pohon semalu itu.. sering dipijak-pijak.. hidupnya hanya di pinggiran. ramai orang melalui kisah yang sama. hanya watak yang berbeza. sama ada dia menjadi pohon semalu yang berduri dan sentiasa dipijak, ataupun dia menjadi seseorang yang memijak.. dan mungkin tidak merasa sakit sedikit pun, mungkin kerana dia tidak punya perasaan.
gadis itu merenung jauh kehadapan.. dia tidak mahu menjadi pemijak, menyakiti pohon semalu.. seperti manusia yang tidak punya hati untuk melukakan sesiapa pun. tetapi, dia juga tidak mahu menjadi seperti pohon semalu yang hanya dipijak-pijak, walaupun dia punya duri, namun durinya kecil.. tidak mungkin mampu pertahan kan diri.
dirinya hanya insan biasa.terkadang kesilapan sentiasa berlaku. terkadang kebaikan membawa tuah. "awak adalah yang terbaik". ada tutur kata dari insan lain untuk dirinya. gadis itu berterima kasih atas penghargaan itu. tetapi tidak bererti dirinya mampu melakar sejuta bunga dihati insan itu. kerana dia sedang merawat luka. mungkin hanya dengan tersenyum dapat meleraikan sekelumit perasaan yang menjeruk rasa.
untuk kali pertama mata gadis itu melihat satu kisah yang membuat dia diam membisu... kelu. membiarkan hati mentafsir sendiri. apa yang sedang terjadi? mengapa ia terjadi? kenapa mesti mereka bertemu jika akhirnya membuatkan airmata mengalir tidak berhenti? gadis itu sangat letih.
gadis itu merasa gelap gelita. dia terduduk sepi. dia memandang pada renungan yang amat jauh. jauh sekali. tetapi mungkin ia tidak menjanjikan apa-apa. Ya Allah ... salahkah gadis itu yakin pada takdir. kerana dia juga cuba meminta, berdoa, dan berserah.. agar semuanya kembali tenang. gadis itu sedar siapa diri nya. dia sujud pada alas keinsafan dan cuba membawa hati ini padaMu. andai kisah itu benar. di panjat syukur pada Mu. tetapi andai kisah ini sebaliknya. labuhkan lah tirai pentas itu. agar gadis itu tidak lagi merasa sakit dengan apa yang telah berlaku. gadis itu kini selalu membaca, hari ini dia terbaca sesuatu, tentang hati.
hati manusia dapat dibahagi kepada tiga jenis. iaitu :
1) hati yang mati : iaitu hati y lalai dan tidak pernah mengingat Allah.
2) hati yang sakit : iaitu hati yang sedang bermasalah kerana sedikit mengingat Allah dan kerap melakukan maksiat. keadaan hati ini lebih baik daripada hati yang mati. hati ini masih tersimpan kerinduan untuk kembali pada-Nya, sedangkan hati yang mati telah terkunci rapat.
3) hati yang sihat : iaitu hati yang hidup dan bercahaya kerana sentiasa berzikir pada Allah, menjauhi larangan-Nya, dan menjalankan perintah-Nya. "Dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah".
astagfirullahalazim. Ya Allah. sebak hati gadis itu... hatinya sakit kerana sedikit mengingat Allah. kadang dia terleka dengan permainan yang hanya indah pada zahirnya. sungguh.. hatinya sakit. tetapi dia bersyukur, kerana hatinya tidak mati. hatinya masih rindu untuk kembali padaNya.
wahai hati.. aku mahu kamu kembali sihat..
No comments:
Post a Comment