baru balik dari kampung



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

baru hari ini , nik sempat update entry baru.
nik EL (emergency leave) arini sebab penat baru sampai dari kampung. malas btol nak bangun pergi kerja.nak kate penat sgt tu tak de la sebab bukannya nik yang memandu pun.huhu

baru jer balik daripada kampung en hubby..setelah 2 hari 2 malam kami berkumpul kat sana..
sebenarnya, balik kampung yang tak di rancang . MIL sakit kena serangan angin ahmar so balik jenguk sekejab.
moga mak cepat sembuh

tak sabar nak tunggu ahad ni.cinta hati saya datang kl. sila gembira untuk saya yea
hoyeahhh !!!!


family is everything to me
bila tengok balik gambar mereka buat saya bertambah rindu
tak sabar nak kumpul ramai2 lagi. rinduuuu dekat family nik, rinduuuuuuu sangat !!!
dah la raya tahun ni tak balik kelantan, *huwaaaaaaaaaaaaaaaa!!! * nak nanges jea

so minggu depan ni la blh kumpul ramai2 mcm ni.


lirik lagu dan video || Alyah : kisah hati



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

nak share satu lagu yg nik tgh falling in love
lagu ni sangat menyentuh hati
layan jiwang jab
video klip kontroversi sebab ade scene peluk.
but nice video la.sebab view kat dalam video ni sgt cantik.


Kisah Hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu CINTA
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi CINTA bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Ya Allah sekiranya aku ditakdirkan tak dapat bersamanya
KAU jagalah dia untukku Ya Allah
KAU berilah kesihatan yang sempurna untuknya
KAU peliharalah keselamatan dia walau di mana dia berada
KAU permudahkanlah segala urusannya di dunia dan akhirat
kerana ENGKAU adalah sebaik-baik penjaga...Amin

thinking about resigning ??!!



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

i really think about that, seriously. i wanna resign.

actually, sejak akhir-akhir ni, nik agak kurang bersemangat nak kerja.asyik fikir nak resign jea.tak suka betol perasaan mcm ni.
masuk keje jea duk fikir bila lak nak balik.


i cannot stand anymore, i have to do something.
i have to move on.

* arini rasa mcm dah ari sabtu
malas nya nak keje

10 Sebab Jangan Bercinta Dengan Suami Orang



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

jika boleh dielak bercinta dengan suami orang, maka eloklah di jauhi dari sekarang.
sanggupkah anda melukan hati wanita lain.
sanggupkan anda menyakiti family yg menjaga anda berpuluh2 tahun semata2 ingin bersama lelaki yang sudah bergelar suami org dan anda hanya mengenali dia bbrp tahun.

sekiranya suami orang itu jodoh anda, itu sudah ketentuan ilahi.semoga anda tabah melalui hari mendatang dan jangan menyesal dengan keputusan yang telah di buat.


cuba baca mengapa anda tidak di galakkan memilih suami orang.

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan.
Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!


***************************

jgn nak samakan rasulullah s.a.w dgn manusia biasa...rasulullah maksum
kebanyakan lelaki, bila kawen more than 1, mula la sebut sunnah...pd hal, yg wajib pun xsempurna... Tak dpt dinidakkan jugak, ada yg sempurna, but 1 dlm seratus or seribu??? renung2kan la.....lelaki diluar sane lebih mengetahui.

Dato VC UiTM "Jgn Melayu Lawan Melayu"

cerita mantan VC UiTM dulu: 
kisah ketam melayu, cina & india di dalam baldi....Di saat ketam2 cina dan india saling membantu untuk melepaskan diri dari baldi, ketam2 melayu pula saring tarik-menarik antara satu sama lain.akhirnya ketam cina & india terlepas keluar dari baldi manakala ketam melayu pula kekal terperangkap dalam baldi" haa!nk jd mcm ketam melayu ni ke?anda pkr anda jwb~


banner pelajar destini yang bakal membuktikan destini mereka akan berubah di UiTM !
sebelum ni aku ade post entry ni UiTM 2nd class?xleh survive kat matrik?kau bgus sgt ke??? klik link utk tahu ape y terjadi ye..so aku nak kongsikan..Dato' Vc UiTM klo sape ag xtahu meh cini aku bgtau.nama beliau ialah Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar...sumber inspirasi warga uitm..tgk bwh ni..mcm ni la orang berilmu y boleh dsanjung bila kata-kata dia memberi inspirasi memberi semangat pada anak2 bangsa.

  "jangan melayu lawan melayu" bace btl2 bia tertusuk kat hati ok 

"jangan pandang rendah bangsa sendiri.kita,bangsa y ada martabat"

kat sini aku nak kongsi mase dato vc datang kat uitm aku..UiTM negeri sembilan !! ;)
haa aku ade dlm gamba ni,crik klo terer.ok crik la smpi ble2 xkn jmpa sb aku tipu hehe

dia sangat mesra pelajar!

p/s : cayalah i love u forever lah .org2 diluar sna,kita y muda ni y kna sedar spe lagi nk tegakkn kalo bkn kita.walau dimana pun kita belajar..tak kisah la uitm ke,utm ke,uum ke,byk ag lah..kita blaja menuntut ilmu ni bkn utk kepentingan kesenangan diri sendiri je..tapi untuk agama,untuk bangsa,untuk negara..betolkan niat anda..termasuk aku y menulis ni~ marilah kita juangkan martabat bangsa,bak kata Hang Tuah "xkan melayu hilang dibumi" ;)
bace je?ce komen ce komen ;p

UitM 2nd class?xbole survive kt matrik?kau bgus sgt ke?

kalau kau menyirap mensirap aku berapi tau,and ramai ag budak uitm yang berapi.malam tadi kawan aku bagi link ni,dia kutuk uitm baik pnya
tekan pada gamba untuk terus ke blog beliau ;p
Kitty Bear emoticon
mintak maaf la ye aku dah print screen ni malam tadi,even da delete pun post tu.berdebat kat ruang komen?cehhh komen pun tak approve tau lak delete .tu la kalau tangan tak bedung camtu la if blaja kat universiti first class tapi perangai cam.orang paleolitik yang duk dalam gua tak guna jugak
Kitty Bear emoticon
terkedu aku bile bace entry die,dan aku tau tu dgn niat nak mengutuk pasal nye.tulisan bwh skali tulis camni
"Walaupun nama nak dekat sama tapi standard nya jauh berbeza"
(Saja nak bakar budak uitm)
dah terbukti,so ade timbul ke perkataan "tersalah sebut kau tu" mcm shit je kan..

bangga sangat ke dok kutuk uitm..org ade ilmu camni ea,dah terbukti hakikat klo crik keje pn.dak uitm diutamakan. so untung la kan dak2 uitm~dpt byk keistimewaan syukur kat allah.but kan...bru UTM,klo blaja kat OVERSEA aku xtau la jauh mane bangga nye.lupa diri kot hahahhaa

tak salah weh nak bangga kau blaja kat uitm,ag bagus pe bangga TAPI jangan la mengutuk universiti laen,ape hak kau?and kalau betol la kan y kau kate uitm ni 2nd class ni la y byk bantu org jadi manusia..
Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Vice Chancellor,

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

berkata ok mase datang uitm aku,dia kata uitm wujudnya bukan nak jadi universiti world class tapi nak membantu anak2 bangsa,nak lahirkan anak2 bangsa yang berjaya dan diberi peluang.

aku bangga jadi student uitm,tapi xde lah sampai riak nak kutuk u org.kau msuk utm tu syukur alhamdullillah la untuk kau.ingat jangan nak merendahkan orang lain sedangkan mereka jugak hamba allah.kaum lain menyokong satu same lain,org melayu nk merendah2kn kaum sendiri hurmm ape la~ anyway ilmu y dituntut tu sama2 ilmu tuhan..;D

p/s : aku bace shoutbox die dari atas sampai bawah serius buat aku ketawa..bawu tau penangan student uitm ni bile bersatu..and entry mintak maaf tu ikhlas ke? sb aku tgk kt bawah tu tulis "JANJI BUAT LAGI" ~kesian betol aku dgn orang bangga tak tentu pasal,klo anak dato aku xtau la,kembang xkuncup2 kot idung =_=' ..haa mesti bangga kan pasal dah femes satu blogsphere huu~p/s : sy uitm negeri sembilan (^__^)Y

bace je?ce komen ce komen ;p

sharing is caring || Wedding Planner



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

entry tidak berbayar
entry ni melibatkan penggunaan gambar yang banyak. so kalau loading lambat tu jangan marah yea.huhu

siapa2 yang tengah mencari wedding planner untuk majlis bersejarah boleh la try risik2 kat sini.mana tahu berkenan.

Mega Bridal Creations ni di usahakan oleh Jaslina Binti Haji Ngatman, aka biras saya.kiranya dia kakak ipar kepada en hubby saya. nak senang lagi kiranya dia isteri abang ipar saya.ade faham ka?hehe
Mega Bridal Creations ni letaknya kat Johor.so time kenduri nik dan en hubby itu hari , kami ambik pakej dari Mega Bridal Creations la.

ni la biras saya,saya panggil dia kak lin.
kak lin bersama model2 pakaian pengantin.

Mega Bridal Creations ni family bisnes.ayah dan mak kak lin buat catering. adik dan abg kak lin lak pandai bab make up .yg ni hasil sentuhan abg kak lin.


ok fine.saya tahu.
mmg la pengantinya tak cantik tp make up nya cantik.segala jerawat boleh tutup.nampak natural.tak de la mcm tepung gomak.huhu

ni antara contoh2 pelamin









sebahagian pakaian pengantin di butik kak lin.banyak lagi yg cantik dan up to date.rambang mata korang nak pilih tau.






so sapa2 berminat nak tahu detail tentang pakej yg diorang tawarkan boleh hubungi detail kat bawah yea.
kalau nak murah skit cakap la korang tau tentang bridal ni dari blog nik. so harap2 kak lin bagi la diskaun.hehe


Mega Bridal Creations

N0. 67A, Jalan Pulai 21,
Taman Pulai Utama,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim.
E-mail : mega_bridalcreations@yahoo.com

Jeslina (Wedding Planner)
+6013-774 0377
+6019-791 0878
+6017-777 2275

Fairuz (Make Up Artis, Photographer, Designer)
+6012-777 9598
Facebook : Fairuz & Artistic

Jess/Along (Interior Designer)
+6010-704 1964
+6013-776 6544

Juliana (Make Up Artist)
+6019-798 7761

E-mail : mega_bridalcreations@yahoo.com

Drama NORA ELENA best ker?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

sekarang ni mesti ramai yang tengok drama Nora Elena tiap-tiap petang kan. nik dah terjatuh hati lak dengan drama tu. jarang drama tayang kat slot Akasia ni menarik minat nik tuk tgk. tp bila drama Nora Elana ni di tayangkan, nik mmg melekat la kat depan tv duk nengoknya.huhu

drama yg diadaptasi daripada novel "Kasih Yang Suci" oleh Meen Zulaikha.
ramai yang kata novel ni best.so harap2 drama ni pun sama best dengan novelnya.

drama ni lakonan Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, dan Wan Sharmila.
pelakon dia cantik dan hensem2 tau.huhu


site saleha aka NORA ELENA..heroin drama

bagi yang tak tengok lagi, ni sinopsis drama tu (cilok dr en google)

sinopsis
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
skarang tgh geram dan menyampah sangat kat Eid tuh .boleh pulak dia putuskan tunang.amboi tak nak wanita di tebuk tupai yea.mcm la dia baik sgt.emo btol tgk drama ni.

tak sabar nak tengok sambungan drama ni isnin nanti.

putus cinta



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly.
~ Sam Keen ~

putus cinta, sesuatu yang menyakitkan bagi pasangan yang bercinta.
kebanyakan dari kita mesti pernah mengalaminya kan. tak kisah la putus sebab apa pun tapi yang pastinya ia mesti menyakitkan bagi yang btol2 bercinta.
entry kali ni nak share reason putus cinta.setiap org berbeza penyebab putus cinta nya.

kenapa mintak putuskan hubungan cinta. kenapa?

❤ kekasih hati terlalu obses dengan penampilan ❤

nik rimas la dengan lelaki mcm ni.tak salah nak jaga penampilan diri tp jgn la terlalu obses.nak ajak dating pun sibuk nak pegi facial, buat manicure.owh plss la sayang.rimas tau

sanggup berhabis duit untuk kecantikan
kadang2 nik terfikir gak, nik ni bercinta dgn lelaki straight or lelaki bengkok ???..opsss

❤ kekasih hati terlalu mengongkong ❤

buat lelaki, makwe korang tu pun manusia biasa, kami perlukan privacy dan ruang untuk bersama dengan kawan-kawan dan family.takkan asyik nak berkepit dengan korang jea.

rimas kalau setiap jam nak sms dan call.kalau call tanya baik2 ok la.ni kalau sms atau call mcm nak cari gaduh jea, sapa tak rimas.
lambat balas sms mula nak nak kata kuar ngan lelaki lain la.tak jawab call di kata tgh dating la.ntah apa2.nak cemburu pun jgn la mcm tu sekali.

sibuk nak soal siasat aktiviti makwe tiap2 hari.tapi akan melenting bila kita soal siasat aktvt diorang .so adil ker mcm tu? baik putus jea kalau mcm ni kan
bertemu dgn kau adalah satu kebetulan
bercinta dgn kau adalah satu suratan
berpisah dgn kau sudah menjadi satu takdir
tidak mencintai kau lagi , adalah satu perkara yg sangat membahagiakan

❤ kekasih hati ade pilihan lain ❤

ni mmg tak boleh nak buat apa la kan.anggap saje tak de jodoh.tak kisah la sidia curang pun tp sebab utama nya mmg tak de jodoh.org ketiga tu hanya di jadikan alasan untuk putus.kalau salah sorang dah tak ade rasa cinta maka putus la jawapan terbaik.

bila nik dapat tahu bf ni ade kekasih hati lain , mmg kecewa tp tak perlu nak serang balik kot.maknanya dia mmg bukan jodoh sesuai untuk kita.


dah dapat awek cantik dan hot mcm neeloofa ni..dia takkan kembali balik kalau merayu pun, huhu

mcm mana sakit hati sekalipun hidup harus di teruskan.percayalah masa yang akan merawat segala kesedihan.
bercinta, putus, bercinta lagi adalah satu pengalaman yang akan mematangkan hidup kita.jangan menyesal dan anggap putus cinta itu satu kegagalan hidup.anggap ia sebagai permulaan baru.
"Putus cinta bukan bererti pengakhiran hidup kita. Kenapa perlu menyiksa diri kita memikirkan si dia yang tidak tahu erti setia? Kenapa menyakitkan hati dengan mengingati segala kenangan bersamanya sebelum ini? Kenapa perlu tanamkan dalam diri, tidak boleh hidup tanpa cintanya? Fikirkan, sebelum hadir dirinya di dalam hidup kita, tidakkah kita dapat hidup dengan selesa dan bahagia?
-Dr Suzana Ghazali
❤ kekasih hati buat bodoh bila dah dapat ❤

ni paling nik benci.bila nak ngorat 24 jam duk sms dan call jea.sanggup tak kuar ngan kwn2 semata nak kuar ngan tersayang tp bila dah dapat dia buat hampeh lak.

call dan sms jarang dah la.selalu bawak hp kemana2 tp sejak kapel hp pun boleh tertinggal.mcm2 alasan la yea.bukan kami nak kamoo call 24 jam tp at least dlm 1 hari tu nak gak tahu kamoo buat apa, apa yg jadi pada kamoo.sihat kah kamoo.
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.
buat lelaki .jangan permainkan hati wanita.kerana hatinya cuma satu.dan ia hanyalah untuk kamoo.
The most precious possession that ever comes to a man in this world is a woman’s heart.
~ Josiah G. Holland ~
❤ silap pilih kekasih ❤

kekasih tiba-tiba dirasakan tidak serasi?.
huhu..ni mmg kes naya.tp nasib baik la silap pilih kekasih jea.kalau silap pilih suami lagi naya.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa ia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan

macam2 sifat manusia yang buat kita tak serasi kan.tp jangan la kita mencari yang terlalu sempurna.
tp kalaulah awak, saya dan semua orang kat dunia ini ada perangai yang sama, mesti dunia ini tak berwarna warni kan

so ingat ini

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita

thanks for reading this entry
bye dear !!!

salam malam jumaat


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

oh yes esok dah jumaat
minggu ni mood keje nik ke laut..rasa tak de semangat nak buat keje
finally esok friday uolsss

saje nak letak pic terkini
tembam kan pipi saya
macam mana nak kuruskan pipi ni
nk try makan chewing gum la pasni..mana tau boleh kuruskan pipi nik

sebenarnya entry ni nak share kata2 yg menyentuh hati saya
husband to his wife:
I want you to say :" I love you", In front of the whole world.
wife : approached her beloved husband, and whispered in his ear
" I love you ..."
husband, turned to her and said sadly :" Why you did not say it to the whole world?"
wife said:
"Because you are the whole world to me" ...:P :smile its sunnah
Everyone asks for a miracle. Some a house, some a car,and some for love. Be happy with what you have and remember: your miracle is that your alive today.
TRUST is the base of any relationship, always be careful before doing any little act because just a missing "T" can RUST the relationship
I cried because i had no shoes,until i saw a man with no feet.. Life is full of blessings but sometimes we are just too blind to see them..Alhamdullillah for everything Allah has given us
Find happiness in a way that you don't have to take away another's happiness
thanks for reading this entry

movie at GSC ALAMANDA



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

ini budak manyak hepi sebab dapat cuti 4 hari.

isnin semalam nik dah en hubby keluar jln2 kat alamanda.ingat nak pegi tgk wayang fast and furious 5 tp sold out lak. so en hubby beli tiket filem Kongsi. first time tengok movie kat GSC Alamanda.selalu tgk kat IOI MALL jea.


based dari my point of view, cerita ni biasa-biasa jer .bukannya nak kutuk filem melayu, tapi filem Kongsi ni memang tah la.tak brapa nak menarik la.

kalau korang minat Shaheizy Sam boleh la tgk citer ni.lakonan dia mmg tak mengecewakan cuma jln citer filem ni skit membosankan. lawak pun tak brapa nak menjadi.tu pendapat ikhlas nik jea
so kalau sapa2 yg tak pegi tengok lagi pegi la tengok.pendapat kita tak semestinya sama kan.

alahai farid kamil.. perlu belajar mengarah lagi yek

okey lah. good nite and sweet dreams readers
kena tido awal.esok dah nak keje.

Yakini hatiku


Assalamualaikum


Ya ALLAH.. Tetapkanlah hati ini untuk terus mencintai dirinya.. Titipkanlah kerinduan di hati ini yang hanya ada untuk dirinya.. Kekalkanlah kemesraan antara kami berdua agar ianya terus mekar mewangi selamanya.. Payungilah rahmat & Sinarilah keberkatan akan jalinan cinta dua jiwa ini.. Aminn


PUISI BUAT SUAMI

Suamiku
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah

Suamiku
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu

Suamiku
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah

Suamiku
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

Kiriman:
Nur Hikmah

Sumber: Majalah

I dedicated this song to my beloved hubby


Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu


Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku


Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di Jannah

Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

jupo di stadium Shah Alam belako



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


entry khas tuk fan TheRedsWarriors jea yea.hehe..yg tak suka tu harap maaf la yea
congrat TheRedsWarriors. berjaya gak ke final Piala FA 2011.
ucapan tahniah sepatutnya lebih kepada penyokong The Red Warriors yang sentiasa bersama pasukan diwaktu senang dan sukar.
tabik spring la kat korang
kat mana2 perlawanan pun ade..ramai lak tu.

Final FA 2011
Kelantan vs Terengganu
11 Jun 2011
Pertemuan 2 jaguh pantai timur yang dijangka sengit

teringin nak pegi tgk perlawanan ni..tapi mesti jem giler la nnt
tu yg malas tu...huhu
apa pun

Gomo Kelate Gomo

Popular Posts