Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

rumah sewa, DONE


Assalamualaikum ^____^

entri kali ni aku nak cerita pasal pindah rumah
setelah penat lelah mengangkat barang, berjaya juga kami pindah ke rumah baru.
penat tu tak yah la cakap. sampai skarang tak siap kemas lagi

dapatlah jugak siapkan sikit-sikit mane yang penting dulu.
yang lain ade masa kang baru kemas balik


this is where I currently live
selesa dari rumah dulu.
 sebelum ni kami menyewa di apartment, sekarang Alhamdulliah, dapat sewa rumah Semi - D
pasni kita duk banglo pulak
*tangan di dada, mata ke atas sungguh


sebelum tu, tuan rumah ubah suai skit rumah ni.kasi cat baru. so kami cat warna ni
BERSIH jea nampak kan..opsss


nak jimat kami pinjam lori kawan en hubby
so  en hubby drive sendiri.
barang2 yang tak guna kami sedekahkan.yang buruk2 kami buang jea

barang2 semua kami angkut sendiri.
hebat kan
*tangan di dada, mata ke atas



macam-macam benda lagi nak kena beli.
ruang makin luas. so kalau tak de barang rasa kosong jea rumah.


duit dah banyak melayang kat nilai 3 aritu.
en hubby belikan kerusi ni
dah lama sangat dia teringin nak beli :)


masih gunakan sofa yang lama :)


sempat ko kita rembat meja makan.
supaya satu family tak makan bersila lagi :)


baru jea beli tv
tapi tak sempat nak beli rak tv.lain kali la kan





di sana sini ade cermin

tak siap kemas sepenuhnya lagi
nanti2 nik update lagi tentang rumah
mana tahu dapat beli rumah ni kan

thank sudi baca blog kita
bye

dekorasi menarik untuk ruang tamu


Assalammualaikum

minggu depan kalau ade rezeki akan pindah rumah.so duk umah teres la kami nanti.

rumah tu tengah renovate skarang. siap cat warna kuning okey.atas bawah warna kuning.hubby yang pilihkan kaler.so selamat tinggal apartment ku.
tetiba excited nak deco rumah walaupun bukan rumah sendiri.
tapi mana tahu kalau rezeki boleh beli rumah ni terus.haha

saya ni tak de specifik tema untuk decorasi bagi ruang tamu.
asal nampak cantik dan menarik kira okey saje.


perabut macam ni sesuai intuk ruang tamu kami yang sempit 
muat untuk letak sofa dan meja makan
simple tapi menarik :)





5 cara idea segera dekorasi bagi ruang tamu.
tips yang simple tapi dapat beri impak yang besar kepada ruang. 

#1-Ubah kedudukan perabot
Bagaimana kedudukan perabot di ruang tamu anda? Adakah anda mempunyai sofa 3+2+1 atau sofa 2+1+1? Jika anda mempunyai armchair, sudutkan kerusi tersebut 30 atau 45 darjah. Jika kedudukan asal sofa/kerusi di kiri anda, tukarkan ke kanan anda atau alihkan meja sisi ke sudut lain.

#2-Tambahkan kushion
Jika sofa anda ada dua kushion sahaja, tambahkan menjadi empat atau lima kushion.Kushion boleh bentuk berbeza atau sama. Ini bagi mewujudkan cozyness and a bit of luxurious.

#3-Letakkan sofa throw
Adakah anda mempunyai throw, skaf atau helaian kain yang cantik? Letakkannya di sofa. Anda boleh ratakannya di sofa atau sekadar gantungkannya dilengan sofa.

#4-Berikan bunga-bungaan segar
Tiada apa yang lebih indah secara semulajadi dengan memberikan ruang tamu anda dengan bunga-bungaan yang segar.

#5-Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi
Di rumah penuh dengan buku dan koleksi majalah? Hanya dijadikan sebagai hiasan kabinet buku sahaja. Adakah anda ingin tahu bagaimana mengunakan buku/majalah sebagai barang hiasan?

Caranya, susun rapi buku/majalah di atas meja kopi anda. Tujuannya, supaya ia boleh  dijadikan topik perbualan kita dengan tetamu dan mereka boleh membacanya dahulu sementara menunggu kita berhias diri atau menyiapkan makanan.

Sebahagian buku/majalah tersebut boleh dijadikan alas pasu bunga atau aksesori dekorasi lain. Buku yang dijadikan alas perlulah yang jarang kita baca. Kalau tidak sikit-sikit mahu alih buku dan aksesori tersebut.


credit  HERE

pssttt
banyak barang nak kena beli bila pindah rumah baru ni
yang penting langsir harus ku borong dulu..rumah teres so banyak la tingkapnya..


Popular Posts