kisah sebutir bintang




suatu hari pernah aku dengar sebutir bintang berbicara pada bulan “aku tidak ingin lagi menemani mu..  mulai malam ini dan seterusnya” katanya.


mengapa?” tanya bulan.. “padahal aku menyintaimu... aku menyukai malam-malam aku dimana kau ada.. dan menemani ku hingga fajar menjelang kata bulan lagi..

tetapi bintang itu hanya diam meredup dan dia  bersembunyi di balik gelapnya malam. selepas bulan berbicara dengan nya, bintang itu pergi menghilang . bintang kesedihan mengetahui ada matahari diantara mereka.


bintang itu mencintai bulan. tetapi adakah benar  bulan juga menyintainya seperti diri nya. jadi siapa pula matahari diantara mereka ? kenapa bulan tidak membencinya sahaja, tetapi bulan menyatakan menyintainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemani nya malam nanti. 


bintang yang sinarnya paling terang adalah bintang yang berwarna biru. tetapi bintang yang sedang aku ceritakan hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah. sinarnya sedikit. kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian  berkata pada bulan “Aku mencintaimu!”.


pada bintang, bulan mencintai matahari, kerana ia dapat membuat bulan bersinar indah diwaktu malam. ia membuat bulan selalu ditunggu oleh para pencinta malam. ia membuat bulan selalu dinanti oleh para pujangga yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta.. tetapi bintang hanya dengan di lihat di langit malam. kadang ada, kadang tiada.. hanya anak-anak kecil menunggu kehadiran bintang agar dapat bermain-main dilapangan  kampung. 


bintang merasa tidak mendapat keadilan. bintang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya.. tetapi bintang juga merasa tak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak dapat melakukannya kerana jaraknya yang sangat jauh.


semalam bintang berbicara dengan matahari. bintang meletakkan dirinya digarisan yang paling rendah.   serendah yang mungkin boleh dihina-hina. memohon kemaafan atas hadirnya bintang disetiap malam bulan, menerangkan segalanya, yang bintang hanya peneman bulan. tiada apa-apa diantara mereka. bintang semakin redup, redup bersama kesedihan disetiap tutur bicaranya. bintang mengalah.. tidak mengapa, jika ini dapat tenangkan matahari, dan dapat bahagiakan bulan. hanya itu y bintang mampu lakukan.


bintang meminta petunjuk daripada Pencipta nya. atas satu nama teman setia. ia nya bukan mudah.  di dalam mimpi itu, ada bintang biru tetapi tiba- tiba bulan datang. ia nya seakan-akan kabur. di mimpi kedua nya.. bulan melutut hiba, menangis kan sesuatu. bintang tidak tahu apakah maksudnya mimpi-mimpi itu. dan bintang tak akan berputus asa sehingga ada keyakinan. bintang meminta Pencipta melorongkan keyakinan atas apa jua keputusan yang dia lakukan. dan bintang yakin, waktu ini.. saat ini, apa yang harus dia lakukan adalah melepaskan bulan. biar bulan bersinar tanpa bintang.


kerana itu... sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman-temannya.. “Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini” kemudian ia menghilang terus, tidak hanya meredup dan bersembunyi di balik gelapnya malam seperti sebelumnya dan tak pernah lagi menemani bulan.. dia jatuh ke bumi, bersama hampanya perasaan.


aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang, BINTANG ITU ADALAH AKU. aku menjauh kerana aku tak mahu ada yang menderita. aku mahu bulan mencari kebahagian yang dia dambakan semasa  dia tiada bersama aku. dan betapa pun aku tak ingin lagi menemani bulan, tetapi kadangkala aku sangat merindukannya. dan ketika itu aku akan menatap bulan dan mendengarkan percakapan semesta. tapi bintang hanya diam membisu, mendengar dan melihat dari bumi. tidak mampu menggapai langit.


untuk soalan itu "kau masih berharap dengan dia? kau masih sayangkan dia?" jawapan aku mudah, dimana pun dia... dimana pun aku.. selagi Allah memberikan rasa itu, aku akan sentiasa beristiqamah dengan rasa itu. selama ini.. aku tak pernah berharap, tetapi aku bersabar.. kerana aku percaya janji Allah. yang Allah itu maha adil, Dia mencipta setiap manusia dengan sebaik-baik takdir. jadi hanya mampu sujud syukur atas segalanya.. aku mensyukuri kerana apa yang terjadi waktu ini membuat hidup aku  ADA HALA TUJU.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts