke mana2.



2.kerja dengan gaji yang lebih tinggi



3.rumah

harus la.bila dah kwen ni mesti ade target nak beli rumah.

takkan selamanya nak menyewakan.harap2 tahun depan, rezeki kami murah :)



4.lesen kereta

harap2 tahun depan dapat la yang ini.



5.umrah



6.more savings

tak de la berharap dapat simpan duit mcm Irfan Khairi, jutawan muda malaysia tu.tapi i do hope i had enough money. save more money for future plan.



7.bercuti dengan en hubby

tak kisah la kemana pun.asal bercuti dengan kesayangan saya



8.new clothes

maxi dress.maxi skirt.cardigan.kebaya





9.nak buat bisnes sendiri

tak kisah la bisnes apa.yang penting kena dengan minat.



10.baby

masih menanti insan istimewa ini hadir dalam hidup kami.

moga suatu hari nnt hajat kami akan tunaikan olehNya.

kami hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.



menyenaraikan hajat adalah satu cara nak motivasi diri.btol tak? :)))



Tentang 10 || Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang



Assalamualaikum semua



wah ..rasa macam sekejap je. pejam celik pejam celik dah 16 Ramadhan kan?

Alhamdulillah. moga bertambahlah pahala kita di bulan ramadan yang mulia ini.



hari ni masuk cabaran hari yang ke empat.



Tentang 10 || Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang



dan seseorang itu ialah suami saya





  • terima kasih sebab selalu buat rasa diri saya ni PENTING dalam hidup awak

  • awak terima saya SEADANYA saya
  • susah senang saya,awak SELALU ADA. tak pernah pun awak biarkan saya sorang diri.

  • selalu MENGALAH dan selalu PUJUK saya bila saya merajuk
  • awak selalu ada dalam HATI saya dan selamanya akan ada dalam hati saya
  • awak LENGKAPI hidup saya

  • semoga kasih sayang kami KEKAL sampai syurga
  • you the one who make me falling in LOVE again and again.
  • saya HARGAI ape yg awk dah lakukan untuk saya. walaupun saya selalu sakitkan HATI awk . sorry sayang.

  • B, awak tahu takkkkkkk????
awak bukan baik tapi TERBAIK untuk saya



ikhlas from your lovely wife

mmuahhh







Tentang 10 || Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci





Assalamualaikum semua



sebelum mulakan cabaran hari ketiga nik nak ucap terima kasih kat semua yag sudi bertandang ke blog ini. terima kasih banyak-banyak la yer.

sudi singgah blog biasa2 ni.



mari mulakan cabaran untuk hari ni.kali ni cabaran macam susah jea.berpeluh-peluh gak nak kuarkan apa yang di benci ni.



Tentang 10 || Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci



1. bersukan

saya tak berminat nak join aktvt yg di panggil sukan ni.

dr zaman sekolah sampai skarang mmg tak penah minat tp kalau terjoin pun sebab terpaksa jea.sila kesian..huhu



2. traffic jammed

ni perkara yg semua org benci tp terpaksa kena tempuh lagi2 duk keje kat kl ni.



3. orang yang meludah merata-rata

geli la weii..ni mmg nik benci sgt2. org mcm ni mmg tak ade adab.



4. tempat yang sesak

nik mmg benci pegi tempat2 yg penuh dengan org.kalau nik pegi mall pun nik cari mall yg tak ramai org.



5. saya benci bila saya marah.lepas marah saya akan rasa bersalah dan hati pun tak tenteram.



6. benci bila keadaan yang buat saya jd kelam kabut.

semua benda yang saya buat mesti tak jadi



7. benci bila dapat sms berantai.kalau sebarkan kepada 15 org nescaya anda akan dapat sesuatu.alahai..masih lagi ade yang percaya benda2 karut marut macam ni kan.



8. benci bila tertekan dan tak cukup kuat untuk hadapi sesuatu keadaan



9. bila terpaksa memilih dan pilihan yang di buat tak menepati or salah buat pilihan



10. saya tak suka orang asing panggil saya dengan nama panggilan saya dalam family.



gambar sekadar hiasan

haha





bunga dah nak layu.tak segar macam mula2 dapat aritu.hehe



Tentang 10 || Hari kedua : 10 perkara yang saya suka



Assalamualaikum



buat apa hari ahad ni? nik duduk rehat jer dekat rumah sebab semalam dah kuar.

so nik continue dengan cabaran untuk hari yang kedua.



Tentang 10 || Hari kedua : 10 perkara yang saya suka



1* SUKA shampoo rambut setiap kali mandi.



2* SUKA maxi dress. berangin je bila pakai (^_^).

nak tambah lagi koleksi maxi dress yang ada.







3* SUKA ambil gambar sendiri (self potrait)

4* SUKA bau baby.bau baby wangi :)

5* SUKA bila dapat suprise dari en hubby







6* SUKA berblog.dulu nik private kan blog ni.rupanya lagi seronok bila dapat share something dengan orang lain.pastu dapat respon dari korang.lagi beronok2 rasanya.hehe

7* saya lebih SUKA sms dari call orang.

saya akan call kalau nak bgtau benda penting sahaja.

8* SUKA makan nasi kerabu tapi tak suka ulam dalam nasi kerabu :)







9* SUKA duduk di rumah kalau balik kampung kat kelantan.



10* SUKA tido.perkara wajib bila tak de apa nak buat.



Tentang 10 || Hari pertama : 10 perkara tentang saya

Assalamualaikum semua



nak join cabaran Tentang 10 .rasa menarik jea

just for fun kan

dulu nik penah buat cabaran 30 hari berblogging.



so sapa yang maybe kekeringan idea nak buat entry , boleh la join Tentang 10 ni.

ala tak perlu pun buat 10 hari berturut-turut

ade masa buat la kan :)



senarai cabaran

Hari pertama : 10 perkara tentang saya

Hari kedua : 10 perkara yang saya suka

Hari ketiga : 10 perkara yang saya benci

Hari keempat : 10 perkara yang ingin saya cakapkan pada seseorang

Hari kelima : 10 hajat

Hari keenam : 10 perkara yang mesti ada dengan saya

Hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup saya

Hari kelapan : 10 lagu kegemaran saya

Hari kesembilan : 10 perkara untuk memenangi hati saya

Hari kesepuluh : 10 kata-kata akhir
so ade sapa2 nak join lagi.jom kita join sama



di sebabkan saya sangat rajin hari ni so kita mulakan untuk cabaran yang pertama dulu



Tentang 10 || Hari pertama : 10 perkara tentang saya







1.selalu kalau makan dekat kedai nik akan order Nasi Goreng Ayam & Teh O Ais.

sebabnya?

makanan dan minuman feveret..hehe

2. berat badan saya skarang 43.6 kg..skarang ni berat badan susah sgt nak naik.takkan tua2 ni metabolisme tinggi lak.

3. keje skarang adalah keje paling lama saya penah berkerja :)

4. saya tak romantik

tp saya mempunyai suami yang romantik..hehe

5. warna hijau-theme 1st day raya tahun ni

6. tahun ni raya giliran sebelah en hubby so maknanya first time beraya tanpa family .tak pe.family mertua ade kan.harap2 saya tak nangis nnt..haha

7. cartoon yang saya suka tengok hanyalah doreamon dan sin chan saje :)

8. saya lebih suka silent hp sebab tu la kalau ade yg call saya jarang angkat sebab tak perasan.

9. giler internet..haha..boleh menghadap komputer berjam-jam

10. walaupun nik dilahirkan dan membesar di kelantan, sila jangan minta nik jadi pemandu pelancong di kelantan. confirm korang sesat nanti.saya mmg buta jalan.hehe



till then

bye



Popular Posts