sungguh... aku cemburu..




dengarkan kisahku... .dengarkan. biar dia salah sangka , biar dia salah anggap, biar dia salah menduga. biar dia tahu yang buruk, sebelum dia mengharapkan yang baik- baik dari ku . kerana cinta bagiku,  ketika aku salah.. dia selalu maafkan aku, ketika aku marah, dia selalu tersenyum untuk ku, ketika aku sakit, dia selalu berikan yang terbaik untukku.. ketika aku pergi, dia masih dan akan sentiasa menunggu dan menyayangiku..

kaku jari jemari aku untuk meluahkan rasa. aku masih terpaku dengan keindahan dan kesedihan semalam, cuba memandang sekeliling, ada yang sedang tersenyum, ada yang sedang ketawa. tapi aku?? masih terperangkap dengan perasaan yang menjeruk rasa. aku tidak tahu sampai bila, bukan aku tak pernah mencuba menghargai keindahan yang selalu ada dengan ku, aku akan sentiasa cuba. tetapi aku tak tahu bagaimana menghentikan kisah semalam, dimana akhirnya? dimana kesudahannya? 

saat melihat rakan-rakan lain yang bakal menuju pada satu fasa kehidupan yang lain. bertunang, bernikah. aku masih lagi di sini. berhenti pada satu titik yang tidak tahu mana hala tuju nya. sungguh !!, aku cemburu dengan mereka. cemburu dengan satu lagi kehidupan yang bakal mereka tempuhi. aku bukan cemburu kerana mereka bertemu cinta sejati terlebih dulu..




tetapi.....

cemburuku kerana kau bakal menyempurnakn separuh dari agamamu,
cemburuku kerana setiap tindakmu terhadap pasanganmu bernilai ibadah,
cemburuku kerana engkau berjaya menyempurnakan sunnah Nabi kita,
cemburuku kerana engkau bakal menjadi penyambung umat..


sesungguhnya aku cemburu.. 


namun aku turut berbahagia.. kerana syaitan bakal menangis,
melihat satu lagi pasangan dari kalangan hamba-Mu,
mendirikan rumahtangga.. demi menggapai redha-Mu….
penutup dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan lain



semoga cemburuku hilang..


apabila aku temu insan yang memahami, yang mahu membimbing aku,
apabila insan itu menerima segala ketidaksempurnaan aku,
apabila insan itu menjadikan aku sebagai permaisuri hati,
dan saat itu, biar perit, biar sakit, biar pedih,
aku akan melangkah meninggalkan kisah kisah yang sentiasa bersamaku,
aku pergi tnpa bpaling, kerana ada insan y xkan mlepaskan aku pergi,




kerana aku lelah menunggu, aku lelah cemburu. kerana aku.. tak mampu..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts