menulis sambil memandang hujan.. rasa damai, tenang di sini ;) alangkah bertuah seorang pemuisi, dpt meletakkan kata2 sebagai ungkapan perasaan- perasaan mereka.. buat aku terasa turut sama mahu berpuisi.. aku bukan pemuisi, jauh sekali, tapi aku cintakan puisi, kata-kata yang indah dpt melembutkan byk hati .puisi kasih untukmu...kasih kepada siapa.. kepada sesiapa saja yang mempunyai rasa kasih ;)
menulis adalah sesuatu yang terindah bagi aku, berkata-kata didalam hati meskipun dalam kebisuan. membiarkan jari-jari ini menulis segala isi hatiku, salah satu cara aku meluahkan bicara. tapi jari- jari ku beku,.
kata-kata mutiara :
banyak di antara kita merasa susah untuk mencari kebahagiaan, padahal kebahagiaan itu sangatlah sederhana, iaitu menerima dengan ikhlas semua hal yang sudah kita terima dan berbuat dengan ikhlas apa yang semestinya kita lakukan, dan ikhlas itu bukan bererti bersikap pasif dan pasrah pada segala hal, tapi wujud dari ketegaran hati yang di bentuk oleh kejujuran pada diri sendiri
dulu aku memandang hujan dengan kesedihan, i wonder why... i just dont have the answer. but just now, i'm singing in the rain, walking in the rain.. what a wonderful feeling, i'm happy again. peaceful in heart, semua nya dari hati, jika hati kesedihan all the thing we do dalam kesedihan, kan bagus if hati itu sentiasa tegar, kuat , xlemah dengan kesedihan ;)
mengetuk jari- jati ku perlahan pada keyboard, lama ia begitu... tak tahu apa yang ingin aku coretkan, hati aku terasa bisu pandanganku kosong tak mampu untuk terjemah segala isi hatiku.. cerita-cerita hati yang tak dilisankan, xmahu sesiapa mengetahui..
andai nya aku punya pilihan lebih dari satu, biarkan aku melihat nya bahagia, andai aku mampu untuk berucap biar kan aku meminta kebaikan untuk nya, izinkan semua berjalan apa ada nya tanpa ada kebohongan lagi
aku tak mahu lagi, kerana ia kisah semalam...ingin rasa nya aku gantikan kisah semalam dengan sesuatu yang baru, semua nya.. tapi aku tak kan mampu, aku hanya mampu bercerita.. aku rindu... aku terpaku mengenang kisah kisah semalam, jari ku beku kembali... mohon maaf atas ketidak sempurnaan aku... andaikan ku tersenyum, apakah itu biasa? apakah itu indah? dan aku tersenyum lagi ;) "semoga engkau selalu bahagia"
word of the day :
let the rain wash the pain of yesterday ;)
No comments:
Post a Comment