sudut pandangan seorang isteri tentang kes video seks anwar ibrahim



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


Tak ade niat nak berblog tentang kisah politik . tapi nik terpanggil nak buat entry ni.cuma nik memberi pandangan dr sudut seorang isteri

sekarang ini heboh tentang video seks seseorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim

persoalannya adakah video tersebut tulen atau semata mata untuk menjatuhkan maruah seseorang? adakah benar Anwar Ibrahim terlibat sama didalam kes video tersebut.

jika betul Anwar Ibrahim dalam klip tu?
tak dapat bayangkan betapa sedih dan hancur luluh perasaan seorang isteri
hanya insan terpilih dan benar2 kuat dapat melalui semua ini
ini ujian Allh untuk hambaNya

tapi jika bukan Anwar Ibrahim dalam klip tu?
betapa berdosa orang yang membuat fitnah demi pangkat dan harta
hingga sanggup melukakan perasaan seorang isteri dan anak2 yg sudah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 lagi.
mintak2 la kita sume terlindung dari sebarang fitnah
saya tak dapat bayangkan jika saya yang berada di tempat isteri dan anak2 Anwar

beliau sentiasa mejadi peneman dan isteri yg setia disisi suami tercinta. nik tak rasa yg dia berpura2 kuat. dia mmg kuat dan tabah.bayangkan la suami beliau terbabit dengan kontroversi sejak lebih 10 tahun.org yg kuat sahaja dapat melalui nya.hebatkan hati wanita ini.

tak kisah jika kontroversi itu benar atau salah.org luar jangan sibuk nak bercakap jika tak tahu kisah sebenarnya.wahai wanita, khususnya isteri .bayangkan jika perkara ini berlaku pada anda.adakah anda sekuat Wan Azizah?
saya mencemburuinya.riak wajah nya tenang walaupun di landa pelbagai musibah
dari wanita biasa hingga menjadi seorang presiden
itu semua dari kekuatan dan ketabahan hatinya

apakah layak Anwar menjadi suami kepada wanita seperti Wan Azizah? jangan di bahaskan perkara yg bodoh itu.jodoh semua di tangan Allah.mcm mana ukuran anda mengatakan Wan Azizah tidak bahagia bersama Anwar.dengan hanya melihat kontroversi yg menimpa Anwar anda sudah membuat anggapan yang Wan Azizah hidup terseksa bersama Anwar.ceteknya pemikiran anda.

beliau ade hak untuk mempertahankan maruah suami nya jika dia merasakan suaminya teraniaya
berapa ramai lelaki yang mempunyai wanita hebat seperti Wan Azizah di sisinya
nyata DSAI amat bertuah

sebagai Muslim, Islam melarang kita menuduh seseorang itu bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah.

jadi

adakah Anwar bersalah sebab tidak berani bersumpah laknat?

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan. Bukannya mengangkat sumpah laknat" - Dato Md Hashim Yahya (Bekas mufti Wilayah Perseketuan)

jika Anwar sumpah laknat, adakah itu akan menghentikan semua tuduhan ke atas beliau ? adakah semua orang akan percaya beliau tidak bersalah ?

Antara tanda2 kiamat

* Zina bermaharajalela
* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
* Orang hina mendapat kedudukan terhormat
* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
* Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

rasa macam semakin dekat dengan Kiamat bila baca tanda2 ni kan.
Jika seseorang melakukan zina bertaubat kepada Allah SWT , Allah SWT Maha Pengampun kepada kesalahan hamba-hamba-Nya. Kerana dosa zina adalah dosa di antara hamba dengan Tuhannya.
Tetapi dosa mengaibkan orang lain, membuat fitnah, mengadu domba, memutuskan silaturahim adalah dosa di antara manusia sesama manusia.
Jika manusia yang membuat kesalahan sesama manusia tidak minta maaf secara terbuka semasa di dunia, maka dia akan membawa dosa tersebut dan di hari akhirat akan diambil pahalanya jika tidak cukup dosa orang yang diaibkan akan diberikan pula kepada orang yang mengaibkannya. Maka amat mudah orang tersebut akan menjadi muflis dan dihumbankan ke dalam neraka Jahannam.

sumber
-http://www.abubasyer.blogspot.com/-

psttt..!!!
Buat pemimpin Malaysia, buat la keje anda dengan penuh rasa tanggujawab.bukan sebab harta.Ingatlah sikit, satu hari nanti kita semua akan kembali kepada-Nya. keje kita akan di tanya bila di akhirat .


Wedding of the Year || Putera William & Kate Middleton



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

Rasanya ramai yang dah tengok secara langsung perkahwinan Di Raja iaitu Putera William dengan Kate Middleton kan.nik mmg tak dapat nak tengok la.time tu duk kat office.

jom kita layan gambar-gambar perkahwinan Putera William dan Kate Middleton


gaun satin putih Alexander McQueen rekaan Sarah Burton
suka gaun Kate ni.cantik dan yang penting tak terlalu seksi



Kate ni memang cantik ..tak heran la Putera William boleh terpikat



mereka berdua sangat sepadan


Royal Wedding Kiss

Fakta Menarik sebelum berlangsungnya Majlis Perkahwinan Diraja Putera William dan Kate Middleton

1) Mohamad Al Fayed , bapa Dodi Fayed yang terbunuh dalam kemalangan kereta dengan Puteri Diana di Paris , Perancis pada 1997 , menggesa Kate Middleton membatalkan perkahwinannya kerana keluarga diraja Britain itu akan memusnahkan kehidupannya seperti yang mereka lakukan terhadap Puteri Diana .

2) Kate dikatakan merancang membelanjakan AS$150 000 (RM465 000) untuk pembedahan plastik memandangkan beliau akan menjadi buruan jurugambar dan kaum wanita akan mengawasi setiap pergerakannya .

3) Seorang bekas profesor , Profesor Chris Knight dikatakan akan merusuh , melontar bom asap dan menawan stesen televisyen bersama ratusan yang lain pada hari perkahwinan tersebut (29 April 2011)

4) Seramai 650 tetama terpilih untuk menghadiri majlis perkahwinan yang akan berlangsung di Istana Buckingham . Seramai 250 tetamu dipilih oleh Kate dan William , 250 dipilih oleh Putera Charles , 100 dipilih oleh keluarga Middleton (keluarga Kate) dan 50 lagi dipilih oleh Ratu Elizabeth .

5) Antara tetamu yang dijangka hadir termasuklah pemain bola sepak terkenal , David Beckam dan isteri , Rowan Atkinson (pelakon cerita bersiri Mr Bean) , serta empat bekas kekasih Putera William dan dua bekas kekasih Kate .

Congrats to the both of you on your marriage
I may not marry the royal prince but
I definitely marry my loyal prince
pic comel

:

:

:

:

:


mertua



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

Apa khabar korang?? Hope sihat Alhamdulillah lah ye.sekarang ni musim orang demam dan selsema kan. so jaga kesihatan ok. make sure korang semua kekal sihat selalu.

jarang kot saya bercerita hal mertua saya dlm blog kesayangan saya ni.so arini nak buat entry khas untuk mereka.

ini mak dan abah mertua saya



perasan tak muka mak mertua saya.mcm tak happy jea kan.
sebelum tu dia baru jea lepas nangis.nangis sebab jumpa saudara lama,kalau u olls nak tahu mak mertua saya ni sensitif skit orgnya.

saya panggil dia mak.mak ni byk mulut dan peramah.anak2 dia mmg suka la usik dia coz mak ni sporting orgnya.

mak pandai masak. so kalau balik kat umah dia mmg saya asyik kena di paksa makan jea.ayat biasa kalau pagi2. ' nik mai sarap'.penat gak kadang2.asyik kena makan jea.kalau duk lama kat umah mak, sy mesti berisi ni.hehe

abah mertua saya lak cool dan tenang orgnya.tak banyak cakap.sebab tu saya jarang nak berinteraksi ngan dia.cuma tegur2 manja jea.hehe
ayah mertua saya pun tahu perangai saya yang tak byk cakap ni.hehe

saya beruntung dan bersyukur kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat memahami .Moga mak dan abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan kesejahteraan.terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu.


psttt..!!! tadi terjumpa tips menarik

tips bila bertemu bakal mertua

1.kenali siapa bakal mertua anda itu
Bertanyalah dengan ‘buah hati’ anda,mengenai bakal mertua anda itu. Apa yang mereka suka dan tidak suka. Ketahui jenis perangai mereka..apakah mereka jenis yang tegas,berlembut atau yang jenis santai. Sekiranya mereka dari jenis yang tegas, maka anda haruslah berlembut. Sekiranya mereka jenis yang santai,anda jangan pula “jadi loyar buruk!!!”

2. Masa
Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.

3.Tepati masa
Ini penting kerana ini akan menentukan sikap anda yang sebenarnya.Jangan suka bertangguh dan melambat-lambatkan kedatangan anda.Tepati masa yang dijanjikan.Jangan biarkan bakal mertua anda tertunggu-tunggu kerana mereka sebenarnya lebih gementar dari anda.!!!

4.Jaga pemakaian
Ini sepatutnya anda harus peka,sebab pakaian menentukan peribadi anda.Jangan berlebih-lebih dan “berkurang-kurang” dalam berpakaian dan bersolek.Jadilah diri anda sendiri,asal anda selesa sudah mencukupi.

5.Jaga adab sopan
Bersalam,tersenyum dan menggunakan nada suara yang rendah (janganlah sampai tak dengar pulak). Jangan asyik berkepit dengan “buah hati” anda,sebaliknya duduk berdekatan dengan bakal mertua anda itu.
Awasi cara anda makan dan minum, jangan lebih-lebih memuji masakan tersebut kerana anda nanti akan nampak seperti tidak ikhlas.
Selesai makan,anda perlulah mengemas apa yang patut. Jangan sekadar basuh tangan dan terus ke ruang tamu.
Sebenarnya tidak ada apa yang hendak dirisaukan kerana mereka juga manusia biasa.Tentulah mereka mencari yang terbaik untuk anak-anak mereka.Jadi anda perlu menjadi yang terbaik.

6. Topik perbincangan
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam.
Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?

satu tips jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut, maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan).

Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama

sumber dari :
http://gadisdanwanita.com/

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih hati kita?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

mula2 nak wish congrat buat ex bf saya.dengar katanya dah nikah
sorang lagi dah bertunang
moga kamoo bahagia wahai ex ex ex bf ku..hehe
(aishh..bajet macam ramai ex jea kan )

nik sayang semua ex nik, tapi sayang sebagai kawan jea sebab mereka adalah orang yang pernah jadi sebahagian dari hidup nik dulu.

bak kata Aliyah " tak mungkin kerana sayang. Hanya kadang2 aku terkenang"

sekarang hati saya hanya untuk lelaki ini.


okey..back to d topic

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?

bagi nik
ada yang perlu dan tak perlu dibgtau

perlu kerana
sometimes ade benda yg kita perlu tahu tentang kisah cinta dulu
so bila saya tahu kisah cinta dia dulu saya dapat mengenalinya
saya tahu suami saya tu setia orangnya.

cuma sejak kawen kami jarang bukak cerita pasal kisah percintaaan dulu2
but as long as we ready to hear that..its not a big deal la
tak perlu la sampai nak touching bila ingat kisah dulu2

me and my hubby, kami share kisah cinta kami
what past is past.kita belajar dari each other luv story

tak perlu
jika ia akan buat kan buah hati kamoo sakit hati.lagi2 kalau dapat buah hati yang jenis cemburu .
tak pasal2 bergaduh nnt.

nanti akan ada ungkit mengungkit.lepas tu akan cuba bandingkan diri kita dengan yang lama.
tapi nak buat macam mana,memang manusia ni bersifat ingin tahu.nak je korek sampai puas ati kan

so
apa pun semuanya depends pada setiap pasangan.yang penting ade sifat saling percaya.

Buat insan yang bernama awak



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

actually, entry kali ni just wanna share this poem.


Awak tahu tak
saya tak pernah lupakan awk
Dan
Bohong lah kalau saya kata saya tak pernah rindukan awk
Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah sayangkan awk
Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah cintakan awk

Tapi saya harus sedar antara kita sudah tiada apa2 lagi
Awak bukan lagi milik saya
Sejauh mana sekalipun saya mengharap
Semuanya tak akan pernah kembali seperti dulu

Mahu tak mahu kehidupan ini harus di teruskan
Kerana saya masih punya keluarga..rakan2
Dan mereka yg masih lagi menyayangi diri ini

Pesan saya cintailah dirinya
Seperti mana saya pernah mencintai awak
Sayangilah dirinya seperti mana
Saya pernah menyayangi awak
Jagalah dirinya seperti mana
Saya pernah menjaga diri awak
Suatu ketika dulu

Jangan pernah sakiti hatinya
Jangan pernah khianati cintanya
Dan jangan sesekali tinggalkan orang yang awak cinta
Untuk orang yang awak sayang

Jika ada kekurangan pada diri si dia
Jadikan lah kekurangan itu sebagai kelebihan
Yang tidak pernah ada pada orang lain
Angggap lah bercinta dan berkongsi kasih sayang denganya
Ialah peluang kedua untuk menjadi kekasih yang lebih baik

Malah jika benar cinta awak itu kepadanya
Maka berdoa lah semoga ia menjadi kekasih halal awak
Agar cinta awak dan dia
Terus di redhai allah di dunia dan di akhirat

Mungkin si dia bukan yang pertama bagi awak
Tapi biarlah si dia yang terakhir buat awak
Ingat jangan di cari lagi cinta yang telah tersedia ada
Tapi jaga lah ia
Kerana sedalam mana pun cinta itu
Akan hilang kalau tak di jaga

Seperti mana ianya terjadi
Di antara saya dan awak...

Sesungguhnya cinta semalam lah
Yang menjadikan siapa diri kita pada hari ini
Doa saya sentiasa mengiringi kebahagiaan awak dan dia..
Semoga saya juga akan dapat kebahagiaan yang sama suatu hari
nanti... amin...."

pssttt
di ciplak dari notes kat facebook.so tak tahu sapa penulisnya sebenarnya.

Anwar Hadi..kamoo buat sy hilang stress



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

ada sape-sape yang masih tak tido lagi ke?
pagi2 ni nik masih tak tido lagi.tgh layan video yg cool dr Anwar Hadi kat you tube ni
mata ni rasa sangat segar plak

dah tengok 2-3 kali still nak gelak kuat2 ..hehe
bukan setakat kelakar je, tapi lawak dia ni berunsur nasihat.

yea saya tau..mmg saya ketinggalan skit.org lain dah lama bercerita pasal dia kan.
saya baru nak berkisah hal dia.
maklumla.dulu tak layan sgt you tube ni.asyik duk layan facebook jea.
skarang dah bosan dengan facebook so try layan you tube lak.hehe

mamat ni english dia mmg power la. tp nik paling suka dengar dia cakap loghat kedah.
nampak comel kan.hehe
so bagi sapa yang ketinggalan macam nik ni, mai chek habaq skit sapa dia ni
yg nik tahu tentang dia jea la.tu pun menerusi google.ntah btol ntah tidak..hehe

nama penuh dia Noor Anwar Hadi bin Noor Azman Zainol
pelajar TESL dekat Sydney, Australia
Lahir tahun 1990

jom layan video


best part dalam video ni bila dia sebut TGI Jumaat and Resipi Rahsia
kelakar der..can't stop smiling everytime watch this video
nasihat dalam bentuk kelakar.sgt kreatif la
siap ade subtitles dalam BI lagi



paling suka this video
double thumbs up for this cool video
layankan jewwwww


katakan tidak kepada Bahasa Eww.hehe

gadis islam berbogel untuk majalah Playboy



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

dah tak ada sifat malu dalam diri kan.benda yang tak sepatutnya dilihat oleh org lain , sesuka hati jea di tayang.
geleng kepala dan mengucap panjang bila baca kisah seorang wanita Islam yang berbogel untuk majalah Playboy ni.
dunia akhir zaman kan.buat salah pun rasa macam buat benda betul.


Sila Sahin ni model Jerman umur 26 tahun.
"Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak."-Harian Metro-
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," - Kosmo-

majalah Playboy
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya,"- kosmo-
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya,"
"Tolonglah terima saya semula," - kosmo-
dengan berbogel dan bagi semua org tengok aset kita di anggap bebas?
kalau nak bebas kenapa perlu merayu family terima dia balik.
kalau nak bebas baik duk sorang2 jea la.

kalau korang search google boleh jumpa mcm2 gambar seksi dia. tak sanggup nak tengok.
moga dia mendapat Hidayah dan berubah.

setiap larangan dari Allah itu ade kebaikannya.
jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
-http://soleh.net-

dulu dan sekarang



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

time tengok gambar lama2 ..terjumpa la gambar kat bawah ni
sama tak rupa saya skarang dengan rupa saya beberapa tahun dulu
kalau tak silap ni gambar 6 tahun dulu kot ( lama dah gambar ni kan)


saya start berisi time sekolah menengah sehingga la time kat U pun.
time ni tak de yg jeling2 pun.nak pandang apa lagi kan.huhu.. ( bajet skarang ade yg jeling dan pandang jea kan)
kawan U dulu perasan la perbezaan nik dulu dan sekarang.

dulu nik pernah dalam golongan berisi
so nik paham perasaan diorang ( skarang pipi still berisi)

nak tau berat nik skarang berapa?cubalah teka.HeHehe.
tapi takdelah kurus mana pun. sikit je turun.pipi still lagi tembam.
tapi skarang berat badan susah nak naik walaupun kadang2 makan byk gak

susah gak jadi kurus ni. nak cari baju pun susah.lagi2 baju kebaya or baju kurung moden.
susah nak cari saiz kecik

kadang2 stress gak orang duk kata kurus jea.kalau berisi pun kena tegur gak.aishhh...
kurus salah, gemuk salah.


gemuk atau kurus tak penting.yang penting anda sihat.
biar tak cantik luaran tapi cantik dalaman
jangan susah kan diri semata2 untuk kurus.
terima diri seadanya
itu yang penting kan.

deactivate my facebook..starting today



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


keputusan tiba2. I've decided to deactivate my Facebook account
so hanya mahu aktif dalam blog saje
takkan penah deactivate my blog
coz I'm in love with blogging :)

penangan facebook mmg kuat
Dah mcm rutin harian dah.. hari2 kena bukak fb
so masa yg selalu digunakan untuk usha fb, boleh buat benda lain kan.hehe

nak tahu berapa lama sy boleh hidup tanpa Facebook
mungkin satu dua hari. mungkin seminggu dua . saya pun tak tahu
kita tengok la yea.

tapi ade rasa mcm nak create account lain jea.huahua

petang yang indah di taman tasik cyberjaya


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

entry ringkas.
petang tadi saya dan en hubby pegi melepak dekat Taman Tasik Cyberjaya
bosan gak asyik duk kat umah jea kan.lgpun ni tempat rekreasi yang paling dekat ngan rumah
kawasan kat sini luas tuk jogging dan bawak anak2 jalan


taman rekreasi ni ade playground
kat sini tak ramai orang dan tempatnya pun bersih

sempat gak snap pic skit2..hehe




sebelum ke sana , nik ke kiosk KWSP.nak check EPF


muka geram.EPF tak masuk tuk 2 bulan.
tgh bengang.esk nak pegi serang boss.huahuahua
jaga2 en boss


thanks for reading and viewing dear

dating di putrajaya :))


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

petang tadi tak de aktvt nak buat kat umah so kami decide ke Putrajaya
dating ngan en suami di Jambatan Seri Gemilang..hehe
jambatan ni pintu masuk antara Presint 4 dan Presint 5 dari arah selatan
dekat dengan Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC)

en hubby nak try DSLR baru..baru beli so still blaja mcm mana nak setting bagai kan
belajar ape itu shutter speed, ISO, aperture dan macam2 lagi la.
kalau setakat guna AUTO mode, baik tak yah beli DSLR

en hubby kata dia dah jatuh cinta dengan photography
bagus la tu.boleh la snap pics saya banyak2 kan.
tak de la mcm dulu.nak mintak snap pics pun susah..kadang2 sy nak majuk dulu baru nak tolong snapkan pics..huhu

pics kat bawah pun pics ntah apa2 jea.still tgh blaja edit pics gak
okay malas nak merepek tak tentu hala..time to see the pics
cantik ke tidak?

my yellow shoes



jambatan ni sama dengan jambatan Pont Alexandre III kat Paris, Perancis.


PICC





candid :)


thanks for reading and viewing dear

Popular Posts