when your heart start to burn, and your heartbeat speed up , when your stomach tighten, and your lung close up, when your tears rush to your face faster than you ever dreamed possible, that is the worst pain you will ever feel, that's your heart breaking
semua orang merasa, sakitnya menahan hati yang terluka. sakitnya melebihi segala-gala nya. ironi nya ini lah sebuah kehidupan, disaat kita ketawa, ada yang sedang menangis hiba, disaat kita sedang menangis , ada yang sedang berbahagia disana. kadangkala, kita rasakan yang kita dah jadi yang terbaik untuk seseorang, tetapi adakah dia turut merasa yang sama?
luahan airmata seorang lelaki
kau sedih? kau faham perasaan dia. tapi kau pernah tau apa yang aku rasa? perasaan aku! kau seorang sahaja y menderita? kau y terluka? pernah fikir apa aku rasa masa kau tolak aku? selama ni bila kau mintak masa, aku bagi, aku xganggu kau exam, xganggu kau study, tp kenapa kau xboleh tunggu aku jelaskn semuanya? aku tunggu kau lagi lama la!
kata-kata yang penuh emosi. hanya aku kau sebagai pengganti diri. derita kah diri mu wahai lelaki? sedih kah hati mu dengan semua ini? suatu ketika dulu, airmata lelaki itu pernah menitis, melepaskan amarah pada diri sendiri, menumbuk dinding konkrit yang keras tanpa pedulikan kesakitan yang ada. bengkak jari- jari nya. merah. sakitkah kamu wahai lelaki, sakitkah hati kamu melebihi sakit yang zahir itu. airmata itu tak berhenti menitis. menitis laju. mungkin selaju degupan jantung nya. disitu duduk seorang perempuan, yang turut sama menangis. memegang jari-jari si lelaki yang merah. yang mula membengkak. sakit dan pedih hati nya melihat lelaki yang dia sayangi menangis, menyakitkan diri sendiri. perempuan itu buntu.
saya tak letak diri awak rendah, saya cakap semua tu ketika saya marah... dan itu jugak sebabnya kita perlu berpisah.. you deserve better than me.. mungkin betol kata awak, lebih baik memilih orang yang sayangkan kita daripada orang yang kita sayang.. saya doakan awak berjumpa jodoh yang lebih baik dari saya zahir dan batin...yang boleh jaga awak seumur hidup awak... saya tak sanggup tengok awak sedih atau derita disebabkan saya... i'll pray the best for your life.. thanks for your love and what you had sacrifice for me.. i'll never forget the moment we have been together..
hati lelaki itu adakah sesiapa yang memahami? kadang kala, kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk seseorang, tanpa kita sedari apakah perasaan sebenar yang tersembunyi di dalam hati itu. mungkin hati dia juga sedang sakit, mungkin.. siapa tahu.. hanya dirinya, dan Allah yang mengetahui. di sebalik keegoan seorang lelaki, ada kasih sayang dihati nya.. di sebalik ketegasan seorang lelaki, ada kelembutan yang ditutupi. kerana dia fitrah seorang lelaki.. semoga ada yang dapat memahami hati lelaki itu..
luahan airmata perempuan
aku tak tahu siapa kau ketika itu. tetapi melihat dan merenung wajah kau walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Di tangan mu terkejap Al- Quran. kau langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian. aku hanya memandang dari kejauhan, ingin mendengar setiap butir bacaan kau. melihat rakan-rakan yang teruja melihat diri kau yang sedang duduk keseorangan.. menatap kalam Allah.
awak, semalam.. hari ini.. saya menangis teringatkan awak, tetapi saya tahu.. awak adalah ujian hati yang Dia beri pada saya. saya tak mahu membenci awak, kerana ada kegembiraan yang awak beri pada saya.. saya tak mahu berdendam, kerana ada kebahagian yang awak beri pada saya. awak pernah beri saya senyuman, bukan hanya derita. saya lepaskan awak dahulu, sebab saya tahu awak akan kembali pada saya hari ini, dan saya lepaskan awak sekarang, kerana saya percaya janji Dia. bukan saya mengalah, bukan saya tak cukup kuat.. tetapi saya hanya pasrah. dan saya sedar redha itu indah. saya tahu.. saya bukan sebaik-baik manusia, terima kasih atas doa awak. saya juga akan selalu doakan awak. semoga awak belajar bersungguh-sungguh, semoga awak dapat pekerjaan yang bagus... dan mendapat kebahagiaan yang awak cari... saya tak janji apabila kita bertemu nanti hati saya tetap pada awak, tetapi saya berjanji akan dapat lupakan kisah-kisah derita kita. kerana hanya dengan itu kita dapat melepaskan kisah-kisah semalam, dan dapat menjalani masa hadapan...
dia masuk kedalam bilik air, perlahan.. tanpa membuat sebarang bunyi.. dia membuka air, dan membiarkan curahan-curahan air itu jatuh di badan nya.. biarkan airmata itu mengalir dengan laju, kerana tak sesiapa dapat mendengar tangisan nya itu. tiada siapa yang melihat airmata yang bercampur bersama curahan-curahan air yang turun seperti lebat nya hujan.. tiada siapa melihat dia menahan kepedihan. tak siapa melihat. dia menutup segala perasaan nya seperti dia menutup pili air. dia membuka pintu, dan meletakkan satu senyuman palsu. senyuman yang penuh kesakitan.
kita tak mungkin mampu buat semua orang bahagia, tetapi apa yang mampu kita buat adalah mendoakan kebahagiaan mereka. mungkin hanya sebuah cerita, atau mungkin kisah-kisah hati yang sedang terluka. hanya hati-hati yang terlibat mengetahui. mungkin bukan hati lelaki dan perempuan ini sahaja yang menangis. mungkin ada yang juga sedang merasa kesakitan yang sama. kata seorang sahabat, setiap orang mempunyai fikiran yang berbeza. melihat sesuatu perkara dengan sudut pandangan yang berbeza. mungkin ada yang menipu untuk menjaga hati orang yang dia sayang, atau mungkin ada yang senang berterus terang melukakan hari ini, untuk tidak melukakan di masa hadapan. itu lah unik nya ciptaan Allah. walau apa pun yang terjadi hari ini, adalah hikmah untuk masa hadapan. redha itu indah, sabar itu manis. sematkan satu didalam hati "aku percaya dengan janji Allah, yang Dia takkan biarkan hamba-hamba Nya menangis, melainkan kerana Dia rindu hamba Nya mengadu, dan kerana kesedihan, kesakitan, bahkan hanya terkena duri sekalipun adalah penebus dari dosa-dosa yang pernah kita lakukan" terima kasih Allah, aku mensyukuri apa yang kau berikan..
No comments:
Post a Comment