Showing posts with label sharing is caring [beauty product]. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring [beauty product]. Show all posts

Biore UV Perfect Milk


Assalamualaikum ^_____^

Hi Loves!
nak introduce satu lagi produk kat korang,
produk ni dah lama kat pasaran, tapi nik jea kot yang baru guna.

muka saya jenis yang berminyak dan cepat sun burn. so kena cari sunblock yang boleh melindungi kulit dari masalah tu.
so saya try guna produk  Biore UV Perfect Milk.

dah tua ni kena la rajin sikit jaga muka. dulu zaman muda2 kalau sun burn sekejab jea akan hilang
dah berusia sikit ni, susah skit nak hilang.

lets see the pakaging
sesuai sebagai pelindung cahaya matahari untuk muka dan badan


Item Description
Long-lasting UV block for face and body. Waterproof and perspiration-resistant formulation makes it great for playing sport or spending a lot of time outside. Ultra light and non-sticky texture gives a natural finish with no white residue. SPF50+, PA+++ protection.

actual product pic
comel jea botol biru

teksturnya cair, mudah menyerap dan mudah diratakan ke kulit
so tak perlu tenyeh kuat-kuat kat muka
lembut jea bila sapu dekat muaka




apa yang BEST

tak berbau
bertindak sebagai sunblock dan mekap base..2 in 1
pelindung cahaya matahari yang sesuai untuk kulit yang berminyak
sesuai untuk outdoor activities sebab produk ni waterproof so nanti nak pegi pangkor kena bawak ni
suka dengan design botol dia,  kecil  dan slim so senang nak bawak kemana-mana. senang nak letak dalam handbag

kena goncang sebelum guna

harga dalam RM 20++
boleh didapati kat Gurdian or Watson

so sapa nak cuba boleh la cuba yea :)
such a great sunblock. for me :)

Pixy UV Whitening Two Way Cake



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)

entry kali ni nak share tentang satu produk yang dah lama nik guna, bedak compact Pixy UV Whitening Two Way Cake.

INFO Pixy UV Whitening Two Way Cake
2 way cake ( foundation + bedak asas )
 with UV Whitening
SPF 15

Pixy UV Whitening 2 Way Cake

apa yang nik suka tentang Pixy UV Whitening Two Way Cake
harga murah berbanding brand yang femes..tapi kualiti superbb
ade refill, so kalau korang nak jimat beli jea yang refill
boleh guna 2 cara, samaada nak pakai span kering or pakai span basah
rasa ringan bila tempek kat muka
mula2 pakai rasa macam putih melepak walaupun sapu macam biasa jea, tapi bila lama2 akan nampak natural 
senang nak cuci

apa lagi yea...ermmmmm...nak tahu kena la try sendiri :)

Jenis Bedak PIXY

1. Oriental Yellow – Untuk kulit cerah / kuning langsat
2. Golden Beige – Untuk kulit cerah
3. Natural White – Untuk kulit cerah
4. Yellow Beige – Untuk kulit kuning langsat
5. Tropical Beige – Untuk kulit gelap
6. Natural Beige – Untuk kulit sederhana gelap
7. Ivory – Untuk kulit yang kemerahan / kuning langsat
8. White Cream – Untuk kulit putih & cerah


nik pakai Natural White



nik selalu beli kat watson . harga bawah rm 20.

k la.till then
bye

Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask



Assalamualaikum

dah lama tak buat review tentang produk kecantikan kan.
kali ni nak review  product from Cosway, Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask. 
sejenis krim yang berwarna hitam dan melekit-lekit.
produk ni fungsinya untuk buang black head  dan white head



nik dah try produk ni beberapa kali.

bila pakai sejuk jea rasa dekat muka. kena elak pakai bahagian bawah mata sebab bila kering korang akan tarik mask tu. boleh tahan la sakitnya :)

tapi masker ni tak berkesan sangat ngan kulit nik. bintik hitam kat hidung ni susah sangat nak keluar.degil btol.

bagi kulit yang sensitif mmg tak recommend la masker ni, sebab masker yang jenis peeling mask ni, kita kena tarik perlahan-lahan, so bagi kulit yang sensitif or berjerawat akan mudah luka.



diformulasikan dengan :
Arang :
 menyerap minyak dan kotoran yang berlebih pada wajah untuk hasil yang bersih dan bersinar

Aloe, Chamomile, Ketimun dan Asam Hyaluronat :
menyejukkan dan melembabkan agar kulit tetap lembut terjaga dan terhidrasi selama perawatan pembersihan mendalam berlangsung.

Ekstrak Witch Hazel :
Mengencangkan pori-pori yang telah dibersihkan untuk tekstur kulit yang halus dan untuk mencegah pembentukan bintik-bintik hitam dan putih.

boleh try produk ni. mana tahu ia sangat berkesan untuk korang.
yang dah penah try, hasil dia ok tak?

face mask



Assalamualaikum

korang pakai face mask tak?

skarang kat pasaran macam2 jenis face mask ade kan.
nik pakai Garnier Whitening peel off mask with pure lemon essence sejak beberapa bulan lalu.

ni haa rupanya.


gambar en google

puas hati la pakai face mask ni
face mask jenis ni senang dipakai dan senang dibuang dari kulit bila kering.
rasa segar dan bersih jea bila pakai.

harga dia pun berpatutan.beli dekat watson or guardian :)
nik guna mask ni once a week jea.tak perlu nak pakai hari2 :)))

nik review sesetengah produk sebab ia sesuai untuk kulit nik.then nik share dengan korang.tak semestinya ia pun sesuai untuk korang tp
tak salah mencuba kan.kalau tak sesuai tu harap maaf yea



kulit nik tak perfect.
still lagi berminyak dan berjerawat lagi2 kalau time datang bulan.hehe
kadang2 fed up nak try barang-barang kecantikan ni.tak bagi kesan satu hal la, ada yang bila pakai makin teruk tu bikin hati lagi susah kan.

tapi sekurang2 nya kita cuba la menjaga pemberian Allah ni sebaik mungkin.cuma jangan terlalu taksub beli produk kecantikan sudah la.
macam2 produk kecantikan skarang.yang penting kita harus pandai pilih produk yang sesuai untuk kulit muka kita.
belilah mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan.jangan mudah terpengaruh yea.

till then
happy weekend uolss

naturactor foundation pilihan saya



Assalamualaikum semua

hari ni nik nak kongsi dengan korang sedikit tentang satu produk kecantikan yang nik baru beli.hasilnya sangat memuaskan hati. so apa salah berkongsi produk yang baguskan.mana tahu produk ni pun sesuai untuk anda.

muka nik jenis muka berminyak so nik mmg nak cari foundation yang tak bagi nampak berkilat sgt dekat muka. bila pakai bedak, ia tahan lebih lama kat muka.

lepas tu adik bongsu nik perkenalkan naturactor dari Meiko.


sumber pic en google

produk ni asal dari jepun.tapi jangan terpedaya dengan naturactor dari china.sebab sebelum ni adik nik beli produk tu dekat downtown
bila nik try pakai, mmg tak sesuai untuk nik sebab muka nik akan berminyak.
so nik beli foundation ni online jea.

info for u girl :

kelebihan naturactor:

* Anti kilauan / tidak berminyak.
*100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat & noda hitam
*Ringan & lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakai
foundation
* Melindungi kulit dari sinar uv yang boleh menyebabkan pigmentasi
*Senang digunakan, cepat & yang penting tidak melekit
*Long lasting & tahan sehingga 12 jam
*Tidak menutup pori-pori
* Sering diguna pakai oleh makeup artis professional

kod pilihan:




Kod: 130
Info Warna: Untuk kulit yang cerah. Normally kulit secerah Chinese
Foudation paling cerah
Warna kulit Artis: Sofia Janes/Diana Danielle

Kod: 140
Info Warna: Untuk kulit cerah. Normally kulit Chinese
Foudation kedua cerah
Warna kulit Artis: Rossa/Sharifah Amani/Erra Fazira

Kod: 141
Info Warna: Untuk kulit yang cerah juga/natural. Tapi kulit malay boleh pakai.
Untuk nampak lebih cerah, boleh pakai foundation kod ini.
Warna kulit Artis: Bunga Citra Lestari/Rozita Che Wan

Kod: 150
Info Warna: Untuk kulit Malay/Sawo Matang. Kod ini gelap sikit dari kod 151
Warna kulit Artis: Fasha Sanda

Kod: 151
Info Warna: Untuk kulit Malay/Neutral. Kod ini cerah sikit dari kod 150
Warna kulit Artis: Maya Karin

Kod: 152
Info Warna: Untuk kulit Malay/India. Kod ini lebih kurang dengan kod 151tapi gelap sikit saja. tak banyak beza
Warna kulit Artis: Nurul

Kod: 153
biasanye digunakan utk kulit paling gelap & Berfungsi sebagai shading (kecilkan bentuk muka/pipi/dagu & utk mancungkan hidung)

Additional Foundation
untuk tutup segala cela yang ada :)

Kod: 161 [yellow]
bertindak sebagai cement utk cover/tutup lubang2/bekas jerawat/parut utk mereka yang BERKULIT GELAP

Kod: 171 [green]
bertindak sebagai cement utk cover/tutup lubang2/bekas jerawat/parut utk mereka yang BERKULIT CERAH.

Kod: 181 [white]
Highlight/base make up.utk cover lingkaran gelap bawah mata

p/s : nik pakai kod 141

naper naturactor foundation ni jadi pilihan nik :

* sesuai di pakai bila2-bila masa saje sebab dia ringan dan senang di basuh

* tahan lama sebabnya tak perlu pakai banyak. pakai sikit je dah cukup, cuma perlu apply lebih kat tempat yang bermasalah.so boleh jimat pakai untuk lbh kurang 6 bulan ke setahun.

* boleh tutup parut2 jerawat yang kecil

* muka nik still berminyak tapi tak de la mcm dulu.kalau dulu tak sampai 10 minut letak foundation, muka dah berminyak balik.tp bila pakai faudation naturactor ni, lambat skit pengeluaran minyak tu..bila kita berpeluh or terdedah dengan pancaran matahari, muka kita akan nampak berminyak sikit dan glowing secara semulajadi dan tak bercapuk.



* HALAL kerana diperbuat daripada tumbuhan organik.

nak tahu naturactor foundation yang original atau tiruan, tgk video ni yea



update :

kualiti dari China dan Japan adalah sama sebab dari kilang yang sama..BEZA KENAPA JEPUN 5 KOD DAN CHINA 10 KOD :

- Ini kerana hanya 5 warna code pilihan yang sesuai dengan kulit negara Jepun yang kulit mereka putih kemerahan berbanding dengan ASIA.

Untuk pengetahuan anda, Meiko Cosmetic Inc. di China(Tai Hing Trading Co., Ltd., ) mengeluarkan 10 rangkaian warna code untuk China ialah untuk pasaran Asia seperti Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa dari berkulit cerah hingga ke kulit gelap..cuma yang berbeza kalau TIRUAN..hati hati lah ye.. :)


so apa lagi
cuba try test okey :)

saya pengguna Virgin Coconut Oil



Assalamualaikum semua

sebelum ni nik memang tercari2 ubat, krim atau atau apa saja yang boleh hilangkan jerawat dan parut jerawat kat muka.selain tu nak cari benda yg blh kurangkan minyak kat muka jugak.

tapi skarang nik adalah pengamal supplement yang di namakan VCO.
VCO stand for Virgin Coconut Oil .
nik beli yang berbentuk kapsul sebab senang nak telan.



sumber pic en google

beli VCO ni memang tak rugi sebab boleh digunakan secara 2 in 1.boleh terus di makan atau anda cucuk jea kapsul untuk keluarkan minyak dan boleh sapu ke whole face.

mesti ramai yg dah try kan? sebab nik baca banyak komen positif dari pengguna VCO sebab tu la tergerak hati nak try.
nik dah try hampir 3 minggu kot.kesan? mesti la ade.

Kesan VCO pada nik :
- muka kurang berminyak.dulu selalu nya muka penuh dengan takungan minyak bila bangun dari tido.tp sejak guna VCO, minyak kat muka dah berkurangan.
-muka rasa licin
-parut jerawat semakin pudar
- 2 ari nik amalkan supplement ni, jerawat ade gak bertempek kat muka ni tapi tak lama.jerawat cepat kering.
-whitehead dekat muka pun senang keluar



tak kisah la kulit tak licin dan halus pun sekurang2nya muka tak la bertempek jerawat jea .tak de la penuh takungan minyak tiap masa kan.hehe

alhamdulillah.syukur apa yang ade :)

wardina...u inspired me

Assalamualaikum



mahu kongsi video yg menarik ini:)

pendekatan yang Wardina guna ni memang sangat bagus dan sesuai untuk dijadikan panduan & dipraktikkan bagi mengajar anak berpuasa.



semoga bersama-sama mendapat manfaat

selamat menonton







kak wardina, u inspired me

wanna be good mom like u

InsyaAllah

terima kasih sebab berkongsi tips cara nak didik anak dgn baik



Tahniah One Heart Creative Solution .

terus maju jaya dan hasilkan video yang lagi menarik

InsyaAllah



Popular Posts