sambutan hari ibu HARAM ?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

Tiba-tiba saja semalam saya terbaca kenyataan bahawa sambut hari ibu haram kerana perayaan itu mula disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama Kristian. Kononnya Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

pic en google

Persoalannya adakah Greek kuno dan Roman kuno beragama Kristian? Kalau begitu jawapannya, sah hari ibu itu diasaskan oleh orang Kristian. Tetapi kalau benarlah diasaskan oleh Kristian, tidak bolehkah kita mencontohinya? Apakah sambutan hari ibu itu terdapat pengaruh agama Kristian atau atas kesedaran mereka sendiri yang tiada kaitan dengan agama?


Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”


Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.


Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?

Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.


Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram.

kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Editor Majalah Solusiaaa

dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama

menggembirakan para ibu dengan menyambut Hari Ibu adalah suatu perkara yang dianjurkan oleh agama selagimana tidak berlebih-lebihan dan tidak menyambutnya dengan mengadakan perkara-perkara yang berbentuk maksiat dan menyambut Hari Ibu untuk mengagung-agungkan Tuhan Ibu adalah perkara yang jelas kekufurannya dan menyekutukan Allah adalah suatu dosa besar di sisi Allah SWT.

sumber
http://azhari4ummah.blogspot.com

my opinion :

dalam agama Islam , apa yang kita buat mesti beserta dgn niat. Selagi niat kita tak bercanggah dgn syariat Islam, rasanya tak salah nak wish selamat hari ibu.

sama jugak mcm sambutan hari guru.tiap2 hari boleh bg perhargaan untuk guru tp tak salah adekan hari khas untuk sambut hari ibu sama mcm sambutan hari guru .

saya dan family tak penah beria2 sambut hari ibu, cuma kami adik beradik bagi ucapan sahaja.
tiap2 hari kami sayang ibu kami.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts