Sultan yang harus dicontohi..Sultan kesayangan rakyat Kelantan..ALLAHUAKHBAR!!!!



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V

sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana

Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya

Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab.

Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena redha, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.


Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

sumber
syahirul.com

*********************************

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.
memikirkan cara membantu rakyatnya menambahkan pahala

bangga menjadi rakyat tuanku. Semoga Allah memberkati Tuanku.
dah lama saya tunggu saat pertabalan Tuanku.akhirnya, Tuanku Sultan kami :)
ALLAHUAKHBAR!!!!

Info Sultan Kelantan
Tarikh lahir : 6 Oktober 1969, Kota Bharu, Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan : 6 Oktober 1985

Pemangku Raja Kelantan : 24 Mei 2009

Pemasyhuran Sultan (Sultan Kelantan ke-29) : 13 September 2010

Pendidikan:
1974-1975: Tadika Fatimah Convent, Kota Bharu

1976-1981: SR Sultan Ismail 1, Kota Bharu

1983-1989: The Alice Smith School, Kuala Lumpur dan Oakham School, Rutland, England

1989-1991: St Cross College (Pengajian Diplomatik) dan Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS)

Huron University College, London (Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan)

Deutsche Stiftung Internationale Entwickung, Berlin, German .(Hubungan Diplomatik)

European Business School London (European Business Administration)
tak salah kita berbangga dengan negeri sendiri kan.asal jangan terlalu taksub.setiap dari kita mesti bangga dengan negeri masing2 kan.

congrats to Red Warrior .ganah sek kito.
gomo kelate gomo
penuh stadium..kuatnyer sokongan fan kelantan ni.


semangat anak jati kelate

tak pe la negeri saya di katakan tak maju pun.tp saya ade Sultan yang terbaik.
kadang2 saya tak faham kenapa ade yang tak suka org kelantan.siap ade entry khas tuk org kelantan.org kelantan suka beraduh la, lelaki kelantan panas baran la.diorang bercakap mcm diorang ni kenal sgt jea org kelantan.

sapa ko nak kutuk2 orang ni.rasa diri hebat sangat kah ?
org kata kalau tak kenal maka tak cinta tau.so kenal2 la dulu sebelum nak berkata.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts