Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

if it stopped, would u miss me?


10/2 tamatkan latihan industri di HUKM. penat itu mesti, dan aku suka kesibukan yang aku hadapi sepanjang masa di sana. having fun with fren, sabar dlm belajar dan bekerja tanpa memikirkan segala macam perasaan yang ada macam sekarang.  sebelum balik pahang, malam tu tak sihat and wanna have a sleep that time , suddenly get a call from someone.

dia  : ma kat mane?
aku : ma kat uma sewa la, nape?
dia : kt cheras now.. kita jumpa? nti ma nk balik da. org dtg uma ma k.. 

tunggu dia sampai uma n aku kluar. dengan aku y tak xberapa sihat , dia tgk selekeh nye aku mase tu. but im getting better when see that faces. langsung tak rasa terbeban. hati aku masa tu.. tawar, terlalu banyak rasa y aku pendam kan. g uptown cheras, n im happy with it.. da lame tak jumpa dia. 

aku : ma selekeh camni kluar..pucat. pakai sluar track je..maaf..
dia  : nape? ok je ni, kan bagus mcm ni.. natural...

tengah minum, ada baby kecik dtg, maybe dalam setahun dua. baby tu panggil kucing y duduk bawah kerusi aku. miaw miaw baby panggil, comel sangat mulut baby tu.. aku just diam, sebab aku xpandai layan budak. aku tengok dia layan baby tu. sedih.. itu y aku rasa saat tu. someone yang aku pernah simpan impian untuk hidup bersama , bina keluarga, ada anak anak, tapi impian itu dah hilang kemana. impian tu tak hilang, tapi aku cuba lupakan jauh di sudut hati aku.saat tu jugak ada lagu ombak rindu. lagu tu wt aku sedih.

sblum ni kata dia "nape xnak g tgk cite tu? ma takut rindu tu dtg?"

tuhan tlg lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya, kerna ku tak sanggup.. kerna ku tak mampu hidup tnpa dia disisiku, 

dia nyanyi seiring dengan lagu tu. aku ingat lagi apa yang dia kate dulu, dia bukan lelaki yang minat nak nyanyikn lagu utk perempuan. bila tiap kali dia nyanyi sendiri mesti aku dengar baik2. even aku tau, dia nyanyi bkn utk aku. aku hanya diam dengarkan suara dia. cepat sangat masa berlalu.

going back from uptown sebab da lewat malam. duduk depan rumah ang berborak. banyak benda yang kami cakap, tapi aku masih rasa terlalu banyak perkara tak terluah. bila dia bercakap, aku akan tengok muka dia, aku rasa ada ketenangan disitu. aku sedih, atas apa yang dah berlaku pada kami selama ni. kelukaan demi kelukaan pada aku dan dia. aku tak pernah salahkan dia, marah kan dia atas semua yang da jadi, sebab aku tau banyak silapnya aku masa hubungan kami. betul la kata orang, relationship ni bukan untuk dia lengkapi aku, tetapi saling melengkapi. 

dulu aku tak matang dlm hadapi relationship dengan dia, marah, airmata selalu ada. but now im realizes everything happen utk matangkan aku untuk relation y akan datang. terima orang y ditakdirkan dengan aku seada nya. mencintai kekurangan, dan mensyukuri kelebihan y seseorang itu ada.

hantar langkah dia dgn pandangan. sedih. tapi hati aku tetap rasa bahagia. bahagia sb masih boleh tatap wajah itu dengan status kawan.. ;') aku tak mahu dikecewakan dan di kecewakan. aku takut. kalau bukan aku, mungkin hati mereka y akan terluka. hati aku juga sakit kerana seperti aku melukakan diri aku sendiri.  aku doakan dia selalu bahagia, even bukan dengan aku. semoga kita ketemu sesuatu yang akan membahagiakan semua orang.

lesson that i had learn, please dont lie to urself, jujur, aku cuba tipu diri aku sendiri. love, miss, everyone can say it, but not all of us can mean it. Trying to be friend with a lot of people coz i wanna forget the only one who most i remember in my day. I dont want to do the same mistake, keep on pretending that i’m ok, but i’m crying , dying inside. I dont wanna hurt anyone else, maybe this is the way i should choose from the early.

dear heart please be with someone when u’re ready. terasa with this word. when u are ready not when we want to forget on someone. Its really hard, mungkin mudah untuk orang lain, tapi tak mudah untuk aku. dulu, aku selalu memerhati kenapa dan kenapa mudah sangat seseorang itu melupakan seseorang. Mungkin itu cinta budak2, mungkin itu cinta belasan tahun, but when i become 22 years i keep on thinking, it is the right what i have done. Terbeban. 

when i make on a decision, im not afraid that i will be alone, coz i really need to be alone. i dont wanna hurt some who doing the best for me. i apreciate , but i should do this. my heart saying that this is the better way for him, hoping he understand why im doing this.


the truth hurts, but it doesn’t kill. the lie pleases, but it doesn’t heal. OFF

Kisah y meninggalkan dan y di tinggal kan


Dia beri kita dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat, tetapi kita selalu salah mendengar, selalu salah melihat,

We_need_cohesion_by_jigokuonna-d2zkqgb_large 

tetapi kenapa Dia hanya beri kita SATU hati? tetapi mengapa kata hati selalu benar? hebat nya hati..

kita lahir hanya dengan SATU hati jauh di dalam diri kita, ia dekat pada kita, letak tangan di dada, tak nampak di mana ia berada tetapi kita dapat rasakan ia ada disini, didalam diri kita...

hati yang didalam ni mengingatkn kita pada penghargaan, pemberian cinta diharapkn berasal dri hati kita y paling dalam. setiap kali aku kegusaran, aku buntu. menangis itu satu luahan aku, sesak nya dada bila hati kita sakit... dlm kepayahan menahan airmata, bertanya mengapa kamu duhai hati?

bila hati menasihatkan diri, jangan lah bersedih atas sesuatu yang kamu sendiri tak pasti , hilang segala sesak didada , hilang airmata dimata...



jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia, sebagaimana kita tidak menyukai dipaksa menyayangi org lain. sayangi lah walau hanya dalam hati. aku termotivasi dengan satu kata- kata ini , pasti kamu juga suka kan nya :

( kata-kata dari Dr Cinta )
"kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa."

jika aku xbersuara pun, Allah tetap tahu, kerana dia maha mengetahui hati manusia. beruntung hati. jika hati boleh luka berdarah sebegini, pasti aku tak sanggup melukakan hati sendiri dan hati insan lain


hati bersuara seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku ya allah, bawalah dia jauh dari pandanganku kerana aku tak mahu melihat, luputkan lah dia dari ingatanku kerana aku tak mahu mengingat.. agar hati aku sentiasa tenang.

cerita tentang y meninggalkan dan yang ditinggal kan... hanya hati yang terlibat yang tahu, termasuk Dia yang mencipta hati... y terjadi biar saja terjadi, hidup hanya cerita yang telah di tulis.. 

kisah kita. aku xsedar dimana mula nya..


some people are meant to fall in love with each other,but not meant to be together~aku bkk fon..n tgk gambar2 dia..n my heart feel ache again..sangat sakit..i wanna cry but i cant..pedih tu tesimpan kat sini..hati aku..aku tak sedar dimana mula nya kita..hari ni izinkan aku ,aku coretkan segalanya dgn kata-kata.



waktu tu, aku selalu pergi surau dengan kawan- kawan untuk solat magrib dan isyak berjemaah. hari tu, aku ternampak dia. dia pakai baju melayu. tengah duduk membaca al-Quran. kawan2 aku kecoh tengok kau. beria betol diorang! 

"eh muka dia mcm ferdi bwg merah bwg putih la"kata seorang kawan.
"pedulik apa aku,korg nk tgk,tgk la" lancang sgt mulut aku bcakap.

aku akui,muka dia mmg mcm pelakon ni..tp aku tak heran..aku amat benci lelaki masa tu. aku tak suke berkawan. aku tak suka berckp,aku suka sendirian..sebab bagi aku,aku tak perlu sesiapa..byk mulut y mengata..SOMBONG,BERLAGAK..tp aku tak peduli..aku xsuka rapat dgn sesiapa. aku suka dgn dunia aku sendiri. sepanjang ada di sana, aku xpnh nak peduli siapa dia..tapi oneday. dia dtg dlm hidup aku..sbgai kwn..

BIARKAN JATUH CINTA
biarkan aku jatuh cinta
pesona pada pandangan saat kita jumpa

lagu kami..meluahkan isi hati,biarkan diri aku untuk jatuh cinta pada diri dia..tak mudah aku nak terima seseorang..tp dia,mintak aku terima dia,dan minta aku beri peluang pada diri aku untuk jatuh cinta pada dia..aku akui,mulai..aku tak cintakan dia..malah aku tak sayangkan dia..tidak ada apa2 perasaan,coz of aku xsuka sesuatu yang melibatkan hati..tapi tuhan buka pintu hati aku utk terima dia as someone special in my life..aku biarkan diri aku jatuh cinta pada dia,sikit demi sedikit..dalam hidup aku hnya dia lelaki y dihati aku..aku jaga setiap kejujuran lafaz aku..


tapi hati aku broken..sikit demi sedikit..aku juga ada kekurangan,dan aku nak terima segala kekurangan dia..kerana aku syg dia..but oneday,sesuatu y aku xboleh terima happen..tanpa aku sedar,aku dah jadi orang ketiga...aku rasa aku xlayak nak ambil cinta dia dari org lain..siapa aku nak hancurkan hati org lain..but hancur nya hati aku bila aku dapat tau..aku mntak penjelasn dia..

"salah ke ez mencintai ma, ez tau ez salah bila mencintai ma ,ketika ez masih lagi dgn dia,tapi kami dah lost contact lame sebelum ez kenal ma,skrg ez syg ma" 

aku xterkata..kenapa macam tu..kenapa xputuskan sesuatu itu baru mulakan y baru..aku xsukakan sesuatu yang tergantung..aku sgt benci...aku tau aku sgt cpt mengalah..mlepaskan org y aku syg,even xpertahan walau sedikit pun...aku tahu,banyak jugak kesalahan aku..

"kenapa mudah je ma nak lepaskn ez?kenapa ma nak biar ez pergi pada dia?" 

aku xterkata bila dia katakan this word. im i coward, pengecut utk pertahan kan apa y aku mahukan.hari tu airmata aku tak jatuh walau setitik..bukan aku xsedih..tapi aku menangis dalam hati..lebih sakit rasa nya..aku tak nak jadi perampas..sebab aku pn perempuan..aku patut faham apa y perempuan rasa...aku lagi rela aku yang sakit dari aku lukakan hati org lain.aku ptuskan hubungan kami..aku keluar bergembira..pulau pangkor..naik feri..tenangkan hati aku bila aku nmpk laut..sepanjang masa ni..aku busykan diri aku..aku nak lupakan dia..aku nak lupa siapa dia dlm hidup aku..aku berubah?ye aku sgt2 berubah..aku bkwn dgn rmai org,aku bkwn dgn lelaki2 y dulu aku sgt anti dgn kaum itu..utk apa..utk aku lupakan dia..tp hakikat nya wlu sberapa ramai y aku knl,aku xberjaya..ada rasa kosong kt hati aku..

seberapa lama kami berpisah..aku xsedar masa tu berlalu dgn cepat..aku xterima sesiapa dalam hidup aku,sb aku tau..hati aku ada pada dia..aku xnak tipu sesiapa..aku xnak tipu diri aku sendiri..dia kembali lagi dlm hidup aku..once again sebagai kawan..aku terima seikhlasnya.aku tak marah dia walau sedikit pun..kami berkawan,tapi bercinta..dia dtg jmpa aku,aku dtg jmpa dia..ya allah..aku tau,kami sedang bermain dgn api..bermain dgn perasaan sendiri..hati aku,hati dia merasa sesuatu y sama..aku nk beri peluang utk dia,aku nk beri peluang utk diri aku..aku nk cintai dia mcm dulu...


kami keluar sama-sama ag..ros merah yang dia bagi pada aku..cantik tapi berduri..sama seperti cinta kami..bawa luka pada dua hati..hati aku dan hati dia..aku nak cuba faham dia..aku mengalah dlm semua perkara..aku always harap yang aku dapat lembutkan hati dia,dia nak berubah utk aku,tapi aku tahu xmudah....but,selalu makan hati,mata aku selalu bengkak disebabkan dia..bodoh nya aku ya allah,menangis kerana seorang lelaki y belum tentu akn jadi pembimbing aku suatu hari nanti..kenapa tuhan beri cinta y mcm ni pada aku...

"if betul ez syg ma, ma akan sabar dgn ez, maakan cuba ubah ez, ma sanggup jadi pendorong ez, ez tak sangka,begitu mudah ma putus asa, ma pentingkan diri ma,if u are truly love me, u will never let me go even in hardest situation"

"alasan ma x cukup kukuh if ma give up melainkan ma memang ada someone yang lain, or memang dah tak de cinta ma untuk diri ni. Stop acting like you care bout my feeling, why dont you say that you hate me even if you dont. atleast ez tak perlu berharap. coz what i know your love is too weak. ez tak perlu puteri raja yang berharta atau bidadari yang cantik rupawan. ez nak bersama dengan orang yang ez sayang and boleh bahagia kan ez. diri ez, ez tau perasaan ez. ez tahu siapa yang boleh buat ez bahagia. kenapa mesti ma yang nak tentukan ez bahagia atau tak? sampai bila tak berkesudahan coz masing-masing sayang tapi takut dengan perasaan sendiri. thank for your fake love"

ya Allah..tau x, betapa sakit nye hati aku bila tpaksa buat keputusan macam ni..aku menangis bila aku xdpt nk bygkan future kami..aku menangis terlalu teruk..aku menangis seorang..aku pujuk hati aku sendiri..kenapa cinta kita terlalu susah?adakah tuhan tak nak kita bersama..dan itu hakikatnya. maafkan aku.maafkan aku sb xptahankan cinta kita..aku cinta dia..tp aku xtau mcm mne nk teruskan.


dia belikan aku bebear..aku tak sangka,hari tu adalah hari terakhir aku dapat tgk muka dia...dia tgu aku kat luar bas..tapi aku sedih sebab aku xnampak muka dia..aku menyesal tak pakai contacts lens..dia hantar pemergian aku dgn pandangan...ya allah..betapa aku syg dia..tapi kenapa love kami mcm ni..dia sedih dan aku sedih..bebear yang dia bagi menemani tidur aku setiap hari..ros dan bear,kedua2 nya aku pandang sepi...aku tak nak memandang dia lagi..aku tak nak orang y sama kecewakan aku utk kali kedua..aku tau,rasa takut dikecewakan y kuat dalam hati aku,yang buat aku tak dpt teruskan dgn dia...aku tak dpt nk beri peluang utk dia dan aku..aku sangat2 rasa bsalah,sb aku give up...putus asa utk pertahankn..

aku menangis dan dia menangis..maafkan aku..Dia xmahu kita bersama..pasti ada sesuatu y lebih baik utk dia dan aku..utk dia..aku doakan..smoga bertemu seseorang y akan dpt menyayangi dia lbih dri aku..tuhan temukan kita,dan dia pisahkan kita..psti dia lbih tau y trbaik..cinta kita..let it be sweet remembrance..aku hrp kita xkan bertemu lagi..biarlah 2 april itu titik penamat kita..walau aku tau sgt susah untuk lupakan dia..sangat susah..hari2 aku selalu ada dia..dlm ingatan aku y tak pernah padam...aku busykan diri..aku bkwn ngn ramai org..aku ketawa utk tahan diri dari menangis utk dia..

aku mencuba membaca hatinya, percayakah dia pada aku selama ni. the most difficult phase of life is not when no one understands you, but it is when u dont understand urself, aku harap aku masih belum terlambat untuk sesuatu yang aku sendiri mahukan. ya allah, . sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku... sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

"ma org y paling gembira if semuanya berubah,walau bukan utk ma,tapi utk another person yang deserved your love"

kata-kata aku pada dia..even bukan aku the choose one y tuhan pilih,aku always bdoa utk dia...kisah kita berakhir disini... but my heart keep wondering, it is really finish, coz until now masih tak berkesudahan... semoga di bertemu dengan orang yang lebih sempurna dari aku, semoga dia bertemu seseorang yang lebih sayangkan dia lebih dari aku. hanya itu y mampu aku doakan utk dia..

pasti DIA tau yang terbaik

this is for u, just luahan hati yang ma sendiri tak boleh nak luah, ma nak sematkan memori kat sini, ma tak lupa dan takkan pernah lupa. 22/01/2011 the day that ma find the answer why.. should im happy or should i cry..and  i have done both the day we meet.. sedih dalam gembira..why its being like this, let it be secret..walau permulaan yang tak brape ok...the one thing that i relizes is,ma happy dengan ez yang ade depan mata ma.. walaupun ma airmata jatuh at the first,ma tak tau npe terlalu mudah ma menangis sebab ez..bila ez kte ez da gerak balik, masa tu memang dah tak terluah pe ma ase..sedih.. kecewa..



but when i see u walk and came to me, sit besides of me... hati ni..rasa sgt lega.. dan airmata tu ma happy sebab ez tak balik lagi..before this, ma mengaku,pretends like i dont care bout u anymore, pretend like i dont love u anymore, pretend like i have no feeling about what was happen to us.. prentend yang ma tak kecewa langsung dengan putusnya hubungan kita. terlalu banyak berpura-pura dalam hidup ma..im trying to be with someone else, be frens with someone else but the reality is i cant lie to myself..i just wacthing u i can't even say a short farewell, u hold on to my icy hand.

dari awal ma naik bas,ma tak lepas pandang dari ez until its moving n i dont see u anymore, its feel like ma da ilang sesuatu,but im happy to see u your face kat celah2 bas tu.. hanya Allah yang tahu betapa sebaknya hati ma bila ez hilang dari pandangan ma..



this song dedicated for u, the same feeling that i feel for u.. thanks for the suprise..bebear yang comel..peneman ma hari-hari sekarang. bila ma terlalu rindu ez,i will hug it tightly..atleast ma ade tanda kenangan kita..bukan perpisahan yang ma nak, its just i said if maybe we are not fated to be together..ma sayang ez, terlalu sayang... tapi its hurt us a lot kan,dari dulu sampai sekarang..luahan hati ez..


"ez xberharap sgt,tapi akan terus berharap"


ma tak tau sejauh mana keikhlasan kata-kata ez, but kata-kata ez sama apa yang ada dalam hati ma.. kita dah pernah cuba sekali,but i dont have the strenght to give us second chance.. maaf sebab dulu ma terlalu cepat mengalah, tak pertahankan hak ma,even tak sikit pun cuba untuk dapatkan apa yang ma nak, ma tahu silap disitu.. but past is past, i dont wanna look back..ez pun mesti macam tu bukan?..maybe in future or maybe not,we will be together.. yang diatas tau apa yang terbaik untuk kita, its have own reason why all of this happen to us, its have a own reason why kita bercinta dan berpisah.. masa ma nak balik, at the bus,mesej yang ma tunjuk dari tingkap actually ma tulis "i love u" but ma padam dan gantikan dengan "i miss u" because of status kita yang jauh berbeza dari dulu.. this is will the last ma cakap tentang hati antara kita..biarlah ez n ma tau ape yang ade dalam hati masing-masing..dan takkan ada persoalan lagi selepas ni..

wordless n speechless

betol kata orang


menunggu sesuatu..

berharap sesuatu..

always membuat orang rasa kecewa

diari : kerana dia cinta pertama



email : ima_apis@yahoo.com
facebook : ima_apis@yahoo.com & blogspot : ima_apis@yahoo.com
dah 4 tahun berlalu tapi aku tetap dengan email y same


ok, cover sangat jiwang, mesti orang igt diari ni penuh dengan kisah cinta

pg tadi aku dok kemas almari, then terjumpa diari lama aku, diari masa aku muda remaja. skrg da x belasan tahun , da lame aku berhenti tulis diari. diari aku xpersonal pun, aku rasa abg n akak aku da penah "ter"bace kot. cis =_=' xde rahsia besar pun dlm diari aku ;p

22/03/2008
"pagi2 da gayut fon dengan apis, aku rindu sgt. lame betol borak dengan dia. aku suh dia nyanyi. Dia nyanyi lagu mirai. aku jahat betol gelakkan dia. kesian dia. Dia cakap aku tak appreciate ape yang dia buat untuk aku. aku minta maaf sgt2 kat dia. dia cakap dia terasa.. teruk betol aku"

ni je perkataan tentang cinta y penah aku tulis dlm diari aku. semua y aku tulis sume bout other things, serius jujur. but even aku xtulis kt diari ni, ia tetap ade dlm diari hati n ingatan. pengajaran utk aku. utk lebih menghargai orang y sayang kita.. utk xmengulang kisah sama.

kenapa aku kata it as pengajaran untuk menghargai orang yang sayang aku?

sb dulu, masa dia ade kat sisi aku. aku xpernah hargai dia.  kesian dia sb syg org mcm aku.


and im not the person that he worth waiting for

satu y aku kagum ttg dia, dia xpenah marah. bila tiap kali gaduh mesti aku mntak putus. n ayat y aku ingat smpai sekarang " ima ckp la ape pun, marah, tengking, tp jgn sebut word PUTUS". dia menangis. tp kenapa aku xnmpk keikhlasan dia terima aku seada nya.

dia dtg raya uma aku, dia sabar je ngn kerenah abg aku y kerek. abg aku sound dia, sb abg aku xsuke aku couple .. byk ag y dia korbankn hati. tp aku xnmpk sikit pn mse tu. after 2years couple, kitorg putus. mse tu baru aku sedar y aku syg dia. at last tu, aku mintak reason why. 

dia xckp. mybe dia xnk aku tluka. aku pksa dia luah ape y dia rsa. msa tu satu persatu aku sedar dimana silapnya aku. tp aku da tlambat. dia merajuk,dia merajuk y da xda penawar ;)

aku hope dia jmpe girl yang  lebih baik dari aku. y layak utk dia sb dia tlalu baik. now almost 4 years kitorang da tak pernah jumpa. dia ade awek baru, aku pun ade bf ,tp amek mase 3 tahun utk trime org lain. profile picture fb konvo with his gf. cemburu? xlah, aku always doakn dia bahagia. hope dia jemput aku time dia nikah nanti. bkn jauh pn pahang jgk ; )

tp nk ke dia jemput aku? facebook aku pn dia xapprove =_='

motif entry : kan bagus kalau dia "ter"bace entry ni. bia dia tau yang aku  sgt berterima kasih sebab dia hadir dlm hidup aku. mengajar aku untu lebih menghargai org yang ade dlm hidup aku sebelum terlambat. aku always doakan kebahagiaan dia. kisah yang lama jadikan pengajaran n ingatan. semoga kita sama2 mendapat kebahagiaan. insya Allah. amin  ;)

kerana ego ramai yang menyesal.. hope aku, n korang always hargai orang y disisi. never treat some one like they're second best. never tell some one that they mean nothing to you. and if there is anything you should never do, is pretend you don't like him or her when you love everything they do.

Bila Di Kampus VS Bila Di Rumah


kat umah pn gatal nak makan megi, sedap ag tambah telur, sayur sket, cili api bebanyak XD


bg aku lg sedap aku mkn megi dri aku mkn kt cafe kampus tu. maaf bkn aku xsyukur tp rsa xpuas hati bila pniaga kat cafe tu, mniaga hnya sb keuntungan. student mkn pn ase nk x nk.

aku bole terima lagi kalau lauk masin, beras murah, lembik, tapi agak-agak la kalau sampai aku jumpe BULLET STAPLE dalam nasik. junior aku lak jumpa berus dawai yang bsuh periuk tu, gila ape nak membunuh ke?? sepanjang aku kat sane la, tak pernah berubah pn sejak dari aku sem 1 sampai skrg aku dah sem5. banyak aduan yang student dah buat for example

"kitorg kelas mlm, blik kelas lgsung xde makanan"
"banyakkan la food court, student tak cukup makan"

ok abes pasal makanan, just advise aku kepada peniaga-peniaga kat luar sana, especially yang meniaga kat dalam universiti, sekolah atau sewaktu dengan nya silla lah improve kualiti perniagaan anda ok. kita bagi rezeki kat orang makan, kita pun dapat pahala, terima kasih ;)
Microbiology is my PASSION
bila dikampus, agenda wajib study, study and study.. insya Allah , takkan bosan, ilmu kan ;)

katil dikampus, syukur sebab dari sem1 sampai sem5 dapat kolej, sekarang sian junior2, sem2 xdpt kolej huu ~ bila dah letih tdo la pe ag, seriusly biological clock memang tak betol kat kampus, 4,5 pagi baru tdo. sometimes bile dah letih sangat, aku ngn kwn2 selalu cakap camni :

"aaa tak nak blaja dah, tak larat da, nak kawin T__T"

xleh blah memasing ;p even muka masing2 pucat mcm xbdarah, but bila tgk kwn2 senyum
rasa bahagia ;)

dan bila da habis final exam, balik uma, dpt katil size king, mmg btambah bahagia, wlu kerja kt uma hanya tido, mkn, online , game. huu~ bkn aku je, aku tau korang pun same kan. ele XD

duduk kat rumah tak produktif langsung, tapi BAHAGIA. lalallalala .ok bye ;p

wordless ~ its ok for crying..




Sometimes,

Allah breaks our spirit to save our soul,

He breaks our heart to make us whole,

He sends us pain to make us stronger,

He sends us failure to make us humbler,

He sends us illness so we learn to care for ourselves,

Sometimes,

Allah takes away everything from us so we can learn,

The value of all He's given us..

apa pun yang berlaku dalam idup ni tuhan berikan utk buat kita berfikir,menerima sesuatu yang terjadi dengan hati terbuka its make kita lega n lebih rasa bersyukur.

banyak diantara kita merasa susah untuk mencari kebahagiaan, padahal kebahagiaan itu sangatlah sederhana,iaitu menerima dengan ikhlas semua hal yang sudah kita terima dan berbuat dengan ikhlas apa yang semestinya kita lakukan,da an ikhlas itu bukan berarti bersikap pasif dan pasrah pada segala hal,tapi wujud dari ketegaran hati yang dibentuk oleh kejujuran pada diri sendiri.

what ever happen, even when the hardest situation, keep remind that Allah is always besides us.. bila hati kita terluka, always remind that banyak orang yang sayang kita, ibu bapa, sahabat ;) bila kita rasa kita tak ada sesiapa yang boleh dipercayai untuk meluahkan rasa hati.. luahkan pada Allah.. sebab Allah maha mendengar luahan hati hamba- hamba Nya.. sedarkah kita, ujian, dugaan, kesakitan , dan kebahagian semuanya datang dari Dia. if kita nak bahagia, minta lah pada Dia, if kita rasa sedih, mengadulah pada Dia.. itu yang aku buat bila aku terlalu buntu, terlalu sakit.. mengadu pada Allah, insya Allah. hati kita akan tenang..


teringat kata-kata seseorang baru-baru ni.. hidup ni memang macam roda.. sometimes bila kita terlalu terleka, terlupa sebentar.. Allah beri kita dugaan supaya kita ingat pada Dia. supaya kita tak terlalu jauh dari Dia.. Dia sayang kita :)


for the person out there, apa pun dugaan yang dihadapi, ada orang2 yang disamping kamu, yang selalu menyokong bila kamu terjatuh.. yang sudi hulurkan tangan untuk bantu kamu bangun kembali.. jangan putus asa dengan dugaan hidup, sesungguh nya masih banyak manusia yang lebih perit dan sakit dugaan nya. yang mungkin kita tak sangup nak hadapi. jadikan dugaan, kesakitan sumber kekuatan untuk kita terus kuat, bukan untuk lemah.. bila kita lemah kita kalah ;)

mengaku,degil,ego, luahan aku seorang pelajar




name dia, dkaburkan atas menjaga hati2 yang terlibat hehe..buang? aku dibuang sekolah ke? wahhh aku xla thap degil setan tu..hehe...aku nakal jek.. kisah bmula disini..msa tu aku form 1.. comot ag, mane reti pakai bedak, baju selekeh =_=' oneday, ade swg cikgu ni bwu masuk, ajr subjek sains...


" wuihhhh hensem nya" byk pulak mulut kat blakang2 tu aku dengar, ye ar ckp bkn main kuat.dalam hati aku kate,,,hurmmm bole la, hensem la jgk.aku paling la blakang, mcm byk je mata bersinar, mcm dlm komik. sekali dia kua suara, mak aii garang!! ok aku takut...sikit...ngeh2...dak2 lain, haaa tau takut,..cuak memasing.aku dgn bangga nya mase tu adalah ketua kelas..so tiap2 pagi kne antar kdatangan kt meja guru. aku xsempat nak bertugas, "sapu sampah" zaman sekolah dulu kan ade jadual bertugas hehe..maybe angin taufan melanda hari tu...ini terjadi..


"Siapa yang bertugas hari ni!!? kuar kedepan, kelas kotor" suara macho itu..aku pun dgn muka xbersalah jln kedepan n berdiri..ade lagi la 2,3 org..tapi aku kne attack =_='

"kenapa, xbertugas, bg saya alasan munasabah"
"saya antar attendance td , xsempat, phimpunan abes kls kol 8".
"awak koyak jadual y bertampal tu, xguna ada jadual tp xbertugas!" 

arahan ke perintah, aku ikut je la, maybe aku lurus sgt kot mase tu.. aku pn tarik jadual tu, n koyak depan mata dia..haa...aku tgk dia mcm mrh je..

"awak amek, kertas y awk koyak ni, junjung kt luar sampai abes kelas saya!".. 

aku cool ag, aku buat ape y dia suruh..y len pun kena, naseb bukan aku sorang.aku tg dia mengajar dari luar kelas, hurmm elok je, baik je,, dia xsuka aku kot. tetiba dia dtg berdiri depan aku, aku xigt ape y dia cakap, yang aku igt..

" Bila sy bercakap, pandang muka saya, sy ada byk anak buah, kat wataniah tu,setakat awak, TAK WUJUD dlm hidup saya pun tak pe" 
panggg bukan aku ditampar, tapi ase tamparan hebat bagi aku. berjurai aimata aku yang mahal ni, malu nya aku bila byk mata memandang..aku diam , airmata je y mengalir..sebegitu terukkah aku pada pandangan dia?esoknya, aku xpndg lgsg muka itu, marah? mmg aku sgt mrh..terlalu..dia dtg ke meja aku.

" awk ok,da xnangis kn?" soklan ape 2,senyum2,hah nk perli aku la tu, xtpesona pn ngn wjh tu


"suka hati saya la, nk nangis ke, nk melalak ke" aku jwb xpndg, pndg buku sains lagi best, dia pn berlalu, ahh biarkan. disebabkan aku mrh, note dia aku tulis paling buruk, lebih buruk dari cakar ayam, note lain2 sume aku buat cantik2. tanda protes!

"buat note, cantik2 , tgk mcm kawan awk y sebelah ni, cantik je, siap kaler2 ag note dia
suara itu lagi! mlut aku nak je kate, dia buat cantik2 sb dia suka cikgu, xperasan ke?kenyataan y benar. huh dekat dua tahun aku xpernah tegur dia, muka tak pernah senyum, sb ape, sb aku marah la.sampai aku form 3, aku xpernah tegur dia, sepanjang 3tahun ni dia y ajar aku..but oneday ada sesuatu yang mendesak utk aku bersuara pada dia. ade satu soalan tu, aku xreti jawab n aku terpaksa tanya. huh, xpela tny je, walau hati debar2 =_=' sejak hari tu, aku dah mula bertegur, dah boleh senyum..kalo tak dlu, dia y bagi salam setiap kali bertembung. aku ego. xpatut aku buat camtu kan. dia sgt baik sebenar nya, sejak tu aku ngn dia dah jadi kamceng, sebab baik dgn dia, ramai student perempuan xsuka aku. dia kan hero idaman sekolah mase tu , padahal aku tgk biase je.... but oneday ade ag satu peristiwa.


dlu xde siapa memandang aku, aku tak la pandai, tah org perasan ke tidak kewujudan aku kat sekolah tu, siapa lah aku, sebab tu aku TAK WUJUD pn xpe... tanpa aku sedar, aku pegang kata2 tu sampai sekarang.Dulu tak pernah diberi perhatian, but bila aku jadi best student mase pmr, ramai cikgu nak bersembang dgn aku, baru mula sedar kewujudan aku, kenapa perlu ada kelebihan baru seseoarg tu diberi perhatian ?????sedang kan selama ni "pelajar ni xpernah wujud". 


kat rumah pn macam tu, wujudkah aku dimata mereka dan mereka? selama ni aku bayangi bayang2 kakak aku sendiri, aku selalu disamakan dgn dia. aku tak suka, aku sgt benci.. aku benci dibanding2kan, sedangkan kami manusia yang berbeza..kenapa dimata mereka, hanya dia yang terbaik, aku semuanya buruk?

"akk pndai, akk mcm ni, akk mcm tu, npe kmu xblh mcm dia??"
"akk pndai kawad, akk pndai bsukan, nape kamu xbleh????"
"akk kamu xmcam kamu, cuba jadi macam dia"

ya allah pedih hati aku...dulu aku selalu menangis disebabkan ini, kenapa aku perlu jadi dia.. aku mahu diri aku sendiri. aku mahu tentukan diri aku sendiri.. aku penat memuaskan hati orang lain, hati aku? TAK WUJUD..semua hala tuju aku, ditentukan , jiwa remaja aku memberontak! aku dah jejak form 5, paling penting dalam hidup aku, selama ni aku pendam segala pedih dihati, siapa tahu? tak siapa tahu,



keputusan y aku buat that day, untuk tak lagi mendengar kata sesiapa. aku nak pendirian aku, aku xmahu org tentukan apa yang aku ptut buat, apa y aku mahu. aku mahu diri aku. maaf jika aku dah lukai hati dia mase tu.. tahu lah, yang aku pun cukup terluka dgn org sekeliling. tapi aku tak minta dia faham..bia y di atas faham segala. that day, the simple things happen, aku tak nak ag terlibat dgn aktiviti sekolah..aku nak tumpukan perhatian aku pd spm, aku tau aku tak sepandai mane, aku xmcm org lain y bole blaja main2 boleh dpt 10 A1. aku juz xnk masuk ptandingan kawad je mase tu, kadet remaja sekolah, peringkat daerah ke negeri ntah, mungkin cara aku keterlaluan masa tu...puas dia pujuk aku, tapi...

"saya, cakap saya tak nak, saya tak nak la, npe cikgu xfaham?"
"sampai hati awk buat sy camni, baik, awak pergi msuk kelas, buat apa y awk nak buat, sy tak nak ambik tau apa2 pasal awak lepas ni!!!"

aku faham apa y dia rase, mesti ase sgt kecewa bila student y dia harapkn, kecewakn dia, xdgr cakap dia, keras hati, aku melangkah, aku tekad, aku mahukan pendirian aku, xsiapa boleh tentukan untuk aku lagi. untuk kali ini dan seterusnya, berikan HAK yang sepatutnya aku ada.aku berjalan terus, tiba2 suara tu lagi..

"awak jgn masuk kelas saya!!!!!" 

pangggggg satu lagi tamparan hebat dari dia...bukan aku ditampar..tapi ini kali kedua aku ditampar dgn kata2 dia... aku berpaling.aku sedar siapa aku, hanya manusia y TAK WUJUD dlm hidup sesiapa.. aku berpaling semula, n teruskan berjalan, bia la satu sekolah dgr, aku xpedulik, aku mahu org hormatkan keputusan aku, sebab aku dah terlalu penat pentingkan hati org lain. sejak tu, aku xmsuk kls dia, aku blaja sendiri..aku tau aku xmampu pn tanpa bimbingan dia.. things y aku realizes, bila aku mahukan sesuatu, aku kena korbankan sesuatu. dan betapa ego nya aku, betapa keras nya hati aku masa itu.. but 3 bln pastu dia suh aku msuk kls dia balik, hehe.. aku masuk tp tiap kli dia tgk student aku pandang luar, bila dia tulis kat papan hitam, aku tgk la, ego ;p sampai la abes spm aku xpnah tegor dia. ade gak cikgu lain y nasihat, suh mntak maaf tapi aku xnak, tips y paling buat aku ketawa bila ustaz ckp cmni..

"awak, antar la tiap2 hari note kecik, tulis, "saya mintak maaf" nanti lembut la hati dia"

hehe.. mcm ape dah, mmg xkan aku buat la. that day, hari terakhir aku kat sekolah, dia bg ucapan, aku hanya tgk dari jauh, dalam hati.. maafkan ima..5 tahun cikgu ajar ima, mesti letih hadap kedegilan n kenakalan ni.. maaf cikgu, ima bukan pelajar yang baik, ima bukan pelajar yang mendengar kata. cuma ima juga punya hati, hati y TAK WUJUD bagi kamu dan mereka..dulu ima berumur 17 tahun, sekarang 21 tahun, ima akui this things sedikit sebanyak merubah .. ima jadi berani bersuara, jadi berani untuk berkata TIDAK, berani meluahkan apa yang ima mahu.. dan org sekeliling dah mula sedar y diri ni bukan ima y takut bersuara ag.

baru2 ni, aku jumpa dia.. dia blanja makan. masih hensem seperti dulu ;) dia satu2 nya cikgu yang boleh duduk semeja, terima kasih, kata2 yang tak terucap.. atleast cikgu mematang saya dari segi ini.. maafkan ima, kerana kenakalan, kedegilan yang cikgu hadapi.. maaf atas kata2 kasar yang pernah saya tuturkan. sungguh tak bermaksud. tak minta difahami kenapa dan kenapa, tetapi everything happen create who i am.. ade sebab kenapa sy begitu masa tu.terima kasih atas ingatan, walaupun ade terasa sedikit pedih kat hati ni, bila kisah itu masih disebut2..sedangkn ia nya hanya simple things, mungkin simple bg aku dn org lain, tp bukan bg dia... masih marahkah dia pada aku???mungkin aku masih "TAK WUJUD".



p/s : byk ag kisah sebenar nye, yang buat aku ase nak ketawa n menangis, biar pahit biar manis, aku sukakan kenangan-kenangan itu..


naugthy student,
miss imakasihdani

Dating kat Ulu Bendul,ape kelas??..wee~


wah kedamaian..da lame xkua dari gua beting,dok bertapa kan menuntut ilmu microbiology..=_='aku mmg pntang nampak air,nak terjun saje,padahal xreti berenang ;p aku tgh menung tunggu putera katak datang..jauh aku dtg dari beting ni..fine ye la ku bukan puteri..eh ag la mengarut!!ok fine,ulu bendul bukan g dating,ape class dating kat ulu bendul huhu..time kasih ye utk datin nurul nabihah,amek gambo aku..aku la fungi dlm kamera kau ;p dak2 microbiology ade activiti MYCOLOGY SITE VISIT..


ni dia rombongan cik kiah...sampai2 kitorang semangat nak amek gamba fungi..fungi nye kami la,pasal gamba kitorg je y byk..hehe...
tapi komitment pada kerja tetap utama tau..*ayt xley blah*huu..ni antara penemuan terbaik aku ase huu~
ni kucing,aku xtau la kucing nih kene cancer kulit ke ape =_='..abes satu badan buruk..y pasti..ni kerja parasit,aku nak kte infection virus pulak,pasal buruk!
korang tengok la samapi muntah k..dia dtg dekat aku ase nak lari pecut 200 meter..aku mintak maap ye kucing..bwh ni pulak mushroom..kingdom fungi gak,byk jenis y kitorang jumpa,kat bawah ni ha..
tetiba aku tjumpa fungi eh cendawan dlm pinggan ;p mlantak la ape ag..huu~

bak kate naufal "family basidiomycota n soy bean+rhizopus..heheh,bahasa melayunye, cendawan dan tempeapesal byk sgt bak kate naufal ni..pasal gamba2 ni dia y amek..untung la ade dslr eh vivaz pro..aku ade sony aino je ;p..Datin nurul nabihah pun wt entry psl ni,jom klik sini Site Visit At Ulu Bendul <-

p/s ; lenguh lutut teroka ulu bendul..byk gak la aku jumpe fungi2 y pakai boxer,berkemban kain batik..seksi fungi2 ni..wee~ ;p nak ajak y tersayang g pantai mood angau..bodo ima hehe..

aku CINTA kau...tapi ko MUDA !


perempuan lebih tua?setahun boleh trime ag,if beza 2,3 tahun?
ohhh tidakkkk


apa pendapat korang tentang perkara nih? kalo dulu trend perempuan kawin dengan lelaki lebih tua. sekarang trend perempuan kawin dengan lelaki lebih muda. nape aku sebok cakap pasal boyfriend lebih muda ni. aku sebenarnye...sebenarnye...sebenarnye.. sangat takut terjebak ngan perkara nih bercinta ngn lelaki yang lebih muda. sebab ape aku cakap camtu,sebab aku ramai sgt kwn laki yang lagi muda dari aku. aku xde kwn tua,whai org yang lebih tua dri aku jemputlah kwn ngn aku huuu *sadis* bkn aku sje tau nk kwn ngn mereka y lagi muda nih

ADE SEBAB

sebabnye,uitm negeri sembilan aku tuh kan kampus baru. aku batch pertama and aku msuk u tuh lmbt sket. kirenya classmate aku sume muda setahun dari aku. aku 20 diorang 19,BELASAN TAHUN, aku PULUHAN! then bile masuk dak junior yang baru,ag la muda dari aku! n diorang nak berkawan ngn aku kan, xkan nk tolak pulak. aku confius,nti org kate ee cik ima tu tak SEDAR DIRI bercinta ngn owg lebih muda errkkk. aku tolak sb tak suke tak pe gak, tapi if tolak sb die lebih muda. so aku amatlah berhati-hati supaya aku tak jatuh cinta pada yang muda. no heart feeling ok, insya allah,aku harap takkan !



1


2


3


ha! agak2 la...amek kau gamba terbalik. sebab mereng klo jatuh cinta kt budak kecik nih hehe diatas hanya gambar hiasan ok. p/s :orang tua selalu kata kalau menyanyi kat dapur nanti dapat laki tua..oleh itu aku pun melalak sumbangkn suara bile aku masak kat dapur ahhaha

persahabatan will not fade away..insya allah.. :)


kawan kawan dan kawan..mulanya aku agk sedih kau tinggalkn pilah n microbiology kesayangan kita..tapi setiap org perlu choose their own way..dah dekat setahun lebih kau tinggal kitorg :(..huu..moga kau jadi cikgu terbaik :) aku igt aku mimpi bila nampak kau lambai2 tgn kat aku..rupe nye betul la kau! ngee~


pic time masing-masing belasan tahun~time sem 1 g pesta buku kat klcc..xleh blah senyum bace buku microb..sgt2 bebudak,perangai memasing macam -_-..ngee~rindu..


sekarang masing-masing dah umo puluhan..din ngn naufal 20,aku lak 21 erkkk..-_-..setelah beberapa sem xjumpa cikgu muhammad fakhrudin bakri nih..akhirnya dia kembali pulang ke uitm pilah..melawat je la..rindu din yang gelagat comel2 tu..walau kau kasaQ tapi kau comel..hahahha..aku faham sb kau org melaka -_-.nanti dtg sni lagi ye cikgu din..sentiasa igt kau kawan aku..doakan kami meneruskan perjuangan microbiology..:)

p/s : entry khas untuk muhammad fakhrudin..hehe..;p

HATI..Yang diCipta dri Segumpal Darah Y Suci..



aku tengah wat past year immunology nih, sambil ditemani anak patung merahku dan nescafe panas


da dua cawan aku bancuh,panas!tbakar mulut urghhh,ice cube ples!ahaks..tangan aku gatal ag nak menulis ni,opss menaip he.e.petang tadi after jawab paper systematic bacteriology


markah xleh blah, mcm mane nk rangka karangan sepanjang tu?

after jawab paper ni, ade kawan luahkan rasa hati dia, aku dengarkan, aku try fahami. aku bukan penasihat baik tapi mybe bole kurangkn beban die. sebab tu entry aku ttg hati .hati aku, hati kamu, hati org sekeliling kita.

ADAM

laki mne lak dah? bukan ok..cume dia meluahkn ase die tentang seorang adam ni,aku agak bengang bile dah dengar sume benda y die cite kat aku,aku yang emosi,sb aku sakit hati bile org y xreti hargai org lain. hebat betol penangan cinta,cinta atau nafsu? persoalan disitu,tolongla faham wahai adam, yang wanita ni dicipta dari tulang rusuk yang bengkok,korang patutnya membimbing wanita bukan merosakkan! untuk adam itu sedar la secepat mungkin, ko dah terlepas satu permata yang berharga.mencari kesempurnaan tu mustahil tau tak, sebab kesempurnaan tu hanya milik allah.

"aku nak owg y aku syg,jadi org y pertama n terakhir dlm hidup aku"

mmg itu first love dia n kate die sme ngn prinsip aku..but sometimes tuhan temukan kita dgn org y slh,sblm btemu dgn org y btol2 utk kita..aku xkuat tapi aku cuba untuk kuat,aku jadikan ape y jadi as cabaran utk aku lebih kuat,bukan sesuatu yang menjadikan aku lemah,sape xsyg,klo xsyg xcouple la kan..aku xtau la plk klo ade owg couple utk sekadar nk ade pakwe/ makwe..be serious la hidup ni bukan mainan.bile kawan aku ni tanya ape y aku buat utk lupa? busykn diri anda!


yang len bole ikot,tapi yang bab bwk moto lelaju tu sila jangan tiru*ni zaman jahiliah dulu ok,time aku budak2 ingusan*aku dah marah kwn aku tu petang tadi.bkn marah betol2,tp marah2 sayang,marah untuk sedarkan die.jangan disebabkan cinta y xkekal tu buat kita merana seumur hidup.jangan menangis bodokn diri untuk org y terang2 xbole bimbing kita.jgn bodokan diri utk org y terang2 nk merosakkan kita.y bole bimbing kita,bole kita jadikn tempat utk rujukan,y ble kita harapkn..


p/s : that broken heart..boleh sembuh tak..aku tau..sb aku pernah merasa..dan sedang merasa..betapa rasa pedih disini..bila hati kita dilukai oleh org y kita syg...can we heal this broken heart?..aku amek mase bertahun2 nak sembuhkan nya..dan aku merasai nye lagi...rela sakit sb org y kita syg..tapi..dia nampak x apa y kita dah lakukan..someone said to me,sayangi org yang berbuat begitu jugak pada kita..menghargai pada org y tau menghargai...but hati ni degil kan.. ;) tetap nak bertahan..and a scar left..dan aku sedar sesuatu..selagi kita benci selagi kita marah selagi kita sedih dengan apa yang terjadi..hati kamu,masih utk dia..ambillah masa..utk diri sendiri..

2010-1990 = ? Kire Sendiri ^_^

sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu. moga lebih bertambah kekuatan utk menyintai allah, jgn biarkan rindu mlampaui batas.hingga aku lupa pada cinta hakiki kerana rindu abadi hanya kepadaNya. mudah-mudahan aku tak lupa untuk merinduiMu,

rindu ye sangat rindu, saje je nak ckp psl rindu,
aku xrindu sesape pn ea..maybe kot hehe


gembira nya aku dengan umo baru ahak, sb aku ase y aku da besar n da xbole maen ag. nape aku tibe matang lak ni*matang la sgt =p  hari kelahiran aku la,aku rindu abah,nak tatap wajah itu.ape ni sedih-sedih,sedih la coz aku xdpt balik pahang. i have my own responsibility now. kalo bole nak balik sekarang gak nak peluk abah n say thanks for everything that he done for me. dah 20 tahun upenye aku,da lame sedar tapi buat-buat tak sedar

wish ur happiness always by ur side,u are matured enough. so behave like an adult ok

ni kata-kata dari abg aku, bukan die sorag je,org len pun cakap gitu hehe.. ok ok tak prangai cm bebudak da k, cop-cop aku mengada sangat ke?mne ade!



aku suatu ketika dulu tak sedar masa cepat sgt berlalu. comel ak aku time kecik?..heheh..aku masih same tak seperti dulu x? *perasan punya budak,ahaks..budak ke?*

Dia xjanjikn yang hidup ni mudah. tapi Dia janji akan sentiasa disisi sesiapa y mengingatiNya. hope my days filled with sunshine an d beatiful colours. aku saje tak letak kat fb my birthday at the earlysje nak tgk spe y ingat. thanks for all special people in my life. y wish my birthday.im really appreciate it.aku bangun awal hari ni,erkkk tak la awal sgt hehe. kua with my housemate safa,ila.fatin,yani,nadia,aida. diorang ni sume adik aku-junior-18 thun,tapi xpgil akk ima pn, sb aku tak bg..haha.bkn sb aku tak ske tpi aku lebih senang pgil name mcm tak terbatas


ni la adik-adik aku atau hosemate aku, diorg belasan tahun ag,ahaks jeles lak aku =p men suap-suap lak an ila ngn fatin ni, aku tgk je la,sori aku mmg xreti manja2 gini. so agak jeles tgk diorg y bole express kasih syg ngn cara tunjuk ngn perbuatan diorg aku laen,beza sgt,if aku syg pn aku xkn tunjuk n hanya akn tgk. jgn harap nak wt bende gini,malu , so korang teruskan berkasih sayang,aku tengok je. sem depan aku dok luar korg jgn rindu aku y dok kt ruang tamu ni tau .thanks coz being a such a good housemate , balik tu pulang dengan kekenyangan.

malam?ehehe makan ag thanks wan . walau ujan n agak lame tunggu bas.jgn wan demam lak. nice to meet u today. walau ada sedikit segan-segan tapi ima cube utk tolak tepi segan tu. thanks wan jagekn seat ni pun hargai jgk. n thanks for the wish y xtercakap n akhirnya wish kat mesej :)

p/s : im having a nice day today with people around me n person that first time dduk mkn sesama.sape?empunya diri tau :) clostridium botulinum,salmonella thyposa,shigella dysentriae. ape ni,saje nak bagi korang pening n berbelit lidah bace. SYSTEMATIC BACTERIOLOGY paper y kena jawab esok. aku hope dpt jawab dengan baik dengan izin allah. assalamualaikum

Post Pertama Dan Terakhir Ttg Manusia Itu..SAHABAT? nonsense

aku tgh makan nasik sambil bace buku genetic..
mendelian inheritance,extension of mendelian inheritance..
hm..ntah apa2 ntah lagi...tbe2 aku terbuka satu blog ni...
dok sebok la ckp pasal sahabat,eh,tau bersahabat gak ke?
bukan ke sahabat tu time utk ko hepi2 je ke?,time sedih ko blah la kan?...



mmg aku xperfect,atleast aku jjur dlm bkata2,
terus terang face to face klo xpuas hti ape2,
bijak ke?bukan pengecut?
skrg aku plak nak wat post blog cam "sahabat" itu..
ape y tak boleh patah balik?..hmm..kadang2 sesuatu boleh dibetolkan,
tapi

PEACE-LOVE-HOPE-TRUST-BELIEVE

bile yang atas ni turns to zero,nothing can fix it anymore
blog tu,blog someone yang dulunya sangat bermakna bagi aku...

aku gelarkan dia sahabat..sahabat cinta mati aku
tapi xpnh nmpk n buta kot betapa aku syg dia,
kadang2 klo da tllu tunjuk syg,org xtau nk hargai
atleast ade sesuatu atau something y aku bg pd dia if aku pegi mne2
hope buang la ye pe y pnh aku bg,bkn mengungkit
tapi nk manusia tu tau ape y aku bg tu dah xbermakne lgsg
xde nilai baik buang tong sampah cepat-cepat...

SEKARANG,KO LANGSUNG XBERMAKNA BG AKU

hari ni aku tergerak utk mnulis tentang "sahabat" ini..
bia post kli no jadi peringatan utk aku utk xtllu sygkn sahabat,
sebelum ni aku xpernah nak post kat fb/post kt blog pasal manusia tu..
sb bg aku,if ade mslh mlibatkn kwn,xperlu nk sebar satu dunia..
aku sabar,aku luahkan face to face pada dia ttg apa y aku rasa,
betapa aku nak jjur dlm persahabatan,tapi dia bole kata :

"AKU TAK FAHAM APA Y KO RASA"

mse tu tuhan je tau betapa kecewanya aku,aku tak mntak ape2,
juz nk dia sbg sahabat ade utk dgr luahan aku,mse aku down,
bkn bkwn utk bgembira je..
bile dia melangkah n ttup pintu,aku dah meraung kat nadia,
betapa aku sedih malam tu,
thanks sgt2 kt nadia sb tenangkn aku,peluk aku.
its just simple prob,aku ttp senyum pd dia,sb dia sahabat aku,

"EH,KO TAK MATANG LAGI LA,BAJET MATANG"
"idup kurun keberapa,y matang sgt tu?"
"byk pengalamn idop knon,mcm aku xpnh idop"
"ala,org bajet matang xdengar"
"ala,beza umo setahun je kot,oh aku lpe mereka2 tu da tua,haha"

bkn aku nak doakn,but hope someday dia akn ase dugaan  y ag perit,
baru dia akan tahu betapa dia mperlekehkn hidup seseorang
ya allah.selama ni aku diamkan..aku bia aku byk mkn hati,
aku bkn org snsetif xtntu psl, tp ble tllu byk perkara y disimpan,
hti spe yang tak pedih?
mse first2 kwn dlu,aku pnh ckp kt dia,
if aku ade wt salah or tak puas hti pape,
terus terang,face to face dgn aku,bia aku btolkn if mmg aku slh..

IF AKU SLH,TEGOR AKU,DEPAN2..

aku akn mntak maaf,xrugi pn utk sahabat sndri..
tp dpn aku dia diam,blkg aku?
PENGECUT..kata2 y paling sesuai..
hari tu aku kt pahang,aku call nadia,aku nangis smpai menggeletar,
dan aku tau mmg aku dah smpai satu tahap,

"AKU XBERHATI,ye mmg,mmg aku pgg prinsip tu,
dn dgn prinsip tu aku hidup ngn manusia2 mcm dia,
aku nekad y aku xkn nangis utk "sahabat" mcm dia ag dah..
alhamdulillah,aku mampu dan aku berjaya,
even aku tak ase sedih buang manusia tu dlm hidup aku,
aku tak akan berpaling ag dah,bia y dlu jd kenangan,
sb dah tak ada kenangan lain y would be create..

semuanya dah terhenti,kwn aku cp knon2 nk bkwn ngn aku balik,
jawapan aku,terima kasih, tak akan terjadi
aku tak kejam lagi utk buat dia menangis,
aku diam selama ni,aku turut dgn keadaan,terlalu diam,
dan sepatah perkataan pn dia xkan dgr lagi dari mulut aku,
aku hope dia takkan brani tegor aku,
sb aku pasti saat tu jugak dia akan menangis
skrg aku da xnak pcye sesiapa, xnak syg sesiapa,
sb aku MMG XBERHATI
bkn xberhati betol2,tapi bahasa kiasan,org bodoh pn bole faham,

dgn lbh jelas aku XBERHATI / XBERPERASAAN
utk "bersahabat" dgn manusia tu..
bkn setakat buang fren dlm fb,tapi buang terus dari idup aku
ni post pertama dan post terakhir bout "sahabat" tu

dipersilakan pergi
berambos

raya ke empat dipantai kuantan..(^_^)


malam ni aku ber facebook..."tie kunci jam tau,sok nak bangun awal" soh akak aku y mamai2 tu sah2 la dia tak kunci jam..silap betol..

ima, bangun, kate nak g kuantan, imun da tunggu depan uma

hah?..aku mimpi ke? macam baru tido je aku ase. aku pun melompat la katil...terjun tiruk!  jam da kol 8, janji ngan diorag gerak kol 8.. aduh2, baju tak iron.. hampeh, imun telah saksikan aku yang kelam kabut pagi. ahh, rembat je la baju pe pn yang tak erlu iron..hehe


memandu dengan cermat ok.. hehe..aku g ngan kawan skolah menengah aku.. da lame tak jumpe diorg.. rindu giler..hehe.. org laen sebok beraya ag kitorg sebok nak g berpiknik...kuantan here we go~ susa gak nak carik tempat yang best... aku tak pe,jadi co pilot je, leh tido.sian la yang memandu..=p


payah betol nak nyalakan api..angin sagat kuat! macam-macam kitorag wat even carik penutup tuk halang angin..hehe..sadis betol. tak hidop lak api nye~


ekk...tgn same...pening pale mmikirkan api yang tak mau idup..hehe..


nani patah pinggang jage api..=p  aku semestinya tak akan lepaskan peluang untuk bgamba sekali kan.. pantang nampak camera aku da ready. muaahhaha


akhirnya api marak gile...sb angin gak..hangit ayam kitowang..huhu.. da siap...panas tangan aku dok jage ayam tuh..huhu... makan time!.. imun paling lahap.. pic ni bawu aku pasan sua apis sme ngn baju aku..hampeh disitu..hu.. hangit pun hangit la kan.. sedap gak ayam kitorang nih... lina lak bawak mihun ciput je, agak-agak die sowang pun tak kenyang kalo makan..huhu.. pe la lina ni...


da macam wayang kulit lak an si apis ni makan eskrem..hu.. naem majuk tak dapat mandi pantai.. kihkih..untuk naem thanks blanje eskrem..nti bole blnje eskrem mahal plak.. hehe


the last pic...aku tak de..lumrah seorang fotographer.. cewah perasan lebey..hehe.. sebenarye nak wat reunion. tapi kali ni kitorang just aggp jalan-jalan coz ramai yang tak dapat involve.. masing-masing da ade komitmen sndri..keje and study.. would be the sweet memories.. lain kali bole g jln same ag... miss u all so much ! ;)

Popular Posts