sahabat ,
sekarang umur kita dah 22 tahun. kita dah berkawan lebih kurang 14 tahun. susah kan nk kekalkan persahabatan selama ni? jadi aku xnak sia-siakan kau. sb kau sahabat yang aku xcari, kau dtg tanpa aku sendiri sedari.. mengimbau kenangan lepas, terasa sangat sebak. terlalu banyak kegembiraan yang kita lalui bersama. kita xsedar kan bila kita mula berkawan. kita main basikal (kau bagi aku pinjam basikal sb aku xde beskal ). nenek aku nak baling aku pakai buah sukun busuk lembik kat aku sebab naek beskal kau. kita main nyorok2 blakang umah imon, aku sampai baring dlm semak, dan selalu nya aku la orang2 terawal y dijumpai . sebak.. itu y aku rasa sekarang. mungkin sebab aku sgt rindu dgn masa- masa kita dulu.
sahabat ,
dulu dan sekarang, kau orang yang pertama aku carik bila aku balik pahang. seramai mana pun orang yang aku jumpa.. tak sama dengan kau. kita sama. tak suka berkawan dengan perempuan. bagi kita "perempuan penuh dengan drama". kita suka berkawan dengan lelaki. sebab lelaki simple, lelaki tak banyak songeh, lelaki jarang busuk hati, lelaki jarang nak cemburu2 dengan sahabat sendiri. kita simple, kita xmenggedik, kita tak manja2 hipokrit aku syg kau, kau syg aku, tapi kita gembira bukan?
sahabat ,
bila ketawa, kita ketawa sama-sama. mengimbau imon tergolek jatuh moto. mengimbau mengorat2 cikgu. mengimbau kenakalan yang pernah kita buat. kau teman aku dating, kau antar aku dating. first love tuh. mampos kalau abah aku tau mase tu. mesti kena pelangkung dgn selipar jepun. sampai sekarang aku tak lupa. bila dia tinggalkan aku dulu, aku menangis luah kan kat kau. buruk kan aku menangis? huuu. padan muka aku
sahabat,
kau ingat tak? dulu kau selalu jugak datang uma aku. kita masak sama-sama, pastu kita makan sama2. tapi bila aku sambung belajar, semua tu dah tak de. orang lain yang teman kan aku makan kfc, pizza. orang lain yang teman aku study. tapi tetap tak sama macam kau. now bila aku balik pahang, capai moto kita g makan burger, kita g mimum abc, walau tak sehebat pizza, walau xsesedap kfc. aku akan sentiasa hargai waktu2 kita.
aku nak kau tahu... sejauh mana kaki aku melangkah, sejauh mana aku pergi.. kau tetap jadi yang terbaik.. aku tak janji yang aku akan selalu ada, tapi aku janji yang aku akan sentiasa sayang kan persahabatan kita. mungkin tak nampak pada tingkah laku aku, tapi Allah maha mengetahui keikhlasan hati seseorang.. aku berharap, aku juga sahabat y baik didalam hati kau. akhir kata. aku sayang kau sahabat. dari dulu, sampai bila-bila..
p/s : tadi kau mesej fb aku, kau kate kau selak album lame, n ade gambar2 kita berdua. terbukti kau syg aku jgk kan? wahhahaa. kantoi suda. jgn la malu. aku pun syg kau. kau sahabat dunia akhirat aku, insya Allah..;')
No comments:
Post a Comment