Drama NORA ELENA best ker?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

sekarang ni mesti ramai yang tengok drama Nora Elena tiap-tiap petang kan. nik dah terjatuh hati lak dengan drama tu. jarang drama tayang kat slot Akasia ni menarik minat nik tuk tgk. tp bila drama Nora Elana ni di tayangkan, nik mmg melekat la kat depan tv duk nengoknya.huhu

drama yg diadaptasi daripada novel "Kasih Yang Suci" oleh Meen Zulaikha.
ramai yang kata novel ni best.so harap2 drama ni pun sama best dengan novelnya.

drama ni lakonan Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, dan Wan Sharmila.
pelakon dia cantik dan hensem2 tau.huhu


site saleha aka NORA ELENA..heroin drama

bagi yang tak tengok lagi, ni sinopsis drama tu (cilok dr en google)

sinopsis
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
skarang tgh geram dan menyampah sangat kat Eid tuh .boleh pulak dia putuskan tunang.amboi tak nak wanita di tebuk tupai yea.mcm la dia baik sgt.emo btol tgk drama ni.

tak sabar nak tengok sambungan drama ni isnin nanti.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts