Showing posts with label my job. Show all posts
Showing posts with label my job. Show all posts

kawan opis


Assalamualaikum semua (^_____^)

sorang lagi kawan opis resign sebab dapat better offer.
tinggal kami2 yang lama jugak la yang masih setia kat opis ni.

kawan yang baik memang sayang nak dilepaskan

tahniah dan good luck LIN
moga tempat baru ni lebih menyeronokkan
jangan lupa kami kat sini
happy dan ceria selalu ya :)

kami sibuk duk posing. mentang2 la boss on leave seminggu kan
syurga dunia tau bila boss tak de.

tapi kan.boss ader ke takde still kena buat keje gak..huhuhu
cam tak caya jer kan?
 tapi itu lah realitinyer..nik  pun taktau naper  nik baik sangat..kehkehkeh.
*tangan didada mata keatas


sebenarnya kat ofis nik ni, facebook , youtube , YM dan  segala bentuk hiburan memang kena block
.kami hanya dapat access email company dan system company saje. strictkan company ni

kononnya nak tingkatkan prodiktiviti la tu. nanti kerja tak siap, asyik layan fb je...opss
twiiter nik dapat access tau..ntah kenapa twitter kat tempat nik tak kena blog pulak
so kalau bosan sangat bukak jea la twitter tu



budak opis :)
LIN,  KAK ROZI, NADZIA, JU
kerja kat sini ade jugak yang best.. dapat officemate yang giler2
kalau stress pun sebab client dan boss jea..huhu

ermmm
sampai bila agaknya saya mampu bertahan :)

nak RESIGN jugak..huhuhu


bila diri tidak dihargai


Assalamualaikum ^_____^

saya dalam proses untuk resign dari syarikat sekarang. cukup la  hampir 2 tahun kerja sini.
mesti ada yang kata, tak baik memburuk-burukkan company lama, tapi terpulang lah pada korang tuk menilai
nik cuma suarakan pendapat peribadi. masing-masing punya pandangan sendiri

semakin hari kerja disini, semakin membosankan
rasa kerja yang di buat tak di hargai.
saya sedih.tuhan sahaja yang tahu.

sebab tu saya buat keputusan untuk cari kerja lain.
saya bukan orang yang suka  bermuka-muka. memang langsung tak pandai nak ampu bos
mungkin sebab tu jugak la bos tak nampak apa yang saya buat

yang dia tahu, kalau saya tak ada, pun orang lain boleh handle kerja saya.
so biarlah pekerja2 kesayangan dia yang buat kerja yang saya tinggalkan

mungkin rezeki saya bukan kat sini lagi.apa pun terima kasih untuk semuanya.
sekurangnya macam2 saya dah blaja dekat sini. 
doakan saya berjaya kat tempat lain pulak
rezeki Allah ade di mana-manakan
yang penting  saya kena rajin usaha


tetap tersenyum walaupun hati sakit :)))

esok interview


Assalamualaikum ^_____^

terpaksa  amik half day esok
sebab esok nik ade interview. phewww, cuak okey
dah lama kot tak pi interview. 


gambar yang takde kaitan dengan entry

psttttt
doakan interview esok berjalan lancar.
WISH ME LUCK

alahai lady boss



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


entry kali ni nak share about boss.minggu ni minggu paling busy.tapi nik tak nak buat OT. kang buat OT ade yang kata tak banyak keje tapi buat OT.ingat kami ni suka sangat buat OT.balik umah tengok suami lagi bagus daa.* opsss...ter emo skit

tadi boss tinggikan suara.reaksi nik??? nik tengok dia pastu buat bodoh jea.malas nak layan.ade i kisah.kalau tak salah so buat pe nak takut kan.

korang penah tak kene marah ngan boss depan orang lain?kalo saye, kompem la malu .tak suka dengar org yang mcm tu.sangat kurang ajar tau tak???

kalo nak marah sgt, pegi la meeting room ke? toilet ke?.apa kes nak bagi satu dunia tahu ko tengah marah.
tolong jaga air muka org lain kalo ko nak org lain jaga air muka kau.tak de sapa nak hormat la kalau kurang ajar macam tu.come on la..be professional okey.

sian sorang budak baru.nangis2 bila org marah dia dan bagitau dia tak layak kerja kat situ.dah dia mintak kerja admin.ko bagi kerja production.keje yang memang tak sesuai ngan dia.mana dia nak minat.

tak suka bila berkerja ngan lady boss :

# membebel 24 hours pastu asyik nk berangin je bila masuk opis..memang nik anti la ngan org moody ni.nik yg happy go lucky ni pun boleh down bila mengadap dia.

#lady boss yg suka ikut kepala dia..cakap staff semua tak boleh pakai..kepala otak dia jea yg betul.tanya pendapat kita tapi bukan nak dengar pun.

# arini cakap lain.esk lak cakap lain.pastu sibuk nak salahkan orang.

#aduhhh ..lagi nasib malang bila dapat bos yg kedekut dan berkira.tak nak bagi bonus sudah la.tak perlu nak ungkit2 hal lain.tak professional la beb.

#kebajikan staff tak penah nak amik tahu..dalam setahun dekat 20 org berhenti keje.pastu salahkan pekerja tak pandai buat kerja.hampeh..!!!
kadang2 kita kena check diri sendiri mana yang tak betul.jangan asyik nak salahkan orang saja.

# bila designer tak banyak keje akan di komen.pastu nak kami buat keje admin lak.katanya nak pekerja yang boleh buat semua kerja.kalau macam tu suruh la despatch or admin buat keje designer lak.
amacam?
tu baru la pekerja multitasking.

memang susah nak puaskan hati semua orang.selagi nik boleh sabar nik akan bersabar.yang penting nik buat keje kan.
tapi kesabaran manusia ade batasnya kan.
jangan ingat kami ni perempuan yang lemah.


tapi kan.jerawat dan makin banyak kat muka ni.stress maybe??? tak suka macam ni.

pesanan kawan saya untuk boss
JANGAN BUAT GILA DENGAN ORANG GILA

esok friday


Salam lovely readers. Salam beloved followers
semoga hari anda baik dan ceria selalu yea

Today is another busy day for me.keje nik kat ofis makin menimbun-nimbun okey.lg tambah menimbun-nimbun bila sorang lagi designer resign. so ade keje dia yg nik akan ambik alih.

dalam blog ni asyik citer hal tak menyeronokkan pasal keje kan.mai nik cter apa yg menarik kat tempat keje ni.


1 # nik suka coz blh pakai baju ikut suka asal kan sopan. yg penting boleh pakai jeans dan t-shirt.tak perlu nak gosok2 baju.sempoi saje.

2 # dapat sarapan free tiap2 ari jumaat. boss belanja.
syiokk..esk makan free..haha

3 # opis dekat ngan food court jual makanan tgh hari yg murah. sgt murah okey. selalu makanan tgh hari nik harga kurang dr RM 5. harga tu termasuk air yea.

4 # ade mcm2 bank dan restoran fast food.dekat ngan shopping complex jugak.kalau tak makan tgh hari kami jalan2 window shopping jea la.biasa la pompuan kan.huhu

5 # nik pegi keje ngan bas.senang coz bus stop dekat jea ngan umah nik pastu terus ke opis. so tak perlu nak tukar2 bas.senang jea.

InsyaAllah, selagi terdaya nik akan bertahan.
esok friday..yyyeayy.. let it be a happy, bright and a positive one

k lah.nite dear.mahu tido dulu.
mata ni makin lama makin teruk.dah mcm mata panda dah ni.


Take care dear.Sweet Dream.

Love

Popular Posts